Tips Kurangkan Stres: Elak Media Sosial Tambah Stres dan Serabut



Hari ni, nak berkongsi sedikit tips buat pembaca sekalian, terutama yang sedang stres, hadapi tekanan, rasa serabut, tidak produktif dan ada banyak tugas penting untuk diselesaikan.

Jika anda google cara kurangkan tekanan, cara hadapi tekanan atau stres...akan banyak keluar segala macam tips yang boleh diambil dan dimanfaatkan. Namun di sini hari ini, saya nak share 1 sahaja tips yang saya rasa sangat membantu jika anda ialah seorang yang aktif dalam media sosial dan dalam masa yang sama anda sedang stres sekarang. Perkara ni saya tulis sebab saya sudah lalui sendiri.

Jika anda sedang serabut, ada banyak masalah yang perlu difikirkan, atau mungkin sedang menyiapkan tugasan yang mustahak, cuba larikan diri SEBENTAR daripada SEMUA JENIS MEDIA SOSIAL (Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Emel, TV, Radio. dll..). Dalam tempoh itu, hanya fokus pada urusan anda sendiri sahaja. Jangan fikir langsung tentang media sosial...usah juga rasa bersalah. Itu semua tidak perlu. Jika seseorang mahu mencari anda untuk urusan yang sangat-sangat penting, dia akan hubungi anda terus melalui talian.

Jika anda sebenarnya bukanlah sibuk, hanya rasa stres atau serabut, jangan pula dalam tempoh ini, anda rasa sunyi. Inilah masanya untuk anda cari hiburan sebenar untuk hati dan jiwa anda. Banyak lagi pekara lain yang boleh dilakukan..yang lebih realiti. Contohnya, ambil masa ini untuk membaca Al-Qur'an, berzikir, solat sunat, baca buku fizikal, boleh jadi anda mahu bersiar-siar di taman, atau pergi bercuti selama satu hari, menonton wayang juga boleh, ziarah rakan dan  paling baik kalau dapat ziarah ibu bapa. Itulah antara punca-punca kegembiraan di dunia ini, iaitu restu ibu bapa. 

Baik, nak bincang sikit takrif SEBENTAR kat atas tu. Sebentar yang dimaksudkan tu bukanlah satu atau dua jam tetapi sekurang-kurangnya separuh hari. Lebih lama lebih baik, tetapi yalah kita semua pun maklum hari ini ramai juga orang yang menyampaikan mesej penting melalui media sosial. Jadi, kita beri kelonggaran la sikit. Tetapi...buka hanya untuk melihat jika ada notifikasi penting sahaja. Kalau masuk FB tu tengok notifications sahaja cukup..tak perlu skroll...tak perlu update apa-apa. Lepas tu, cepat-cepatlah tutup sebelum mood anda nak berlama-lama tu datang. Kalau masuk Whatsapp..sebaiknya tengok mesej peribadi sahaja, group tak perlu pun takpe. Kalau nak check jugak...skrol laju-laju baca sepintas lalu sahaja tak perlu khatam satu demi satu perbualan. SALAH SATU TIPS UNTUK SEMAK NOTOFICATIONS NI IALAH SELEPAS JAM 12 MALAM. Sebab apa? Sebab masa tu semua orang pun dah masuk tidur, jadi anda tak tergoda untuk berbual, berbalas komen, ataupun baca status yang baru lalu di wall.

Mengapa? Apa yang tak boleh sangat media sosial ni? Apa kaitannya dengan stres dan keserabutan kepala kita? Kita rasa stres dan serabut sebab minda atau otak kita ni terlalu banyak fikir tentang sesuatu, dan kadang-kadang sesuatu tu bukannya satu..kotnya lebih daripada sepuluh perkara kita nak kena fikir. Hati kita pun simpan 1001 rasa terhadap perkara-perkara yang difikirkan itu. Dan tanpa kita sedar, bila kita buka media sosial...kita telah memberatkan lagi beban kepala kita untuk proses bermacam-macam isu yang SEBENARNYA TAK PENTING PUN UNTUK KITA FIKIR DAN AMBIL TAHU dalam waktu sekarang. Contohnya, macam isu yang timbul dalam seminggu ini..kisah surat cinta da'ie, kisah jutawan penat buat baik, kisah buli di sekolah rendah, dan seribu satu kisah yang menjadi bualan orang lain. Memang kita rasa kita tak fikir sangat pun isu-isu tu...tapi kita tak boleh kawal otak kita..apa sahaja input, dia akan proses. Kalau input itu bagus, mungkin membantu diri kita menjadi lebih tenang dan gembira. Tetapi jika input itu tak bagus? Itu yang jadi kita rasa semakin serabut dan stres juga makin bertambah. Hati pun sama juga, tak boleh tidak mesti ada rasa yang hati kita alami. Contohnya tak suka, sedih, kesian dan lain-lain. 

Apa kata anda cuba sekarang? Ya..sekarang juga! Jika anda rasa banyak kelegaan yang anda dapat melalui cara ini...kalau rajin komenlah ye di bawah:)

0 comments: