Assalamualaikum wbt, kepada semua pembaca blog MAIA.
Lama tak bersiaran, semuanya berstatus draf. Beginilah ibu mengandung, alahan tak dapat diduga.
Dalam entri kali ni saya nak ambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak buat semua umat Islam. Selamat berpuasa dan beribadah. Semoga segala ibadah kita diterima, dan semoga kita diberikan kesempatan dan peluang mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.
Selain puasa yang sebenar-benar puasa, mari kita lipatgandakan bacaan al-Qur'an, sedekah, menyambung silaturrahim, zikir, istighfar, solat sunat dan juga doa. Antara waktu mustajab doa ialah sebelum berbuka puasa. Doalah sepenuh hati. Mudah-mudahan doa-doa kita diperkenankan Allah.
Seperti tajuk entri, tentang CENDERAHATI MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN.
Seperti lazimnya, pada bulan Ramadhan ni diadakan tadarus secara berjemaah sama ada di sekolah, di pejabat, di masjid, taman perumahan dan lain-lain. Setelah selesai sesi tadarus, biasanya di hujung Ramadhan, akan diadakan majlis khatam al-Qur'an. Dalam majlis ini nanti dimeriahkan dengan buah tangan / cenderahati untuk tetamu. Biasanya buku-buku mini yang @bukumaia edarkan menjadi pilihan. Kami ada Buku Mini MMR, Buku Mini Asmaul Husna, Buku Mini Yasin, dan juga Buku Mini Panduan Solat. Kami juga sediakan set buku mini ini dengan tasbih mini dan pakej berkotak yang cantik.
Alhamdulillah, setiap tahun permintaan pelanggan tak putus membuat tempahan. Nak tempah customized nama pun boleh, kami sediakan printing sticker lutsinar untuk ditampal pada buku mini tersebut.
Sebagai tanda sokongan kepada semua pelanggan kami, dan demi kelancaran proses tempahan dan penghantaran, kami sangat-sangat menganjurkan tempahan dibuat lebih awal daripada tarikh majlis. Ini kerana, kami ada pengalaman buku tempahan pelanggan hanya sampai pada waktu majlis sedang berlangsung, dan ada juga yang tiba pada sebelah petangnya sedangkan majlis diadakan pada sebelah pagi. Kelewatan ini memang di luar kawalan kami kerana tempahan dibuat sehari sebelum majlis. Kami memang sedaya upaya akan poskan seawal yang mungkin, tetapi kadang-kala berlaku kekangan atau halangan daripada pihak kurier.
Antara halangan yang biasa berlaku:
- Penghantaran barangan melalui kurier biasanya lebih banyak pada bulan Ramadhan, kerana ada banyak tempahan barangan sempena puasa dan hari raya (sekarang kan semua pun pakat beli online).Jadi, kami penjual juga kena keluar awal ke pejabat pos untuk beratur tunggu giliran. Oleh itu, tempahan paling lewat boleh diambil dan sempat pos hari yg sama mungkin terhad.
- operasi pejabat pos juga sedikit pendek daripada bulan-bulan tak puasa. Kalau bulan tak puasa kadang barangan yang diposkan tu pukul 5.30 baru jalan naik lori pos, tapi di bulan puasa 4.30 lori dah datang kutip barang. Kalau lambat, esok la pulak jalan. Jadi, kenalah datang awal untuk pengeposan. Langkah selamat, kami di MAIA biasanya akan pos pada sesi pagi sebaik sahaja pintu pejabat pos dibuka.
- Banyaknya barang yang perlu dihantar kadang kala menyebabkan lori pos / kurier tak dapat hantar pada hari yang sepatutnya ekoran lewat daripada waktu operasi. Contoh, van poslaju untuk penghantaran hanya beroperasi sehingga jam 6 petang. Lewat daripada tu, mereka akan hold dulu barang tu dan hantar semula esoknya.
- Operasi pos / kurier juga biasanya tidak lagi memberi jaminan barangan yang dipos pada minggu akhir sebelum hari raya akan dapat dihantar sebelum hari raya sebagaimana jadual biasa. Katakanlah majlis khatam al-Qur'an itu diadakan pada 27 Ramadhan dan tempahan dibuat pada 26 Ramadhan, kami memang tak berani jamin tempahan akan sampai pada tarikh yang dihendaki.
Sehubungan itu, saya sangat berbesar hati sekiranya pelanggan -pelanggan MAIA dapat membuat tempahan sekurang-kurangnya 10 hari daripada tarikh majlis / tarikh tempahan akan digunakan, untuk mengelakkan masalah kelewatan. Sebenarnya, kami sendiri berasa susah hati sekiranya tempahan anda tidaki diterima pada waktu yang sepatutnya.
Dah ada tarikh majlis? Jadi tempahlah sekarang. Kami suka untuk memberikan khidmat terbaik kepada anda :)
Bersama kita imarahkan bulan Ramadhan ini dengan infaq, wakaf dan sedekah. Semoga ganjaran berlipat ganda buat kita semua. Amiin.
Puan Mai
SMS/WHATSAPP : 012 3302067
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
INSTAGRAM: @bukumaia
0 comments:
Post a Comment