Cadangan Cenderahati Majlis Khatam Al-Qur'an Tahun 2017

Alhamdulillah, sudah Ramadhan ke-9 hari ini. Bangun sahur ke tadi? Alhamdulillah, jika sudah 9 hari kita mampu bersahur, berpuasa dan beribadah lebih daripada bulan-bulan sebelumnya. Jika belum, in sha Allah berkat doa dan tekad serta mujahadah, saya doakan berbaki 20 hari dalam bulan Ramadhan ni adalah hari-hari terbaik buat semua pembaca MAIA.

Sebenarnya, dalam 2-3 hari ni saya terima banyak sangat Whatsapp bertanyakan Buku Mini Asmaul Husna untuk dijadikan cenderahati, sama ada ada cenderahati majlis khatam al-Qur'an ataupun lain-lain tujuan sedekah dan hadiah. Cumanya, ramai yang bertanya tu attach gambar Asmaul Husna mini yang lama, iaitu keluaran 2015. Saya mohon berbanyak maaf, kerana Asmaul Husna Mini jenis tersebut (yang lipat-lipat) dan design tersebut kami dah tak keluarkan lagi.

Antara tujuan Asmaul Husna mini sekarang diterbitkan dalam bentuk buku mini dan bukan lagi foldable flyers, adalah demi ketahanan Asmaul Husna tersebut. Asmaul Husna jenis buku lebih tahan lasak walaupun dibuka berkali-kali, tetapi yang jenis lipat akan mudah koyak pada lipatan tersebut jika dibuka berkali-kali. Berkenaan design juga, kami memang sentiasa tukar design baru apabila stok sesuatu batch dah terjual. Supaya tak jemu :)

Jadi, kat sini saya nak kemaskini produk-produk buku mini dan design terkini yang kami ada, yang sesuai untuk anda dapatkan dan jadikan sebagai cenderahati majlis khatam al-Qur'an di tempat anda sempena Ramadhan ini.

Buku Mini Asmaul Husna







Ada 9 design pilihan seperti gambar di atas. Saya harap tak ada design yang out of stock awal sangat :)
Kami menyediakan 3 pakej buku mini Asmaul Husna seperti berikut:

Pakej A - Buku mini Asmaul Husna + Kotak + Tasbih mini
Pakej B - Buku mini Asmaul Husna + Kotak
Pakej C - Buku mini Asmaul Husna sahaja

Tasbih Mini


Kami juga ada pakej buku mini bersama tasbih mini yang cantik berkilauan bak mutiara ini. Tempahan tasbih mini perlu lebih awal kerana tasbih ini 'hand made' dan 'home made' :)


Buku Mini Yasin




Ramai yang puji design Yasin mini kali ini cantikk! Alhamdulillah. Surah Yasin memang biasa kita jumpa di mana-mana, jadi kami serlahkan Yasin mini ini dengan corak yang menarik. Ada 8 design / corak yang anda boleh pilih, nak campur pun boleh. 


Ini kotak Yasin sahaja, kotak coklat dengan bunga keemasan atau perak. Kelihatan sangat mewah.



Ini pula kotak baru, 'pillow box' yang sesuai untuk semua jenis buku mini saiz A6 dan yang lebih kecil. Kalau dihias dengan reben, memang cantik kotak ni.

Pakej A - Buku mini Yasin + Kotak + Tasbih mini
Pakej B - Buku mini Yasin + Kotak
Pakej C - Buku mini Yasin sahaja


Buku Mini Panduan Solat 

Buku ini memang istimewa kerana walaupun saiznya mini, tetapi lengkap dengan gambar langkah demi langkah untuk solat bermula wudhu' sehingga zikir dan doa. Gambar juga ada kategori lelaki dan wanita, sebab ada perbezaan sikitkan antara pergerakan anggota lelaki dan wanita dalam solat.

Tak cukup dengan itu, buku ini juga lengkap dengan bacaan dalam solat yang ditulis dalam bahasa Arab, kemudiannya ada transkripsi ke dalam bahasa Melayu (tulisan rumi tapi bunyi Arab) untuk mereka yang belum dapat membaca tulisan al-Qur'an. Seterusnya, setiap bacaan dilengkapi dengan makna. 

Di akhir buku, ada juga diselitkan tentang tatacara solat jama' dan qasar mengikut JAKIM.



Buku Mini Panduan Solat didatangkan dalam 4 design 
Harga runcit: RM9.90
Harga borong: harga jauh lebih rendah

PROMOSI RAMADHAN BUKU MINI PANDUAN SOLAT: Pembelian 1000 unit dan ke atas akan menikmati potongan harga melebihi 70%

Buku Mini MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)


Ya, buku MMR ini buku lama (2013), tetapi isinya tidak pernah ketinggalan zaman. Isinya sentiasa relevan. Oleh sebab itulah, sehingga kini masih mendapat permintaan untuk tujuan sedekah dan cenderahati. Cuma, mohon diambil perhatian bahawa stok buku mini MMR ini sudah sangat-sangat terhad. Saya pun tak pasti adakah penerbit akan terus mencetak buku ini atau tidak, kerana sekarang sudah pun terbit sambungan buku penuh Mudahnya Menjemput Rezeki iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki 2. 


Isi kandungan buku mini MMR


Buku terbaru: MMR2 (versi penuh RM20)

Al-Qur'an Humaira

Harga: RM45.00

Ada 10 warna menarik untuk Al-Qur'an Humaira ini, dalam 2 design sama ada zip (atas) atau magnet (bawah). Al-Quran Humaira juga dikenali sebagai Al-Qur'an Pelangi kerana halaman dalamnya yang berwarna-warni. Mungkin Al-Qur'an ini sesuai dihadiahkan kepada jemputan VIP, pelajar cemerlang, tokoh pelajar, pemenang pertandingan dan sebagainya. 


Harga Buku-buku Mini:

Mesti ramai yang nak tau harga buku-buku mini ini. Ya, saya faham, lebih mudah kalau ada harga di sini. Namun, saya tak dapat berikan harga secara terperinci kerana kami memberi harga diskaun istimewa untuk pembelian secara borong dan mengikut pakej-pakej tertentu. Lebih kuantiti yang ditempah, maka harga lebih istimewa untuk anda.

Oleh itu, sebarang pertanyaan / tempahan bolehlah hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah ini. In sha Alllah, kami akan memberikan layanan yang terbaik.


Puan Mai

SMS/WHATSAPP: 012 3302067 (Mai) - respons paling segera
INSTAGRAM: @bukumaia
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman (jika bukan friend di FB, ada risiko mesej lambat diterima)
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina (lebih mudah tinggalkan mesej di sini)

0 comments: