Garuda Sudah Jadi Angry Bird? Final Bola Sepak SeaGame ke 26

TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MUDA DAN TAHNIAH JUGA BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERI SOKONGAN!

Setelah bermacam-macam kontroversi yang berlaku sepanjang Sukan Sea ke-26 di Indonesia tahun ini, martabat dan maruah negara kita dapat dijulang semula dengan kemenangan pasukan bola sepak bawah 23 tahun, Skuad Harimau Muda yang mempamerkan aksi membanggakan. Saya sebenarnya bukanlah peminat tegar bola sepak, tapi perlawanan kali ni menarik minat saya selepas tragedi tragis lagu Negaraku tidak dihormati oleh hampir 100 000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Rabu lepas.


Masa ni memang meluap-luap rasa nak marah. Bukannya susah sangat nak diam dan hormatkan lagu kebangsaan negara orang lain, jiran dan serumpun pulak tu. Pengulas perlawanan masa tu pun macam dah taktau nak cakap apa, hot tapi kena control pertuturan demi kesejahteraan bersama. Masa perlawan separuh akhir, memang harap sangat Malaysia menang walaupun jenuh menunggu. Akhirnya gol kemenangan daripada Fakri menghantar Malaysia ke perlawanan akhir. Sebelah malamnya saya tengok juga Indonesia lwn Vietnam. Sangat kesian dengan penjaga gol Vietnam yang berhempas pulas sampai macam nak patah tengkuk cuba menyelamatkan gawang dari dibolosi Indonesia. Tapi dah ditakdirkan Malaysia akan berentap lagi sekali dengan Indonesia di perlawanan akhir, Vietnam macam hilang taring pulak malam tu, kalah 2-0 kepada Indonesia.

Perlawanan malam tadi saya tengok sampai separuh masa pertama saja, lepas tu kena ajak Sofiy masuk tido. Si kecik tu terlebih excited pulak sebab ayahnya dok bertempik ayah pekik GOL! dia pun GOL! ayah kata ALAAMAKKK! dia pun ALAMAAKKK! Pastu sibuk tendang bola dia ke sana ke mari, siap suruh umi main sama. Umi dah la sakit mata, batuk selsema tak elok lagi...tak larat nak oii. Tapi yang bestnya bila nampak je bendera mesti dia jerit 1 MALAYSIA!. Wah, patriotik anak ayah sorang ni! Masa Indonesia dapat gol pertama awal-awal tu haiii...kecewa la jugak awal sangat. Lepas tu percubaan-demi percubaan dan peluang demi peluang terlepas, ayah dah mula main game kat handphone dah. hehe. Akhirnya dalam separuh masa pertama juga dapat gol penyamaan, baru lega sikit. Kat sekeliling rumah tu dengar orang bersorak je, yang kuatnya suara anak-anak dara, agaknya anak-anak teruna yang kat rumah atas ni dah lepak kat kedai mamak kot. Macam video kat bawah ni haaa..semanagt betol depa kan...


Akhirnya...dengan rembatan kencang Baddrol, malaysia menang gol penalti 4-3 mengalahkan Indonesia. Walaupun Fakri sedikit lemah masa tendang bola tu sehingga dapat dibaca pergerakannya oleh penjaga gol indonesia, tapi Fakri juga telah berjasa membawa Malaysia ke final Sukan SEA 2011. Apapun, kecekapan penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat memang wajar dipuji. Bola tendangan Srinaga dapat ditampan dengan baik (saya kurang berkenan dengan pemain Indonesia yang ni, main kasaq ja selalu). Meh kita ulang tengok sepakan penalti yang membawa kemenangan buat Malaysia. Walaupun saya lebih suka ulasan daripada Zainal Abidin Rawop di Astro Arena dan Hj Hasbullah Awang di TV1, tapi video TV3 ni je yang ada penuh, bolehlah kan?


dan akhirnya...lagu Negaraku berkumandang bendera Malaysia dikibarkan dengan megah walaupun stadium dah kosong.


Semoga prestasi Harimau Muda dan Harimau Malaya akan terus maju, harap-harap perlawanan dengan Syria esok 23 November 2011 (Kelayakan Olimpik London 2012)akan membuahkan hasil yang lebih manis walaupun ramai pemain yang cedera dan masih keletihan setelah bermain selama 120 minit malam tadi. Pasukan Malaysia diiringi Menteri Belia dan Sukan tiba di LCCT pagi tadi dan hanya ada 41 jam sebelum perlawanan esok. Rakyat Malaysia jom banjiri Stadium Bukit Jalil tanpa meninggalkan solat. Maghrib masuk awalkan sekarang, perlawanan mula 8.45.

Walau apapun, ketidakpuasan hati rakyat Malaysia (termasuk saya) bukanlah terhadap semua warga Indonesia tetapi kepada penyokong fanatik Indonesia yang tidak menghormati malah menghina Malaysia dengan pelbagai penghinaan. Saya harap hubungan Malaysia - Indonesia ini dapat dipulihkan, kerana kita serumpun malah sebahagian besarnya adalah seagama. Bukan bola sepak sahaja yang menjadi kontroversi tetapi banyak isu berbangkit sebelum ini harap dapat dijernihkan.



0 comments: