Showing posts with label Cacamarba. Show all posts
Showing posts with label Cacamarba. Show all posts
Assalamualaikum semua.


Hahaha..are u ready????

Ready tak ready pun..masa tetap bergerak dan akan sampai la kita ke 1 April jika masih Allah pinjamkan nyawa. So, apa yang perlu kita buat? Ni saya nak kongsi pandangan daripada saya secara peribadi, sebagai rakyat marhaen. Saya tau masing-masing ada pandangan masing-masing. Ini pandangan saya sahaja, kalau baik jom kita sama-sama buat.

EMOSI


1-Bawa bertenang - Esok dah pun 1 April. Jadi kita bawa bertenang dan laluinya sebagaimana biasa. Mungkin sebelum ni kita ada melontar pendapat dan meluahkan rasa sesama kawan-kawan, di facebook, di group whatsapp...tapi sekarang rasanya adalah tempoh bertenang. 

2- Elakkan stres - ya saya tahu ramai yang stres dengan kenaikan harga barang menjelang GST ni. Saya pun! Tak kira siapa pun anda, tetap kena tempiasnya. Tak berbaloi nak stres sebab GST ni. Stres pun GST implement jugak. Jadi, saya ambil langkah diam dan lihat. Kalau perlu, elakkan diri daripada join mesyuarat tingkap pasal GST ni. Komen-komen di fb yang marah-marah dan maki-maki pun tak payahlah baca. semua tu negatif. Jadi kita akan mudah jadi negatif juga. 


PERBELANJAAN


2015 adalah tahun berjimat-cermat. Baguslah jika ada yang sudah pun memulakan langkah penjimatan sebelum isu GST ni lagi. Tahniah untuk anda. Bagi yang belum, inilah masanya. Islam pun tidak sukakan pembaziran. Nak berjimat macam mana kalau yang sedia ada pun tak cukup? Jom kita tengok apa lagi yang boleh kita jimatkan, berbelanja dengan lebih berhemah tanpa mengurangkan kualiti kehidupan.

1- Jenguk almari pakaian - 

Jom jenguk almari pakaian kita. Kosong? Penuh? Tak muat? heee..kita sendiri je tahu. Tambah kalau perempuan..dah sedia maklumlah fitrahnya. Saya dah bulatkan tekad, saya akan tutup mata kepada sebarang jenis pakaian baik tudung, baju, seluar, kasut, kecuali persediaan raya serba sederhana. Dan, mana-mana pakaian yang dah lama tak berusik tu akan dipilih dan disedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Satu hari berapa helai sangatlah baju yang kita mampu pakai? Sama-sama kita fikirkan.

2- Makanan - 

Bab makan ni ada baaanyak pecahan. Tapi kita sembang yang basic-basic saja dah la ye. 

a- Elakkan atau kurangkan seminima mungkin makanan segera kerana ia tidak murah tetapi tidak berkhasiat

b- Mulakan kempen 'no junkfood'. Lebihkan makanan berkhasiat untuk seisi keluarga contohnya buah.

c- Bekal - Bagi yang baru nak biasakan memang rasa sedikit renyah atau leceh, tapi bila dah buat akan rasa kepuasannya.

d- Kurangkan lauk - kalau biasa kita makan 4-5 jenis lauk, apa kata cukup dengan 2 jenis lauk dan satu sayur untuk sekali makan. Apa yang penting khasiatnya, bukan kuantiti atau kepelbagaiannya.

e- Diet - Timbang berat badan. Memang rasa macam sedih je kena ikat perut, tapi boleh juga kita jadikan ini sebagai starting point memulakan gaya hidup sihat, dapat pulak berat ideal dan bentuk tubuh yang cantik. In sha Allah kita lebih sihat nanti.

f- Elak makan di luar. Ini tak perlu hurai pun ramai dah tau. Service charge saja dah 10% kan?

3- Jalan-jalan


Harga minyak bakal naik esok, dengarnya. Maka kita dah tak boleh keluar makan angin? Boleh...tapi berpada-pada dan ikutlah kemampuan masing-masing. Kalau keluar sebab nak elak anak-anak boring, inilah masanya kita jadikan diri kita kreatif untuk isi masa lapang dengan anak-anak. Antara pilihannya:

a. aktiviti DIY. Sekarang ni google saja, dah banyak video yang boleh kita jadikan panduan

b. home tuition. Belajar bukanlah aktiviti yang membosankan jika kena caranya. Jadikan belajar di rumah itu aktiviti menarik. Sebenarnya ramai anak-anak suka sesi bercerita, sesi mewarna atau melukis jika dilakukan bersama ibu bapa. Tapiiii..ibu bapa yang sibuk atau tak minat luangkan masa dengan anak-anak. Ketepikan gajet sebentar, layan mereka dengan sepenuh hati. Cubalah rasa sendiri kesannya pada kita ibu bapa. 

c. Picnic di taman berhampiran rumah. Sekarang ni banyak taman rekreasi, pergi yang dekat-dekat saja tak perlu yang jauh atau berbayar. Apa kata buat picnic, mak sediakan sarapan pagi macam sandwich atau minum petang, letak dalam mangkuk tingkat, pergi taman,  bentang tikar dan nikmati suasana alam. Mesti best! Anak-anak tentu suka. 

d. Bersukan. Ini pun sama konsepnya, masa berkualiti tanpa keluarkan wang tapi keluarkan peluh. Ajak anak main badminton ke, bola ke, berbasikal ke atau jogging pun dah ok. Satu jam di hujung minggu dah memadai.

4- Kesihatan


Sekarang musim cuaca tak menentu. Ramai yang sakit. Buat pelaburan jangka panjang untuk kesihatan keluarga. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Makan makanan berkhasiat, ambil suplemen jika perlu, minum lebih air kosong, jaga kebersihan kediaman.


SPIRITUAL

(sambung nanti ye..solat dulu)


Macam-macam idea orang berseloroh yang disebarkan melalui whatsapp. Adakala buat kita tersenyum.

Take 5...😅😅😅
Mutiara kata :-

"Kepada yang ada masalah janganlah stress sangat, cubalah angkat tangan dan renungkan bulu ketiak mu, belajarlah darinya..ia tetap tumbuh walaupun dalam keadaan tersepit"

Assalamualaikum, selamat pagi Isnin. 
Semoga cuti panjang memberikan energi baru untuk kita, dan juga anak-anak kita yang akan kembali semula ke sekolah.

Hari ni dalam masa yang terhad pagi ni sebelum Sofiy bangun, saya nak kongsi sikit tentang menyimpan duit.
Rata-rata ramai antara kita tahu faedah dan kepentingan menyimpan, terutamanya menyimpang wang. Tapi berapa ramaikah antara kita yang mampu menyimpan dengan disiplin dan konsisten, tambahan pulak di tahun 2014 yang cukup gelap dari sudut ekonomi ini.

Dalam seminggu ni, saya terjebak dengan blog Encik Mohd Zulkifli, seseorang yang ada disebut dalam Buku Mini MMR sebagai seorang yang bebas hutang pada tahun 2007 lagi! Dalam Buku Mini MMR juga ada diringkaskan tips-tips bagaimana beliau melangsaikan hutang-hutang mereka suami isteri. Alhamdulillah, daripada feedback yang saya baca dalam komen-komen di blog beliau, dah ramai yang berjaya mengikut jejak beliau. Apa yang beliau tekankan ialah, menyimpan wang untuk melangsaikan hutang. Bab menyimpan inilah sebenarnya memerlukan latihan, sebagaimana juga menderma. Saya ni tak layaklah nak bercakap tentang bebas daripada hutang, tapi meh kita kongsi sikit apa yang sedang saya lakukan sekarang; iaitu berlatih menyimpang duit. Mana tahu anda mendapat manfaat daripadanya?

Idea ini bukan idea saya, saya hanya mengambil idea seorang kawan lama (kawan sekolah menengah) yang memulakan projek ini, yang dia namakan Projek Tabung Hijau. Jadi, hakcipta atau originalitinya ialah Tabung Hijau. Kawan saya Asiah, dah berjaya menunjukkan hasil yang beliau dapat, jadi kami kawan-kawan ni pun cuba lah pulak dan alhamdulillah memang menunjukkan hasil. Macam mana caranya? Mudah saja..apa yang penting ialah disiplin, konsisten dan jujur.

Projek ini, terpulang pada kita juga sebenarnya nak buat untuk apa. Maksudnya ialah tujuan kita menyimpan. Ada yang memang menyimpan untuk tabungan jangka masa panjang. Ada juga yang menyimpan untuk membeli sesuatu yang dah lama dok kat wishlist tapi tak pernah dapat beli. Saya pulak? Saya menyimpan untuk 'anugerah' yang akan lahir ke dunia ini nanti. Sebenarnya memang diperuntukkan sebahagian wang untuk membeli kelengkapan bayi, tapi Tabung Hijau ni saya khaskan untuk kegunaan selepas melahirkan, in sha Allah.

Caranya, setiap kali wang kertas RM5 lalu di tangan atau wallet anda, anda mesti terus ambil dan simpan dalam Tabung Hijau. Peraturannya ialah jangan sekali-kali belanjakan wang kertas RM5. Wang kertas RM5 hanya untuk disimpan. Sebab tulah RM5 adalah angka yang paling sesuai, sebab kita tak terasa sangat kekurangannya. Kalau simpan RM1 (Tabung Biru) pun boleh atau RM10 (Tabung Merah) pun boleh, cuma risau nanti kita yang tak disiplin sebab jumlah agak besar. Betul tak? Ada orang yang buat projek ni secara bulanan, mungkin lepas tu terus masuk bank simpanan. Ada juga yang buat secara period macam saya. Saya bagi tempoh sampai baby lahir nanti. Satu pesanan Encik Mohd Zulkifli, untuk menyimpan, jangan tunggu hingga ada lebihan wang tapi simpan dulu dan selebihnya barulah guna. Dalam projek Tabung Hijau, kita menyimpan sambil-sambil...jadi tidaklah asyik teringat-ingat saja duit yang disimpan. Nasihat saya pulak, jangan simpan dalam wallet yang sama kita pakai hari-hari. Simpanlah di tempat yang jarang kita nampak:-)

Cubalah, anda pasti suka bila dapat hasilnya nanti. Tak percaya, cubalah!
Sejak dua menjak ni payah bebenor nak masuk facebook di sini. Taktaula di sini saja atau kat tempat lain pun sama. Akaun saya aje atau orang lain pun sama. Tapi biasanya bila cuba-cuba tu akhirnya dapat juga masuk. Bila dah dapat masuk tu, saya tak log out dah sampaila balik sebab kalau log out tak tentu dapat log in semula. Tapi dah 3 hari rasanya memang tak boleh masuk langsung. Saya ingat kot sebab hub internet bilik ni yang lembap, maklumla bukan bilik pensyarah. Tapi bila kat bilik Prof, kat makmal komputer pun sama juga...memang ada masalah la tu kan.

Webpage dia tu tak jadi macam rupa biasa, dia keluar kotak-kotak dan segala mak nenek Home Message tu bersusun sebaris ke bawah. Boleh la nak masukkan emel dan log in tapi yang nampaknya gambo profile kita je, yang lain tak dapat tengok dan baca pun.hehe. Saya tidaklah ketagih facebook ni tapi kot-kot ada message penting yang ditinggalkan. Sebab sebelum ni saya akan log in hari-hari walaupun tak ngadap fb tu, jadi mungkin ada orang yang nak berkomunikasi via fb ni dengan saya. Semalam saya check la jugak ikut emel, memang ada message kawan yang dah lama lost contact. Saya balas ikut emel la jugak taktaula sampai ke kat dia ye?

Jadi kalau anda pun menghadapai masalah yang sama, maknanya bukanlah masalah akaun saya ataupun internet. Tapi kalau orang lain semua ok je, maknanya kat sini la tak boleh akses facebook ni. Ada juga kawan yang kata facebook kena hack dan macam-macam lagi la. Saya tak kisah, kalau betul facebook ada masalah maknanya orang lain pun akan kurang guna facebook dan akhirnya ditinggalkan macam friendster.
Saya bukan pakar motivasi kekeluargaan atau keibubapaan, sekadar mencoret pandangan daripada pengalaman diri dan insan di sekeliling.

Sebenarnya, menjadi seorang wanita memerlukan kita menjadi kuat. Bukan kuat fizikal tetapi kuat emosi dan rohani. Tak hairanlah dalam penyelidikan linguistik, makna kuat itu tidak lagi tertumpu pada kekuatan fizikal semata-mata sebaliknya korpus bahasa menunjukkan bahawa kuat itu juga melibatkan kekuatan dalaman dan perasaan. Ok, bukan nak cerita tentang bahasa, karang menyimpang pulak.

Sebenarnya saya terkesan dengan 'tragedi' yang berlaku pada sebuah keluarga dalam family saya. Sepasang suami isteri yang telah mendirikan rumahtangga atas dasar cinta lebih 15 tahun yang lalu. Seorang di utara, seorang di selatan, dipertemukan dan diijabkabulkan. Daripada kerja kecik-kecik, sampai dah jadi pegawai. Daripada kereta 3rd hand ke 4th hand sampai dah mampu tukar-tukar kereta sebab ahli keluarga dah bertambah. Ya, anak-anak yang dikurniakan seramai 7 orang. Daripada tinggal di kuarters, dah ada rumah dan tanah sendiri atas nama bersama. Dah ada perniagaan sendiri yang diusahakan bersama. Perancangannya tentulah untuk kekal bersama sehingga ke akhir hayat.

Namun, panas yang diharap sampai ke petang rupanya gerimis di tengah hari. Setiap rumah tangga tentu ada pasang surutnya, tentu ada ombak badai dan geloranya. Saya sebagai orang luar tentulah tak manis menyingkap masalah rumahtangga orang lain. Sekadar ingin mengambil teladan dan sempadan. Kalau dulu bagai isi dengan kuku, akhirnya dah tak sebulu. Yang suami kata begini, yang isteri mendakwa begitu. Ok, tak kisahlah tentang punca masalah, tetapi yang perlu difikirkan adalah penyelesaian masalah,kan? Berlarutan begitu lama dari bulan bawak ke tahun. Segala bentuk proses damai tak jalan. Hanya 1 jalan yang dilihat oleh si isteri, iaitu 'perceraian'. Berulang ke mahkamah, tetapi hanya itu yang dikehendaki oleh si isteri. Mungkin kita taktau keperitan yang dia alami, tetapi di situlah letaknya rasional. Yang jadi mangsa adalah anak-anak. Dengan anak sekecil 2 tahun lebih, si ibu tidak peduli tentang anak-anak, ditinggalkan bila-bila masa sahaja kerana kerapkali si ibu keluar. Diserahkan pada si ayah untuk mengelolakan anak seramai 7 orang itu. Semuanya kerana rasa tak puas hati, mungkin. Biar suami rasa beban dan tanggungjawab seorang ibu. Bukan senang nak kendalikan 7 orang anak yang kecil-kecil dan masih bersekolah tanpa seorang ibu. Sesiapa pun maklum tentang itu. Kesian anak kecil, sampaikan tidurnya yang patut bertemankan ibu, tetapi kini anak cuma nak berpeluk dengan abah saja. 

Akhirnya, mahkamah memutuskan status nusyuz untuk si isteri kerana tidak mahu taat. Suami pula terpaksa menceraikan isteri kerana berulang kali diminta. Anak-anak...si isteri tak mahu hak penjagaan kecuali anak lelaki yang sulung.  Suami bertemu jodoh yang lain tak lama kemudian. Ya, begitulah orang lelaki...memang dia taknak ceraikan isteri walaupun diminta-minta, tetapi sekali dah terputus hubungan mudah saja dia dapat pengganti (dengan izin Allah jua). Isteri baru jauh lebih muda, lebih cantik, malah lebih berpendidikan (itu luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar). Hari pernikahan, bekas isteri datang menjenguk, apakah? Saya memang tak faham part ni.

Anak-anak dijaga oleh mak tiri muda kecuali abang yang sulung. Dua orang lagi kakak dijaga oleh nenek masa dalam proses 'perang' yang lama dulu sebab kasihan anak-anak tak terurus. Setelah beberapa bulan, nampaknya kehidupan keluarga baru itu berjalan dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Walaupun mak tiri muda tapi sayang pada anak-anak tirinya, anak yang kecil tu manjanya bukan main...berdukung saja. Agaknya rindukan belaian ibu. (saya respect mak tiri ni, sebab budak-budak tu boleh tahan nakalnya).hehehe.Nampak sangat saya tidak sesabar dia.

Selepas tu apa terjadi? Si ibu mula rasa sedih dan sunyi. Di FB, statusnya mengenangkan semula saat-saat percintaan, saat-saat bahagia jadi pengantin baru dan rindukan anak-anak. Si ibu tadi rasa dia kekosongan dan kehilangan segala-galanya...dan saya tahu sebenarnya anak-anak itulah kehilangan sebenarnya. Teman-teman semuanya memujuk, masa akan mengubat segalanya. Tapi hati dan jiwa seorang ibu, tak terubat dek masa merindukan anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan. Mungkin si ibu pernah mengabaikan mereka, tetapi itu bukan tandanya dia tidak sayangkan anak-anaknya. Cuma api kemarahan dan dendam mengatasi segalanya. Si ibu mula menuntut hak penjagaan anak-anak yang dulu dia tolak sepenuhnya. Ingin dipindahkan sekolah ke negeri kelahirannya...tetapi pihak sekolah tak benarkan kerana hak penjagaan adalah pada si ayah. 

Lalu apa yang tinggal sekarang? Bila saya soroti kisah ini, nampaklah betapa pentingnya rasional dan saling memaafkan antara suami isteri. Kita wanita memang mudah dimainkan oleh emosi apatah lagi jika kita terlalu kecewa. Tetapi kita perlu berfikir panjang, perlu fikir hikmah di sebalik tiap kejadian, perlu juga fikir adakah suami kita teruk sangat sampai tak boleh dimaafkan. Mungkin ada serba sedikit kelemahannya...tetapi mungkin kita masih beruntung dalam sesetengah aspek. Jika perceraian yang kita mahukan, adakah membawa kebaikan kepada semua? Mungkin ada sesetengah orang berpendapat perceraian itu hak wanita, ya...jika tidak talak, khulu' dengan alasan tidak sefahaman boleh membawa kepada perpisahan, tetapi harus diingat bahawa perceraian itu adalah perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah.


Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud,
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud)


Nota: Ya Allah, peliharalah kami daripada mehnah dan ujian yang tidak mampu kami hadapi dan jauhkanlah kami daripada azab seksa neraka-Mu. Bimbinglah kami dalam setiap perkataan, perbuatan dan keputusan kami. Semoga hidup dan mati kami hanya untukMu.
Kehidupan saya di sini sangat tidak tenteram disebabkan gangguan anjing yang berleluasa,d an perkara ni dah lama pun jadi. Pernah saya sendiri dikejar, ceritanya di sini. Laporan pun dah berkali-kali dibuat, sampai ke Majlis Perbandaran pun saya dah laporkan. Reda sekejap, tak lama lepas tu datang balik binatang ni dengan gerombolannya. Sampaikan saya kemana-mana pun bawak payung, dah macam ceti pulak dah.

Minggu lepas ada satu pagi tu, pagi Jumaat tak silap saya. Alhamdulillah Allah selamatkan saya, saya baca Yaasin dulu pagi tu sebelum keluar beli sarapan pagi. Tak jauh dari tangga ke kafe tu, saya dengar anjing menyalak-nyalak macam kejar orang...tak lama nampak mencicit tiga orang staf lari turun tangga tu balik. Haii..kalaula saya keluar awal masa tu kan saya yang kena. Sorang-sorang pulak tu kan.

Tadi, saya baru je pegang kunci nak keluar bilik ni tiba-tiba dengar bunyi anjing dengan meriahnya. Dekat sangat bunyinya, macam kat tingkat atas ni je. Saya jenguk kat pintu, memang kuat sangat. Tup tup anjing-anjing tu berlari-lari sambil berbunyi-bunyi menghala ke saya. Rupanya kejar tupai, kesian tupai tu terjun tangga punyalah tinggi. Mujur juga ada pekerja kontrak yang sedang buat naiktaraf aircond kat sini, uncle Cina tu la yang halau. Saya pun tukarlah arah, tak jadi ke kafe atas, nak pegi ke kafe bawah. Tengok-tengok berderet-deret pulak depa menghala ke jalan yang saya nak lalu. Saya kira ada la 8 ekor, gemuk-gemuk pulak tu. Hadei...patah balik. Dengan senjata payung di tangan saya ke kafe. Beli makanan lebih sikit takut kalau-kalau nanti tersekat lagi dengan menatang ni. Ada lagi cerita pasal anjing ni blog ni Budak nipun menyumpah seranah kumpulan anjing yang sama saya rasa.

Ok, kalau memaki hamun makhluk Allah nipun tak kemana, sebab manusia sendiri yang taknak jaga kawasan ni elok-elok. Maka demi keselamatan diri sendiri saya rasa saya perlukan pelindung. Saya nak tanya, ada sapa-sapa tau anjing takut pada belerang tak? Yang saya tau belerang digunakan untuk menjauhkan binatang liar dan ular, contohnya bila kita masuk hutan belerang ditabur di sekeliling kawasan khemah. Rasanya anjing pun alah ke dengan bau belerang tu, dan di mana nak dapatkan belerang ye? Kedai hardware ada ke.

Kedua, saya penah dengar tentang wisel khas untuk anjing, Dog Whistle namanya. Bunyi wisel ni anjing dan binatang-binatang je boleh dengar, manusia tak boleh dengar sebab frekuensi pendengaran antara manusia dan haiwan tak sama. Wisel ni biasanya digunakan untuk melatih anjing. Saya rasa cara ni macam praktikal sikitla, senang saya gantung je kat leher. Tapi...saya kena tau cara penggunaannya, sebab manalah tau kang salah cara tiup anjing lagi datang minat kat saya pulak. Haru! Lagi satu, mana nak dapat, dan harganya? Harap-harap tak la mahal sangat. Sapa-sapa ada info bagitau ye, saya sangat tidak tenteram di sini.

Oh ye, sikit info tentang wisel anjing dari wikipedia:

A dog whistle (also known as silent whistle or Galton's whistle) is a type of whistle used in the training of dogs and cats. It was invented by Francis Galton. This is discussed quite briefly in his book Inquiries into Human Faculty and its Development (Galton 1883:27). In his discussion (Galton 1883:26-27) of his experiments to test the range of frequencies that could be heard by various animals, he notes that cats have the most all-round sensitive hearing, being able from a considerable distance to hear notes too high in frequency for humans to hear, and small dogs can also hear these notes, while large dogs cannot.
The frequency range of a dog whistle is largely out of the range of human hearing. Typically, a dog whistle is within the range of 16 to 22 kHz with only the frequencies below 20 kHz audible to the human ear. Some dog whistles have adjustable sliders for active control of the frequency produced.
Depending on the way the whistle is used, a trainer may simply gather a dog's attention or inflict pain for the purpose of behavior modification.
The name dog whistle is often used for both lung-powered whistles as well as electronic devices that emit ultrasonic sound via piezoelectric emitters. The electronic variety are sometimes coupled with bark detection circuits in an effort to curb barking behavior.
These kind of whistles are also used to determine the hearing range of people or for physics demonstrations.



Huhuhu...hari ni saya nyaris-nyaris diserang sang anjing. Terbayang-bayang macam manalah daging saya dikoyak-koyaknya kalau sampai kena serang tadi.

Dah seminggu rasanya anjing-anjing liar berkeliaran kat kawasan ofis saya ni. Bukan seekor, tapi satu batalion siap dengan baby lagi. Bunyinya saja dah menakutkan, kuat betul suara anjing liar ni. Kalau anjing-anjing ni main-main kat sekitar ofis ni, saya memang tak keluar dah sampai la yakin yang diorang dah takde.Semalam kawan hampir kena kejar jugak, tapi sempat lari masuk ofis semula.Dah tiga kali buat report ke pengawal, tapi masih tak ada tindakan apa-apa pun.


pic: google

Pagi tadi, saya pergi kerja macam biasa. Nak masuk bangunan ofis saya tu, saya nampak la macam telinga anjing...nampak telinga je sebab badan terlindung. Saya pun ingat nak pusing ikut jalan lain, belum sempat saya belok beberapa anjing lain datang dari arah yang saya nak pergi tu. Rupanya banyak diorang lepak dan tidur kat situ. Ada seekor anjing yang paling besar terus berlari menghadap saya sambil menyalak sekuat-kuatnya.Jarak dalam selangkah je daripada saya. 5-6 ekor yang lain ready kat belakang dia, semuanya menyalak. Memang panik sebab kena serang ramai-ramai macam tu. Saya dah rasa nak menangis sebab taktau nak buat apa. Diorang punya muka memang takde belas kasihan langsung. Saya terundur sikit, tapi sempat lagi teringat orang pesan, kalau kena kejar anjing jangan lari nanti lagi dia kejar. Saya dah la takde pegang kayu ke batu ke. Tawakkal je, saya lompat tinggi-tinggi sambil takbir kuat-kuat "Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!". Alhamdulillah, dengan kuasaNya, anjing-anjing tu beredar menjauh dari saya. Masa tu baru badan saya mengigil-gigil. Huhuhu...tak dapat nak bayangkan kalau sampai kena gigit.Anjing liar tau!

Saya dah call pengawal lagi sekali dan dapat bercakap dengan person incharge, harap cepatlah diambil tindakan.Ni saya kat bilik Prof, tak berani nak masuk ofis sebab tadi saya jenguk dari tingkat atas, anjing-anjing tu masih ada lagi. Diorang perasan saya kat atas, terus menyalak mengamuk-ngamuk. Macam nak buat territori pulak kat kawasan tu. Ada seorang pensyarah yang bilik dia kat tingkat atas tu, sampai tutup gril sebab takut. Saya call dia tadi, dia kata nak keluar meeting tapi tak berani.

Tak salahkan anjing-anjing ni pun, manusia yang kacau kawasan dia...dibuat pembangunan. Jadi dia datanglah kacau manusia pulak. Tempat tinggal dia diceroboh, mestilah dia marah. Tapi yang kesiannya kat kami yang tak de kena mengena ni la.
Saya ada banyak surat nak pos, tapi semalam tak sempat pos sebab tak sempat beli sampul surat. Aish... Nah berita semalam sebab berita harini saya takleh copy paste pulak.

Caj baru selaras struktur gaji posmen, kerani kaunter setaraf penjawat awam

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan mengenakan tarif pos baru berkuat kuasa esok.(hari ni la tu 1 Julai 2010) Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenaikan tarif itu adalah untuk menyelaras struktur gaji posmen dan kerani kaunter, menjadi sekurang-kurangnya setara dengan tahap yang diperoleh oleh kakitangan kerajaan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Faisal Albar, berkata ketika ini gaji posmen 19 peratus lebih rendah berbanding pekerja kerajaan pada tahap sama.

“Penyusunan semula gaji akan menjadi penaik moral positif bagi kakitangan operasi, menambah baik produktiviti dan komitmen mereka bagi menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Tarif pos domestik bagi mel standard hingga 20 gram (gm) ialah 60 sen, manakala mel melebihi 20gm hingga 50gm dikenakan 70 sen.

Harga mel bukan standard bermula daripada 80 sen bagi sehingga 50gm kepada RM5.50 bagi mel melebihi satu kilogram dan dua kilogram. Perubahan berkala bermula daripada 50 sen (sehingga 20gm) kepada 90 sen (melebihi 100 gm – 250 gm).
Tarif PosDokumen adalah antara RM1.80 bagi sehingga 500gm dan RM4.50 bagi yang berat satu kilogram hingga dua kilogram.

Sementara itu, RM4 dikenakan bagi paket kecil sehingga 1kg, manakala yang melebihi 1kg dikenakan RM5.50. Bagi barang sehingga 2kg, harga RM7 dikenakan. Pos berdaftar domestik dikenakan kos RM2.20, manakala antarabangsa RM4.10. Bagi mel pukal, Pos Malaysia berkata, pelanggan akan terus menikmati rebat operasi sedia ada, yang mana maksimum 13 peratus mel standard dan maksimum 10 peratus bagi mel bukan standard serta PosDokumen.

Insentif berasaskan kuantiti baru bagi pelanggan akhir yang menyumbang kepada kuantiti mel tinggi juga diperkenalkan. – BERNAMA

Nota tanya: Agak-agaknya bisnes online masih rancak ke? Saya ni rajin shopping online (mod garu kepala)
Pagi tadi kawan saya datang dengan berita yang membuatkan dada saya rasa nak pecah. Ya, saya marah! Tak ada hati dan perasaan, lebih tepat lagi, zalim!

Ini kisah lanjutan daripada cerita saya tentang kezaliman manusia dalam entri minggu lepas. Hari Jumaat, monyet yang terperangkap dah bertambah jadi empat ekor. Di luar pulak banyak monyet berkeliaran, berkejar-kejaran entah main entah bergaduh saya tak pasti. Tapi kehadiran yang di luar tu menghalang saya memberi monyet yang terperangkap tu makanan atau air. Kesian. Saya berharap cuti hujung minggu akan ada orang yang datang mengambil monyet-monyet tersebut. Tapi apa yang terjadi? Cuba tengok, ada seekor monyet dah mati. Saya rasa monyet yang laing awal masuk perangkap, yang masuk hari Selasa tu. Kesiannya.



Gambar di bawah ni lebih jelas, tengok yang terbaring tu...



Saya tak tahan lagi! Saya call pihak yang berkenaan, kali ni terus, tak melalui pejabat am pun. Saya cakap seringkas yang boleh, kalau lama-lama cakap mau saya sumpah seranah mereka nanti. Kemudian saya ke library, tak sanggup nak tengok. Balik dari library, saya terserempak dengan seorang pensyarah. Dia cerita tentang kedatangan orang-orang yang perangkap monyet tu. Boleh mereka cakap monyet tu mati sebab bergaduh? Tengkorak dia! Monyet tu mati kelapara, kehausan. Lepas tu, dalam banyak-banyak monyet yang terperangkap tu, ada seekor ibu monyet yang ada anak kecil. Dia selalu dukung anak dia. Masa dah terperangkap pun, dia selalu peluk anak dia walaupun anak dia di luar kandang. Tadi masa diorang datang, anak monyet tu lari, dan diorang bawa emaknya. Katanya nak dicampak ke Sg. Tekala, hutan yang bukan dekat dari sini. Kesiannya...sedihnya saya. Apalah nasib anak monyet tu? Di mana dia nak menyusu? Macam mana dia nak makan? Dia dibuli tak dek monyet-monyet yang lain? Saya sedih sangat..sayu sangat. kejamnya manusia..
Selamat pagi..dan selamat menempuh minggu yang baru. Ni nak cerita kisah hari Jumaat lepas.

Saya ke JPN. Sehari sebelum tu saya perasan kad-kad yang tersusun dalam purse macam ada yang kurang. Bila diteliti, rupanya Mykid Sofiy dah takde. Saya agak terkeluar daripada poket kad-kad tu dan tercicir. Ya, saya memang suka berjalan pegang purse di tangan. Benda dah nak jadi, saya tak rasa saya salah, sebab keciciran tu bukan kecuaian saya. Jadi hari Jumaat pagi-pagi lagi saya dah ke JPN ditemani kawan-kawan saya Iza dan Ju. Mujur datang awal, tak la lama menunggu. Mykid tu akan siap dalam temph 2 bulan. Lamanya...bukannya ada gambar pun. Tapi takpela, mungkin Mykid tak sepenting Mykad kot. Surat beranak kan ada.

Selesai urusan di JPN, kami sarapan roti canai. Lama rasanya tak makan roti canai, macam tak cukup sekeping pulak. Tapi akhirnya nafsu berjaya dikawal.hihi. Perut dah diisi,tanya kawan-kawan apa rancangan mereka. Yelah, mereka dah temankan saya, maka saya kenalah offer diri pulak kalau mereka nak ke mana-mana. Akhirnya kami ke Pekan Kajang, kebetulan saya pun nak belikan buku untuk anak buah di Penang. Sebelum tu, kami ke surau dulu sebab saya perlu mengepam(Ada cerita sebenarnya di sini tapi nanti-nantilah saya ceritakan).Memandangkan poket masing-masing kering sebab sekarang ni jadi pemetik anggur, maka lebih banyak window shopping saja.Adalah beli sikit-sikit tupun dengan duit pecah je.hihi.





Dah puas window shopping, baru terperasan yang jam dah pukul 12.15. Nak balik, bas pun dah takde, rehat solat jumaatkan. Lama lagi kalau sekadar nak pusing-pusing je. Tiba-tiba Iza bagi cadangan, tengok movie. Karate Kid.Tengok jadual, orang dah masuk pukul 12 tadi. Kena tunggu pukul 2.30 pulak. Iza yang beria-ia sangat nak tengok cerita ni, siap nak belanja kami berdua lagi. Oklah, orang nak belanjakan, buat apa tolak? Jadi kami pun pergi makan dulu, kemudian solat dan beli jajan dan air sikit buat bekal dalam panggung.


orang yang belanja tiket wayang


makan dalam kuali?

Ok, nak komen tentang filem Karate Kid ni. Mula-mula ceritanya agak perlahan, Jackie Chan pun tak banyak babak. Yang pasti, bagus dia berlakon sebagai orang tua, sebab sampai saya rasa dia memang dah tua dan macam dah penat nak berkungfu. Kemudian bila cerita dah hangat sikit, makin syok pulak. Saya yang sebelum tu asyik mengunyah je, tak sedar dah berhenti mengunyah, bagi perhatian pada layar.Saya suka anak Will Smith tu berlakon, bahasa badan dia sangat berkesan, membuatkan kita lebih faham apa yang dirasai oleh watak.Untuk kungfu pulak, walaupun dia nampak bagus, tapi saya rasa kungfu tetap sesuai untuk orang Cina, macam juga silat, tetap cantik bila dipersembahkan oleh orang Melayu.Apapun, jalan cerita, gambar, bunyi semua tu saya puas hati. Cuma kalau Jackie Chan ada babak aksi juga, bertarung dengan Guru Li misalnya, mungkin lebih menarik.Saya bagi 5 bintang untuk cerita ni sebab berjaya membuatkan saya rasa nak belajar karate lepas ni.hahaha. Mungkin boleh pertimbangkan untuk hantar Sofiy masuk kelas mempertahankan diri bila dia besar sikit nanti.hehe.Pengaruh betul!

Akhir sekali, jangan gelak tengok aksi mak beranak satu ni...beraksi depan kamera je...bukan di gelanggang.


