Bagaimana Merawat Bayi Dengan Minyak Habbatussawda' dan Minyak Zaitun

Masih banyak yang masih tertanya-tanya bagaimana teknik saya rawat bayi saya dengan makanan sunnah sahaja, dalam hal ini habbatussauda Habasyi99 dan Zaitun dara Tursina terbaik dunia.

Jika bayi belum pandai makan, saya selalu amalkan 3 Teknik Tahapan:
(1) Sapukan
Sapukan ke T zone (bahagian hidung, dahi, kening) jika selsema. Habbatussawda' yang tinggi kualiti ada bronkolidator iaitu melabarkan jalan nafas.
(2) Susukan
Cara atasi masalah demam yang dicurigai disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus maka kita tingkatkan kualiti air susu ibunya. Beri ibu minum dos terapi 1 sudu teh x 3 kali makan. Lalu susukan bayi dengan kerap (2 jam sekali). Bahan aktif habbat diharapkan mengalir masuk ke tubuh bayi melalui air susu ibunya.
(3)Titiskan
Dengan cara dijilatkan ke lidah 1 - 2 titis. Atau titiskan ke botol susu/minuman kesukaannya 3 kali sehari.
Jika teknik (1) sudah memadai, tak perlu teknik (2). Begitu seterusnya.
Sekiranya suhu tinggi, buang panas dengan kain basah (celup ke air paip biasa). Tekapkan ke bahagian tubuh yg panas lalu dicelup kembali. Lakukan berulang-ulang kali hingga panas berkurang. (Peringatan: Jangan biarkan suhu badan anak melebihi 39 darjah celcius tanpa dikontrol. Dalam situasi demikian, sebaiknya segera berjumpa doktor!)
Minyak Tursina disapukan ke seluruh badan setiap kali lepas mandi untuk kulit yg sihat.
Alhamdulillah. Sepanjang 3 tahun ini, anak belum pernah diberi ubat sintesis.
Pesan ibnul Qayyim, "Jika makanan boleh menyembuhkan, jangan beralih ke ubatan..."

Selamat mencuba!
------------

*dianjurkan untuk melakukan alergic test sederhana ke bayi dengan cara sapu minyak habbatussauda di lengannya. Jika ada tanda radang atau ruam, sebaiknya ditunda dulu pemakaian habbatussauda.


Sumber: Ahmad Aizatnur Zakaria

0 comments: