Salam Ramadan Buat Semua Umat Islam


Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadan al-Mubarak. Syukur ya Allah Kau panjangkan usia kami, kau rezekikan kami bertemu tetamu istimewa Ramadan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Ramadhan Kareem" dan salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Apa azam Ramadan tahun ini? Ya, tak salah kita menyemai dan membina azam yang baik-baik terutamanya untuk ukhrawi dan boleh jadi juga untuk duniawi selagi mana tidakmencacatkan pahala puasa kita. Kan?

Saya pun ada beberapa azam Ramadan tahun ini. Antaranya, saya mahu Ramadan tahun ini menjadi bulan yang produktif sama ada dalam beramal ibadah, dan juga produktif dalam komitmen pelajaran dan pernigaan. Mudah-mudahan Allah permudahkan hasrat saya ini. Amiin.

0 comments: