Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency) : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency) : 

Apa Yang Anda Perlu Tahu


Kedua-dua anak saya (lelaki) ditakdirkan kekurangn G6PD dalam enzim sel darah merah mereka. Nampaknya kalau bersalin lagi, tambah-tambah kalau lelaki lagi, bersedia sajalah kemungkinan untuk menghadapi perkara yang sama. Mungkin sayalah pembawanya. 
Kalau orang tengok secara luaran memang tak ada beza pun individu kekurangan G6PD dengan individu G6PD normal. Cuma pantang larang tu kena jaga sebaiknya, seumur hidup. 

Jadi, buat ibu-ibu yang bayinya disahkan kekurangan G6PD jangan panik, jangan terlalu risau, relaks, laluinya dengan tenang. Selalunya ibu-ibu akan jadi panik dan takut disebabkan bacaan kuning (jaundis) anak mudah naik seawal hari pertama dilahirkan. Ini kerana, sel darah merah mereka ni mudah pecah dan menyebabkan kuning jadi tinggi. Lagi buat ibu-ibu tambah panik bila bayi kurang G6PD MESTI ditahan di wad NICU selama sekurang-kurangnya 5 hari untuk pemantauan. Saya pun masa anak pertama nangis juga bila anak kena bawa ke NICU, doktor takkan tunggu kita, anak kita akan dibawa sesegera mungkin sebaik sahaja keputusan G6PD diperolehi dan anak kita didapati kurang G6PD.Jangan risau, ibu boleh menyusul selepas bayi dibawa ke sana. Ibu-ibu ada dua pilihan sama ada nak tinggal bersama anak di wad NICU (jika ada kekosongan katil untuk ibu) atau ulang alik ke hospital setiap hari. Perlu diingat, bayi di NICU hanya boleh dilawat oleh ibu dan bapa bayi sahaja.

Saya sertakan di sini serba sedikit maklumat tentang Kekurangan G6PD (G6PD Deficiency).
Sumber: Jabatan Pediatrik Hospital Kajang

Apakah Itu G6PD?

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase) adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.

Fungsi G6PD adalah untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. Kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.

Kemusnahan sel darah merah akan menyebabkan bayi mendapat kuning atau jaundis. Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Kekurangan G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki.

Selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD.

Sekiranya Anak Anda Didapati Kekurangan G6PD:

1- Anak anda dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemerhatian.

2- Pemerhatian ini perlu kerana dalam masa 5 hari selepas lahir, bayi anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kekuningan yang serius dengan serta merta dan perlu dirawat dengan segera.

3- Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada sebarang masalah lain.

4- Bayi anda juga akan diberi temujanji di Klinik Pediatrik dalam masa 3 ke 4 bulan selepas discaj untuk mengulangi pemeriksaan saringan enzim G6PD dan memastikan kesihatan bayi anda adalah baik.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Anda Kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:

  • Kacang Parang / Pava Beans

  • Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh seperti Chuen Lin dan San Chi. Ubat-ubat tertentu tidak boleh diambil tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat (biasa diletak dalam almari untuk menghalau lipas, semut)

  • Penyembur serangga dan lingkaran nyamuk yang mengandungi 'pyrethium'
 (sekadar gambar hiasan)


  • sesetengah ubat preskripsi seperti tersenarai di bawah
  • Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan tersenarai di atas. Ubat demam, selesema dan batuk adalah selamat dan boleh diambil mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.
Sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurangan G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.

Senarai Ubat-ubatan yang perlu dielakkan:

Acetanilide
Furazolidone
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
Primaquine
Sulfamethaxazole
Doxorubicin
Methylene Blue
Niridaxole
Cotrimoxazole
(Bactrim)

Senarai Ubat Yang Perlu Digunakan Dengan Berhati-hati Mengikut Dos Yang Ditetapkan Oleh Doktor:


Paracetamol
Ascorbic Acid
Aspirin
#Choramphenicol
Chloroquine
Colchicine
Dipenhydramin
Isoniazid
Phenacetin
Tripelennamine
Mefloquine
Phenylbutazone
Phenytoin
Probenecid
Procainamide
Pyrimethamine
Quinidine
Streptomycin
Sulfisoxazole
Trimethoprim
Vitamin K

Rujukan: Paediatric Protocol For Malaysian Hospitals, Ministry Of Health, Malaysia 2005.

Tanda-tanda Termakan Bahan Tersebut:

  • Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
  • Tidak bermaya
  • Pucat
  • Demam
  • Sesak nafas
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku!!


Bolehkah Seseorang  Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.

Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurangan G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.



1 comments:

Anonymous said...

Anak sy g6pd..tp perempuan.. Plikkn..sbb biasa bayi lelaki je g6pd ni.. Mgkn 1 dlm seribu kot