Belum Ditinggalkan Sudah Rinduu..PPBL UKM


Semalam...
saya ke sini..lokasi dalam gambar.
Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM Bangi.

Turun bas, jalan kaki menuruni bukit ni..membuat saya mengimbau kenangan tahun 2008-2010 (tahun-tahun selepas itu masih di situ tapi dah tak naik bas).

PPBL semalam kelihatan sunyi walaupun semester baru je mula. Memang sekarang ni tak tak ramai student undergrad. Tak tahulah saya kenapa dikurangkan. Bangunannya...masih sama..nampak usang, tapi..tenang. Tenang tau kat sini, rasa macam jauh daripada hiruk pikuk jalan. Nampak suram bagi siapa yang tak biasa. Tapi kat sinilah saya menghabiskan masa dari 7.30 pagi - 9 malam dulu. Ya..sampai malam, sebab tunggu suami yang balik kerja malam. 

Sebenarnya, saya dah jarang ke sini walaupun saya masih bergelar pelajar berdaftar di sini. Bila nak habis study ni Mai? Sebabnya saya sekarang mengajar di ATMA, walaupun dalam UKM tapi dah tak sejalan la..nak menapak pun jauh. SV saya pun sekarang dah tak di sini, pejabat beliau juga di ATMA dan sebarang perjumpaan juga diadakan di ATMA. Sebab tulah saya dah lama tak jenguk PPBL ni. Semalam di pejabat, baru saya tahu seorang staf am dah pun bersara, seorang lagi juga dah tak ada di situ. Tinggal 2 orang je staf lama yang masih saya kenal. Hmmm...

Semoga PPBL terus maju:)

0 comments: