Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Pertunjukan silat yang paling mendapat perhatian penduduk

Ini entri pasca acara:)

Entri sebelum ni saya post dengan tujuan ajak ramai-ramai ke Majlis Ramah Mesra dan Karnival Keusahawanan Bandar Seri Putra, Bangi. 

Tak silap saya tahun 2013 saya ada pergi jugak dengan jiran, tahun 2014 macam tak ada mungkin masa tu tengah dalam pantang. Tahun ni pun sebenarnya tak tahu-menahu, maklumlah orang tak aktif berpersatuan penduduk ni. Yang jadi tahu bila Sofiy terlibat buat persembahan nasyid wakil PASTI al-Faizin BSP. Masa dia masuk pertandingan hari tu pun tak dapat tengok sebab umi ayah ada kursus, jadi kali ni nak la tengok.

Suami hantar Sofiy dalam 7.30 pagi, dah tau mesti diorang nak berlatih dulu tu. Acara dianggarkan bermula sekitar 9.30 pagi bermula dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi. Saya, suami dan Farhan sampai lebih kurang 10.30 pagi, masa sesi ucapan. Selesai ucapan, semua dijemput makan. Macam-macam makanan ada disediakan secara PERCUMA. Lupa pulak nak snap gambar tadi. Maklumlah dukung anak ni payah sikit. Suami saya bukan blogger jadi dia tak faham kehendak blogger dalam bab ambil gambar ni. haha. Saya mintak ambik gambar semua-semua acara pun dia macam hairan je.

Persembahan pertama, nasyid daripada pelajar PASTI al-Faizin. Sofiy and the gang la.

 Di belakang pentas, sedia tunggu giliran persembahan

 Kanak-kanak ribena, dah jenuh berlari sana-sini pastu relax je buat persembahan

Sofiy (kiri sekali), macam terkehel tengkuk sebab nak suara masuk mikrofon:)


Lepas persembahan nasyid, ada persembahan bercerita dan sajak daripada kawan-kawan Sofiy. Acik takdan ambik gambo dok sibuk mengambik makanan. Saya pulun laksa penang dulu, suami makan mi goreng. Sofiy kata dah kenyang. Lepas tu giliran cendol pulak. hehe. Penduduk yang datang agak kurang berbanding tahun-tahun lepas mungkin kebetulan lusa cuti Deepavali dan ramai yang balik kampung agaknya.

Persembahan seterusnya, persembahan silat oleh Sek Ren Agama Bandar Seri Putra. Best sebab cikgu-cikgu pun join, persembahan cikgu la yang mantap.




 Masa pertunjukan silat ni budak-budak memang terpegun la, ada yang pegang sosej cucuk lidi tu tak jadi nak suap sampai habis pertunjukan. Hehe. Punya la khusyuk menonton. Sofiy? Haaa..umi tau sangat dah. Habis pertunjukan kang dia pulak la yang buat show. Meniru:)

Selesai acara silat, ada nasyid daripada Sek Men Integrasi As-Syakirin dan juga persembahan alatan muzik tradisional oleh Persatuan Kompang Bandar Seri Putra.





Saya dan husband makan dua tiga round la jugak. Saya sempat bedal laksa, kek coklat, buah, kuih talam, nasi lauk gulai kawah, cendol. Rasa nak makan macam-macam lagi tapi perut tak muat dah. huhu.

Alhamdulillah, Allah dengar harapan kami...nak dapat cabutan bertuah. Walaupun tak dapat TV atau basikal, cuma dapat hamper..pun dah cukup syukur. Dah la makan free..dapat pulak bawak balik makanan dalam hamper tu lagi. Kira untunglah tu. Oh ya.kami tak tunggu sampai persembahan Muaz sebab dah nak masuk waktu zohor. Syukur balik awal sikit sebab elok sampai je kat rumah, hujan turun dengan lebatnya. Bawak anak kecik ni, paling tak mau la kena hujan ni. Budak kan fragile, mudah demam. 

Kesimpulannya..kami semua enjoy walaupun panas sampai Farhan pun meleleh-leleh peluh. Harap tahun-tahun akan datang akan diadakan lagi karnival sebegini. 

Kenangan 'Mabuk' di Taman Tema Genting


Ini cerita lama, cerita zaman muda-mudi..cerita baru tak ada. Dah tak sesuai kot nak ke taman tema lagi. Tunggu anak-anak besar sikit la pulak kot. Dulu-dulu takda blog, maka sekarang la kita menceceh.

Saya ni, kategori budak yang jarang sangatla nak travel-travel ni. Ada tak ada pun travel balik kampung je la. Maklumla anak orang susah. Tapi saya happy je kat uni tu...usia remaja semua benda pun rasa seronok ye tak. Beli-belah kat pasar malam pun best, makan kat medan selera pun kemain suka..ye tak Kak Reen (hahaha..seru kak reen pulak).

Ok, balik kisah pergi Genting. Kami di UIA..dekat dah la dengan Genting tu. Plan pun ad hoc je..malam plan, esok pagi dah gerak. Yang penting pergi tu dalam kiraan genap supaya masing-masing ada partner. Partner tu maksudnya kawan perempuan ye..bukan pasangan girlfriend boyfriend. Ada partner senang naik bas ada la kawan, nak main apa-apa permainan yang berpasangan pun ada kawan jugak.Tak la kena dok dengan orang yang tak dikenali.

Sabtu pagi-pagi kami dah keluar ke Stesen LRT ? apa nama stesen tu Kak Reen..lupa la. Adoi panggil kak reen lagi. Beli tiket bas Go Genting yang siap pakej dengan permainan outdoor. Berapa ringgit tidaklah saya ingat dah. Yang pergi nipun stok budak-budak baik belaka...yang jarang nak jalan-jalan ni. Bukanlah nak kata yang jalan-jalan tu jahat tidak la..maksud saya yang jenis jarang keluar. Masing-masing 'cerdik' tak sarapan dulu. hihihi. Apa ingat kat Genting sana ada jual kuih 3 singgit tepi jalan? Ada nasi lemak daun pisang? kahkahkah. Mujur la dah jadi habit saya bawak botol air..kalau tidak minum pun tak usah. heeee.

Bas gerak pukul 8, kemudian sampai kat transit yang nak kena naik kereta kabel atau gondola tu daki ke puncak. Seronok, excited la kan. Maklum tak pernah keluar kandang ke tempat macam tu. Mula-mula pusing-pusing tengok permainan indoor...boring la sesuai untuk budak-budak je. Teruslah ke luar. Dengar dah la orang terjerit-jerit. Dalam hati saya "ha'a laa...sama la macam dalam tv" kikiki. sila jangan gelak. 

Ok, permainan pertama yang kami main tu..adalah pemusnah kepada segala keseronokan datang ke taman tema..untuk saya. Hanya saya sorang saja. Saya tak ingat nama permainan tu tapi dia ala-ala buaian pusing. Haaa..gambar bawah ni dia la kot.


Tau kenapa buaian ni saya gelar pemusnah keseronokan dan keterujaan saya?
Turun-turun je, saya pening! Ingatkan sekejap je rupa-rupanya tak mau hilang. Adoi...takkan la baru satu permainan dah nak keluar? Dah keluar mana boleh masuk balik dah. Kesian la kat kawan-kawan kan? Lalu saya pun bertahan je la..Pura-pura ok dna buat taktau je dengan kepeningan tu...tapi tetaplah tak berapa best, tak feel sangat. Tak feel tak feel pun habis juga jelajah. Naik juga roller coaster, space shot dan lain-lain. hehehehe.



Space shot ni naik bertiga-tiga pulak..terpaksa la sorang duduk sebaris dengan orang lain. Saya la tu. Ceee..macam berani je kan? Serius kecut masa nak turun tu. Walaupun saya tak menjerit, tapi dalam hati memang mengucap tak henti-henti. Bayangkan kalau jatuh benda tu, atau penghadang tu tercabut? Nauzubillah.Cukuplah sekali. Tinggi weiii...bukan calang-calang orang boleh naik ni. Syabas Maizura!



Space shot tu haa..yang macam menara paling tinggi tu. Mula-mula dia bawak kita naik pelan-pelan sampai atas..cantik je tengok pemandangan. Sekali masa nak turun, jatuh selaju-lajunya! Rasa nak pecah dada. 


Mak gigih korek album dan snap gambar lama okey...
Saya dua dari kiri.

Kami keluar dari taman tema tu dalam pukul 3 sebab nak solat zohor. Masa tu saya dah rasa lain macam dah..ketar kaki, kepala pening, badan rasa melayang. Siap solat, masing-masing kelaparan. Fast food je la kan kat sana. Taktau la kalau sekarang dah ada masak panas pulak. Dulu memang tak ada. Tak silap saya kitorang ke McD kot, dah tak ingat sebab menahan sakit. Makan burger la agaknya masa tu.. Air pun pegi bantai minum air bergas...masa tu tak fikir langsung yang itu akan memburukkan keadaan saya.

Dah petang, nak balik. Turun dengan gondola jugak. Masa sampai kat transit tu..saya dah tak larat nak keluar dari gondola. Kena papah. Malunya ya Rabbi...semua orang pandang. Budak ni buat apa agaknya kat puncak genting sampai tergolrk macam tu. Janganlah ada yang kata saya 'mabuk' minuman keras. hahaha. Masa dalam bas lagi la azab. Jalan kan bengkang-bengkok...dah rasa nak keluar semua isi perut. Standby plastik je. 

Sampai je stesen LRT, terus saya meluru ke toilet. Tapi takmau muntah pun. Badan je menggigil-gigil. Peluh sejuk pun dah merembes. Masuk toilet sebab rasa nak membuang. Wohaa..lepas membuang tu la baru rasa legaaaa sikit. Angin dah keluar gaknya. Dalam kelayuan kami balik ke hostel. Seronok tapi tragis!

Tips Sebelum Ke Taman Tema


- Sarapan pagi dulu sebelum travel

- Bawak la bekal makanan..roti ke kuih ke

- Genting tempat peranginan, jangan harap la ada nasi berlauk ye.

- Kenali kelemahan sendiri sebelum nak cuba sesuatu permainan di taman tema. 

-Bawak juga bekal ubat untuk emergency macam minyak aingin ke paracetamol ke. Takpun bawak vitamin yang sesuai untuk masa-masa kecemasan macam Peppermint Ginger Plus yang bagus untuk atasi mabuk perjalanan. Performance Drink untuk tenaga segera.

Apa-apa pun, saya dah berjaya naik SpaceShot! Siapa pernah?



Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Destinasi Percutian Idaman Saya


Kata Dr. Azizan Osman, jika anda mempunyai impian dalam hidup, pastikan anda menulisnya agar anda dapat mengambil tindakan sewajarnya. Antara aspek impian tersebut ialah KEGEMBIRAAN. Dalam aspek inilah terletaknya impian destinasi percutian.

Sejujurnya, saya baru tersedar bahawa saya tidak mempunyai impian destinasi percutian yang pasti apabila menyertai Cabaran Blogging Genki Bloggers ini. Saya ada kerjaya @ pendapatan impian, saya ada rumah impian, kereta impian tetapi saya tidak begitu ambil berat tentang percutian impian kecuali umrah dan haji yang merupakan tuntutan sebagai muslim. Dalam kepala saya cuma terfikir, bila-bila ada peluang dan ada ruang saya akan pergi. Mana-mana lokasi pun tak kisah.

Mungkin, faktor sejarah kehidupan menyebabkan saya begini. Saya membesar dalam keluarga yang susah (namun bahagia), arwah ayah menorah getah dan hanya ada motosikal Honda 70, emak surirumah. Percutian tidak termasuk dalam agenda hidup kami. Paling-paling pun, berjalan ke rumah abang di KL atau ikut rombongan pengantin ke Johor. Apabila mendirikan rumahtangga, suami pula seorang workaholic yang kerja 7 hari seminggu menyebabkan saya tidak pernah terfikir tentang bercuti kecuali balik kampung. Namun kini saya sedar...tidak adil jika saya mewariskan keadaan ini kepada anak-anak saya pula,kan? Jadi, saya pun mahu ADA DESTINASI PERCUTIAN IDAMAN!

Pulau Jeju


Jenuh fikir nak pergi mana. Maklumlah tak pernah pasang angan-angan.Hahaha! Yang saya tahu, saya suka tepi laut. Disebabkan saya ni peminat drama Korea, mestilah teringin nak ke sana. Saya paling suka tengok lokasi dan pemandangan dalam K-drama. Paling best kawasan tepi laut dan perkampungan tradisional. Pulau Jeju ada semua tu kan? Kalau Busan, macam letih nak berjalan. Nak backpack dah tak sesuai. Lagipun Jeju dah diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia yang baru.  Jom layan gambar (sumber google image semestinya)

 Pulau Jeju

Pantai


Seongeup Folk Village


In sha Allah, kami akan sampai juga ke sana satu hari nanti walaupun ramai dah yang sampai. Saya harap percutian idaman saya ni nanti adalah hasil titik peluh saya bersama Shaklee.

Percutian Bersama Shaklee



Oh ya, selain percutian idaman sendiri, saya juga mengidamkan percutian yang ditaja oleh Shaklee sepenuhnya sama ada percutian dalam negara ataupun luar negara. Bagi yang Muslim, ada pilihan percutian ke luar negara yang dianjurkan atau pakej umrah. Percutian bersama Shaklee ini lebih eksklusif kerana Shaklee tanggung SEMUANYA! Inilah yang pernah dinikmati oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dah berjaya misalnya mereka, mereka, dan mereka di bawah ini. 



 Kredit: dazzlingmoms.com




***

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi & BestieSheTeen

***


Pengalaman Berpantang Keguguran


Assalamualaikum, w.b.t

Alhamdulillah, sekarang ni usia kandungan saya dah 33 minggu ++. Masih belum matang, namun saya berdoa mudah-mudahan baby akan terus sihat dalam kandungan dan selamat bersalin serta membesar. Pengalaman keguguran tahun lepas walaupun tidaklah pahit dan terkenang-kenang namun kesan pada badan selepas keguguran tu agak teruk. 

Semalam sempat bersembang dengan kakak saya melalui phone, saya baritau mungkin tak balik kampung Raya Haji nanti, risau jadi apa-apa dalam perjalanan dan badan pun rasanya dah tak larat nak menempuh perjalanan yang jauh. Kakak saya tanya persediaan berpantang macam mana? Dah siap ke semua? Langsung teringat hutang kat blog ni, ada janji dengan pembaca yang saya nak tulis tentang berpantang keguguran. Dulu, sebelum buat prosedur ERPOC, saya sendiri pun google juga cari tentang berpantang keguguran. Jadi setelah melaluinya sendiri apa salahnya saya pulak berkongsi.

Saya buat prosedur ERPOC pada 3 Oktober 2013. Dua minggu sebelum tarikh tu saya dah jumpa O&G Serdang dan dah booking tarikh tersebut. Jadi dalam tempoh tu sempat lah saya buat persiapan berpantang sikit-sikit. Walaupun saya ada sakit-sakit badan masa tu, tapi saya tak sakit perut. Nampak sihat je macam orang biasa, sementelah perut pun belum nampak buncit lagi.

Lepas dah google sana google sini, saya buat kesimpulan bahawa berpantang keguguran ni tak strict pada satu cara yang tetap. Lain orang lain cara. Ramai yang beri pesanan pada saya, berpantang keguguran lagi susah, tak boleh sejuk dan tak boleh panas. Masa tu saya pun taktau yang mana satu saya nak ikut. Tanya mak, mak pun tak arif sangat. "Aku dulu takde pantang-pantang pun" Haaa! kan best bunyinya tu. Hehehe. Mak maksudkan masa dia keguguran anak pertama dan anak ketiga, saya ni anak kedua dan akhirnya jadi the only one anak mak.

Kenali Badan Sendiri Sebelum Putuskan Cara Berpantang


Makanya, saya hadap je la. Saya rasa saya kenal badan saya. Badan saya ni jenis kuat angin, mudah kena angin, tak tahan sejuk, tapi saya jenis tahan jika guna tenaga. Maksud saya, dalam tempoh pantang saya masih boleh buat kerja-kerja ringan, tak lah sampai bentan. Saya tahu semua ni sebab saya pernah berpantang sendiri masa anak sulung. Tapi ye la, umur makin meningkat kadang-kadang badan pun berubah jugak.

Persediaan Berpantang Cara Saya

1- Set Berpantang



Pati ikan haruan dan Habbatussawda pemberian tetamu

Saya beli set berpantang, walaupun set tu sebenarnya untuk orang pantang bersalin. Saya belum pernah jumpa set berpantang keguguran lagi setakat ni. Saya pilih set yang ekonomi dan sesuai dengan bajet. Lagipun masa tu baru je 13 minggu, masih awal lagi dan badan pun tak banyak berubah lagi secara fizikal. Saya beli Set Bersalin Afiat. Tapi saya tak guna semualah dalam set tu. Saya paling suka mandian dan feminine wash dia. Rasa segar je bau serai wangi dalam gel mandian tu. Minyak Afiat tentulah guna. Oh ye, saya jugak beli minyak Mustajab NR sebab masa berpantang Sofiy dulu saya guna dan bagus sangat.

2- Tukang Urut


Budak yang sibuk nak urut jugak

Saya booking juga tukang urut sebab saya tau badan saya ni. Mudah masuk angin, kalau tak urut haruslah berat je badan dan mungkin mudarat jadinya. Saya booking urut pada hari ke-3 kalau tak silap.

3- Tungku

Saya belum buat keputusan nak bertungku ke tak sebelum buat ERPOC. Sebabnya ada macam-macam petua dna nasihat saya dengar. Ada yang kata kena tungku, ada yang kata tak boleh tungku. Jadi, saya cuma pesan pada tukang urut mungkin nanti saya nak tungku sekali. Tukang urut pun memang sarankan tungku cuma tak payah tungku perut katanya.

4- Vitamin

Saya pilih vitamin sebab dengarnya tak elok makan jamu-jamu, panas. Lagipun saya memang pemakan vitamin tegar. Maklumlah pengedar Shaklee, takkan sendiri tak makan vitamin Shaklee pulak. Jadi saya sediakan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B-Complex, Ostematrix, Vita-C dan Zinc Complex. Saya bawak juga kapsul Habbatussawda yang Prof saya hadiahkan.

5- Air mandian



Ihsan kawan saya yang masih ada baki uncang mandian berpantang, dan juga ihsan tukang urut yang carikan daun-daun dan akar kayu untuk saya rebus buat mandi. 

6- Bengkung

Saya sedia jugak bengkung. Mula cari bengkung sendiri dah tak jumpa, dah terbuang agaknya. Last-last pinjam kawan punya. Bengkung tali kasut yang diperbuat daripada kain belacu tu. Saya memang ingat nak bengkung kosong je takde nak bubuh apa-apa pada perut kecuali minyak.

7- Lauk dan makanan berpantang

Layan gambar dulu k.

 Ni hidangan pertama lepas balik dari hospital. Bubur nasi masak dalam rice cooker saja



Tofu telur tu, kalau berani makan, tak berani jangan makan ye


 Sedapnya serunding pemberian Prof


 Simple tapi percayalah..sedaaap! pegaga bagus dimakan sewaktu berpantang, halia untuk buang angin


 Sup ikan ihsan pemberian labmate yang datang dari Sepang +  bawang putih goreng



                                          Ikan selar kuning masak asam rebus (tanpa belacan)

 Tenggiri goreng 



Bubur nasi dengan sawi lagi

Biskut-biskut dan roti sebagai snek. Ni pemberian tetamu juga

Yang ni, saya sempatlah beli stok barang basah macam ikan, sayur, halia, bawang putih, lada hitam. Ikan bilis saya goreng siap-siap masuk tupperware kedap udara, lada hitam pun saya tumbuk siap-siap. Ada yang kata jangan makan lada hitam, panas. Tapi saya spare jugaklah.

Apa Yang Jadi Masa Berpantang?

2-3 hari pertama, saya rasa macam tak berpantang pun, Rasa badan sihat sangat. Prof dan kawan-kawan datang melawat pun saya hu ha hu ha je gelak. Pergerakan pun macam biasa je takde nak jalan macam pengantin. Saya tetaplah berpantang, jaga makan, jaga waktu makan, sapu minyak, pakai stokin, pakai bengkung, bertungku, mandi air suam. Rasa syoknya berpantang tapi tak perlu jaga baby yang asyik menangis nak susu. Tapi lepas je 3 hari, dah mula rasa sakit kat bahagian perut, rahim la tu. Sakit yang bisa mencucuk-cucuk. Saya tanya kawan yang dah senior dan ada 5 orang anak, pernah keguguran dan pernah D&C. Katanya memang normal sebab saya buat D&C dan rahim mungkin luka. Awal-awal saya tak rasa sebab baki ubat bius masih ada. Oooo...bagitu rupanya.

Dah mula sakit kat perut, badan pun dah mula sakit-sakit dan bisa-bisa rasa macam dah masuk angin. Mujurlah memang jadualnya tukang urut datang. Berurut dan bertungkulah saya seluruh badan kecuali tang perut. Tukang urut tu kata, badan saya jadi macam tu sebab janin dah lama 'mati' kat dalam sebelum dikeluarkan. Kesan tu buat badan ibu pun mudarat sama. Itu kata dialah, ada logiknya juga sebab kalau kira-kira, 7 minggu juga janin yang dah tak bernyawa ada dalam rahim saya sebelum doktor decide nak cuci. Saya berurut tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah banyak lah rasa leganya. 

Selepas sakit-sakit kat perut tu, saya tak pakai bengkung sebab rasa bengkung yang menekan tu buat saya tambah sakit. Saya tak berapa ingat berapa hari saya keluar darah nifas, tapi memang tak lama. Dah cuci bersih agaknya masa ERPOC. Tak silap saya lebih kurang seminggu. Mula-mula saya cuba solat macam biasa tapi sakit kat perut. Risau bagi kesan jangka panjang, saya solat duduk di kerusi. 

Travel Sewaktu Bepantang

Saya pernah cerita tentang perjalanan saya ke Sabah di SINI. Walaupun agak ragu-ragu sebab masa tu ngam ngam dua minggu selepas ERPOC, tapi saya terpaksa jugak cekalkan hati. Masa doc bagi tarikh ERPOC tu memang saya tak ingat langsung pasal tarikh konferens. Yang saya ingat tarikh Raya Haji je. Alhamdulillah sempat juga saya berpantang elok-elok di rumah 2 minggu. Ada orang kata tempoh berpantang keguguran memang 2 minggu tapi ada juga yang kata sebulan, ada yang kata 44 hari macam bersalin. Pada saya, terpulang pada badan masing-masing. Saya ke Sabah antas urusan konferens. Semua dah siap, dah booking flight untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak, yuran persidangan dah bayar, hotel dah bayar, permohonan bantuan dana dah buat dengan Pusat Pengurusan Siswazah UKM, Kalau cancel, banyaklah saya rugi dan nak kena bagi justifikasi pada PPS lagi.


Muka masih kurang bermaya

Masa bertolak tu, saya dah agak sihat. Sakit perut dah ok, cuma yang risau sebab nak ke Sabah tu bawa anak, first time naik kapal terbang pulak tu. Dengan bagasi untuk 2 orang kan. Suami tak ikut sebab kerja, mujur ada coursemate temankan. Kesian dia sebab dia yang banyak bantu saya angkat barang. Nak buat sendiri memang larat tapi risau mudarat pada badan. Tarik bagasi saya buat, tapi kalau nak angkat saya tak berani. 

Saya bawak tungku sampai ke Sabah tau! Cuma tak bawak daun mengkudu je. hahaha. Sebagai langkah berjaga-jaga sebenarnya sebab saya risau apa-apa jadi kat tempat orang nanti susah. Allah tu Maha Mengetahui apa yang kita tak pernah tau benda akan jadi di masa depan. Kebetulan, saya sewa Promenade Service Apartment, hotel bajet yang ada kemudahan dapur sekali. Jadi boleh sangatlah saya nak bertungku kat sana. Cuba kalau saya tempah Promenade Hotel, tempat konferens tu diadakan? Nan hado la nak bertungku-tungku. 


Di bilik konferens berlangsung

Kat sana, saya kira saya ada jugaklah langgar pantang sikit-sikit. Saya banyak berjalan, dari hotel ke Pasar Filipina tu berapa kali. hehehe. Saya tidur dalam aircond, yelah saya bukan dok sorang dan takde kipas pulak bilik tu. Kena fikirkan orang lain jugak. Ada sekali saya berhujan, sebab masa keluar makan sebelah petang tu cuaca ok, tengah nak makan tu hujan selebat-lebatnya. Kat Sabah rasa cepat sangat malam dan malam pun cepat je tua. Jadi nak tak nak redah jugaklah hujan tu. Saya bawak bekal vitamin saya, dan ambil dengan konsisten. 

Pemakanan, seingat saya memang saya jaga. Saya tak minum ais atau air sejuk. Kalau susu segar yang dah letak dalam fridge tu, saya panaskan dulu dengan cara rendam gelas dalam air panas. Saya tak makan ikan sebarangan walaupun terliurnya seafood segar kat sana. Ada sekali makan malam saya order ikan besar yang tak bisa dan tak gatal, mintak buat masak stim.  Lain-lain hidangan saya biasa order nasi goreng ikan bilis, atau mintak sup ikan, special dari kedai dekat tu. Bukanlah special apa, maknanya menu tu takde dalam senarai tapi saya mintak masakkan. Rupanya sup ikan diorang macam singgang atau asam rebus tu. Ataupun sebab saya bagitau saya dalam pantang kot, jadi diorang masakkan macam tu. Sedap makan panas-panas. Allah mudahkan urusan saya sebenarnya. 

Itulah serba sedikit pengalaman saya berpantang keguguran. Balik dari Sabah saya teruskan berpantang, tapi bertungku bila perlu je la. Pemakanan saya jaga jangan ambik yang berangin, bisa dan sejuk. Kira-kira sebulan baru saya berani bawak motor balik. hehe. Apa yang dapat saya simpulkan, berpantang ni ikut badan masing-masing dna keupayaan masing-masing. Apa yang penting jangan tak pantang langsung, merana badan nanti. Kalau tak sekarang, di hari tua nanti. Itu saya percaya!



Lama sungguh la bertangguh nak tulis entri pasal travel ke Sabah bulan Oktober tahun 2013 yang lepas. Ni semua sebab asalnya gambar dok dalam phone..dan proses berpantang yang agak lama jadi mood menulis dan bercerita tu merudum sangat-sangat.

Sebenarnya tak ada cerita yang best sangat tentang bercuti sambil berseminar di Sabah tu, sebabnya saya pergi memang untuk berseminar dan ditambah pulak dengan kondisi saya yang masa tu masih fragile dalam pantang keguguran. Nanti..(alamak nanti lagi), saya buat entri tentang travel sewaktu berpantang.kikiki. Kali ni cuma nak review tentang tempat penginapan kami ni sahaja, iaitu Promenade Service Apartment yang terletak di Kota Kinabalu.

Dapat je confirmation letter yang abstrak saya diterima untuk pembentangan kat Sabah anjuran UMS, saya pun bayar yuran seminar sebab nak dapat harga early bird. Kemudian, fikir pulak pasal penginapan. Seminar 3 hari, saya ni bukannya biasa sangat jalan jejauh ni maka takkan la nak fly hari persidangan ye tak. Dan taknak la jugak balik hari akhir persidangan, nak juga jalan-jalan. Maka nak tak nak makan 5 hari jugakla kat sana. Persidangan tu diadakan di Promenade Hotel, KK. Hotel mahal tu. Tak mampu la saya. Uni bantu RM1K sahaja, duit flight + yuran  je dah nak dekat seribu. Belum campur teksi dan makan. Dah sampai Sabah nak jugakla shopping sikit-sikitkan. Maka saya pun menggoogle la hotel-hotel dan rumah penginapan yang hampir dengan lokasi acara. Jumpa la Promenade Service Apartment ni. Nama pun dah sama, sama tauke kot, cuma apartment ni untuk yang bajet rendah. Dekat pun tersangatlah dekat. Pendek kata kalau nak balik jalan kaki ke bilik untuk memerut sekejap pun sempat la.kikiki.

Saya ada juga baca review blogger yang lain pasal apartment ni dan nampaknya kebanyakan bagi komen yang positif. Walaupun dah tertulis rate bilik di website, tapi nakkan kepastian saya call sendiri ke sana. Tanya gitu gini pasal rate harga, pasal kemudahan, pasal cara booking dan pembayaran barulah saya booked secara online. Sebab apa? Sebab book online dapat harga lebih murah. Disebabkan saya ni student dan tak pernah bekerja, maka saya tak ada kad kredit. Sayangnya tak boleh booking dengan debit card. Husband punya pulak dah expired rupanya. Syukur ada kawan yang nak bantu.

Masa saya book tu dapat RM83 satu hari. Kalau ada promo mungkin boleh dapat lebih rendah. Saya ambil bilik studio, untuk 2 orang. Masa tu apartment ni hanya ada 2 jenis bilik, satu bilik studio dengan katil queen atau 2 katil single, satu lagi bilik family yang lebih luas dan ada 2 katil queen. Tapi baru ni dapat emel, dah ada penambahan iaitu apartment yang di dalamnya ada bilik lagi. Senang untuk mereka yang datang satu family dan ada ipar duai ye tak.

Meh kita tengok gambar-gambar yang saya sempat snap masa di sana. Ada je gambar kat website tapi tak bestla sebab bukan bilik kami..hehehe.

 Model percuma, sampai je terus terkam telefon

 Ada dapur untuk memasak, peti sejuk, cerek elektrik, rice cooker

 Bilik aircond, ada tv (tanpa astro semestinya), meja study, sofa, wardrobe dengan hanger dan ada balkoni di luar sebalik langsir tu ada pintu.
 Katil ni kami rapatkan, sebab ada budak kecik  yang tidur lasak ni

 Di lobi masa nak balik..dah bertambah beg sebab dah shopping (ni gambar Sofiy dengan labmate saya)

Lobi apartment, pekerja yang ramah dan mudah berurusan

Ok tak? Bagi saya apartment ni dah cukup lengkap dan berpatutan sangat dengan harganya. Kalau kat hotel 3-4 bintang satu hari dah 2-3 ratus, beza cuma perabot, aircond yang sejuk gila, bilik air mungkin ada bath tub dan karpet. Lain-lain lebih kurang je.

Apa yang saya suka dengan Promenade Service Apartment ni:

1- Harga berpatutan. Kalau nak tambah breakfast pun boleh, RM8 satu kepala. Tapi kami tak ambil. Kenapa?

2- Lokasi yang sangat strategik. Haa..sebab ni la kami tak ambil pakej sarapan. Apartment ni letaknya di Lorong Api-api 2, Api-api Centre. Apartment ni bukan apartment sebuah macam hotel tu, tapi bersambung memanjang. Ada penduduk tempatan yang menetap kat situ juga. Kat aras bawah apartment ni ada deretan kedai, kedai makan ada, kedai serbaneka macam 7 Elevan ada, farmasi ada, klinik ada, speedmart ada, kedai runcit ada, kedai mamak ada, kedai gunting rambut ada..pendek kata kedai-kedai dalam pekan la. Bank pun ada kalau sesak-sesak boleh la pi withdraw kat bawah. Lagi satu, sebab area situ jugak dekat dengan shopping mall (jalan kaki dalam 5 minit) dan ada fastfood McD, KFC, medan selera. 

Shopping Mall CentrePoint Sabah

3- Bilik dia buat saya rasa macam duduk rumah sendiri. Ada dapur yang selesa, perkakas dapur yang asas memang ada dan boleh mintak pinggan, pisau, sudu dan yang seangkatan daripada room service. Bagi anda yang suka masak sendiri, dekat dengan Pasar Filipina tu ada pasar malam yang jual lauk basah segar. Sayur, ikan semuanya murah-murah. Kat bawah apartment pulak ada kedai runcit, setakat nak masak simple-simple macam sup, nasi goreng, ikan goreng, memang boleh. Rice cooker disediakan. Bilik kami dekat sangat dengan room service, call kejap je sampai. hehe. Iron pun boleh request, walaupun sepatutnya ikut jam..tapi kami guna 5 hari ok je, diorang tak tuntut pun. Bestnya bila ada sinki ni, bila sorang masuk bilik air, kita yang kat luar ni kalau nak guna air pun senang tak perlu tunggu yang sorang lagi keluar.

Pasar malam

4- Bilik air sangat selesa dan bersih (lupa nak snap gambo sebelum kami basahkan bilik air tu). Tak ada bath tub tapi ada air panas, dan paling penting flow air sangat laju. Puas mandi. Siapa bercadang nak sewa di sini, jangan berat mulut bertanya. Kita boleh je minta baldi dan gayung kalau tak puas mandi dengan shower. Kami siap basuh baju tiap-tiap hari dan sidai kat balkoni. 2-3 jam dah kering baju. Tak yah nak hantar dobi (perkhidmatan dobi ada sebelah lobi).

5- Aircond tak sejuk sangat macam kat hotel yang biasa saya pergi. Saya memang tak suka dan tak selesa kalau aircond terlampau sejuk, tidur pun jadi tak nyenyak. Silap-silap menggigil dalam selimut.


Relax je dia tido tak payah selimut tebal

6- Walaupun tak la dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong bila ke Sabah, iaitu Pasar Filipina, tapi tak la jauh sangat. Masih boleh dicapai dengan berjalan kaki walaupun saya bawak anak umur 4 tahun. Tapi kalau bawak baby, lenguh jugakla. Biasa kami akan jalan kaki masa nak pergi pasar tu, dan kalau balik tu memborong banyak sangat baru kami tahan teksi. Teksi takde meter, tambang agak mahal dari pasar ke apartment dalam RM10. Tapi berbaloi la daripada angkut barang-barang yang berat tu kan. Kalau setakat sikit-sikit tu, kami balik jalan kaki je. Selain Pasar Filipina, ada juga medan selera (Anjung Senja) tak jauh dari apartment tu..depan sikit je daripada Promenade Hotel. Tepi laut (macam pelantar terapung ), pemandangan cantik, ada banyak gerai yang jual makanan laut segar untuk anda pilih. 

7- Teksi- Bila kita travel dan tak sewa kereta ni kan, kita sangat perlukan teksi di kala sesak atau nak pergi tempat yang jauh dari tempat penginapan. Macam kami, tak ke mana-mana pun sebab kondisi saya yang tak berapa sihat masa tu. Terminal teksi hanya di hujung bangunan apartment. Berderet teksi menunggu. Kalau nak ke airport memang mudah sangat la, tak payah booking-booking. 

Inilah 7 kelebihan apartment ni yang saya ingat nak senaraikan di sini. Saya tidak dibayar untuk review ini, cuma beginilah jika pelanggan puas hati, tentu disebar-sebarkan. Tak rugi berniaga dengan sungguh-sungguh.

Kekurangan apartment ini:

Saya tidak rasa ianya kekurangan, sebab harganya. Cuma jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang standard, ada sikit kekurangan la yang kita kena terima.

1- Karpet- Kalau perasan kat gambar di atas biliknya tiada karpet. Dari satu sudut tak berapa best sebab tak selesa nak duduk atau golek-golek kat lantai. Tapi dari satu sudut bagus juga kalau ada anak kecil. Macam kami, berapa kali jugakla Sofiy buat tumpah itu ini.

2- Saiz bilik agak kecil. Nama pun studiokan. Tapi kecik pun selesa sangat untuk kami bertiga. Takda la sampai bertemu bontot. Nak buat kerja guna laptop pun ok takde berebut cuma meja dapur tu multitasking la, jadi meja makan dan meja study.

3- Internet- Haaa..saya tau mesti ramai nak tau yang ni. Sayangnya, di bilik memang tidak ada servis internet kabel mahupun wifi. Tapi, ada internet di lobi. Boleh guna handphone atau laptop sendiri, ataupun guna pc yang disediakan. Take turn la. Masa saya pergi tu takde la sampai queue pun. Ada sorang dua je guna. Takat nak check emel, nak on fb sekejap ok la..janganla melangut buat entri panjang macam ni pulak kecuali di tengah malam buta. Masa tu kami on je data plan sendiri, dan saya tau majoriti dah ada data plan masing-masing kan.

Rasanya itu je la kekurangan yang saya nampak. Lain-lain serba ok. TETAPI, saya tidak beri jaminan bahawa semua yang datang dan menetap di sini akan berpuas hati macam saya. Mungkin orang lain pengalamannya lain. Rezeki saya untuk rasa senang dan selesa di sini. Kawan saya sampai cakap, nanti dia nak ajak suami dia pulak datang dan nak stay di apartment yang sama. Nampak? Padahal biasa orang datang berpasangan mesti nak rasa dok hotel yang ada bintang-bintang.

Kalau saya ada rezeki ke KK ;agi di lain kali, in sha Allah akan menetap di sini lagi. Berbaloi dan jimat. 



Ini cerita 2012 yang tak sempat nak dicoret pada tahun 2012 akibat susah nak upload gambar. 31 Dis 2012, saya beria-ia ajak husband pegi PD. Saja nak jalan-jalan jauh sikit dari rumah sebelum anak masuk sekolah. Nanti Sofiy dah sekolah takde chance nak jalan-jalan lagi, sebab ayahnya cuma cuti hari Isnin, anak pulak Isnin dah sekolah. Walaupun baru 4 tahun, saya tak berniat nak ajar dia ponteng memonteng. Lagi satu, nak menunaikan hajat si Sofiy ni. Masa pegi Penang hari tu tak sempat nak main laut, pastu mulut dia becok la sebut nak masuk laut, nak masuk laut.

Kami bertolak dalam pukul 11.30 pagi. Mula-mula cuaca mendung  dan masa gerak tu dah renyai-renyai. Mujur la makin ke selatan makin terang cuaca, elok je panas. Perjalanan rasa macam lama jugak, al maklumla dah lama sangat kitorang tak ke sana. Rasanya last masa saya masih buat degree. Lepas tsunami memang tak jejak kaki ke laut. Husband macam  fobia.

Masa sampai, air memang belum pasang lagi. Jauh ke tengah. Sofiy biasala excited, tapi pantai tu penuh dengan siput-siput halus. Udah le dia takut. Konon nak main pasir, sebab takutkan siput dok je la dalam air cetek tu taknak main pasir. Umi nak ajak ke tengah rasa risau kot tetiba air pasang. Tunggu punya tunggu aiiii..lambatnya air nak pasang ni. Riak ombak pun kecik sangat. Main la walaupun umi dah letih berdiri. Nak duduk sama, umi tak bawak baju dan pakaian dalam lebih. Bawak jeans je untuk ganti skirt yang basah tu. Sebab ingat nak main kat pesisiran je. Tunggu punye tunggu sampai la 1.30 tengahari air dok tengah lagi. Umi dah nak ke tandas. Ajak naik confirm la Sofiy taknak. Tapi terpaksa jugakla naik. Sempat makan aiskrim dulu sebelum ke toilet. Kitorang tinggalkan pantai tu lebih kurang pukul 2.15 sebab perut dah lapar dan tak solat zohor lagi. Masa kitorang balik tu pun air belum pasang. huhuhu.




Macam air banjir je kata ayah Sofiy

Jadinya, walaupun dah merasa pergi laut Sofiy belumla merasa tengok ombak memukul pantai. Kitorang balik dengan rasa sedikit terkilan.hehe.


Alhamdulillah, malam tadi lebih kurang jam 11 malam selamat mendarat di UKM Bangi. Hahaha...naik van je la. Satu pengalaman baru join persidangan ni. Oh ye nama penuh ICPE ialah International Conference on Postgraduate Education. Sebenarnya sejak sebelum pergi lagi saya dah dapat bayangkan program ni lebih kepada seminar untuk pengurusan siswazah. Tapi kami pelajar siswazah pun dijemput sama, kena pulak kami pemegang biasiswa KPT. Buat memenuhkan dewan. Dengarya ICPE yang sebelum ni ada sesi pembentangan pelajar, tapi kali ni lebih kepada ceramah oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan dan pendidikan tinggi je. Sebagai pelajar, saya lebih suka kalau ada sesi pembentangan kertas kerja oleh pelajar sebab duduk dengar talk je dalam dewan, tajuk pulak takde kena mengena dengan kita..boring maaa...Apapun, pihak penganjur tetap adakan sesi pembentangan dan pertandingan poster untuk peserta. Jadi laaa... (Saya tak masuk pertandingan ni sebab tak sempat nak prepare poster ke apa. Bz sangat sejak akhir November)




Kami gerak dari UKM hari isnin pukul 11 pagi, dan sampai UTM lebih lurang 3.30 petang. Daftar, ambil kunci bilik, tampal poster dan ambil makan malam yang disediakan...kemudian balik ke kolej kediaman iatu Kolej Rahman Putra untuk peserta perempuan. Lamanya dah tak duduk hostel, mengimbau kembali kenangan zaman undergrad dulu walaupun struktur bilik di UTM tak sama dengan IIUM.


Malam tu rehat je. Esoknya, talk, talk, dan talk saja sepanjang hari. Sangat la bosan dan sakit pinggang dan pungkoq. Malamnye ada dinner di Pulai Hot Springs Resort, kira-kira 2km dari UTM. Ha kan dah keliru, sebab baru je balik dari Sungkai Hot Spring..nama hampir serupa.

 Beria-ia google map nak ke Pulai Springs ni sebab penganjur tak sediakan kenderaan.
Bergambar sebelum makan - Dewan Kencanapuri


Hari kedua, baru la ada talk yang speaker nya best sikit, dan sebelah petang ada sesi dialog. Kalau sesi dialog ni dipecah-pecahkan kepada 3 slot yang berbeza mesti lagi banyak input boleh dapat. Apapun, sesi dialog ni memang best. Memberi semangat, peringatan dan inspirasi. Yang macam ni la yang saya nak. Nanti saya kongsikan dalam entri yang lain...dialog tu bertema Graduate On Time (GOT) yang tengah heboh di kalangan pelajar pascasiswazah dan penyelia seanteoro Malaysia sekarang ni.

Barisan panel