Selesai Bentang Proposal, alhamdulillah

14 SEPTEMBER 2011
Alhamdulillah,dah lepas satu tangga dalam pengajian PhD ni. Saya dah selesai membentangkan cadangan kajian di peringkat pusat pengajian. Sehari sebelum bentang, dapat respon yang agak kurang memberangsangkan berkenaan teori yang saya pilih. Saya maklum teori yang salah pilih memang teori baru, tiada pengikut lagi dan tiada literature review. Jadi memilih teori ini memang mencari kerja berat. Cuma, apa yang saya kesalkan adalah cara orang sekeliling memberi respon. Saya memang suka orang yang telah lebih dulu makan garam memberi pandangan dan buah fikiran. Tetapi bukan menidakkan atau menjatuhkan motivasi saya.

Malam sebelum pembentangan, saya kurang sihat. Entah sebab nervous nak bentang proposal atau terlebih makan masa jamuan raya sebelah petangnya. hehe. Perut rasa sebu, meragam, cirit-birit, badan sengal-sengal semuanya ada. Malamnya saya tak lena tidur. Tengah-tengah malam bangun bancuh teh serai. Mulanya saya ingat taknak buat skrip untuk pembentangan, tapi sebab dah tak boleh tidur baiklah saya prepare skrip apa yang patut.

Pembentangan patutnya pukul 2.30 petang, tapi sebab sebelah petang ada mesyuarat fakulti maka diawalkan ke sebelah pagi. Lagi cepat habis lagi bagus. Selesai pembentangan, 2 orang penilai memberikan komen dan pandangan. Wooo..saya rasa kepala saya pusing..pusing..pusing..jangan salah sangka..bukan sebab komen tu keras, tapi sebab apa yang dikomen tu sangat tinggi, berat dan rasa jauhnya lagi daripada apa yang saya mampu capai. Komen semuanya bagus-bagus, berguna dan sangat membantu. Walaupun macam tu, yang bestnya tajuk tesis saya semua orang puji dan kata sangat menarik dan tertarik. Lagi satu, semua ucapkan tahniah sebab saya dah berjaya bentang walaupun baru je habis sem yang pertama. Masa ditanya sem berapa, saya cakap baru habis satu sem, ni nak masuk sem ke2..pakat-pakat terkejut. Orang lain terkejut saya tak kisah...tapi penyelia saya pun sama terkejut. "Bukan awak dah sem3 ke?" Laa..patutla Prof suruh sangat-sangat saya bentang sem lepas. hehe. Apapun, bagus juga bentang awal, boleh dapat respon dan pandangan awal, boleh kita mulakan langkah lebih awal. Kalau kita dok syok sendiri sampai 2-3 sem kemudian kena tukar banyak benda kan lagi tak best?

Apapun, syukur dah lepas satu tangga. Lepas ni nak kena pulun untuk siapkan full paper persidangan.

3 comments:

Unknown said...

Thaniah atas pencapaian anda...nak panngil apa ye saudari...saya Intan...saudari pernah melawat blogs saya suatu ketika dulu....teruskan perjuangan..saya juga masih berjuang walau sudah tamat pengajian....

Hasrina said...

Salam awak,
Saya baru nak mulakan perjalanan PHD, InsyaAllah Sem Februari nanti baru start. Saya baca blog awak, sedikit sebanyak dapat gak guidance utk menempuh perjalanan belajar lagi. Cayalaa awak dah dapat defend awal, dh habis satu sem dah boleh defend! Tahniah, semoga awak success di dlm PHD ini yer! ~ sincerely Mommy24Munchkeens ~

Min Aina Ila Aina said...

Mama4hz: Terima kasih, maaf lambat benor membalas di sini. Ya, perjuangan itu sehingga ke akhir hayat. Perjuangan paling mencabar adalah berjuang dengan diri sendiri.

Hasrina: Terima kasih kerana singgah dan sudi tinggal komen. Blog saya ni biasa-biasa je, tak serius pun tulis tentang perjalanan PhD sebab segan, banyak main daripada belajar.

Apapun, saya ucapkan selamat berjaya, dan selamat melangkah ke gelanggang PhD. Semoga bersedia mental dan fizikal, sentiasa letak Allah di tempat yang pertama. Marilah kita sama-sama memotivasikan satu sama lain.