Mengapalah manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang waras tak boleh berfikir, dan tak berperikemanusiaan? Adakah manusia menganggap bahawa binatang tidak ada perasaan? Binatang tak ada rasakah? Rasa sakit, rasa sejuk, rasa panas, rasa sedih, rasa takut? Mungkin binatang tidak dikurniakan akal, tetapi binatang juga berfikir dan berperasaan. Memanglah itu fitrah makhluk, tapi kalau binatang tak ada perasaan,tidaklah mereka rasa takut apabila terancam, sayangkan anak-anak, sayangkan manusia juga sekiranya manusia baik kepada mereka. Kadang-kadang saya rasa manusia sekarang ni lebih teruk daripada binatanglah (bukan semua tentunya).

Kenapa saya merungut begini? Tengoklah gambar di bawah.





Entah bila, ada orang letak perangkap monyet kat sini. Saya perasan petang Selasa masa saya balik dari KLCC dan lalu tepi tu. Saya nampak seekor monyet di dalam perangkap dan seekor lagi berlegar-legar di luar. Mungkin baru terperangkap masa tu, dan yang diluar tu cuba membantu yang di dalam. Monyet yang terperangkap tu kecil, entah yang diluar tu emaknya, bapaknya atau pun saudaranya. Kesian. Tapi masa tu saya cuma fikir mungkin pihak-pihak tertentu nak tangkap dan letak monyet-monyet ni di tempat yang lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman manusia di sini. Tapi tanggapan saya mula berubah jadi bengang bila hari Rabu petang saya tengok monyet tu masih terkurung di situ.

Kalau dah perangkap tu, selalu-selalulah datang jenguk. Ini tidak, dibiarkan je monyet tu terkurung dengan tak ada makanan, air, berhujan berpanas. Sekarangkan panas terik, apalah rasa monyet tu. Kesiannya...Saya takut nak pergi sendiri ke situ, jadi saya panggil kakak cleaner. Kakak tu bagi biskut pada monyet tu, laju dia makan tanda dia sangat lapar. Tapi macam mana nak bagi air, lubang-lubang dawai tu tak muat nak dimasukkan botol ke mangkuk ke.

Hari Khamis, kawan saya datang bagitau monyet tu dah termenung je. Dah tak agresif lagi. Saya ke kafe beli buah dan masukkan air dalam plastik dan ikat dengan getah, selitkan straw dengan harapan monyet tu pandai menyedut. Bila saya bagi buah-buah tu, lahap betul dia makan. Tapi air tu kami cuma dapat letak di luar dawai. Rupanya dia tak pandai sedut, tapi ditariknya straw langsung tercabut. Fikir-fikir, kami nampak ada kotak air kotak yang dah terkoyak separuh. Kami masukkan kotak tu dan tuang air ke dalamnya. Dapatlah dia minum sikit. Rasa nak menangis tau tengok keadaan monyet tu yang kelaparan dan kehausan. Bayangkanlah kalau kita yang terperangkap di situ. Kejam sungguhlah siapa yang pasang perangkap tapi tak jenguk tu.

Hari ni saya cadang nak belikan pisang. Kemudian saya nak adukan pada pejabat atau sekuriti. Kesian kalau cuti hujung minggu ni monyet tu kelaparan di situ.
Bulan 6 nanti, bak kata Kak Fid , adalah musim mengawan,hehe. musim nikah kawin, kenduri kendara. Abang saya pun nak kahwinkan anak perempuan sulungnya. Jadi saya sebagai mak sedara bongsu ni nak jugalah bawak buah tangan untuk mempelai. Bila fikir bab hadiah ni, pening pulak kepala fikir nak bagi apa. Bajet tak besar, kalau bajet besar saya bagi je voucher bulan madu, tentu tersengih si pengantin. Setelah difikir-fikir saya rasa senarai di bawah ni bolehlah dipertimbangkan. Rasanya ok tak ye? Sekali lagi, bajet tak besar, sebab saya takde pendapatan. hee.

1. Cutlery set
    Saya rasa ni penting, dan mudah nak bawak. Saya taknak bagi barangan kaca, berat dan susah nak gendong masuk dewan nanti.

2. Buku resepi
    Biasanya pengantin terima banyak perkakas dapurkan. Tapi pengantin mudakan, baru habis belajar pulak tu, taktaulah skil memasak di tahap mana. Nanti barang dapur je banyak tapi tak diguna, apa nak dijamu suami dan mak mertua, betul tak? Saya rasa TTM mesti sokong hadiah ni..hihi..ataupun print je koleksi Dapur Malustica..boleh dapat keizinan tak?

3. CD, kaset atau buku-buku tentang rumanhtangga. Ala, PTS Publication banyak keluarkan buku-buku macam ni. Contohnya buku 'Aku Terima Nikahnya'.

4. Set barangan Tupperware
    Tapi taktau yang mana yang sesuai untuk kegunaan orang baru berumahtangga. Kalau untuk orang ada baby tau la. Amboi, mentang-mentanglah awak ada anak kecik kan.

5. Album gambar / bingkai gambar
   Saya suka album yang cantik-cantik tapi yang cantik tu kalau kurang dari RM 100 tak dapat. Mode:garu kepala.

6. Lesung batu
    Ada cadangan ni, tapi saya rasa tak praktikal nak angkut ke majlis kenduri.

7. Tuala
    Tuala yang ada tulis Selamat Pengantin Baru tu ok?Macam skema je.

Ada cadangan lain?