Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan-kawan. Show all posts


Assalamualaikum, salam 15 Ramadhan.

Ramai yang dah buat preparation raya? 

Pagi-pagi ni group whatasapp sekolah menengah saya dok bersentimental dengan lagu-lagu yang biasa dilagukan zaman kami kat asrama dulu. Betul-betul mengimbau memori. Masing-masing mengimbau dari satu lagu ke satu lagu, sampailah ke lagu-lagu yang dinyanyikan masa minggu (sebenarnya sebulan) orientasi kami masa Form 1. Dah la bulan puasa, orientasi lama pulak tu. Bayangkanlah, lepas mendaftar, sehari je tak puasa. Lepas tu dah puasa. Masa tu ramai laaaa yang berjujuran air mata terkenang berbuka dengan family dan adik-beradik. Campur rindu dan tak biasa lagi kehidupan di asrama. Tapi saya ok je, sebab saya tak de adik-beradik pun. Apa-apa pun, best juga, banyak memori dicipta. 

Ini lagu yang kumpulan saya nyanyi...saya jadi tekongnya, dengan sorang lagi kawan namanya Ayu. Kakak mentor yang pilihkan, kena pulak nak raya / dah raya masa majlis tu. Masa nyanyikan lagu ni, saya memang taktau ni lagu apa. Saya memang semata-mata ikut rentak yang diorang ajar. Sucikan masa tu..lagu-lagu pun taktau. kiki.

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan takziah jika ada pembaca yang baru kehilangan ayah. Ramadhan masih berbaki, apa kata kita banyak-banyak hantar hadiah buat ayahanda kita di alam sana. Kita boleh sedekahkan bacaan al-Qur'an, boleh juga kita buat tahlil, boleh juga kita bersedekah dan pahalanya kita niatkan untuk ayah yang telah pergi. Banyak-banyak juga berdoa, semoga kehidupan ayah di 'sana' dalam peliharaan Allah. Setiap kali berdoa, doakan ibu ayah kita, doakan mereka diampun dosa-dosa, dilapangkan kubur, dilepaskan daripada seksa. Doa-doa di bulan Ramadhan ini mustajab, dan hanya hadiah inilah yang kita mampu beri kepada mereka yang telah tiada. 


Siapa yang tak suka jika terima hadiah atau cenderahati? Siapa? Kena pulak kalau hadiah tu surprise!! Sebenarnya tak susah nak menggembirakan hati orang lain ni. Macam mana kita suka terima sesuatu pemberian, begitu jugalah orang lain. Malah sebenarnya, rasa puas hati dan seronok itu akan berjangkit pula pada si pemberi. Tak percaya? Cubalah, buat surprise pada sesiapa yang anda sayang, atau anda rindu, atau anda ingat. Tak apa, nanti saya up satu entri tentang 'surprise gift'. Ok?

Tengah malam buta ni, nak cerita tentang cenderahati yang saya sendiri terima, yang membuatkan hati saya berbunga-bunga. Kebetulan, saya terima dua cenderahati pada hari yang sama. 

Cenderahati #1 




Ini kerja kakak saya ni. Patutlah hari tu dia ada minta details, tanya untuk apa tapi taknak bagitau. Rupa-rupanya nak bagi si comel yang wangi dan menyegarkan ni. Miracle Refreshing Scent a.k.a MRS ni ialah minyak serbaguna yang beraroma harum semerbak, dan sejuk segar dengan mint. Kiranya macam penyelamat di kala kecemasan. Serius best! In sha Allah, lepas ni kalau ada yang berminat nak dapatkan MRS ni, boleh dapatkan daripada saya k. Mai 012 3302067.

Cenderahati #2


Keychain London ini saya terima pagi semalam daripada sahabat seUIA dan juga jiran seVista. Nama sahabat saya ni Sha Sofia, sekarang beliau sedang sambung PhD di Leceister UK. Bekas pengasuh Sofiy (Kak Ngah) ke London baru-baru ni, maka berjumpalah mereka di London Bridge yang tak falling down itu. Hehe. Jadi sekembalinya Kak Ngah ke Malaysia, Sha Sofia kirim keychain yang sweet ini buat saya. "Piah, next time t-shirt pulak ye..hahaha"

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang mengingati diri ini, Ingatan itulah yang lebih berharga. Sungguh.

Kenangan 'Mabuk' di Taman Tema Genting


Ini cerita lama, cerita zaman muda-mudi..cerita baru tak ada. Dah tak sesuai kot nak ke taman tema lagi. Tunggu anak-anak besar sikit la pulak kot. Dulu-dulu takda blog, maka sekarang la kita menceceh.

Saya ni, kategori budak yang jarang sangatla nak travel-travel ni. Ada tak ada pun travel balik kampung je la. Maklumla anak orang susah. Tapi saya happy je kat uni tu...usia remaja semua benda pun rasa seronok ye tak. Beli-belah kat pasar malam pun best, makan kat medan selera pun kemain suka..ye tak Kak Reen (hahaha..seru kak reen pulak).

Ok, balik kisah pergi Genting. Kami di UIA..dekat dah la dengan Genting tu. Plan pun ad hoc je..malam plan, esok pagi dah gerak. Yang penting pergi tu dalam kiraan genap supaya masing-masing ada partner. Partner tu maksudnya kawan perempuan ye..bukan pasangan girlfriend boyfriend. Ada partner senang naik bas ada la kawan, nak main apa-apa permainan yang berpasangan pun ada kawan jugak.Tak la kena dok dengan orang yang tak dikenali.

Sabtu pagi-pagi kami dah keluar ke Stesen LRT ? apa nama stesen tu Kak Reen..lupa la. Adoi panggil kak reen lagi. Beli tiket bas Go Genting yang siap pakej dengan permainan outdoor. Berapa ringgit tidaklah saya ingat dah. Yang pergi nipun stok budak-budak baik belaka...yang jarang nak jalan-jalan ni. Bukanlah nak kata yang jalan-jalan tu jahat tidak la..maksud saya yang jenis jarang keluar. Masing-masing 'cerdik' tak sarapan dulu. hihihi. Apa ingat kat Genting sana ada jual kuih 3 singgit tepi jalan? Ada nasi lemak daun pisang? kahkahkah. Mujur la dah jadi habit saya bawak botol air..kalau tidak minum pun tak usah. heeee.

Bas gerak pukul 8, kemudian sampai kat transit yang nak kena naik kereta kabel atau gondola tu daki ke puncak. Seronok, excited la kan. Maklum tak pernah keluar kandang ke tempat macam tu. Mula-mula pusing-pusing tengok permainan indoor...boring la sesuai untuk budak-budak je. Teruslah ke luar. Dengar dah la orang terjerit-jerit. Dalam hati saya "ha'a laa...sama la macam dalam tv" kikiki. sila jangan gelak. 

Ok, permainan pertama yang kami main tu..adalah pemusnah kepada segala keseronokan datang ke taman tema..untuk saya. Hanya saya sorang saja. Saya tak ingat nama permainan tu tapi dia ala-ala buaian pusing. Haaa..gambar bawah ni dia la kot.


Tau kenapa buaian ni saya gelar pemusnah keseronokan dan keterujaan saya?
Turun-turun je, saya pening! Ingatkan sekejap je rupa-rupanya tak mau hilang. Adoi...takkan la baru satu permainan dah nak keluar? Dah keluar mana boleh masuk balik dah. Kesian la kat kawan-kawan kan? Lalu saya pun bertahan je la..Pura-pura ok dna buat taktau je dengan kepeningan tu...tapi tetaplah tak berapa best, tak feel sangat. Tak feel tak feel pun habis juga jelajah. Naik juga roller coaster, space shot dan lain-lain. hehehehe.



Space shot ni naik bertiga-tiga pulak..terpaksa la sorang duduk sebaris dengan orang lain. Saya la tu. Ceee..macam berani je kan? Serius kecut masa nak turun tu. Walaupun saya tak menjerit, tapi dalam hati memang mengucap tak henti-henti. Bayangkan kalau jatuh benda tu, atau penghadang tu tercabut? Nauzubillah.Cukuplah sekali. Tinggi weiii...bukan calang-calang orang boleh naik ni. Syabas Maizura!



Space shot tu haa..yang macam menara paling tinggi tu. Mula-mula dia bawak kita naik pelan-pelan sampai atas..cantik je tengok pemandangan. Sekali masa nak turun, jatuh selaju-lajunya! Rasa nak pecah dada. 


Mak gigih korek album dan snap gambar lama okey...
Saya dua dari kiri.

Kami keluar dari taman tema tu dalam pukul 3 sebab nak solat zohor. Masa tu saya dah rasa lain macam dah..ketar kaki, kepala pening, badan rasa melayang. Siap solat, masing-masing kelaparan. Fast food je la kan kat sana. Taktau la kalau sekarang dah ada masak panas pulak. Dulu memang tak ada. Tak silap saya kitorang ke McD kot, dah tak ingat sebab menahan sakit. Makan burger la agaknya masa tu.. Air pun pegi bantai minum air bergas...masa tu tak fikir langsung yang itu akan memburukkan keadaan saya.

Dah petang, nak balik. Turun dengan gondola jugak. Masa sampai kat transit tu..saya dah tak larat nak keluar dari gondola. Kena papah. Malunya ya Rabbi...semua orang pandang. Budak ni buat apa agaknya kat puncak genting sampai tergolrk macam tu. Janganlah ada yang kata saya 'mabuk' minuman keras. hahaha. Masa dalam bas lagi la azab. Jalan kan bengkang-bengkok...dah rasa nak keluar semua isi perut. Standby plastik je. 

Sampai je stesen LRT, terus saya meluru ke toilet. Tapi takmau muntah pun. Badan je menggigil-gigil. Peluh sejuk pun dah merembes. Masuk toilet sebab rasa nak membuang. Wohaa..lepas membuang tu la baru rasa legaaaa sikit. Angin dah keluar gaknya. Dalam kelayuan kami balik ke hostel. Seronok tapi tragis!

Tips Sebelum Ke Taman Tema


- Sarapan pagi dulu sebelum travel

- Bawak la bekal makanan..roti ke kuih ke

- Genting tempat peranginan, jangan harap la ada nasi berlauk ye.

- Kenali kelemahan sendiri sebelum nak cuba sesuatu permainan di taman tema. 

-Bawak juga bekal ubat untuk emergency macam minyak aingin ke paracetamol ke. Takpun bawak vitamin yang sesuai untuk masa-masa kecemasan macam Peppermint Ginger Plus yang bagus untuk atasi mabuk perjalanan. Performance Drink untuk tenaga segera.

Apa-apa pun, saya dah berjaya naik SpaceShot! Siapa pernah?



Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ini entri penutup tirai malam..sebelum makyong tarik selimut.

Adoii..rasa macam nak patah pinggang ni sebab duduk lama mengadap laptop. Buat apa? BLOG WALKING saje...hehe.



Alkisahnya saya turut serta dalam satu cabaran (read: contest) blogging bersama team support group Shaklee. Best tau group kami ni, macam-macam aktiviti ada. Antara syaratnya, perlu blog walking. Bila dah syarat, kenalah buat kalau taknak disqualified kan. 

Baru perasan yang saya dah lamaaaa sangat tak bloghop / blogwalking ni. Rasa-rasanya mahu 2-3 tahun jugak kot. Dulu ada jugak follow kawan-kawan dalam bloglist tapi sejak tukar cat 'rumah', senarai bloglist pun dah entah ke mana. Kawan-kawan blog yang meriah dulu pun ramai yang dah senyap membawa diri. Ada yang belajar dah pun bekerja, ada yang busy bekerja dan tentu blog tak dapat nak diupdate selalu dah, ada juga yang dah tutup pun blognya. Jadi sekarang saya nak mulakan bersahabat dengan kawan-kawan baru yang sudi. Boleh juga tekan butang FOLLOW di sebelah kiri blog ini.

Siapa nak tukar link, boleh tinggalkan jejak di ruangan komen dengan alamat url blog anda sekali ye. 

Kesudian anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Waktu entri ni ditaip Ryu baru je berlepas dari KLIA agaknya sebab flight dia pukul 9.20 pagi. Jung-Heum Ryu, kawan selama lebih 4 bulan, berasal dari Seoul, Korea. Ex-SV saya sekarang sedang menyandang jawatan Kursi Pengajian Melayu di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Jadi, sepanjang di sana dia ada seorang pembantu penyelidik, si Ryu ni la. Ryu di pelajar sarjana bidang sejarah dan kebudayaan, dan antara syarat yang perlu dipenuhi untuk pengajian dia di sana adalah belajar selama satu sem di negara yang akan dikaji dalam tesisnya. Jadi, Ryu berminat nak datang ke Malaysia. Agaknya Prof saya tu promo la tu.

Ryu sampai sini bulan 8 tak silap saya, masa tu lepas raya dan orang sibuk dengan konvo. Masa Ryu sampai tu, isteri kepada Ex-SV (iaitu SV saya sekarang) ada di Malaysia tapi esoknya dia berlepas ke Korea. Jadi Ryu ni macam terkontang-kanting jugalah di sini. Kena pulak masa tu tengah cuti semester, jadi pengangkutan awam dalam U ni macam lumpuh sikit. Bas antara kolej tak ada, dan teksi pun tak banyak masuk. Mujur jugalah Ryu ni boleh berbahasa Indonesia sebab dia pernah belajar di Indonesia selama satu sem jugak pada 2009. Tapi, dia memang susah nak faham bahasa Melayu. Jadi macam-macam susah dan seksa la dia dalam minggu yang pertama tu. Sampaikan pernah dia tak makan seharian sebab cafe tak bukak. Eh, apa gunanya saya dan kawan-kawan di sini kan? Sampai hati biar dia macam tu? Haaa....ni la nak jadikan cerita macam mana kami kenal dia. Masa dia nak datang sini tu, Prof saya agaknya tak teringat nak minta tolong kami untuk bantu dia. Jadi, selepas dah stres dan bengang dengan semua proses pendaftaran yang rumit, Ryu email pada Prof saya di Korea dan mengadu. Dia sangat tak puas hati dengan sistem pentadbiran di Malaysia yang pada dia sangat leceh, menyusahkan, dan sangat tidak mesra alam (rasanya kita warga Malaysia pun maklum dengan sistem yang dimaksudkan). Bayangkanlah, kita yang sedari lahir dah biasa dengan sistem macam ni pun akan rasa tak puas hati dan kadang-kadang marah, inikan pula dia yang hidup dalam negara maju dan sistemnya sangat sistematik, mudah dan cepat. 

Disebabkan kami semua dah baca emel tu, kami pun offer diri untuk tolong memandangkan Prof sendiri jauh. Dari situlah kami kenal Ryu ni. Segala urusan pendaftaran, pembayaran yuran semuanya kena buat semula sebab rupanya dia dah salah daftar. Walaupun dia pelajar sarjana di Korea, tapi dia sepatutnya cuma mendaftar sebagai pelajar prasiswazah di sini. Subjek yang nak dipilih pun salah, kena pulak pendaftaran online dah tutup, jadi semua benda jadi celaru. Bukan salah dia sebab dia orang luar dan tak faham sistem kita. Bila dia mendaftar sebagai pelajar pertukaran, banyak benda kena buat special, maksudnya lari dari kebiasaan. Bila dah urus benda-benda macam ni barulah saya tau betapa rumitnya sistem kita. Kena guna orang dalam kalau nak cepat, tupun tak cepat mana jugak, sebab sesuatu tugas cuma seorang je yang incharge. Contohnya, nak buka sistem dalam talian, cuma seorang je yang boleh buka. Kalau orang tu cuti, atau meeting, maka kenalah tunggu. Dan orang ni pulak, tak boleh buka talian tanpa kebenaran daripada seorang lagi pegawai dari jabatan kewangan. Pegawai ni pulak, kena tunggu arahan daripada bos dia, dan bos dia tu adalah orang yang incharge beribu-ribu pelajar yang nak konvo, maka dia sangat sibuk dan payah sangat kita nak jumpa. Macam tu la rentetannya dan segala urusan hanya selesai selepas konvo.

Mula-mula dulu, Ryu memang cakap bahasa Indonesia dan dia tak faham bahasa Melayu. Nak cakap dengan dia kena cakap pelan-pelan dan banyak yang kita kena translate ke bahasa Indonesia baru dia faham. Mujur jugakla kami kami ni reti juga bahasa Indonesia. Agaknya sebab layan juga sinetron kan. Tapi dia ni memang rajin, tak segan, dan cepat belajar. Dia tak kisah kena gelak dan kena main sekali pun. Ada seorang kawan kami ni lelaki, dia memang suka pekena si Ryu ni. Tapi dia jugaklah yang rajin bawak Ryu ni berjalan, tidur rumah dia, bawak pegi majlis kenduri, dan tolong buat urusan booking2 online ni. Sebabnya Ryu ni takde kad atm bank Malaysia, dan takde kad kredit jadi payah sikitlah nak berurusan. Dipendekkan cerita, Ryu yang satu-satunya pelajar Korea di univ ni, cuma ada group kami je la sebagai kawan. Kawan sekelas tu ada, tapi kalau bab-bab nak mintak tolong ni payah la sikit kan. Sekejap je masa berlalu, petang semalan lepas Ryu habis exam, kami pergi makan-makan sebagai jamuan perpisahan.

Gambar Ryu di lab kami:


Gambar berhari raya di rumah Prof




Kenapalah Sofiy buat muka pelik-pelik ye?