Buku Anugerah Allah Dalam Solat Rawatib Oleh Ustaz Muhadir Haji Joll

 KITAB ANUGERAH ALLAH DALAM SOLAT RAWATIB





Alhamdulillah karya terbaharu AF Ustaz Muhadir Haji Joll. Memfokuskan karya berbentuk amalan yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
.
Hadir dengan karya setebal 150 muka surat ini lengkap dengan pengertian, kaifiat (cara) serta praktikal kaedah mengamalkannya.
.
Solat Rawatib adalah solat sunat yang mengiringi solat fardhu sama ada sebelum (Qabliyyah) atau selepasnya (Ba‘diyyah), sama ada yang muakkad atau ghair muakkad untuk kesemua 5 solat fardhu.
.
Al-Fadhil Ustaz juga menambah solat Dhuha dan solat Awwabin supaya dapat juga diamalkan kerana ganjaran pahala kedua-duanya yang sangat besar.

Sebagai Muslim yang berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari, perlahan-lahan kita lazimi solat sunat Rawatib ini. Mula-mula memang kekok, mungkin juga agak berat, namun jika digagahi dan diamalkan, kita akan mula menikmati kelazatannya. Bukan sahaja dalam bentuk anugerah yang Allah janjikan, tetapi juga rasa kehambaan dan ketenangan yang dikecapi saat melaksanakannya. Insya Allah. Amin.
.
Harga buku ini RM16 tidak termasuk kos pos. Kos pos dalam semenanjung RM8 manakala Sabah Sarawak RM12 untuk sebuah buku. Belilah lebih dan hadiahkan buat mereka yang berada di sekeliling kita sama ada ibu bapa, anak menantu, jiran, guru-guru mahu pun sesiapa saja yang tergerak hati kita untuk menghadiahkannya. Insya Allah, pahala berpanjangan buat kita. 

Bagaimana untuk membeli buku ini?

Caranya, dipersilakan hubungi 012-3302067 melalui Whatsapp / SMS/ Telegram dan nyatakan tajuk buku yang ingin dibeli. Insya Allah, saya akan bantu. 



#AnugerahAllahDalamSolatRawatib
#bukuustazmuhadir
#solatsunatrawatib

0 comments: