Design Terbaru Buku Mini Surah Yasin @bukumaia

Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, rekaan buku mini Yasin yang kami edarkan boleh dikatakan sold out. Kesian pada pelanggan-pelanggan akhir-akhir ini sebab tak banyak pilihan yang tinggal. 

Maka, kami nak uar-uarkan design terkini buku mini Yasin yang ada sekarang. Baru je siap cetak panas-panas lagi ni. Alhamdulillah, setelah dimuat naik ke media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp, rata-rata tertarik dan jatuh hati dengan design baru ni. 

Berkebetulan pula kita nak menyambut Ramadhan tak lama lagi, saya kira sesuai sangatlah bagi sahabat yang mahu menambah saham akhirat dengan jadikan naskhah comel ini sebagai sedekah Ramadhan. Boleh juga dijadikan souvenir sempena majlis khatam al-Qur'an. In sha Allah, pahala berterusan selagi diamalkan.

Baik, jom kita tengok corak-coraknya yang cantik-cantik ni:




Ada 8 corak kesemuanya memikat hati. Kali ni corak banyak bunga-bunga dan batik. Dalam banyak-banyak ni, saya paling suka no. 4. Hehe. Ini pada pandangan mata saya la. Kalau ikut pengalaman saya, minat pelanggan ni berbeza-beza termasuklah warna. Oh ya, nak campur-campur design pun boleh, jangan risau. Cuma, untuk pembelian dengan harga borong ada minimum order iaitu 50 unit.

Kami juga menawarkan pakej surah Yasin ini dengan #kotakyasin dan #tasbih mini. Selain itu, boleh juga kalau nak setkan dengan buku mini Asmaul Husna. Ada design yang sengaja kami buat sama, Yasin dan Asmaul Husna.


Kotak Yasin dengan hiasan bunga berwarna emas dan perak.

Gambar di atas ni hanya kotak sahaja ye, usah salah faham. Yasin daripada design pilihan tadi, kita masukkan pula dalam kotak ni. Kalau ambil pakej tasbih mini, pun boleh masuk sekali. 


Inilah tasbih mini yang kami bekalkan. Ada macam-macam warna. Boleh juga request warna pilihan, TETAPI kami sangat-sangat galakkan tempahan tasbih dibuat awal sebab tasbih ini handmade dan homemade. Di musim-musim cuti dan Ramadhan order tasbih ni banyak, jadi kami sangat mengharapkan tempahan awal. 



Ini pula design Asmaul Husna yang boleh anda pilih. Mungkin nak Yasin dan Asmaul Husna sekali. Boleh saja.

Berminat?

Sebarang pertanyaan / tempahan bolehlah hubungi kami melalui medium di bawah:

Mai

SMS/WHATSAPP: 012 3302067 (Mai)
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FB PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @bukumaia

0 comments: