Cadangan Buah Tangan Untuk Orang Lepas Bersalin / Berpantang

Alhamdulillah, hari ini hari ke-4 selepas prosedur D&C. Nak sangat tulis entri tentang hari D&C tapi belum berkesempatan, badan masih belum betul-betul sihat nak duduk lama. Entri inipun sebab entri santai-santai saja. Saya terfikir nak tulis entri ni bila rakan-rakan datang ziarah. Alhamdulillah, syukur sangat saya punya rakan-rakan yang sangat perihatin dan mengambil berat. Ini baru kawan di masa susah dan juga senang. Penyelia saya juga datang ziarah di rumah bersama labmate. Macam-macam buah tangan yang diorang bawa dan saya sangat-sangat berterima kasih.

Oklah, berbalik kepada tajuk, mungkin ada yang saja-saja search nak tau apa buah tangan yang boleh dibawa masa melawat orang bersalin atau berpantang. Kalau bersalin dan ada baby, mudah sikit nak fikir buah tangan. Tentu saja hadiah untuk si bayi. Tapi...bukan semua ibu berpantang bertuah dapat berpantang bersama bayi. Ada kes keguguran macam saya, ada yang anak meninggal di usia kandungan telah besar misalnya 6,7 atau 8 bulan, ada yang anaknya perlu tinggal di NICU dalam tempoh yang lama dan ada juga yang anak meninggal sebaik saja dilahirkan. Pandangan saya, menziarahi ibu-ibu yang sakit berpantang tanpa bayi ini adalah lebih afdhal, sekurang-kurangnya kunjungan kita meredakan serba sedikit kesedihan si ibu dan suami, memberi semangat buat mereka dan mendokana yang baik-baik buat mereka. Di bawah ini adalah senarai benda atau buahtangan yang boleh dibawa, saya kira daripada pengalaman saya sendiri. Kalau ada baby pun, apa salahnya bawa untuk si ibu sekali kan. Saya letak senarai je dulu nanti ada masa saya sembang-sembang.

1- Kurma, Madu, Kismis, Minyak Zaitun, Habbatus Sawda' dan makanan sunnah yang lain

2- Vitamin atau Suplemen - Set Berpantang / Menyusu Shaklee, Pati Haruan, Pati Gamat, Minyak Kelapa Dara

3- Masak Lauk Orang Berpantang

4- Daun-daun untuk mandian, air akar kayu, ulam-ulaman atau daun mengkudu untuk alas tungku dan keperluan orang bersalin dan berpantang

5- Makanan Kering - biskut, muruku, cornflakes, serunding

6- Buah-buahan -epal merah, oren sunquick

7- Minuman - Susu segar, susu soya, air klorofil

1 comments:

AA said...

Maaf kak mai x dpt nk g ziarah akk.. tqh doakan akk cepat sembuh, sihat dan cergas semula spt sllu dan dpt pregnant lg lps ni.. moga Allah kurniakan kte peluang utk pregnant lg aminn