BOLEHKAH AMALKAN MADU LEBAH SETIAP HARI?


BENARKAH MADU TIDAK BOLEH DIAMALKAN SETIAP HARI? 
=============
Ada pendapat yang skeptikal mengatakan kita tidak boleh mengamalkan madu setiap hari atas alasan ia adalah ubat penawar. Bukannya makanan.
Pendapat semacam ini sangat janggal kerana bertentangan dengan banyak kertas penyelidikan mutakhir.
AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI DAPAT MENCEGAH OBESITI
Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail membuktikan dengan hanya mengambil madu asli secara konsisten setiap pagi, selera makan seseorang boleh dikawal. Apabila kawalan kepada selera makan berlaku, ia dapat mengurangkan pengambilan makanan seterusnya masalah obesiti dapat ditangani. [1]
AMALAN MINUM MADU SETIAP HARI MEMBANTU MENGAWAL GULA DALAM DARAH
Dalam salah satu percubaan klinikal diabetes mellitus Type 1 dan Type 2, amalan meminum madu berhubungkait dengan indeks glisemik yang lebih rendah berbanding dengan sukrosa atau glukosa pada pesakit diabetes Type 1 dan manusia normal. [2] Pada pesakit diabetes type 2, madu dapat mengurangkan kadar glukosa plasma secara signifikan berbanding ubat Dextran. [3]


AMALAN MEMINUM MADU SETIAP HARI SEBAGAI PENGGANTI PEMANIS
Madu digunakan sebagai pemanis semulajadi sejak zaman kuno kerana ia mempunyai kadar fruktosa yang tinggi (Madu 25% lebih manis daripada gula pasir). Selain itu, penggunaan madu dalam minuman juga semakin popular. [4] Bukti menunjukkan bahawa madu dapat memberi beberapa kesan kesihatan yang bermanfaat termasuk antioksidan, antiradang, antibakteria, antidiabetik, pernafasan, saluran pencernaan, sistem salurah darah dan saraf [5]


AMALAN MENJADIKAN MADU SEBAGAI MAKANAN DAN UBAT DALAM ISLAM
Madu adalah cairan yang dibicarakan oleh semua kitab suci agama, dan diterima oleh semua generasi, tradisi dan tamadun, baik kuno maupun moden. Islam menyarankan madu sebagai sumber makanan dan ubat, dan juga menamakan surah dalam Al-Quran sebagai Surah al-Nahl yang bermaksud Bab Lebah Madu. Dalam hadith pula, Nabi Muhammad sangat menganjurkan penggunaan madu untuk tujuan rawatan dan penyembuhan. Tambahan pula, Al-Quran secara terang-terangan menggalakkan penggunaan madu sebagai makanan yang sangat berkhasiat atau "Health Promoting Food".
"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. [6]
Sebelum ayat ini, Allah swt turut menceritakan manfaat minuman dari binatang ternak iaitu susu segar (An Nahlu: 66) dan diikuti minuman dari sumber tumbuhan iaitu kurma dan anggur (An Nahlu: 67). Kemudian barulah diceritakan manfaat minuman madu lebah (An Nahlu: 68-69). Konteks keempat-empat ayat ini berbicara tentang minuman sihat sepanjang zaman. Maka, jelaslah kepada kita bahawa Islam menganjurkan kita merutinkan Madu lebah sebagai sumber minuman/makanan. Bukan semata-mata ubat sebagaimana yang disampaikan oleh ilmuan malang yang skeptikal dan tiada pengetahuan tentang Madu lebah.


MADU SEBAGAI MAKANAN LENGKAP NUTRISI (SUPERFOOD)
Komposisi utama madu adalah gula ringkas semulajadi dan air. Di samping itu, ia juga mengandungi beberapa vitamin dan mineral, termasuk vitamin B. Unsur-unsur lain pada madu adalah asid amino, antibiotic-rich-inhibin, protein, antioksidan fenol, dan mikro nutrien. Gula dalam madu lebih manis dan memberikan lebih banyak tenaga daripada pemanis buatan, dan gula ringkas yang paling banyak dalam madu adalah fruktosa. Bahan-bahan ini penting dalam pemakanan dan kesihatan. Beberapa vitamin yang terdapat dalam madu termasuk asid askorbik (vitamin C), asid pantothenik, niacin dan riboflavin; bersama dengan mineral seperti kalsium, copper, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium dan zink. Profil pemakanan Madu yang tinggi dengan pelbagai nutrisi ini (walaupun dalam jumlah minima), mengiktiraf fungsinya sebagai makanan berkhasiat. Oleh disebabkan jumlah nutrien penting Madu Lebah yang rendah, adalah dinasihatkan untuk orang dewasa mengambilnya dalam jumlah besar iaitu (paling minimum 70 - 95 g sehari) untuk mendapatkan manfaat pemakanan dan kesihatan yang diinginkan sepenuhnya [6].
70 - 95 gram diperkirakan bersamaan dengan 2 sudu besar Madu lebah 2-3 kali sehari.
Persoalan Madu Lebah mana yang terbaik? Cukuplah kajian dari sekumpulan penyelidik Kishore dan kawan-kawan yang sudah pun diterbitkan dalam journal perubatan antarabangsa PubMed bahawa madu Tualang mengandung lebih banyak asid fenolik dan flavanoid (quercetin) berbanding madu Manuka New Zealand dan madu tempatan Malaysia lainnya (Kishore, 2011). [7]
Semoga menjawab persoalan. Tolong sebar dan sampaikan agar banyak insan yang mendapat pencerahan. Wallahua'lam bisshowab.
Artikel disumbangkan oleh Jabatan Penyelidikan Quadmeds ®
_____________
Rujukan:
[1] Prejudis Khasiat Madu, https://www[dot]hmetro[dot]com[dot]my/WM/2020/01/533810/prejudis-khasiat-madu
[2] Erejuwa OO. Effect of honey in diabetes mellitus: Matters arising. J Diabetes Metab Disord. 2014;13:23.
[3] Samanta A et al., Plasma glucose responses to glucose, sucrose, and honey in patients with diabetes mellitus: An analysis of glycaemic and peak incremental indices. Diabet Med. 1985;2:371–3
[4] Babacan S, Rand AG. Characterization of honey amylase. J Food Sci. 2007;72:C050–5
[5] Saeed Samarghandian et al. Honey and Health: A Review of Recent Clinical Research. Pharmacognosy Res. 2017 Apr-Jun; 9(2): 121–127
[6] Abdulwahid Ajibola et al., Nutraceutical values of natural honey and its contribution to human health and wealth. Nutr Metab (Lond). 2012; 9: 61.
[7] Kishore RK et. al. Tualang honey has higher phenolic content and greater radical scavenging activity compared with other honey sources. Nutr Res. 2011.
www.wasap.my/60123302067
Maizura
@maiasihat

0 comments: