Sedikit lewat mengucapkan Hari Wanita.
Saya wanita, tetapi tak pernah tahu kewujudan hari ini, sehinggalah ternampak ucapan-ucapan di Facebook.
Nak ambil kesempatan di sini, saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita di dunia. Teristimewa buat seorang wanita yang mengandung, melahirkan dan membesarkan saya. Begit juga seorang lagi wanita yang melahirkan dan membesarkan suami saya. Semoga kalian menjadi wanita syurga. Amiin.
Seterusnya, istimewa buat wanita berkaliber dalam gambar ini. Inilah ibunda aka penyelia kami, Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. Gambar ini dimuatnaik oleh UKM di laman web UKM...saya cilok saja. hehe. Prof berkali-kali mengatakan beliau tidaklah layak dikatakan berkaliber, tetapi bagi kami anak-anak didiknya, YES, PROF SANGAT BERKALIBER terutamanya melalui tindakan dan hasil yang dijana. Saya sangat kagum dengan Prof. ni, tentang pengurusan masa. Memang kami semua anak didik kagum. Sungguh beliau seorang yang sibuk, seorang tenaga pengajar, ada research geran yang bukan satu, menjawat jawatan pengurusan (kini sebagai pengarah ATMA UKM), seorang penceramah bahasa, presiden Persatuan Linguistik Malaysia, seorang isteri, ibu dan nenek. Dalam sibuk begitu, Prof konsisten menerbitkan artikel jurnal, menulis buku, membentang kertas kerja, menjadi pemeriksa luar, turun ke lapangan untuk kajian dan tentu saja menyemak kerja-kerja kami yang macam siput ni. Kagum weh!
Antara amalan Prof yang saya tahu...beliau menjaga pemakanan, suka makan buah, kurang makan nasi, selalu berpuasa sunat Isnin Khamis, solat dhuha dan tahajud. Bagi beliau, bidang akademik ialah passion beliau. Beliau cinta dengan apa yang beliau usahakan. Semoga Prof dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik dan dapat terus berbakti kepada bahasa dan tanah air. Amiin.
0 comments:
Post a Comment