Hari terakhir jadi cikgu dan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum.

Saya mencuri sikit masa untuk menulis entri ini. Hari ni hari terakhir saya bertugas sebagai guru ganti di SRIAAB. Alhamdulillah walaupun setiap hari saya menghitung hari menunggu tamat kontrak, tapi saya akui pengalaman mengajar bahasa Arab darjah 1 memang sangat berharga. Suasana kerja kat sini ok, sangat selesa dan mesra. Cuma saya sendiri kot yang bermasalah nak control pelajar darjah 1, secara mudahnya...saya tak dapat control kelas.huhuhu.

Minggu depan saya ada interview jawatan editor (lagi). Saya dah pernah tolak untuk datang interview ni sebulan lepas, sebab saya dah mula bertugas di SRIAAB. Tapi nampaknya mereka masih berminat, jadi saya putuskan untuk hadir temuduga tu walaupun lokasinya jauh di KL sana.

Oklah, di kesempatan ni saya nak mengucapkan selamat merebut peluang yang disajikan di Ramadhan yang dah tinggal beberapa hari saja lagi. Selamat menyambut Aidilfitri pada sesiapa yang baca blog ni, sama ada kenal ataupun tak kenal.Maaf Zahir dan Batin.

2 comments:

knv said...

selamat hari raya MAIA. minta maaf atas segala keterlanjuran semasa berblogging. :D

Min Aina Ila Aina said...

Selamat hari raya juga kak Vogue. Saya dah tak sempat nak nyinggah rumah akak dah la ni...mintak maaf ye kak. Semoga dirahmati Allah sentiasa.