Alhamdulillah, ditawarkan biasiswa MyPhD




Syukur, alhamdulillah. Rezeki yang dikhabarkan di penghujung Ramadhan. 2 hari terakhir sebelum cuti raya, kami yang masih kena datang kerja punyalah takde mood. Masing-masing dok melayan drama, takde semangat dah nak buat kerja ke, nak study ke. Macam biasa, sekali sekala saya jenguk emel. Tiba-tiba rasa darah berderau bila ada satu emel daripada MyPhD. Katanya permohonan telah diproses dan boleh disemak bermula 24 Ogos. Masa tu saya tak dapat nak fikir 24 Ogos tu bila. Mujurlah Kira cepat cakap, semalam la 24 Ogos. Terus klik link MyBrain15. Sebelum masukkan ID dan password tu, cepat-cepat ingatkan diri supaya bersedia sekiranya jawapannya adalah mendukacitakan. Pengalaman lepas buat saya lebih bersedia dan jangan excited.

Bila keluar je paparan page tu, perkataan pertama yang saya cari dan saya nampak adalah TAHNIAH. Perkataan seterusnya dalam ayat tu memang saya tak boleh recall sampai sekarang. Lepas tu, bawak bertenang....sebelum klik 'setuju dan terima', saya baca dulu pelan-pelan segala maklumat, syarat dan lampiran yang diberi walaupun sebenarnya tak faham sangat pun apa dia tulis dek kerana rasa debar yang belum hilang. Kemudian saya klik terima, dan uruskan segala dokumen.

Segala surat tawaran, surat perjanjian dan dokumen sokongan tu perlu dikembalikan ke KPT bahagian biasiswa dalam tempoh 14 hari. Masa tu saya dah tepuk dahi dah. Macam mana ni, sempat ke? Cuti raya kan panjang. Demi tidak melepaskan rezeki yang dah lama ditunggu, saya usahakan secepat mungkin untuk buka akaun bank, buat medical checkup walaupun esoknya dah nak raya. Alhamdulillah rezeki saya, medical checkup tu patutnya kena buat appointment, tapi saya sempat buat hari yang sama tanpa appointment. Kemudian nak cari tandatangan saksi pulak. Ada kawan saya majistret yang boleh tandatangan tapi cuti-cuti mana ada orang bawak balik cop jawatan. Lalu dengan tak malunya saya beraya rumah ketua kampung sebelah.hahaha. Alhamdulillah dapat juga tandatangan saksi walaupun mulanya tok ketua tu taknak sebab saya bukan anak buah dia. 2 September segala dokumen selamat saya serahkan lepas dah mati setem di pejabat hasil.

Alhamdulillah, syukur ya Allah. Jadi saya takla risau lagi bab yuran study, bab belanja bulanan. Kalau tidak, saya dah berkira-kira nak tangguh pengajian semester depan sebab tak mampu nak kumpulkan duit buat bayar yuran. Engkau Maha Mendengar ya Allah, Engkau Maha Pemurah ya Allah. Saya sebenarnya nak cukupkan solat hajat 12 rakaat sebanyak 3 kali, sebab saya baru sempat buat 2 kali. Sebelum ni dimaklumkan keputusan permohonan ni bulan 10, tapi keluar awal pulak, alhamdulillah.

Semoga dengan rezeki ini, saya dan keluarga akan terus dekat di sisiNya, akan meneruskan perjuangan dengan penuh tanggungjawab dan dapat menyalurkan kepada yang memerlukan.

36 comments:

m-i-o said...

testing, testing.
ehhh boleh je komen?
nape kaknon cakap takleh komen?

Min Aina Ila Aina said...

sila..sila komen..hehehe.

Hajar said...

awak apply mcm biasa aje ke? lama x masa menunggu?

knv said...

hah baru boleh komen! haha!

anyway akak nak ucap tahniah sebab dapat scholar. semoga dapat kejayaan cemerlang dalam phd.

akak memang salute ibu2 yang boleh buat phd ni. because i simply can't. :D

dan mekasih kongsi pasal solat hajat 12 rakaat tu. teruja mendengarnya.

take care sis. all the best to your journey!

Min Aina Ila Aina said...

Hajar: Saya pernah mohon masa fasa pertama bulan Dis 2010, tapi gagal sebab bidang sains sosial tidak termasuk dalam bidang penajaan. Tapi kemudian KPT emel semula dan suruh memohon lagi sekali. Saya mohon semula dan isi maklumat macam biasa, cuma perbaiki proposal.Biasanya saya akan emel MyPhD dan tanya bila keputusan untuk satu-satu sesi tu keluar.

Kak Non: Alhamdulillah, dan terima kasih. Saya lagi tabik pada mak-mak yang bekerja dan anak dah sekolah belaka. Sebab saya ngeri memikirkan saya kat tempat tu nanti.Saya ni tak pernah kerja tetap lagi kak.

Solat hajat 12 rakaat tu, alhamdulillah kawan pun pernah cuba dan nampaknya Allah makbulkan.

Terima kasih, kak.

farah said...

Salam kak...ak tanye, saya pun dpt offer sm tarikh dgn akak...tapi duit allowance dh msuk ke?yuran dh dibayar kn

Min Aina Ila Aina said...

Farah:

Saya dah bayar yuran sebelum dapat tau dapat MyPhD, sekarang tengah tunggu bendahari hantar invois ke KPT dan bagi cek kat saya.

Elaun sara hidup setakat ni belum masuk lagi, tapi saya segan nak emel atau telefon...tengok dalam bulan depan. Kalau Farah nak cuba emel ke KPT boleh la, apa-apa update ye. hehe.

farah said...

baiklah...hehe, sy pn segan nk tye psl duit ni...tp ble semak kt penyata ESH, ade ralat kt no ic sy...cubela akak try

Min Aina Ila Aina said...

Dah cuba dah, Farah. Samalah, ralat jugak. Agaknya belum key in lagi kot detail kita. Ni akak tengah dok follow up bendahari sebab belum proses2 lagi invoice utk claim yuran.

farah said...

owh, sy nye upm dh clear kan yuran sy..sbb sy tnjuk surat tawaran b4 msk aritu...rs dorg pnye mood raye xabes2 lg even raye dh abes...hehe

Min Aina Ila Aina said...

Update: Farah, ESH saya dah masuk untuk sept dan okt.

Anonymous said...

Min, berapa lama elaun sara hidup rm2300 diberi? 36 atau 48 bulan?

Min Aina Ila Aina said...

Anon: Bergantung bila kita ditawarkan MyPhd. Kalau dari awal pengajian, akan dapat sepanjang pengajian (bergantung juga tempoh masa pengajian yang ditetapkan oleh univ, biasanya phd 36 bulan).Kalau kita mohon cthnya masa sem kedua, dan pengajian kita 36 bulan, kita akan dapat 30 bulan je esh.

marzianna said...

salam...akak..sy nak bertanya..akak phd di dalam bidang apa ya? saya senibina..tapi dalam senarai tiada nyatakan senibina....and semasa akak apply myphd akak mmg tidak bekerja sepenuh masa ke? saya masih bekerja sepenuh masa..dan belajar sepenuh masa...boleh ke saya apply agak2 nya?

Min Aina Ila Aina said...

Marzianna, setau saya semua bidang berasaskan sains, teknologi semua termasuk dalam bidang penajaan. Cuma mungkin tak disenaraikan secara detail.

Kalau bab kerja tu, kalau kerja swasta layak memohon tapi tak dapat elaun sara hidup. kalau Marzianna cadang nak mohon kategori P1, iaitu untuk pelajar tidak bekerja apakata Marzianna call MyPhD tanya. Boleh ke mohon dulu P1, kemudian kalau lulus kita berhenti.

Miss KuDaie said...

Salam...saya nak tanya klu saya RA (Pembantu penyelidik) boleh x saya dapat elaun sara diri tu? coz skang saya blaja full time kat upm at d same time wat RA jugak tp klu ikut dalam syarat2 tu die cakap sume yg bekerja@ kontrak kena declare dengan KPT tapi macam saya jawatan saya sementara. So rase2nye dapat x elaun sara diri tu coz elaun RA kecik je...huhuhu

Miss KuDaie said...

Salam...saya nak tanya klu saya RA (Pembantu penyelidik) boleh x saya dapat elaun sara diri tu? coz skang saya blaja full time kat upm at d same time wat RA jugak tp klu ikut dalam syarat2 tu die cakap sume yg bekerja@ kontrak kena declare dengan KPT tapi macam saya jawatan saya sementara. So rase2nye dapat x elaun sara diri tu coz elaun RA kecik je...huhuhu

Min Aina Ila Aina said...

KuDaie,

Maaf lambat balas, saya bercuti tak jenguk blog langsung. Saya pun tak berapa arif tentang hal ni, tapi saya faham konteks RA yang saudari maksudkan tu. Kalau RA dengan status pelajar, memang KPT takde masalah sebab tidak dikira bekerja. Tapi kalau RA yang status bukan pelajar mungkin complicated sikit.

Pengalaman saya dulu, masa nak isi borang pengesahan status pendapatan yang perlu diisi oleh pegawai bendahari tu, saya hantar borang kontrak RA saya yang menunjukkan bila kontrak saya tamat. Jadi, KPT akan tau bahawa jawatan tu sementara.

Saya cadangkan juga saudari minta penyelia atau ketua projek yang saudari jadi RA tu buat surat iringan menyatakan bahawa jawatan saudari adalah sementara dan kontrak tidak diperbaharui sekiranya telah mendapat penajaan.scan sekali surat tu dalam satu fail dengan surat pengesahan pendapatan.

Hafid said...

tahniah MAIA!
Syukur dapat MyPhD. Sy pon bercadang nk apply. Ingat nk berhenti kerja & buat secara full time.
Boleh sy tahu berapa ye elaun sara hidup utk sebulan?

terima kasih.

Anonymous said...

Salam,
sy nk tnya time wat proposal utk upload kt Mybrain15,

'jangkaan hasil kajian'dan'Sumbangan hasil penyelidikan kepada Negara'tu mcm mn?

bantuan..bantuan..trm ksh ye..

Min Aina Ila Aina said...

Hafid: Elaun Sara Hidup RM2300 sebulan untk kategori P1

Anon: Proposal tu ikut bidang juga, kalau bidang sains mungkin boleh menghasilkan pattern atau produk baru, tak semestinya produk besar2, asalkan ada inovasi. Kalau sains sosial lain sikit, tak berbentuk material sangat.

Sumbangan hasil kepada negara tu, maknanya apa faedah atau kebaikan kajian kita tu kepada negara. Tulisla yang gempak-gempak sikit, tapi relevan.

nudin said...

salam min, kategori P1 tu apa benda? sekarang ni berapa kadar elaun sara hidup?

Min Aina Ila Aina said...

Hafid: ESH sebulan RM2300. Kategori P1 tu adalah orang awam yang tidak bekerja.

Anonymous said...

Salam,Surat Tawaran Program Pembiayaan MyPhd tu 3 salinan..satu untuk bendahari IPT,satu untuk simpanan sendiri dan lagi satu tu untuk bendahari fakulti ke?

Anonymous said...

Jika saya belum register sabagai pelajar phD samasa mohon myphD walaupun sudah dapat surat tawaran kemasukan, adakah saya akan terus dapat ESH setelah saya register dan mula pengajian?

Min Aina Ila Aina said...

Biasanya selepas kita hantar segala dokumen perjanjian, akan ambil masa sedikit sebelum ESH diberi. Mungkin 2-3 bulan. Tapi yang pasti untuk yuran, mesti kena register dulu. Untuk ESH pun saya rasa KPT akan check dengan Uni sama ada kita mendaftar atau tidak.

Anonymous said...

salam,

ada no ctc lain tak selain Puan Shima untuk check ESH? saya call2 tak jwb. Surat perjanjian ESH dah hantar pada Apr. Taktahu bila akan dpt ESH ni.

Min Aina Ila Aina said...

W'salam, Anon.

Saya pun dah tak ada no tel terkini KPT..pejabat mereka pun dah pindahkan.

Sekarang bulan Mei, surat perjanjian dihantar pada bulan April. Jadi saya rasa normal tak ada respon lagi. ESH akan dapat sekitar 2-3 bulan selepas hantar surat penjanjian.

Anonymous said...

Utk pertanyaan elaun 0388881616. Saya telah ditaja myphd sejak julai 2011. Elaun pertama masuk selepas 2 bulan dapat surat. Utk next batch punya elaun, katanya akan masuk awal jun ni insyaAllah.

Anonymous said...

Lagi satu tips utk dikongsi, kalau agak2 tak sempat nk abiskan phd tapi tempoh tajaan nk abis, boleh buat permohonan pelanjutan utk 6bln biasanya boleh dpt ESH dan yuran, dan 6 bulan seterusnya cuma yuran kalau belum melebihi 24k.

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih kerana berkongsi. Untuk perlanjutan, bila boleh buat ye..mungkin masuk sem terakhir dalam tempoh penajaan kot ye.

Anonymous said...

Jangan buat lambat. Boleh mula memohon 3 bulan sebelum tarikh akhir penajaan. Saya terlewat mohon sbb xtau boleh mohon, jadi saya mohon selepas tajaan tamat. Surat kelulusan dapat selepas hampir 3 bulan dan sampai skrg elaun belum dapat lagi, dah hampir 6 bulan. Sob sob sob.

Anonymous said...

Bila elaun jun 2013 nak masuk ni?

Anonymous said...

Syukur elaun june dah masuk tapi sebulan je utk saya yang sepatutnya 6 bln termasuk elaun tertunggak). Terima kasih unit mybrain sebab cekap melaksanakan tugasan anda. Bayangkanlah kalau gaji anda tak masuk berbulan-bulan lamanya, boleh jadi bingung deh.

noraishikin zulkarnain said...

saya nak tanya lampiran apa yang diperlukan untuk memohon pelanjutan MyPhd????

NURUL AINI MUDAYAT said...

Saya nak tanya... elaun untuk bulan-bulan yang tertunggak MyPhd bayar tak?