Lama sungguh la bertangguh nak tulis entri pasal travel ke Sabah bulan Oktober tahun 2013 yang lepas. Ni semua sebab asalnya gambar dok dalam phone..dan proses berpantang yang agak lama jadi mood menulis dan bercerita tu merudum sangat-sangat.
Sebenarnya tak ada cerita yang best sangat tentang bercuti sambil berseminar di Sabah tu, sebabnya saya pergi memang untuk berseminar dan ditambah pulak dengan kondisi saya yang masa tu masih fragile dalam pantang keguguran. Nanti..(alamak nanti lagi), saya buat entri tentang travel sewaktu berpantang.kikiki. Kali ni cuma nak review tentang tempat penginapan kami ni sahaja, iaitu Promenade Service Apartment yang terletak di Kota Kinabalu.
Dapat je confirmation letter yang abstrak saya diterima untuk pembentangan kat Sabah anjuran UMS, saya pun bayar yuran seminar sebab nak dapat harga early bird. Kemudian, fikir pulak pasal penginapan. Seminar 3 hari, saya ni bukannya biasa sangat jalan jejauh ni maka takkan la nak fly hari persidangan ye tak. Dan taknak la jugak balik hari akhir persidangan, nak juga jalan-jalan. Maka nak tak nak makan 5 hari jugakla kat sana. Persidangan tu diadakan di Promenade Hotel, KK. Hotel mahal tu. Tak mampu la saya. Uni bantu RM1K sahaja, duit flight + yuran je dah nak dekat seribu. Belum campur teksi dan makan. Dah sampai Sabah nak jugakla shopping sikit-sikitkan. Maka saya pun menggoogle la hotel-hotel dan rumah penginapan yang hampir dengan lokasi acara. Jumpa la Promenade Service Apartment ni. Nama pun dah sama, sama tauke kot, cuma apartment ni untuk yang bajet rendah. Dekat pun tersangatlah dekat. Pendek kata kalau nak balik jalan kaki ke bilik untuk memerut sekejap pun sempat la.kikiki.
Saya ada juga baca review blogger yang lain pasal apartment ni dan nampaknya kebanyakan bagi komen yang positif. Walaupun dah tertulis rate bilik di website, tapi nakkan kepastian saya call sendiri ke sana. Tanya gitu gini pasal rate harga, pasal kemudahan, pasal cara booking dan pembayaran barulah saya booked secara online. Sebab apa? Sebab book online dapat harga lebih murah. Disebabkan saya ni student dan tak pernah bekerja, maka saya tak ada kad kredit. Sayangnya tak boleh booking dengan debit card. Husband punya pulak dah expired rupanya. Syukur ada kawan yang nak bantu.
Masa saya book tu dapat RM83 satu hari. Kalau ada promo mungkin boleh dapat lebih rendah. Saya ambil bilik studio, untuk 2 orang. Masa tu apartment ni hanya ada 2 jenis bilik, satu bilik studio dengan katil queen atau 2 katil single, satu lagi bilik family yang lebih luas dan ada 2 katil queen. Tapi baru ni dapat emel, dah ada penambahan iaitu apartment yang di dalamnya ada bilik lagi. Senang untuk mereka yang datang satu family dan ada ipar duai ye tak.
Meh kita tengok gambar-gambar yang saya sempat snap masa di sana. Ada je gambar kat website tapi tak bestla sebab bukan bilik kami..hehehe.
Model percuma, sampai je terus terkam telefon
Ada dapur untuk memasak, peti sejuk, cerek elektrik, rice cooker
Bilik aircond, ada tv (tanpa astro semestinya), meja study, sofa, wardrobe dengan hanger dan ada balkoni di luar sebalik langsir tu ada pintu.
Katil ni kami rapatkan, sebab ada budak kecik yang tidur lasak ni
Di lobi masa nak balik..dah bertambah beg sebab dah shopping (ni gambar Sofiy dengan labmate saya)
Lobi apartment, pekerja yang ramah dan mudah berurusan
Ok tak? Bagi saya apartment ni dah cukup lengkap dan berpatutan sangat dengan harganya. Kalau kat hotel 3-4 bintang satu hari dah 2-3 ratus, beza cuma perabot, aircond yang sejuk gila, bilik air mungkin ada bath tub dan karpet. Lain-lain lebih kurang je.
Apa yang saya suka dengan Promenade Service Apartment ni:
1- Harga berpatutan. Kalau nak tambah breakfast pun boleh, RM8 satu kepala. Tapi kami tak ambil. Kenapa?
2- Lokasi yang sangat strategik. Haa..sebab ni la kami tak ambil pakej sarapan. Apartment ni letaknya di Lorong Api-api 2, Api-api Centre. Apartment ni bukan apartment sebuah macam hotel tu, tapi bersambung memanjang. Ada penduduk tempatan yang menetap kat situ juga. Kat aras bawah apartment ni ada deretan kedai, kedai makan ada, kedai serbaneka macam 7 Elevan ada, farmasi ada, klinik ada, speedmart ada, kedai runcit ada, kedai mamak ada, kedai gunting rambut ada..pendek kata kedai-kedai dalam pekan la. Bank pun ada kalau sesak-sesak boleh la pi withdraw kat bawah. Lagi satu, sebab area situ jugak dekat dengan shopping mall (jalan kaki dalam 5 minit) dan ada fastfood McD, KFC, medan selera.
Shopping Mall CentrePoint Sabah
3- Bilik dia buat saya rasa macam duduk rumah sendiri. Ada dapur yang selesa, perkakas dapur yang asas memang ada dan boleh mintak pinggan, pisau, sudu dan yang seangkatan daripada room service. Bagi anda yang suka masak sendiri, dekat dengan Pasar Filipina tu ada pasar malam yang jual lauk basah segar. Sayur, ikan semuanya murah-murah. Kat bawah apartment pulak ada kedai runcit, setakat nak masak simple-simple macam sup, nasi goreng, ikan goreng, memang boleh. Rice cooker disediakan. Bilik kami dekat sangat dengan room service, call kejap je sampai. hehe. Iron pun boleh request, walaupun sepatutnya ikut jam..tapi kami guna 5 hari ok je, diorang tak tuntut pun. Bestnya bila ada sinki ni, bila sorang masuk bilik air, kita yang kat luar ni kalau nak guna air pun senang tak perlu tunggu yang sorang lagi keluar.
Pasar malam
4- Bilik air sangat selesa dan bersih (lupa nak snap gambo sebelum kami basahkan bilik air tu). Tak ada bath tub tapi ada air panas, dan paling penting flow air sangat laju. Puas mandi. Siapa bercadang nak sewa di sini, jangan berat mulut bertanya. Kita boleh je minta baldi dan gayung kalau tak puas mandi dengan shower. Kami siap basuh baju tiap-tiap hari dan sidai kat balkoni. 2-3 jam dah kering baju. Tak yah nak hantar dobi (perkhidmatan dobi ada sebelah lobi).
5- Aircond tak sejuk sangat macam kat hotel yang biasa saya pergi. Saya memang tak suka dan tak selesa kalau aircond terlampau sejuk, tidur pun jadi tak nyenyak. Silap-silap menggigil dalam selimut.
Relax je dia tido tak payah selimut tebal
6- Walaupun tak la dekat sangat dengan tempat tumpuan pelancong bila ke Sabah, iaitu Pasar Filipina, tapi tak la jauh sangat. Masih boleh dicapai dengan berjalan kaki walaupun saya bawak anak umur 4 tahun. Tapi kalau bawak baby, lenguh jugakla. Biasa kami akan jalan kaki masa nak pergi pasar tu, dan kalau balik tu memborong banyak sangat baru kami tahan teksi. Teksi takde meter, tambang agak mahal dari pasar ke apartment dalam RM10. Tapi berbaloi la daripada angkut barang-barang yang berat tu kan. Kalau setakat sikit-sikit tu, kami balik jalan kaki je. Selain Pasar Filipina, ada juga medan selera (Anjung Senja) tak jauh dari apartment tu..depan sikit je daripada Promenade Hotel. Tepi laut (macam pelantar terapung ), pemandangan cantik, ada banyak gerai yang jual makanan laut segar untuk anda pilih.
7- Teksi- Bila kita travel dan tak sewa kereta ni kan, kita sangat perlukan teksi di kala sesak atau nak pergi tempat yang jauh dari tempat penginapan. Macam kami, tak ke mana-mana pun sebab kondisi saya yang tak berapa sihat masa tu. Terminal teksi hanya di hujung bangunan apartment. Berderet teksi menunggu. Kalau nak ke airport memang mudah sangat la, tak payah booking-booking.
Inilah 7 kelebihan apartment ni yang saya ingat nak senaraikan di sini. Saya tidak dibayar untuk review ini, cuma beginilah jika pelanggan puas hati, tentu disebar-sebarkan. Tak rugi berniaga dengan sungguh-sungguh.
Kekurangan apartment ini:
Saya tidak rasa ianya kekurangan, sebab harganya. Cuma jika nak dibandingkan dengan hotel-hotel yang standard, ada sikit kekurangan la yang kita kena terima.
1- Karpet- Kalau perasan kat gambar di atas biliknya tiada karpet. Dari satu sudut tak berapa best sebab tak selesa nak duduk atau golek-golek kat lantai. Tapi dari satu sudut bagus juga kalau ada anak kecil. Macam kami, berapa kali jugakla Sofiy buat tumpah itu ini.
2- Saiz bilik agak kecil. Nama pun studiokan. Tapi kecik pun selesa sangat untuk kami bertiga. Takda la sampai bertemu bontot. Nak buat kerja guna laptop pun ok takde berebut cuma meja dapur tu multitasking la, jadi meja makan dan meja study.
3- Internet- Haaa..saya tau mesti ramai nak tau yang ni. Sayangnya, di bilik memang tidak ada servis internet kabel mahupun wifi. Tapi, ada internet di lobi. Boleh guna handphone atau laptop sendiri, ataupun guna pc yang disediakan. Take turn la. Masa saya pergi tu takde la sampai queue pun. Ada sorang dua je guna. Takat nak check emel, nak on fb sekejap ok la..janganla melangut buat entri panjang macam ni pulak kecuali di tengah malam buta. Masa tu kami on je data plan sendiri, dan saya tau majoriti dah ada data plan masing-masing kan.
Rasanya itu je la kekurangan yang saya nampak. Lain-lain serba ok. TETAPI, saya tidak beri jaminan bahawa semua yang datang dan menetap di sini akan berpuas hati macam saya. Mungkin orang lain pengalamannya lain. Rezeki saya untuk rasa senang dan selesa di sini. Kawan saya sampai cakap, nanti dia nak ajak suami dia pulak datang dan nak stay di apartment yang sama. Nampak? Padahal biasa orang datang berpasangan mesti nak rasa dok hotel yang ada bintang-bintang.
Kalau saya ada rezeki ke KK ;agi di lain kali, in sha Allah akan menetap di sini lagi. Berbaloi dan jimat.
0 comments:
Post a Comment