Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Showing posts with label Testimoni. Show all posts
Assalamualaikum kepada semua pembaca MAIA,

Wah, Januari dipanaskan dengan promosi Vivix Buy 6 Free 1. Yang tak pernah cuba masa inilah nak cuba Vivix yang diuar-uarkan sangat hebat kesannya ni. Mana tidaknya, Vivix bertindak dari peringkat selular, memperbaiki sel-sel dan DNA tubuh badan. Pendek kata, macam MAKE OVER diri anda semula secara fizikal.

Ramai yang dah tau khasiat Vivix ni, secara ringkasnya Vivix merupakan suplemen ALL IN ONE, merangkumi dalaman dan luaran. Apa yang Vivix mampu buat?

# Membantu pesakit kronik seperti stroke, kanser, hypertension dan diabetis. (Ini telah terbukti dengan testimoni)
# Awet muda (ramai wanita suka dengan kesannya yang ini)
# Membantu berhenti merokok (saya akan kongsi testimoni seseorang yang berjaya berhenti merokok)
# Menurunkan berat badan 
# Mencantikkan kulit, memudarkan jeragat
# Membantu masalah ketidaksuburan suami isteri
# Masalah sendi
# Suplemen untuk pesakit SLE (dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen)
# Memberikan tenaga segera untuk mereka yang aktif sepanjang hari
# Mengatasi masalah ketumbuhan dalam badan - fibroid, cyst

Saya nak kongsikan beberapa testimoni tentang betapa pantasnya Vivix memberi reaksi pada tubuh.


Inilah antara kesan awal Vivix, anda boleh baca sendiri bagaimana Vivix bertindak seawal 2 minit selepas pengambilannya. Sangat sesuai buat mereka yang nak menguruskan badan, kan?




Inilah antara pelanggan merangkap biz partner kami yang sudah tak mahu berpaling daripada Vivix lagi. Sudah jatuh cinta gitukan? Maklumlah 4 hari dah nampak kesan pada kulit.


Mengapa Vivix mampu mengecutkan fibroid? Kerana Vivix punya fungsi sebagai anti growth. Kerana itulah juga ibu hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan mengambil Vivix. Begitu juga dengan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi. Ini kerana Vivix dan kimoterapi akan menganggu satu sama lain.

Doktor juga sarankan Vivix, kerana manfaatnya yang 10x lebih kuat daripada resveratrol. 


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Testimoni ESP Shaklee, Mengapa Ramai Yang Suka Sangat Dengan ESP


Alhamdulillah, telah masuk bulan Oktober 2014. Dah hari kedua pun. Shaklee macam biasa sudah umumkan produk yang terpilih untuk dipromosikan pada setiap bulan. Bulan ini rezeki ESP Soy Protein Isolate Powder yang memang digemari ramai. Yang bestnya ESP ni, khasiatnya pelbagai. Siapa pun anda, jantina atau peringkat umur, anda akan menikmati kesan ESP yang baik untuk anda.

Antara kesan baik ESP yang sering disebut-sebut adalah seperti di bawah:

Ibu Hamil: 


1-ESP sebagai makanan alternatif yang mengenyangkan dan memberi tenaga segera sewaktu ibu mengalami masalah morningsickness yang teruk sehingga tidak lalu makan makanan berat.
2- Memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan bertenaga jika berpuasa sewaktu mengandung
3- Makanan segera jika lapar tiba-tiba pada waktu malam
4- ESP merupakan produk soya bukan GMO yang selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan

Ibu Menyusu:


1- ESP sangat terkenal di kalangan ibu-ibu menyusu sebagai milkbooster yang memekatkan susu dan merangsang pengeluaran susu badan.
2- Susu badan yang pekat dan berkhasiat membantu bayi mudah kenyang dan tidak meragam.
3- Ibu-ibu menyusu mudah menurunkan berat badan kepada berat asal sebelum mengandung kerana protein dalam ESP membantu rasa kenyang di samping membentuk badan
4- Kulit terutama kulit wajah menjadi lebih gebu dan cerah.
5- Mengawal masalah rambut gugur selepas melahirkan akibat prubahan hormon.

Gadis / Wanita :


ESP bukan hanya untuk ibu mengandung dan menyusu badan sahaja malah untuk semua. ESP sangat baik untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, gebu, cerah dan berseri.
1- Mengubah kulit kusam menjadi lebih berseri
2- Kulit wajah jadi lebih cerah, gebu dan licin
3- ESP juga membantu memejalkan bahagian aset-aset wanita seperti punggung dan payudara
4- Protein dalam ESP membaiki masalah rambut gugur dan kuku rapuh
5- Segala manfaat ESP ini membuatkan pengambilnya tampil awet muda

Lelaki

1- ESP baik untuk prostat, mengelakkan pembesaran prostat
2- Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung.
3- Membantu mengekalkan otot bagi lelaki-lelaki yang ingin menurunkan berat badan atau bersukan
4- Mengawal paras indeks glisemik dalam darah

Warga Tua

1- Baik untuk kesihatan jantung
2- Baik untuk mengawal diabetis
3- Membekalkan tenaga segera
4- ESP merupakan ejen anti penuaan yang berkesan jika diambil berterusan

Testimoni ESP 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas


\
Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah kita dah pun menyambut Syawal tahun ini dan cuti raya pun dah habis. Kami sekeluarga menyambut Syawal secara sederhana saja, tak de berjalan ke mana sangat memandangkan situasi saya yang tak berapa nak mengizinkan. Balik kampung, dok rumah mak layan tetamu, ziarah keluarga terdekat (tu pun tak ramai sebab ramai yang dah datang ziarah kami) dan pergi kenduri naik buai cucu jiran sebelah rumah. Petang raya ketiga kami dah gerak balik ke Bangi. Balik awal sebab nak elakkan jammed. Gambar masih kat handphone, takde ambik gambar dengan kamera pun. Dan sebenarnya saya sendiri tak bergambar kali ni. Maklum aje la kenapa..'penguin' ni segan nak bergambar. hehe.

Walaupun cuti raya dah habis dan masing-masing dah kembali bertugas, anak-anak dah kembali ke sekolah, tapi raya bagi rakyat Malaysia tetaplah sebulan. Tentu saja ada openhouse di sana-sini terutama di hujung minggu nanti. Mungkin ada yang dapat jemputan sampai 3-4 buah rumah dalam sehari. Dah nama open house, mestilah juadahnya pelbagaikan? Dan...tentu saja juadah yang sedap-sedap. Takde nya orang nak jamu buah-buahan atau salad je di hari raya. Paling kurang lemang, rendang, nasi himpit dan kuah kacang mestilah ada. Takpun juadah-juadah lain yang lebih membuka selera. Natijahnya, ramai yang alami ketidakselesaan perut akibat makan terlalu banyak atau makan terlalu banyak jenis makanan dalam satu-satu masa. Nak nak pulak juadahnya tu bersantan, berlemak, berminyak, pedas, berkacang, berpulut yang memang ada orang tak tahan.  Tak dimakan, raya setahun sekali ye tak. Masa hari-hari awal raya pun dah ramai yang berebut tandas..hihi. Teringat macam mana anak-anak saudara saya dan pak-pak saudaranya berebut bilik air nan satu di rumah mak saya.

Apa yang boleh disarankan, berpada-pada ketika makan. Perut kita dah rehat sebulan, tiba-tiba disumbat dengan segala macam makanan secara mengejut, memang terkejutlah perut tu kan. Ketidakselesaan perut ni jangan pandang ringan, mungkin ada yang cuma rasa tak selesa, perut berangin, cirit-birit ringan, tapi ada juga yang sampai muntah-muntah teruk tak kena gaya admit ward. Jadi, eloklah kita beringat sebelum kena, tambah-tambah anak-anak kita. Antara langkah yang boleh diambil,

- Banyakkan minum air masak sepanjang hari untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Anak-anak apatah lagi, memang perlu diingatkan selalu agar minum air masak selain air manis yang dihidang sejuk di kebanyakan rumah. Kalau air bergas @ berkarbonat tu, eloklah dielakkan terus.

- Elakkan makan beberapa jenis makanan secara serentak atau bersambung-sambung tanpa sela masa untuk perut memproses makanan yang telah dimakan.

- Kalau ada makanan yang boleh ditambah cili misalnya cili padi dalam laksa, sambal kicap dalam bihun sup, atau sambal cili untuk kuah kacang kurangkanlah cili tersebut. Makan makanan yang terlampau pedas memang meninggikan risiko terkena serangan sakit perut dan cirit-birit. 

- Sebaiknya waktu makan utama iaitu sarapan, lunch dan dinner jangan dilangkau. Kalau kita biasa makan nasi, ambil sedikit nasi pada waktu-waktu tersebut. Kalau pun tak lalu makan nasi, ambillah makanan berat yang lain macam roti atau mi. Kadang-kadang perut kita rasa sebu akibat makanan rapu dan menyebabkan kita tidak mahu lagi makan mengikut jadual yang sepatutnya. Ia satu tindakan yang boleh menyebabkan perit kita bertambah tidak selesa.

- Salah satu cara menjaga perut agar tidak terlalu tertekan adalah dengan detoks. Saya suka menyarankan Herblax Shaklee sebagai agen detoks yang paling berkesan namun lembut terhadap perut. Herblax membantu membersihkan perut dan kolon daripada sisa-sisa makanan yang tidak dinyahkan dengan baik. Kadang-kadang di musim perayaan ni, bukan sahaja cirit-birit, sembelit pun boleh jadi juga. Pendek kata. perut tidak dapat berfungsi secara normal akibat tekanan daripada aktiviti makan yang luar biasa. Selain Herblax, Peppermint Ginger Plus juga merupakan suplemen kecemasan yang patut ada dalam setiap keluarga. Diperbuat daripada ramuan halia, pudina, adas dan jintan, Peppermint Ginger Plus sememangnya dapat melegakan masalah angin dan senak perut. PGP juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami mabuk perjalanan. Ini salah satu testimoni Peppermint-Ginger Plus daripada pelanggan yang sudah merasai khasiatnya.


 "disebabkan saya makan pulut terlalu banyak, menyebabkan saya loya dan pening...malam tu badan dah tak sedap dah...macam nak demam je...sebelum gerak pulang ke rumah, saya sempat makan ketupat palas sekali lagi...kesannya, saya rasa loya dan pening makan menjadi-jadi...before bergerak, saya telan 3 biji peppermint-ginger plus (niat untuk hilangkan loya)..alhamdulillah tak lama kemudian, saya asyik sendawa dan akhirnya saya rasa cergas semula..."



Set Detoks Herblax RM 52.50 & Alfalfa (S) RM 53.75



Peppermint-Ginger Plus RM 45.00

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Gambar: Kredit hebatkan.blogspot.com


Ini satu lagi testimoni Vita-E Shaklee yang kami baru terima panas-panas. Lihatlah tarikh dalam gambar, 16/6/2014. Kita melihat pun dapat rasa bagaimana sakitnya, inikan pula si bayi dan si ibu. Berikut penerangan Puan Aini, ibu si anak syurga.

"Bermula dgn 1 biji air gatal di lengan yg menjadi kudis, kemudian merebak ke beberapa bahagian badan si kecil. Ia amat membimbangkan saya sbg ibunya. Memandangkan anak masih menyusu bdn, sy ambil peluang consume nutriferon utk kuatkan sistem imunnya. Selain itu, saya sapukan luka dgn krim yg dibeli di farmasi. Ada bahagian tertentu yg lukanya beransur pulih. Tapi luka yg besar jadi semakin teruk! Silap saya tak teringat pula vita E shaklee bagus utk bantu baikpulih luka! Slps 5 hari (11/6), saya hentikan sapuan krim farmasi dan mula sapukan vita E shaklee pada luka2 tersebut. Syukur padaNya.. luka beransur kering dan kini tinggal parut yg semakin pudar.. Tq Allah..Tq Shaklee!" -Puan Aini

Alhamdulillah, ikhtiar Puan Aini menampakkan hasil dengan izin Allah. Vitamin E memang sahabat kulit, sebab itulah vitamin e menerima permintaan yang tinggi untuk mengatasi masalah parut pada kulit di seluruh tubuh termasuk muka. Selain itu, vitamin e juga sangat baik untuk memulihkan luka.
Teringat saya salah seorang kawan yang anaknya luka besar dan dalam di jari, hampir terputus. Tidak tahu ingin bubuh apa untuk menghentikan pendarahan, kawan saya tuang Vivix dan Vita-E pada luka anaknya dan alhamdulillah, darah berhenti mengalir. 

Ingin dapatkan maklumat lanjut tentang harga dan manfaat Vita-E? 

Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS/ WHATSAPP: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


Alhamdulillah sudah lebih separuh Ramadhan kita lalui. Siapa yang masih dapat berpuasa penuh? Siapa yang berjaya tarawih penuh? Siapa yang konsisten solat malam? Siapa yang berjaya sekurang-kurangnya membaca 1 juz Al-Qur'an sehari? Siapa yang tidak pernah miss sedekah? Alhamdulillah dan tahniah buat yang telah berjaya. Bagi yang belum, jangan kecewa. Ramadhan masih berbaki kira-kira 2 minggu lagi. Mari kita rebut peluang ini sebelum Ramadhan berlalu pergi. Doa, doa, dan doa agar kita diberikan kesempatan dan kekuatan untuk beribadah.

Di samping kekuatan iman, kekuatan dan kecergasan fizikal juga harus kita jaga. Ambilllah makanan yang berkhasiat, lebihkan sayur dan buah, kurangkan makanan berminyak dan bergula, cukupkan pengambilan air agar badan kita sentiasa sihat dan cergas. Jika perlukan suplemen, Shaklee ada rangkaian suplemen yang sesuai untuk Muslim di bulan puasa.

Jom kita tengok apa kata salah seorang pengguna Shaklee yang sangat berpuas hati dengan Performance Drink Shaklee.


I'm not a Shaklee distributor but i need to stress this out. their performance drink is very good. i used to be really2 tired after buka puasa. takleh buka mataaaa. anyway after consuming the PD, insyaAllah alhamdulillah, segar bugar for the physical and spiritual chores. Bangkit sahur pun senang. Nak qiam pun senang. Alhamdulillah. So for moms out there yang selalu rasa letih with the house chores yang tak kunjung habis, especially this Ramadhan, i think it's worth to try out Shaklee Performance Drink. And the last one third of Ramadhan is coming soon! Mari sama2 pulun for that special night. Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan kesempurnaan ibadah di bulan mulia ini.

Pengambilan suplemen merupakan salah satu usaha kita untuk menjadi lebih sihat agar hidup kita lebih berkualiti. 

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kanak-kanak merupakan antara golongan yang kerap diserang sembelit. Hal ini dijangka berikutan diet yang kurang seimbang dan kurang serat. Ibulah yang paling susah hati jika anak diserang sembelit terutama anak-anak kecil. Secara ringkasnya, sembelit merujuk kepada:


  • kurang membuang air besar (kurang daripada tiga kali seminggu)
  • najis yang keras
  • meneran ketika membuang air besar
  • rasa tidak puas selepas membuang air besar
  • najis bercampur darah
Sembelit boleh menyebabkan buasir. Sekitar 70 -80 peratus penyakit buasir berpunca daripada masalah sembelit. Ia juga menyebabkan sindrom usus rengsa atau IBS. 

PLOP ATAU SWOOSH?

Pernah dengar bunyi waktu anak anda membuang air besar? Adakah bunyinya 'plop' 'plop' atau 'swoosh'. Jika bunyi 'plop' itu menunjukkan ada masalah kerana ia menunjukkan sembelit. Kurang serat atau terlalu keras. Selain bunyi, warna dan bentuk juga menunjukkan kesihatan penghadaman.


Imej di sebelah adalah Carta Najis Bristol. Harapnya tak ada yang baca entri ni sambil mengadap makanan ye. Mengikut carta ini, jenis yang ke-4 di atas (Type 4) adalah jenis yang terbaik dan menunjukkan sistem penghadaman yang sihat. Jenis 1, 2 dan 3 bagi masyarakat Asia dianggap keras. 

Berapa kali sehari? Menurut Dr. Aizan Hassanuddin, pakar runding pembedahan dan gastroenterologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), satu atau dua kali sehari adalah mencukupi dan paling minumum ialah tiga kali seminggu. 



CARA MENANGANI MASALAH SEMBELIT DAN KESIHATAN KOLON

1- Serat
Makanan kaya serat adalah pilihan terbaik untuk menangani masalah sembelit. Buah-buahan seperti pisang, prun, brokoli, kekacang dan roti atau pasta mil penuh adalah permulaan yang baik untuk membersihkan tubuh. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi adalah sangat digalakkan.

2- Vitamin D
American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan pengambilan Vitamin D yang berterusan bermanfaat membantu pelawasan dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari (sekitar 15-20 minit sehari), ikan berlemak, bijirin dan susu. Vitamin D juga boleh diambil menerusi suplemen.

3- Jangan Tangguh ke Tandas
Ini adalah masalah biasa bagi kanak-kanak yang mengalami sembelit. Mereka seakan fobia untuk membuang air besar kerana takut sakit dan rasa tidak selesa. Sikap bertangguh untuk ke tandas boleh menyebabkan bahan buangan yang terkandung dalam usus besar membebaskan toksin, yang boleh menjadi punca divertikulosis atau IBS. 

4- Aktiviti Kecergasan
Galakkan anak anda melakukan aktiviti fizikal. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet elektronik seperti televisyen dan tablet sehingga tidak banyak bergerak. Aktiviti fizikal atau bersenam dapat meningkatkan pengaliran darah dan seluruh sistem penghadaman mendapat lebih oksigen.

5- Air
Kekurangan air memang antara penyebab masalah pelawasan. Sesetengah kanak-kanak tidak suka minum air masak dan ini memburukkan lagi keadaan. Kekurangan air boleh menyebabkan toksin dalam badan terkumpul dan berisiko diserang sembelit, kembung, dan keletihan. Galakkan anak-anak untuk minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi. Anda boleh tunjukkan contoh dengan kerap minum di hadapan mereka. Biasanya anak-anak suka meniru ibu dan bapa mereka. Perlu diingat, penambahan makanan berserat perlu seimbang dengan pengambilan air yang mencukupi. Sekiranya air tidak cukup, itu lebih memudaratkan.

SHAKLEE MEAL SHAKES: CARA MUDAH ATASI MASALAH SEMBELIT KANAK-KANAK

Shaklee mempunyai satu produk yang dikenali sebagai Meal Shakes (MS). Ianya merupakan sejenis makanan tambahan dalam bentuk serbuk yang mengandungi nutrisi yang lengkap. MS menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral serta zat perlu A-Z yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. MS juga kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari kolon dan usus. Selain itu, MS juga tinggi protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun. Turut mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk tumbesaran. Apa yang lebih penting, rasanya yang sangat lazat digemari oleh kanak-kanak. Harganya juga sangat berbaloi dan boleh dikongsi seisi keluarga termasuk orang dewasa.



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

 Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.









RM0.00 Due to overwhelming demand, Meal Shake is temporarily out of stock and will be available mid of July.

Ini mesej daripada Shaklee Home Office. Wah!! Hebat penangan pencinta Meal Shakes ni ye? Sampai habis stok di pasaran Malaysia. Tapi sebenarnya ini bukanlah kali pertama Meal Shakes habis stok. Sebab ramai yang sukakan Meal Shakes ni.

TAPI! Jangan risau, pada saya masih ada beberapa canister lagi. Jika anda inginkan harga promosi, cepat buat tempahan sebelum Jun 2013 berakhir beserta pembayaran. Saya akan pos MS anda pada hari Isnin 1 Julai 2013. Siapa cepat dia dapat ye.

Jom kita tengok antara perbualan penggemar Meal Shakes.

Klik untuk imej lebih besar

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Runsing dengan masalah bau badan? Keadaan ini mungkin akan buat anda risau kiranya anda berpeluh dan perlu bergaul dengan ramai orang. Walaupun begitu, tidak ramai yang mahu membicarakan soal ini kerana dianggap sebagai persoalan yang sensitif. Paling tidak orang yang terlibat hanya kembang kempiskan hidung agar yang empunya badan tidak terasa hati. Namun keadaan ini sebenarnya perlu dikenalpasti punca dan cara mengatasinya supaya hubungan kita dengan orang sekeliling terutama mereka yang rapat dan akrab dengan kita terjaga. 

APAKAH PUNCA BAU BADAN 

Keadaan badan berbau merupakan satu situasi terjadi bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja sebaliknya mungkin terjadi akibat gabungan beberapa faktor. Ia juga bergantung kepada faktor biologi dan geografi, misalnya jantina, umur, saiz badan, bangsa, cuaca, tahap emosi dan aktiviti yang dilakukan. Apabila badan berpeluh, bakteria dan yis akan membiak di kawasan-kawasan tertutup misalnya di celah ketiak dan ini menyebabkan peluh tersebut mengeluarkan bau yang tidak enak. Bagaimanapun, mengapakah sesetengah orang tidak menghasilkan bau badan yang terlalu kuat dibandingkan dengan individu yang lain. Mengikut pakar nutrien, keadaan ini berlaku disebabkan faktor pemakanan seseorang. Hal ini terjadi kerana peluh yang dirembeskan itu bergantung pada kesihatan dalaman seseorang. 

BADAN BERTOKSIK PUNCA BAU BADAN 

Bagaimanakah keadaan dalaman badan boleh mempengaruhi bau badan seseorang? Banyak kajian menyatakan bahawa PENGHADAMAN YANG TIDAK BAIK dan SEMBELIT membawa kepada masalah bau badan. Apabila makanan yang dimakan itu tidak dapat dihadam dengan baik, pemeraman yang terlalu lama di dalam salur gastrointestin menyebabkan toksin disebarkan ke bahagian-bahagian lain badan dan toksin inilah yang menjadi punca masalah bau badan yang teruk.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, pengambilan makanan-makanan tertentu yang memburukkan lagi masalah seperti daging merah, produk tenusu, ais krim, pencuci mulut yang terlalu manis, makanan pedas dan berempah. 

ALFALFA BANTU ATASI MASALAH BAU BADAN

Sesuai dengan fungsinya sebagai ejen detoks, pengambilan ALFALFA dapat membantu mereka yang mengalami masalah ini. Alfalfa merupakan herba yang digunakan secara tradisi untuk meningkatkan kesihatan badan. Alfalfa yang juga nama saintifiknya dikenali sebagai Medicago Satina mempunyai ejen antibakteria yang terdapat dalam klorofilnya. Apabila alfalfa dimakan, ia dapat membunuh bakteria yang terdapat di dalam tubuh disamping menyahtoksik secara semulajadi. Alfalfa juga mempunyai kandungan serat yang tinggi berfungsi memperbaiki sistem penghadaman sekaligus mengelakkan masalah sembelit. Selain alfalfa, antara herba lain yang dapat membantu masalah ini ialah rosemary, parsley, corriander dan lavender. 


"testimoni yang saya dapat hari ni kenalan saya yang ada masalah bau badan setiap kali berpeluh walaupun sikit bau badan dia tidak menyenangkan. Saya syorkan dia makan Alfalfa Complex dari Shaklee.
Alhamdulillah tak sampai seminggu makan dengan cara yang disarankan...hari ini dia perasan yang badan dia dah tak berbau walaupun berpeluh. Saya duduk sebelah dia pun memang takde bau yang selalu saya bau, hanya tinggal bau peluh yang biasa.
Tiada lagi bau badan yang kuat. 
Dia sangatla happy sebab ayah dia pernah kata takde cara lain kena mandi bunga ja ni.hihi. Tak sangka dengan cepat dia berkesan"

Boleh dikatakan kebanyakan individu kini menggunakan deodoran untuk menutup atau mengatasi masalah bau badan ini. Namun penggunaan deodoran tida begitu digalakkan kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Ada pendapat mengatakan, jika anda mampu membiarkan tubuh anda bebas deodoran (mandi dan menjaga kebersihan seperti biasa) selama 48 jam dan badan anda tidak berbau, maka anda tidak mengalami masalah ini. Tahukah anda bau badan juga merupakan petunjuk kepada masalah kesihatan yang memudaratkan jika tidak dicegah daripada awal?

Diabetes can give the breath a fruity smell and the body a distinctive odor akin to nail polish remover due to a condition known as ketoacidosis. An unusual body odor can also be a sign of liver or kidney distress. Some infections also produce foul smells; for example, a mouth abscess could cause bad breath, while a vaginal yeast infection would have an accompanying odor. Scientists have even developed a method for identifying lung cancer through breath analysis [source: Alvarez].


