Akhirnya...Tesis PhD Ku Berjaya Dihantar!

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya, terlalu banyak kisah yang berlaku tapi tak sempat langsung nak update kat sini. Apapun, sebagai seorang blogger yang suatu masa dulu pernah tegar menulis, kisah-kisah ini tetap juga nak diabadkan di sini. Better late than never kata omputehkan? Jadi, saya ambik mode imbas kembali la ye untuk cerita. Nak backdated dah tak boleh, terlalu jauh ke belakang.



Kali ni saya nak cerita tentang tesis. Sememangnya saya jarang menulis tentang tesis saya walau di mana-mana pun sama ada di blog mahupun socmed yang lain. Case sensitive gitu. Hahahaha. Dengan rendah dirinya saya mengaku bahawa saya merupakan salah seorang calon PhD yang tempoh belajarnya sangatlah panjang. 8 tahun!! Kalau orang dengar tempoh tu je memang rasa segan. Apatah lagi bila ramai yang bertanya "tak habis lagi belajar?" "tak siap lagi PhD?"

Namun, hanya Allah, saya, keluarga terdekat dan sahabat-sahabat serta penyelia saya yang tahu apa yang saya lalui dalam tempoh itu. Saya tak berhasrat untuk bercerita panjang kali ni, mungkin lain kali saya boleh menulis tentang semangat pantang menyerah untuk calon-calon PhD lain yang menghadapi ujian yang sama.

Dipendekkan cerita, ujian dalam perjalanan PhD saya datang sejak tahun pertama lagi iaitu suami saya hilang pekerjaan. Elok je daftar, suami diberhentikan kerana syarikat tempat dia bekerja ada masalah dan tukar owner. Bermula dari situ, saya mengambil alih dalam perbelanjaan keluarga termasuk hutang-hutang, dalam keadaan saya pun tidak bekerja tetapi belajar sepenuh masa. Jadi saya mula berniaga. Kemudian, ujian datang pula bila saya mengandung dan melahirkan anak yang kedua. Morning sickness yang pelik, saya pening bila duduk dalam bangunan cth dalam rumah tapi kalau keluar naik kereta, ok pulak. Saya pening bila mengadap laptop / komputer. Lepas tu saya kena batuk yang lama sampai usia kandungan 7 bulan. Batuk terukkkk sangat sampai didiagnos sebagai asthma during pregnancy, kena pakai pam tu. Kemudian dia (Farhan) lahir dengan masalah CTEV atau biasa dipanggil clubfoot, iaitu kakinya bengkok ke dalam. Kena buat rawatan atau manipulasi dan masa tu keadaan ekonomi kami sangatlah susah. Anak saya yang kedua ni  juga mula keluar masuk hospital sejak berumur 6 bulan akibat demam, sawan demam, jangkitan paru-paru, otitis media (gegendang telinga bocor) sampailah umurnya 2 tahun setengah menganjak ke tiga tahun. Last sekali episod dia demam tu demam berpanjangan selama 5 bulan. On Off. Dah buat ujian darah keseluruhan tapi result tak ada yang abnormal. Syukur. Sampai doktor di klinik cakap "Puan, saya rasa elok Puan cuba kaedah lain pulak la macam jumpa ustaz ke, sebab kami dah bagi ubat yang paling kuat dah kat dia. Tapi dia tetap akan demam balik bila dah habis ubat." Alhamdulillah, akhirnya kami berjumpa dengan penawarnya melalui kaedah homoepathy. Dia dah jarang demam. Syukur. 

TAPI....saya termengandung anak yang ketiga pulak dalam masa tu. Morning sickness yang teruk selama 5 bulan. Mungkin ada yang heran, dah tau ada komitmen belum selesai, takde pekerjaan..kenapa mengandung lagi? Fahamkah tuan-tuan dan puan-puan, apa itu accident? Saya merancang untuk tidak mahu hamil lagi waktu tu dengan kaedah pil. Pil apa tu tak payahlah saya bgtau nama, sebab ada je orang makan pil sama tapi tak termengandung pun. Jadi bukan salah pil, tapi memang dah Allah rancang begitu. Oh ya, saya takde skip atau terlupa atau makan pil tak ikut masa. Dilajukan ceritanya, saya bersalin pada Nov 2017. Anak ada masalah kesihatan sikit di awal kelahiran tapi lepas tu alhamdulillah no problem. Selepas gedebuk gedebak berpantang dan sebagainya, saya kembali ke gelanggang untuk teruskan perjuangan. Tapi Allah uji lagi bila saya mendapat tentangan daripada orang-orang terdekat. Mungkin diorang dah cemuih atau jemu dah menunggu. Namun saya degil. Saya tetap harungi juga walau kena sabotaj, kena halang, kena sekat dan macam-macam lagi. Saya cuma anggap ini ujian PhD aku, ini ujian PhD aku. Lain orang lain ujian. Ada yang masalah dengan kajian, ada yang masalah dengan penyelia, ada yang masalah dengan data, ada yang masalah dengan kesihatan diri sendiri dan macam-macam lagi. 

Bertuahnya saya..saya dikelilingi SAHABAT-SAHABAT yang sangat supportive, memahami, dan terus-menerus menyokong. Bukan sekadar dengan kata-kata motivasi malah mereka membantu dengan wang ringgit. Sampaikan ada yuran pengajian saya yang ditaja oleh kawan-kawan saya. Saya tak pernah meminta, tetapi mereka sentiasa menghulurkan tangan. Ada juga yang menghulurkan bantuan untuk tolong semak draf, ada yang tolong edit draf saya. Selain tu, tentu saja penyelia yang yang saya kagumi. Prof. sangat banyak membantu, dedikasi dan tak berkira langsung. Bayangkan, bermula bulan Ogos 2018 baru saya benar-benar HADAP tesis saya. Bayangkan, saya tak pernah ada draf yang dah saya siapkan sebelum ni kecuali bab 1. Semuanya saya TUKANG bermula Ogos 2018! Dan Prof apabila terima je draf saya,  terus semak dan terus pulangkan secepat yang mungkin. Kadang-kadang hantar hari ni, esok dah dapat balik. Bertuahkan saya? Sampaikan bab terakhir yang saya hantar, masa tu mak Prof meninggal dunia. Saya memang risau kalau Prof bercuti lama sebab saya tak punya banyak masa sebelum tarikh akhir hantar tesis untuk sem tersebut. Tapi syaa juga faham, kehilangan ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Jadi saya tawakkal saja, dan tetap berdoa. Sungguh saya tak sangka...dalam waktu cuti tu Prof tetap semak draf saya di tengah malam. Nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?

Begitulah, dalam 4 bulan saya siapkan keseluruhan tesis yang tertangguh selama hampir 8 tahun. Prof banyak kali cakap, pada saya dan juga di hadapan kawan-kawan sepenyeliaan, "Saya tak tau macam mana Mai boleh siapkan tesis dalam masa 4 bulan, sedangkan dia tak boleh siap sebelum tu dalam masa 8 tahun?"

Saya tahu jawapannya...yang pertama sekali ialah IZIN DAN PERANCANGAN ALLAH. Kedua, FOKUS. Ketiga, TERDESAK ATAU LAST MINUTE. Tapi yang kedua tu la pada saya paling memberi kesan. 

Alhamdulillah, tarikh yang sangat bermakna pada saya ialah pada 17 Januari 2019 saya berjaya HANTAR TESIS PHD. Allah...macam mimpi. Dengan tak cukup tidur dan penat yang sangat penat, saya print dan hantar tesis ke PPS. Maha Suci Allah. Luruh habis rasa beban di bahu. Tapi!! saya tak rasa gembira. Saya fikir saya akan menangis gembira atau lega. Tapi apa yang berlaku tak macam tu. Lepas hantar, saya rasa KOSONG! Nak tidur pun tak boleh walaupun penat. Saya masuk bilik study yang saya namakan SOHO, saya duduk di kerusi, hadap laptop...saya rasa sedih. Rasa sayu pun ada. Sedih sebab dah tak dapat buat tesis lagi. Betapalah tesis itu telah menjadi sebahagian daripada diri saya selama bertahun-tahun. Betapalah beban di bahu itu saya tanpung dan tanggung begitu lama. Betapalah saya sudah terbiasa bahawa saya ialah tesis saya yang tidak siap-siap. 




 Begitulah...
Insya ALLAH ada masa dan kesempatan saya kana cerita lagi mungkin kisah viva pula. Dan sebenarnya selepas hantar tesis ni..ada lagi perkara besar berlaku. Jeng jeng jeng!

1 comments:

lizahanum said...

Alhamdulillah..akhir mai berjaya jugak wlpun apa juga ujian melanda.....tahniah.
Doakan akak plak yer...