Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts



Minggu lepas minggu yang sangat la sibuk, penuh dengan aktiviti luar bersama pelajar Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM). Walaupun lokasi aktiviti tak jauh tapi jadual yang padat dan rapat-rapat pula tarikhnya buat kami semua pancit. hehe.

Jumaat (semalam) pulak, kami berkumpul untuk sesi pemilihan lagu untuk ketiga-tiga pelajar yang sedang mendaftar sekarang. Tujuan pilih lagu ni adalah untuk penyertaan ke pertandingan nyanyian lagu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa. Tarikh pertandingan dah dekat juga, 18 November 2015 nanti. Mulanya ingatkan mereka tak berminat, tapi bila diberitahu, masing-masing semangat pulak.

So 2-3 hari ni kami cikgu-cikgu dok fikir lagu apa yang sesuai. Ketiga-tiga pelajar ni lelaki dan berasal dari Jepun. Seorang di tahap 2 kursus, dah boleh bercakap bahasa Melayu tetapi belum betul-betul fasih. Dua orang lagi memang beginner, baru dapat beberapa perkataan dan ayat ringkas. Sebutan pun masih banyak yang perlu dibetulkan. Agak mencabar juga la nak cari lagu apa yang sesuai. Maklum sajalah lagu, mana ada yang slow sangat melainkan lagu rakyat macam Lagu Rasa Sayang atau Lagu Tiga Kupang.hehehe.

Kami senaraikan 8 buah lagu, mulanya Kohei (pelajar tahap 2) nak bawa lagu Isabella.Se jujurrkejut pada mulanya tapi manalah tahu dia boleh bawakkan. Tapi bila sekali dengar je kawan-kawan dia kata lagu tu sangat susah nak bawa, high note kot? Orang Melayu pun berapa kerat je boleh nyanyi betul-betul lagu Search tu. Kemudian Kohei tukar ke lagu Gadis Melayu. Walaupun lagu ni tak juga mudah, tapi lirik dan iramanya best. Kena pulak dengan situasi, mereka jejaka negara matahari terbit:)

Dua orang lagi dah jatuh minat dengan lagu Biasa nyanyian Zahid & Viral. Memang lagu tu menangkap, agak senang nak sebut tang korus. Mereka memang muktamad nak lagu tu. Orait, kita duetkan saja, mudah. Jadi, mulalah sesi pembelajaran hari tu iaitu memahami lirik lagu.


Lirik Lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdillah


Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh


Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayu anggun si dia


Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Ok, bila dah mula terang dan hurai makna..waaa..tak mudah sebenarnya nak fahamkan penutur antarabangsa dengan lirik lagu Melayu tambah-tambah pulak lagu lama macam ni. Agak payah nak terangkan 'lemah-lembut', 'ayu', 'anggun', 'halus-mulus'. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya menterjemahkan makna lagu ni..kalaupun mereka  tak faham 100% macam kita faham, tapi asasnya mereka faham maksud secara keseluruhan. Tu yang penting. Kang nyanyi tapi tak faham susah juga nak feelkan.

Selesai lagu Gadis Melayu, kami rehat kejap lunch solat semua, sambung lagi lagu kedua..Biasa. Lagu ni lagu baru, sangat baru. Sebenarnya kami cikgu-cikgu nipun inilah kali pertama menghayati lirik lagu ni. Sebelum ni memang dengar tang korus saja di radio. 

Rasa-rasa macam mudah kot nak terang sebab simple. Tapi masuk rangkap ketiga, kami pun dah agak confuse maknanya. Ok la masih boleh predict lagi makna yang nak disampaikan. Kitorang stuck bila part rap tu...hahaha. Kami sendiri nak faham satu hal, nak fahamkan diorang satu hal lain pulak. Mujur juga ada Kohei yang dah faham bila kita terang dalam bahasa Melayu, mitak dia terangkan pulak dalam bahasa Jepun kat kawan-kawannya.


Lirik Lagu Biasa - Zahid ft Viral

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa

Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna

Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua

Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan

Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia

Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jadi, apa yang dapat kami simpulkan daripada sesi semalam ialah 'LAGU LAMA VS LAGU BARU'.
Lagu lama, walaupun berseni, puitis, tapi kita boleh faham dengan mudah. Lagu lama, walaupun banyak guna perkataan yang sama makna tetapi kita boleh nampak macam mana indahnya perkataan itu digunakan. Bagaimana mendalam dan indahnya deskripsi seorang gadis Melayu dalam lagu tersebut. Secara tak langsung feeling tu datang dengan sendiri. 

Lagu baru, dalam kes ni lagu Biasa, nampak mudah..banyak ulang frasa sama, tapi flownya tak cantik malah melompat-lompat. Boleh juga dikatakan ikut sedap mulut sahaja. Terlalu surface. Mungkin tak semua lagu lama kualiti liriknya bagus dan tidak semua juga lagu baru tak berkualiti tetapi kita memang dah boleh nampak patternnya begitu. Bukan sahaja lirik tetapi juga melodinya malah tak keterlaluan kalau kita kata penyanyinya juga.

Pada saya, lagu itu ciptaan manusia. Jadi, kualiti manusia itu sendiri yang membuatkan lagu tersebut begitu. Seperti kita semua sudah maklum jati diri bangsa Melayu sekarang..memanglah ke laut. Bukan nak kata orang, saya sendiri pun tak terkecuali. Cuma, kita golongan yang sdar ni, kita akan cuba kawal diri dan keluarga kita. Tapi berapa ramai di luar sana yang tidak perasan pun akan hal ini malah berbangga pula kerana sudah tidak pure Melayu.

Belajar bahasa Melayu di Malaysia untuk Khalayak Antarabangsa




MODUL BAHASA MELAYU UNTUK KHALAYAK ANTARABANGSA DI ATMA ini merupakan satu insiatif yang dilakukan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM untuk membuka ruang kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu di Malaysia. Anda mungkin datang ke Malaysia untuk tujuan-tujuan tertentu seperti internship, melancong, kursus jangka panjang, mengumpul data, program pertukaran pelajar, kajian lanjutan budaya Malaysia, atau datang untuk bekerja di sini. Namun, anda perlu menguasai bahasa Melayu, setidak-tidaknya pada atahap asas bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih baik apabila bersama rakyat Malaysia.

Berikutan itu, ATMA mempelawa anda mengambil modul bahasa Melayu ini di ATMA, dan ianya merupakan satu kursus jangka pendek. Modul-modul ini terdiri daripada 5 tahap iaitu tahap asas hinggalah tahap kemahiran yang tertinggi. Tahap akan ditentukan berdasarkan temuduga dan ujian ringkas yang diadakan sebelum kelas bermula. 




Setiap tahap terdiri daripada 100 jam pembelajaran di dalam kelas dan latihan amali / aktiviti lapangan. Kelas ini dinamakan sebagai Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu. Konsep kelas ini ialah pembelajaran secara intensif, bermakna nisbah guru dan pelajar tidak melebihi 1:4. Ini bagi membolehkan pengajaran dilaksanakan dengan optimum dan perhatian dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. 

 Keita Shirono dan Kazumi yang bersemangat di hari pertama sesi tahap 1

Kohei Fujita suka sangat agar-agar santan tradisi Melayu

Riho Tanaka sedang menonton Upin Ipin dalam salah satu sesi pembelajaran

Bilik rehat pelajar

Yuran

Yuran keseluruhan kursus di setiap peribgkat berharga RM1800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan kadar RM4500.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan  pelajar. 

Visa Pelajar

Visa pelajar hendaklah diuruskan untuk pelajar yang mendaftar kursus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Visa pelajar ini memboleh pelajar memohon ID Pelajar UKM untuk menggunakan semua kemudaha yang ditawarkan Universiti.

Hubungi ATMA

Jika anda atau kenalan anda berminat untuk mendaftar kursus ini, bolehlah menghubungi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di talian 03-89215280 atau hubungi terus penyelaras program bahasa Melayu di talian 016-9924019 (Dr. Junaini).
Pertandingan Penulisan Cerpen Anjuran YADIM





Saya pencinta novel sejak kecil
Saya pernah berangan-angan untuk bergelar penulis suatu hari nanti

Anda pun sama?
Berbakat?
Punya kesungguhan?

Rebutlah peluang seperti di bawah ini.


Kak Su kenalan saya,jadi saya segan! 
Hahaha. Sekadar alasan.


Prof kesayangan saya (sv master) bakal menyampaikan syarahan perdana beliau pada 15 Mac 2013 ini. Kami sebagai anak-anak murid beliau tumpang bangga kerana bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, dan bukan mudah untuk menyiapkan sebuah manuskrip syarahan perdana profesor.

Anda semua dijemput hadir sama bagi berkongsi ilmu yang telah beliau kutip, gali dan curahkan sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pendidik dan ahli akademik.

YBhg. Prof. Dr. Zaharani Ahmad dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik akan menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk: 

'Nahu Praktis Bahasa Melayu : Menangani Kepelbagaian, Mencari Keserasian'.

Majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut : 

Tarikh           :        15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa             :        8.30 pagi
Tempat         :        Bilik Senat , Bangunan Canselori, 

                              Universiti Kebangsaan Malaysia  
                              Bangi.
 
Aturcara Majlis: 
8.30 pagi       :        Ketibaan Para Jemputan
8.45 pagi       :        Perarakan Masuk
                              Naib Canselor UKM, Timbalan Naib  

                              Canselor,Dekan FSSK,  Pemidato dan  
                              Profesor FSSK
                                   
                              Bacaan doa

                    :        Ucapan Pengenalan Naib Canselor, UKM
                             YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr.
     
                             Sharifah Hapsah Syed Hasan 
                             Shahabudin

                    :        Syarahan Perdana Profesor oleh Prof. Dr.

                             Zaharani Ahmad
 10.30 pagi    :       Perarakan Keluar
                     :       Pameran
                     :       Jamuan
 

Prof. Dr. Zaharani yang saya kenal adalah seorang yang sangat baik hati dan very humble person. Berasal daripada kampung, beliau tidak pernah menonjolkan dirinya sebagai seorang Profesor. Beliau bergaul dengan semua golongan, murah dengan senyum dan punya sifat humor. Prof juga selalu buat kami ketawa dengan loghat Perak tengahnya. Saya secara peribadi amat berterima kasih pada Prof atas bimbingan beliau sewaktu mengambil kelas Fonologi dan Morfologi, juga jasa baik beliau yang banyak membantu ekonomi saya sepanjang saya jadi GRA beliau bermula 2008 - 2010. 

Gambar Prof. Zaharani dengan anak saya Sofiy, masa kami datang berziarah. Sempoikan?
Saya sedang buat kerja part time sekarang ni, menyiapkan laporan tahunan kumpulan penyelidikan yang diketuai oleh Prof saya. Baru lepas ambik gambar buku-buku hasil nukilan ahli kumpulan tersebut, yang juga pensyarah-pensyarah saya. Tujuan ambil gambar buku tu nak upload di website kumpulan, tapi masuk blog saya dulu la..hehe.









Para linguist, jom kita turut serta. Alang-alang tahun 2013 buat kat negara sebelah je kan. Tahun 2012 jauh kat France. 

Call for Paper
Abstracts are invited for papers on any areas related to Southeast Asian Languages including but not exclusively:

• Phonetics and phonology
• Grammatical system
• Genetic and areal relationships
• Historical and comparative studies
• Semantic, pragmatic and discourse analysis
• Sociolinguistic study
• Psycholinguistic, neuro-linguistic, and cognitive study
• Language and culture/thought
• Language documentation

Date and venue
May 29 - 31, 2013 at the Faculty of Arts, Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand

Abstract submission
Please send your abstract of no more than 500 words plus examples and references both in doc/docx and pdf formats. The abstract must not include information about the author(s) and their affiliation(s) so that it is completely anonymous. If special fonts or characters are required, please use Unicode. Presentations will be allotted 20 minutes plus 10 minutes for discussion. Please click here to submit your abstracts via Easychair.

Important dates
Abstract submission deadline: Jan 4, 2013
Notification of acceptance: Feb 15, 2013

Contact
For inquiries, please contact Pittayawat (Joe) Pittayaporn at sealsxxiii@gmail.com.

Special panel
Proposals for special panels on any topics relating to linguistic diversity in Southeast Asia are welcome. Please send a brief description together with a preliminary list of speakers to sealsxxiii@gmail.com by Jan 31, 2013.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi SEALS23 di http://ling.arts.chula.ac.th/seals23/index.php



MAJLIS SYARAHAN RAJA ALI HAJI 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Majlis Syarahan Raja Ali Haji 2012. Syarahan yang bertajuk ‘Bahasa Melayu Singapura dan Cabaran Masa Muka" akan disampaikan oleh Encik Mohamed Naim Daipi (Mantan Guru Pakar dan Tokoh Guru Arif Budiman, Singapura)
 pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh:7 Disember 2012 (Jumaat)
Masa:9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat:Dewan Datuk Hassan Ahmad, Aras 2,
             Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir. Untuk meklumat lanjut dan tentatif program, sila lawati laman rasmi Persatuan Linguistik Malaysia .

Bagi mereka yang tidak pernah hadir dan tidak tahu apakah masjlis syarahan ini, Syarahan Raja Ali Haji bukanlah syarahan yang disampaikan oleh beliau tetapi merupakan satu majlis syarahan yang disempenakan dengan nama dan sumbangan beliau kepada bahasa dan bangsa Melayu. Pensyarah berbeza dipilih dari pelbagai negara setiap tahun, dan topik syarahan adalah berkisarkan bahasa Melayu. Lazimnya teks syarahan bercetak akan diedarkan kepada para hadirin. Jemputlah ke DBP.



Sukacita dimaklumkan, Institut Alam dan Tamadun Melayu akan menganjurkan Majlis Syarahan Sarjana Pelawat seperti maklumat berikut :

Majlis Syarahan Sarjana Pelawat

THE LANGUAGE OF MALAY MANUSCRIPT ART :
A TRIBUTE TO IAN PROUDFOOT AND THE MALAY CONCORDANCE PROJECT

Oleh      :  Dr. Annabel Teh Gallop, Head of Southeast Asia Section, The British Library
Pada      :  25 September 2012 (Selasa) / 9 Zulkaedah 1433 H , 3.00 petang 
Tempat : Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

InsyaAllah saya pergi, tapi tu la pukul 3.00 petang tu yang tak bestnya. Nak balik nanti nak saing dgn kereta-kereta balik kerja...Adoii. balik ikut highway la jawabnya.







Pernah dengar tajuk novel Biru Ungu Cinta, Surat Ungu untuk Nuha, Jaja & Din? Kalau pernah dengar dan pernah baca, tentu anda kenal dengan penulisnya iaitu Puan Noor Suraya Adnan. Beliau merupakan seorang penulis yang saya suka, hormat dan kagum. Bukan saja dari segi disiplin menghasilkan karya-karyanya, malah karya yang dihasilkan tak pernah menghampakan, berkualiti dan lebih penting mampu mendidik jiwa secara tidak langsung. Pernah bertemu mata dengan beliau dalam satu persidangan, dan beliau juga mengajukan beberapa soalan kepada saya berkaitan pembentangan saya...masa tu saya memang tak perasan itu adalah Noor Suraya, lepas dah kena tanya banyak-banyak kali baru saya perasan. hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk. Kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam penulisan dan telah mempunyai draf idea serta proposal yang ingin diutarakan, inilah peluang keemasan untuk menuntut ilmu penulisan daripada mereka yang berpengalaman. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Noor Suraya dan dianjurkan oleh JSadiwarna, bertarikh 14 Julai 2012 nanti. Bagi sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama di info@jsadiwarna.com. Tempat adalah terhad. Cepat, tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Jun 2012.
Cukup lengkap sifat yang tujuh laksana,
Tubuh kecil rendah rambunai
Muka bujur daun sirih
Dahi sehari bulan
Kening bentuk taji
Hidung kuntuk seroja
Telinga telipuk kayu
Pipi pauh dilayang
Bibir pati dicarik
Gigi delima merekah
Leher gamba dilarik
Dadanya bidang awak
Rambut ikal mayang seludang
Panjang labuh sampai tumit
Hitam berkilat bagai dakwat
Lengannya baur panah
Jarinya tombak serai
Pinggangnya secekak jari manis
Paha seperti paha belalang
Betisnya bunting padi
Tumitnya telur burung.

(Hikayat Gul Bakawali, 1970: 98)
Linguistik ada pelbagai guna
Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my
2012/04/19

Kajiannya boleh membabitkan bidang keagamaan dan forensik
UMUM melihat disiplin linguistik bersifat kaku dan terkongkong dalam kerangka teoritikal seperti kognitif, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik sehingga menganggapnya terpisah daripada kehidupan sosiobudaya dan sosiopolitik mereka.

Bagaimanapun linguistik sebagai ilmu yang mengkaji bahasa manusia sudah tentu tidak terhad kepada kajian bentuk bahasa, sebaliknya diguna pakai dalam semua disiplin ilmu dan gerak kehidupan baik dalam konteks agama atau sains dan teknologi.


Usaha pemerolehan dan pendokumentasian pelbagai dialek Melayu penting diusahakan kerana kekayaan yang ada pada sesuatu dialek itu menjadi sumber kajian linguistik sejarawi dan penyusunan kamus Melayu. - Prof Madya Dr Raja Masittah Raja Ariffin, Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM)

Transformasi pemahaman umum inilah yang menjadi agenda utama pada Persidangan Antarabangsa Linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2012 (PALING@UKM 2012) di Puri Pujangga, UKM, Bangi, baru-baru ini.

Tidak hairanlah Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Munif Zarirruddin Fikri Nordin, menganggap matlamat terunggul dalam transformasi kajian linguistik adalah membawa manusia mengenal Tuhan dan patuh kepada segala ajaran-Nya.

“Kegagalan linguistik yang menghubungkan manusia dengan Tuhan akan menyebabkan linguistik menjadi ilmu yang ‘tawar’ dan ‘kering’ sehingga menjadikannya disiplin yang hanya dipedulikan ahli linguistik.

“Dalam jangka masa yang panjang pula, linguistik boleh menjadi bidang yang bermasalah akibat kehilangan berkat dan rahmat,” katanya ketika membincangkan Agama Dalam Transformasi Kajian Linguistik: Satu Tinjauan Epistemologi Islam. 
Munif Zarirruddin melihat kepentingan ilmu linguistik tidak boleh terpisah daripada agama kerana ilmu itu mengalami pelbagai transformasi sepanjang sejarah perkembangannya hasil daripada perubahan falsafah dan aliran pemikiran semasa.

“Dalam garis masa sejarah, ada pelbagai falsafah dan aliran linguistik seperti Yunani Kuno, Plato, Aristotle dan Stoik, struktural, empirisisme, rasionalisme, linguistik London dan Transformasi Generatif yang memiliki matlamat masing-masing.

“Sebagai contoh, linguistik Transformasi Generatif yang dibawa oleh Chomsky meletakkan matlamat bahawa bahasa manusia bukan semata-mata untuk tujuan komunikasi, sebaliknya alat untuk menyatakan fikiran dengan bebas dan bertindak balas melalui bahasa dalam situasi baru,” katanya.

Apatah lagi, Munif Zarirruddin berkata, kedatangan Islam ke gugusan kepulauan Melayu juga menunjukkan agama mempunyai kaitan rapat dengan bidang linguistik.

“Ini kerana peluasan dan pengembangan Islam di seluruh pelosok dunia termasuk di Alam Melayu memperkasakan lagi linguistik masyarakat tempatan.

“Di alam Melayu sebagai contoh, pengaruh linguistik Arab membentuk epistemologi kosa kata yang sangat mantap, di samping pengekalan pengaruh linguistik Sanskrit melalui Hinduisme dan Buddhisme yang selaras dengan Islam,” katanya.

Beliau menegaskan pengaruh Islam bukan sekadar pengaruh mekanisme bahasa yang membabitkan kosa kata, tatabahasa, sintaksis dan morfologi, bahkan menjangkau pengaruh dinamika bahasa, iaitu dari segi fungsi dan matlamat bahasa.

Dalam bidang forensik pula, Pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azirah Hashim, berkata bidang linguistik forensik di negara ini belum digunakan secara meluas, sekali gus memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk memajukannya.

“Kita memerlukan kerjasama antara mereka yang terbabit dalam bidang perundangan dan kepolisan untuk memanfaatkan bidang linguistik, selain latihan kepada ahli akademik dan latihan profesional kepada hakim, peguam serta penterjemah.

“Ini kerana perjalanan linguistik forensik masih panjang dalam negara ini khususnya dalam meyakinkan mahkamah terhadap kebolehgantungan dan keabsahan terhadap metodologinya,” katanya ketika membentangkan Linguistik Forensik dan Prospeknya di Malaysia.

Prof Azirah berkata, aplikasi linguistik dalam forensik dapat membantu mahkamah merungkaikan persoalan yang dimaksudkan dalam teks dan identiti pengarang.

“Malah, linguistik forensik juga boleh digunakan dalam kes penyiasatan peribadi seperti mengenal pasti penulis surat layang atau kegiatan plagiat khususnya dalam lingkungan sekolah dan universiti termasuk mewakili pelajar yang dituduh melakukannya,” katanya.

Meskipun tumpuan kajian linguistik perlu diberikan dalam kehidupan manusia, penyelidikan dalam kerangka sistem bahasa tidak boleh diremehkan seperti yang diisyaratkan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Raja Masittah Raja Ariffin.

Dr Raja Masittah berkata, kepelbagaian dialek Melayu di negara ini wajar dipelihara dan didokumentasi supaya tidak tenggelam dalam arus urbanisasi dan globalisasi sehingga pupus apabila tidak ada lagi penutur dialek berkenaan.

“Usaha pemerolehan dan pendokumentasian pelbagai dialek Melayu penting diusahakan kerana kekayaan yang ada pada sesuatu dialek itu menjadi sumber kajian linguistik sejarawi dan penyusunan kamus Melayu,” katanya dalam kertas kerja Dialek Utara Sebagai Nilai Tambah Dalam Kamus Idris Al-Marbawi yang disediakan secara bersama Dr Che Radiah Mezah.

Justeru, sarjana dan ahli linguistik wajar mengambil kira ingatan daripada Pensyarah UKM, Prof Dr Idris Aman yang menegaskan linguistik berada pada landasan yang tepat dalam memahami dan mendekati kehidupan sebenar manusia melalui bahasa atau wacana.

“Pastinya linguistik perlu diteliti tidak hanya dalam kerangka abstrak-teoritikal untuk sistem atau struktur bahasa intrinsik, sebaliknya dalam konteks proses sosial dan elemen praktikal.

“Gambaran dan penjelasan terhadap bahasa serta wacana yang menggunakan aspek fungsional dalam kehidupan sosial manusia akan menjadikan disiplin linguistik lebih bermakna dan diperlukan,” katanya ketika membentangkan ucap tamanya, Wacana dalam Kehidupan Sosial: Dari Dunia Bahasa ke Dunia Sebenar Linguistik.

Persidangan anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM itu, turut menampilkan pembentangan oleh Pensyarah Universiti Sharjah, Emiriah Arab Bersatu, Prof Dr Abdul-Fattah Abu-Ssaydeh dan Pensyarah Universiti Politeknik Hong Kong, Maggie Leung, selain pembentang dari negara ini dan Indonesia.
Dimaklumkan bahawa Wacana Penyelidikan Manuskrip Melayu akan diadakan seperti berkut:

Tajuk: Menyelami Sumber Maklumat Peribumi Nusantara
Oleh: Pn. Kamariah Abu Samah
Ketua Pusat Dokumentasi Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh: 23 Februari 2012 / 1 R. Akhir 1433 H
Masa: 2.30 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Wacana ATMA, UKM


Semua dijemput hadir.
Minta maaf la sangat-sangat, setelah sekian lama tak update tiba-tiba update dengan entri tak puas hati. Entri lepas geram.

Tak puas hati dengan insiden yang berlaku jap tadi. Ada seorang tenaga pengajar berbangsa C masuk ke lab kami dan tanya tentang meja yang kosong untuk RA dia. Dia tanya pada seorang RA bangsa M yang ambik course Sastera Inggeris. Saya yang duduk di meja paling hujung tak ambil tahu perbualan mereka. Tiba-tiba dia ajukan soalan pada saya, dan saya yang tak ambil pusing hal diorang tadi, tak berapa dengar soalan dia. Kena pulak bahasa Inggeris dia tu campur loghat Cina. Lepas dia ulang soalan, saya jawabla. Kemudian dia tanya saya lagi, ada kunci extra tak, dia nak duplicate. Saya tak jawab sebabnya saya sedang berfikir kalau saya bagi kunci saya, sapa nak tutup office ni nanti sebab saya yang biasanya balik paling lambat. Yang RA seorang lagi pun tak jawab apa-apa jadi saya fikir dia pun keberatan nak bagi kunci dia. Lepas tu, boleh ke cik C tu cakap "She cannot understand English" sambil gelak-gelak. Wah wah wah..senangnya ko nak mengata, dan terus buat conclusion ye? Sakit hati, saya terus buat tak peduli je apa depa sembang. Dan yang nyatanya saya faham ye apa yang depa cakap. Saya nak mencelah dengan cakap bahasa London tu pun boleh la, tapi taknakla menjatuhkan air muka tenaga pengajarkan? 

Walaupun saya ni tak cakap orang putih berabuk berasap, tapi kalau setakat perbualan simple, nak cakap simple-simple tu boleh lagi. Saya pernah study kat U yang bahasa pengantar sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kalau saya tak reti langsung English tu memang tak lulus la jawabnya. Dan lagi, bila saya di Malaysia, apatah lagi di institusi yang mendaulatkan bahasa kebangsaan, saya akan cakap bahasa Melayu dan saya paling alergi dengan orang Melayu yang kerja kat sini tapi tak reti cakap bahasa Melayu. Alergi tau tak? Situasi yang lagi teruk, orang Melayu Islam jumpa orang Melayu Islam dahla tak cakap bahasa Melayu, tak reti pulak nak bagi salam tapi say " Hi " dan "Hello" sebagai sapaan. Pada saya, orang macam tu tak sedar diri .Hah! melepas geram nampaknya saya kat sini.

Oklah, walau apapun orang nak pandang dan nak kata, pada pendapat saya kalau kita rakyat Malaysia gunalah bahasa Malaysia (istilah DBP), bahasa Melayu (istilah orang linguistik). Barulah 1 Malaysia kan?

Esok dan lusa...bertempat di DBP akan diadakan Persidangan Linguistik ASEAN V...Sesiapa yang berminat silalah datang dan meriahkan majlis ilmu ni. Bayaran untuk pelajar dalam Malaysia RM150, bukan pelajar RM300.