Berikut merupakan jenis-jenis bau badan dan puncanya, dipetik daripada laman web Dr. Lawrence Wilson di drlwilson.com

Here is a partial list of common body odors and their causes:

1. Diabetic odor.  This is a sweet smell.  It is actually sugar that is building up on the skin.
2. Constipation.  This causes a generally foul smell, like a bowel movement odor on the skin.
3. High copper/low zinc.  This causes a yeasty odor.  Many women know this odor from having vaginal yeast.  Yeast often, though not always, has a slightly sour, and yin odor.
4. Meat eaters.  People who eat a lot of meat and do not digest it well, which is almost everyone, have a rather foul, and repulsive sulfury odor like rotting eggs. This odor is due to the high content of sulfur-containing amino acids in meat, particularly red meat.  These amino acids are very excellent, but only if digested well.  Meat-eating sometimes causes other foul odors due to other chemicals produced in the intestines if one does not digest meat well.
5. Fruit-eating.  Eating a lot of fruit always causes a yeasty odor, but a different one from high copper and low zinc.  Fruit is extremely high in sugar, and the sugars often ferment in the intestine.  However, fruit is also highly irritating in many cases, and the odor has to do with this irritation as well.
6. Fruit-eating plus high copper and low zinc.  This causes an even stronger yeasty smell, as one is consuming too much sugar AND one cannot kill off yeast due to the copper imbalance.
7. Doggie breath.  This can be due to meat-eating, but is often due to liver and digestive problems.
8. Salami or bologna breath.  This rather annoying odor is due to constipation, possibly, or inability to digest meats and other proteins.
9. Nutty odor.  This is due to eating a lot of nuts.  Nuts are not that easy to digest.  Nut butters are a little better, but still not that easy to digest.  Many people eat nuts as snacks and believe they are helping themselves with a healthful food. However, they do not sit still, relax, chew thoroughly, and they do not digest the nuts well.  The breath, in particular, and perhaps the body, as well, can take on a sort of nutty odor as a result.  This is not a healthful sign, by the way.
10. Chocolate odor.  This is a slightly sweet odor, mixed with a meat odor, mixed with a magnesium deficiency odor.  This is associated with slow oxidation.
11. Magnesium deficiency odor.  This is an acrid type of odor due to enzyme deficiencies when magnesium is deficient.  It is associated with a calcium shell.
12. Fast oxidizer odor.  This is a more meaty odor with no yeast smell at all.
13. Four lows odor.  This is a cadaver-like smell.  The body is shutting down and the odor is like rotting flesh, which is different from rotten eggs associated with too much meat and constipation.
14. Low Na/K ratio odor.  This is associated with yeast, but also tissue destruction.  It is more like a four lows smell, but not as intense.

Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman dan sembelit, saya cadangkan selain alfalfa eloklah ditambah dengan OsteMatrix dan Peppermint Ginger Plus untuk kesan yang lebih menyeluruh. Ostematrix lengkap dengan kalsium dan magnesium, zinc dan copper yang seimbang yang mampu menstabilkan jumlah galian ini dalam badan anda. OsteMatrix juga menyokong pelawasan yang baik. Manakala Peppermint Ginger Plus pula membantu penghadaman, mengeluarkan angin dalam badan sekaligus mengelakkan sembelit.

AIR DAN SAYUR-SAYURAN: MAKANAN IDEAL ELAK BAU BADAN

Untuk mengekalkan badan yang sihat, jumlah air yang mencukupi adalah sangat penting. Air yang cukup dapat mengekalkan imuniti badan pada tahap yang tinggi, mengelakkan dehidrasi, membantu menyerap segala nutrien untuk manfaat tubuh serta menggalakan penghadaman dan pelawasan yang baik. Sayur-sayuran juga dapat menyeimbangkan ph badan dan membekalkan serat dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.

Rujukan (alfalfa) : 

Sebarang pertanyaan atau berminat mendapatkan suplemen Shaklee bagi mengatasi masalah ini, hubungi kami:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bulan ini, iaitu Jun 2013 merupakan bulan promosi MealShakes Shaklee. Masih ada kira-kira 10 hari lagi untuk anda rebut peluang mendapatkan MealShakes pada harga runtuh ini. Tak rugi punya, sebab bulan Ramadhan hampir menjelang. Di bulan Ramadhan nanti MealShakes mesti laku, kena pulak dengan resepi yang superb lazat. Ini diakui sendiri oleh seorang pelanggan saya yang juga kenalan baik saya. 

Ceritanya, selama ini pelanggan saya ini (Puan Z) hanya beri MealShakes yang dibancuh kosong (dengan air kosong) untuk anak-anaknya. Itupun anak-anak suka. Bulan lepas suami Puan Z ditahan di hospital akibat masalah jantung. Lama juga dalam wad. Sebelum discaj lagi dia dah call tanya apa suplemen yang sesuai untuk sesi pemulihan suaminya. Lepas saya buat sikit kajian berkenaan sakit suami dia dan tanya serba sedikit tentang rutin dan juga tabiat pemakanan si suami, saya cadangkan Performance Drink (PD), Vita-lea dan ESP. Sekali tengok bulan Jun ada promo MealShakes pulak, maka tak tunggu lagi Puan Z terus rembat 2 canister Mealshakes bersama, kira tukarlah dengan ESP. Sebab apa, sebab kedua-duanya adalah sumber protein yang baik, sebagaimana saranan doktor supaya suami dia ambil lebih protein dan minum air yang cukup untuk pemulihan.

Mula-mula suami dia tak suka dengan PD, bila minum tu macam-macamlah alasan yang keluar. Tujuan bagi PD ni supaya badan dia hidrat, tidak kekurangan air kerana PD memang mempunyai elektrolit yang membantu memberi tenaga tambahan dan mengelakkan badan daripada dehidrasi. Saya pun terfikir macam mana nak pikat selera suami dia ni. Baru saya teringat resepi Mighty 3 Gems! Walaupun Puan Z tak beli ESP, MealShakes + Performance Drink saja pun dah tentu sedap. Sebab..saya minum ESP + PD pun dah sedap..apatah lagi MealShakes kan? Inilah review daripada Puan Z...


Uiii mak ai..memang sodap! Try bancuh PD + MS + air sojuk = best giler wuahaha!

Haaa...cuba bayangkan berbuka puasa dengan minuman yang sedap dan berkhasiat ni? Sluurrpp..rasa dia ala-ala yoghurt tau. Waktu bersahur pun boleh ambil, malah sangat sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan juga mereka yang tidak ada selera untuk makan berat ketika sahur.

Jadi, apa tunggu lagi...hubungi saya untuk dapatkan promosi MealShakes dan lebih jimat dengan pembelian PD bersama kerana caj penghantaran adalah PERCUMA untuk BULAN JUN 2013 ini sahaja. Jika anda beli 2 MealShakes, anda dapat harga promosi SUPER JIMAT. Jika anda beli 6 MealShakes anda akan dapat PERCUMA 1 MealShakes! Nak pre-order? Tiada masalah, hubungi saya dan saya akan bantu anda.



MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dah lama nak buat entri pasal sakit ni. Sakit yang membelenggu saya sejak sekian lama. Hari ni mudah-mudahan siap entri ini ditulis. 

Saya menghidap atau menderita sakit ini seingat saya sejak tahun 2002. Masa tu masih di matriks. Entah apa puncanya saya tak pasti, apa yang saya sedar saya tak boleh pegang handphone lama-lama mesti tangan saya lenguh. Masa tu hanya tangan kiri saja. Saya pernah berurut tradisional dan sapu minyak, dah macam-macam jenis minyak la saya sapu. Dah pergi klinik, masa tu klinik universiti la. Doc tanya saya minum susu tak, exercise tak, kebetulan masa tu memang saya jogging hampir setiap hari dan saya memang suka minum susu pun. Doc sarankan saya ambil B-Complex, tapi tak pulak klinik bekalkan. Saya ni pun naif sangat tak pandai mintak. Saya pergi farmasi dan jurujual sarankan saya satu jenama yang pada masa tu saya rasa sangatlah mahal. Bayangkan sebotol ada 30biji sahaja dan kena makan 2 biji sehari. Kalau kira-kira balik, B-Complex Shaklee jauh lebih murah. Memang saya rasa perubahannya, tapi saya tak boleh nak maintain, saya hanya pelajar dengan pinjaman PTPTN masa tu.

Tanpa saya ambil kisah, sakit itu berlarutan dan saya terasa sangat kesannya selepas bersalinkan Sofiy anak sulung saya. (Macamla dah ada anak kedua ketiga.hehe). Menyusu kan anak waktu malam, dan sentiasa dukung anak buat keadaan tambah teruk agaknya. Saya tak larat nak dukung dia lama-lama, lenguh sangat tangan ni. Dah la saya jenis dukung budak belah kiri. Badan Sofiy masa tu pulak memanglah gebu hasil susu ibu. Mahu tak mahu saya terpaksa pakai baby carrier walaupun dia dah semakin besar dan tak berapa nak muat dah dalam carrier tu. Bila dah pakai carrier, pinggang dan belakang pulak sakit. Sofiy boleh je berjalan tegap, terus saya heret dia jalan kaki je ke kedai. Orang yang tengok pakat dok kagum dengan anak saya sebab umur setahun lebih dah jalan hampir 1km. Masa tu saya ada jugak ke klinik universiti (maklumlah tak habis-habis belajar), doc cuma suruh gerakkan tangan ikut arahan dia, bila pergerakan saya semua ok takde yang terhad..doc cuma bagi suplemen je..dan semestinya B-Complex lagi. Lepas tu doc tanya juga pasal senaman, katanya saya kena buat senaman secara rutin. Masa tu anak kecik lagi memang susah sikit nak buat senaman secara regular. Ada juga saya buat, tapi lebih banyak Sofiy mengacau, naik atas perut la naik atas belakang la.

Dah tak mendukung anak, kurang sikit rasa sakit jadi saya abaikan lagi. Tapi sakit ni makin lama makin tak terkawal. Tambah pulak bila saya mengadap komputer lama, kena pulak menaip atau banyak pegang mouse. Sampai satu tahap tangan saya kebas dan mouse pun saya tak dapat pegang betul-betul. Tangan yang sakit pun bukan kiri je tapi dah sekejap kanan sekejap kiri. Bangun pagi memang sakit sangat, kadang-kadang bahu macam cramp..kena buat regangan sikit...pastu dah bunyi 'keletup' baru la rasa lega. Sofiy pun dah faham kalau umi tak boleh mengiring mengadap dia waktu tido, sebab saya dah tak boleh mengiring di sebelah yang sakit. Lenguh tu memang boleh dikatakan sentiasa. Sakitnya bahu dan leher ni bawak sampai ke belakang badan malah sampai ke mata! 

Tak tahan lagi, tahun 2013 ni saya ke klinik dan kali ni klinik kesihatan. Masa check tu sama jugakla..doc kata biasa je, akibat aktiviti harian kita. Tapi berkali-kali saya kata tangan saya lenguh dan kebas. Doc balas, kalau kebas tu sekali-sekala tak apa. Mana boleh tak apa? Terganggu aktiviti dan mood saya juga sering terganggu akibat sakit. Boleh dikatakan saya ni dah jadi peminat tegar Ammeltz Yoko-yoko dan Salonpas tau. Kemana pergi mesti ada dua benda tu. Kadang-kadang kalau sakit sangat dan saya ada aktiviti yang penting misalnya conference atau kena buat pembentangan, saya akan telan ponstan supaya saya dapat fokus. Tak ke tu dikira kritikal? Doc kata dia bagi saya ubat tahan sakit dan B-Complex. Lepas doc tengok saya macam taknak bangun je daripada kerusi, dia pun bagi saya sehelai pamphlet yang menunjukkan cara-cara buat regangan badan dan cara-cara aktiviti harian dilakukan contohnya cara angkat barang, cara duduk, cara gosok baju. Saya takmau bangun jugak. Barulah doc tu tanya, nak saya refer awak pada fisioterapist? Saya nak je la, asalkan ada rawatan untuk saya. Saya tahu B-Complex memang bagus sangat untuk saraf. Tapi, untuk kes saya yang dah makan tahun ni...saya sebagai pengedar suplemen pun masih memerlukan rawatan lain. Alhamdulillah akhirnya kedegilan saya membawa saya kepada sesi fisioterapi.


Inilah basikal tangan, salah satu peralatan waktu rawatan fisioterapi saya

Masa sesi pertama tu memang buat senaman simple je, lepas tu fisio letak ais dan alat getaran pada bahu dan leher. Kemudian dia tekan-tekan sikit lepas tu siap. Sesi saya awal pagi. Bila naik petang saya rasa makin sakit, rasa macam nak demam, nak muntah semua ada. Saya SMS semula fisio tu. Dia kata itu memang kesan awal selepas buat fisio. Kiranya macam healing crisis la. Tapi dia tak bagi saya makan ubat tahan sakit (painkiller) yang doktor bekalkan. Dia juga tak bagi saya sapu minyak atau yoko-yoko. Dia cuma suruh saya tuam dengan ais. Mujurlah ada lagi icepack yang guna untuk coolerbag masa pam susu Sofiy dulu. Lepas tuam tu memang rasa kurang. Kata fisio tu, bila sakit jangan sapu minyak panas nanti lagi berdenyut. Kalau nak icepack yang lebih comfort, ada jual di kedai-kedai Cosway. Tak mahal pun.

Selain fisio sebagai ikhtiar supaya sakit ni tak berlarutan dan mudah-mudahan sembuh, saya juga amalkan suplemen. Sebagaimana doktor dok bagi, saya memang amalkan Shaklee B-Complex. Cuma, dosnya tak sama dengan dos orang yang tak sakit. Orang yang tak sakit ambil untuk maintain dan elakkan terkena sakit...jadi bagi kes saya..untuk pulih saya ambil dos lain, saya ikut berdasarkan dos B-Compleks yang klinik bagi. Selain tu, saya juga ambil OsteMatrix (kalsium magnesium) dan susu secara konsisten. Untuk kesihatan secara menyeluruh juga saya ambil Vita-lea Iron Formula(multivitamin). Alhamdulillah, selepas 4 kali buat fisioterapi sakit tu dah berkurangan lebih kurang 70%. Sakit belakang, sakit pinggang malah dulu sudah melarat sampai ke kaki dah tak ada lagi. Alhamdulillah, syukur sangat. Saya rasa hidup saya lebih berkualiti dan tentunya suami pun tak berbulu telinga asyik dengar saya mengeluh sakit-sakit badan. Sesekali bila buat kerja-kerja depan komputer lebih sikit, ada la lenguh tangan dan bahu tu. Tapi saya dah tau apa yang perlu dilakukan. Buat regangan, dan tuam dengan ais. Senaman memang sangat membantu sebab bila kita senaman, badan kita akan jadi lebih lentur dan otot-otot serta sendi kita tidak mudah kaku. Selain itu, jangan duduk terlalu lama dalam satu-satu posisi. Bangun daripada kerusi dan berjalan setiap 1/2 jam adalah sangat baik untuk mengelakkan kecederaan otot.

Nak tau lebih lanjut tentang sakit bau. leher dan belakang akibat penggunaan komputer? Lihat entri INI.

Anda boleh dapatkan Set Sendi Shaklee ini melalui dua cara iaitu membuat sendiri pembelian secara online melalui ESell Shaklee dengan klik butang Esell di bawah. Anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit, klik klik saja item yang anda perlukan dan pihak Shaklee akan poskan sehingga ke pintu rumah anda. Mudah bukan? Jangan bimbang untuk membuat pembelian dengan Shaklee kerana Shaklee merupakan syarikat yang diiktiraf dan berdaftar. Kami pengedar juga membuat pembelian secara online melalui kaedah yang sama.

Beli Set Sendi Di Sini ^

Atau, anda juga boleh dapatkan Set Sendi ini daripada kami dengan menghubungi kami melalui salah satu medium di bawah:

MAIA (Shaklee ID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE:Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.