ASSALAMUALAIKUM, di pagi Jumaat yang berkat semoga kalian semua sihat walafiat. Hakikatnya tuan punya blog yang belum sihat-sihat. Itulah juga sebabnya keputusan giveaway kesyukuran blog MAIA ni tertangguh. Minta maaf ye semua para peserta.
Ok, awalnya ingat nak minta anak teruna saya yang handsome tu yang tolong pilihkan sape yang bertuah, tapi last-last tak jadi juga. Bila malam je dah tak larat, selsema batuk sakit mata ni malam-malam memang power, campur sibuk memasak. Jadinya, last-last guna random.org je la. Dan keputusannya.....
Tiga orang yang bertuah ialah:
ZAIKULIM FAUZIAH (OGY) SHAKILA ZAINUN
Tahniah buat nama-nama yang bertuah di atas, saya akan contact melalui emel untuk minta alamat ye. Harap dapat balas secepat mungkin untuk tujuan pengiriman hadiah:-) Buat nama yang tidak tersenarai, jangan putus asa, insyaAllah tuah akan menyebelahi anda di masa akan datang.
TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MUDA DAN TAHNIAH JUGA BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERI SOKONGAN!
Setelah bermacam-macam kontroversi yang berlaku sepanjang Sukan Sea ke-26 di Indonesia tahun ini, martabat dan maruah negara kita dapat dijulang semula dengan kemenangan pasukan bola sepak bawah 23 tahun, Skuad Harimau Muda yang mempamerkan aksi membanggakan. Saya sebenarnya bukanlah peminat tegar bola sepak, tapi perlawanan kali ni menarik minat saya selepas tragedi tragis lagu Negaraku tidak dihormati oleh hampir 100 000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Rabu lepas.
Masa ni memang meluap-luap rasa nak marah. Bukannya susah sangat nak diam dan hormatkan lagu kebangsaan negara orang lain, jiran dan serumpun pulak tu. Pengulas perlawanan masa tu pun macam dah taktau nak cakap apa, hot tapi kena control pertuturan demi kesejahteraan bersama. Masa perlawan separuh akhir, memang harap sangat Malaysia menang walaupun jenuh menunggu. Akhirnya gol kemenangan daripada Fakri menghantar Malaysia ke perlawanan akhir. Sebelah malamnya saya tengok juga Indonesia lwn Vietnam. Sangat kesian dengan penjaga gol Vietnam yang berhempas pulas sampai macam nak patah tengkuk cuba menyelamatkan gawang dari dibolosi Indonesia. Tapi dah ditakdirkan Malaysia akan berentap lagi sekali dengan Indonesia di perlawanan akhir, Vietnam macam hilang taring pulak malam tu, kalah 2-0 kepada Indonesia.
Perlawanan malam tadi saya tengok sampai separuh masa pertama saja, lepas tu kena ajak Sofiy masuk tido. Si kecik tu terlebih excited pulak sebab ayahnya dok bertempik ayah pekik GOL! dia pun GOL! ayah kata ALAAMAKKK! dia pun ALAMAAKKK! Pastu sibuk tendang bola dia ke sana ke mari, siap suruh umi main sama. Umi dah la sakit mata, batuk selsema tak elok lagi...tak larat nak oii. Tapi yang bestnya bila nampak je bendera mesti dia jerit 1 MALAYSIA!. Wah, patriotik anak ayah sorang ni! Masa Indonesia dapat gol pertama awal-awal tu haiii...kecewa la jugak awal sangat. Lepas tu percubaan-demi percubaan dan peluang demi peluang terlepas, ayah dah mula main game kat handphone dah. hehe. Akhirnya dalam separuh masa pertama juga dapat gol penyamaan, baru lega sikit. Kat sekeliling rumah tu dengar orang bersorak je, yang kuatnya suara anak-anak dara, agaknya anak-anak teruna yang kat rumah atas ni dah lepak kat kedai mamak kot. Macam video kat bawah ni haaa..semanagt betol depa kan...
Akhirnya...dengan rembatan kencang Baddrol, malaysia menang gol penalti 4-3 mengalahkan Indonesia. Walaupun Fakri sedikit lemah masa tendang bola tu sehingga dapat dibaca pergerakannya oleh penjaga gol indonesia, tapi Fakri juga telah berjasa membawa Malaysia ke final Sukan SEA 2011. Apapun, kecekapan penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat memang wajar dipuji. Bola tendangan Srinaga dapat ditampan dengan baik (saya kurang berkenan dengan pemain Indonesia yang ni, main kasaq ja selalu). Meh kita ulang tengok sepakan penalti yang membawa kemenangan buat Malaysia. Walaupun saya lebih suka ulasan daripada Zainal Abidin Rawop di Astro Arena dan Hj Hasbullah Awang di TV1, tapi video TV3 ni je yang ada penuh, bolehlah kan?
dan akhirnya...lagu Negaraku berkumandang bendera Malaysia dikibarkan dengan megah walaupun stadium dah kosong.
Semoga prestasi Harimau Muda dan Harimau Malaya akan terus maju, harap-harap perlawanan dengan Syria esok 23 November 2011 (Kelayakan Olimpik London 2012)akan membuahkan hasil yang lebih manis walaupun ramai pemain yang cedera dan masih keletihan setelah bermain selama 120 minit malam tadi. Pasukan Malaysia diiringi Menteri Belia dan Sukan tiba di LCCT pagi tadi dan hanya ada 41 jam sebelum perlawanan esok. Rakyat Malaysia jom banjiri Stadium Bukit Jalil tanpa meninggalkan solat. Maghrib masuk awalkan sekarang, perlawanan mula 8.45.
Walau apapun, ketidakpuasan hati rakyat Malaysia (termasuk saya) bukanlah terhadap semua warga Indonesia tetapi kepada penyokong fanatik Indonesia yang tidak menghormati malah menghina Malaysia dengan pelbagai penghinaan. Saya harap hubungan Malaysia - Indonesia ini dapat dipulihkan, kerana kita serumpun malah sebahagian besarnya adalah seagama. Bukan bola sepak sahaja yang menjadi kontroversi tetapi banyak isu berbangkit sebelum ini harap dapat dijernihkan.
Di petang Jumaat yang mulia ini diumumkan bahawa GA Kesyukuran Blog MAIA ditutup. Senarai peserta sehingga penyertaan ditutup akan diumumkan kemudian, begitu juga dengan senarai pemenang dan pengiriman hadiah. Ini kerana hari ini tuan punye blog tidak lapang seperti biasa disebabkan anak ikut ke pejabat daaa..hehe. Terima kasi atas penyertaan anda semua....ada rezeki saya adakan lagi.
Alhamdulillah, di kesempatan ni saya sebagai empunya blog Min Aina Ila Aina (MAIA) ni nak adakan GA buat pertama kali. Giveaway ni sebagai tanda kesyukuran saya direzekikan dengan biasiswa dalam pengajian kali ni dan juga untuk menghargai pembaca blog ni yang saya sendiri taktau berapa kerat gamaknya.
Kalau dah namanya GA, mesti ada hadiahnya kan. Hadiahnya simple-simple saja, barangan keluaran Cosway sebagaimana di bawah (gambar pun tak snap sendiri, google saja):
Ok, ni gambar yang lebih jelas
Syarat-syaratnya mudah saja:
1)Terbuka kepada sesiapa yang pernah baca blog MAIA tak kisahla pernah tinggal jejak ke tidak, follower atau pun tidak.
2)Mereka yang berada di luar negara juga boleh turut serta asalkan ada alamat surat-menyurat di Malaysia.
2)Bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta, sila tinggalkan komen di entri ini dengan meninggalkan nama (ringkas) dan alamat emel untuk dihubungi.
4) Tarikh tutup adalah pada 18 November 2011, jam 5.00 petang waktu Malaysia.(Memandangkan SV saya balik dari Korea pada 19 Nov maka lepas tu dah tak boleh ngadap blog saja.hihi.)
5) Tidak wajib follow blog ni, tapi untuk senang nak tengok update boleh la follow.
6) Pemenang ditentukan secara cabutan tapi siapa yang akan buat cabutan belum ditentukan lagi.
Sekian dahulu pengumuman Giveaway Kesyukuran Blog MAIA.
Hari ni dah hari Jumaat, tanggal 11.11.11 yang dipilih oleh ramai orang untuk diabadikan sebagai tarikh penting. Saya? Tak ada apa-apa pun yang relevan untuk diingati pada tarikh ni, berlalu saja seperti biasa.
Cuma...nak menyeru pada kawan-kawan di luar sana, hari yang sama minggu depan GA Kesyukuran Blog MAIA ni akan ditutup. Jadi kepada sesiapa yang pernah jengah blog ni dipersilakan untuk tinggalkan komen di entri INI. Belum nampak lagi kenalan-kenalan lama yang singgah ni.