Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Tengok soalan no. 2 



Umi: Aik, ini pun boleh salah, Sofiy? 
Kenapa jawab skirt. Selalu kan dengar umi dok cakap pakai skirt. 

Sofiy: Memangla, tapi skirt tu yang mana?

Umi: tepuk dahi! (Rupanya hang taktau yang mana satu skirt selama ni)

Ni la bila anak semua lelaki.


* Anak saya Muhammad Sofiy, anak sulung. Baru darjah 2. Moderate in English, sebenarnya agak kurang pendedahan kepada bahasa ni. Masa naik darjah 2 ni baru sedar, sebab masa darjah 1 dia masih boleh skor. Bila darjah 2 dah banyak vocabs kena tau..nampaklah ketinggalan. Exam asyik dapat B je. Kena pulak budak lelaki, lagi la jenis malas study, malas buka kamus. Jadi sekarang ni saya kena cari jalan supaya dia rasa fun belajar English, bukannya hadap buku study macam nak rak. Sekarang saya kena banyak mengeja dengan dia..supaya dia bukan takat tau sebut dan faham konteks penggunaan, tapi tau jugak macam mana nak eja perkataan tu. Beginilah jadi ibukan, mahu tak mahu kita kena juga bantu anak-anak. Padahal masa saya sekolah dulu, mak ayah saya memang tak tau English...tak de harapan nak bertanya pun. Apa boleh buat, tak boleh nak dibandingkan sebab segala-galanya dah berubah. Silibus sendiri dah tak sama, sekarang jauh lebih kehadapan. 

Pernah tengok permainan ni? 

Perkongsian geng #puakabersekutu Cikgu Mohd Fadli Salleh. Serius kena hadamkan. Hal anak-anak kita. Baca-Lah
===========================================
Ini SERIUS. 

Gambar ini gambar mainan. Tapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran. 

Ini sejumlah hasil rampasan 'perang' hari ini. Ni baru rampas dari 3 kelas. Sesi petang sekolah aku ada 12 kelas semuanya. Memang berguni-guni aku rampas tadi.

Ini bukan pistol air yang biasa. Yang ini sangat bahaya. Apa yang bahayanya?

1. Air dalam tu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin, dan masam. Bergantung pada kaler pistol kau beli.

2. Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa 'ingredients' air tu.

3. Lepas tu logo halal dia memang cap ayam lah. Halal betul atau haram entahlah. Tapi aku syak logo tipu.

4. Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput kan? Yang ni yilekk. Beli hari ni, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.

5. Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?

Baik. Kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma.

Puas doktor cari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis 'spray' dalam mulut.

Hal ini aku pernah berkongsi dua atau tiga tahun lepas kat wall aku. Dapat beribu share jugalah sebab benda tu tengah viral dan budak-budak suka. Lagi pun harganya murah. Sekitar 50sen hingga seringgit sahaja.

Kandungan air yang tidak tahu bila lagi dibuat, bahan kimia di dalam air, bahan kimia pada bekas plastik yang rendah kualiti, spring untuk sembur air yang berkarat dan bakteria-bakteria jahat yang banyak dalam minuman air jenis 'spray' itu dipercayai meracuni sistem badan murid aku dulu.

Aku nak ulas lanjut pasal keracunan pun, bukan bidang aku. Karang nampak sangat aku buat-buat bijak padahal jahil dalam bab ini. Jadi aku cuma tulis apa yang disampaikan kat aku dulu dan tulis semula.

Hari ini aku kesan pistol air pula dijual diluar pagar sekolah. Harganya cukup murah, RM1 untuk dua pistol air ini. Memang murid mampu beli lah.

Pistol itu tiada masalah kalau diisi air dan buat main tembak-tembak. Yang jadi masalah ialah 'air minuman' dalam pistol tu.

Murid beli dan tembak dalam mulut untuk merasai air tu. Itu yang bahaya. Itu yang boleh mengundang maut jika silap gaya.

Peniaga kat luar pagar ni, sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb. Bukan bidang kuasa guru lah.

Aku cuma boleh pesan kat murid supaya tidak membeli diluar pagar sekolah. Itu sahaja.

Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ni bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga kat luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ni.

Stok yang ada aku nak borong semua dengan dia. Ye lah, takkan nak suruh dia buang gitu je kan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga. Harap mereka bagi harga modal dah la kat aku esok.

Kau kalau jumpa pistol macam ni, tolong pesan kat peniaga jangan jual lagi. Kalau kau ada duit, kau borong semua. Lepas tu kau isi air paip, kau jual la semula. Dapat la modal kau balik. Silap-silap untung lagi. 😁

Buat main tembak-tembak cukuplah. Jangan bagi budak-budak minum. Tambah-tambah anak-anak kita.

Dan aku tak kata kandungan air tu boleh membawa maut. Karang tak pasal-pasal aku kena saman.

Tapi aku sangsi dan sangat meragui. Lagipun kes beberapa tahun lalu masih terbayang di mata aku. Mujur murid aku akhirnya stabil setelah beberapa hari. 3-4 minggu jugalah dia cuti sebab kes ni.

Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita hati-hati. Sama-sama kita berpesan.

#puakabersekutu
#MFS

Ini gambar malam kelmarin..dah nak pukul 12 malam dah masa ni. Awang kenit ni memang tidur lewat sejak kebelakangan ni..taktau la fasa ke apa ke. Yang pasti, bila dia tak boleh nak tido awal, umi pun tak dapat tido awal juga. Sebab, dia ajak main sama-sama. Lagi satu, risau la bahaya apa-apa ke kalau dia main seorang. Farhan ni sebenarnya kalau saya tidur, dia tak kacau pun purposely...tapi dia bising tu yang buat kita terjaga. Tak macam abang dia Sofiy, dari kecik sampai besar ni memang 'dengki' kalau tengok umi tidur. Ada ada je akai dia nak kejut kita. Kadang-kadang kita baru je lelap, memang kena marah la. 


Fasa Kanak-kanak Meniru

Saya rasa semua ibu bapa maklum bahawa kanak-kanak kecil memang belajar melalui proses meniru orang terdekat mereka, terutama ibu, bapa dan adik-beradik. Tapi umur macam Farhan ni, 2 tahun - 3 tahun tahap meniru dia agak kronik. hahaha. Kalau boleh semua yang kita buat semua dia nak tiru. 

- Umi masak = "A'an acak ugak"

- Abang main = "A'an unye" dan rampas mainan yang abang pegang. 

- Ayah sendawa = "Erk" dia ikut sendawa :)

....dan macam-macam lagi. Comel betul tengok dia meniru, memang boleh buat kita ketawa hilang stres, tapi kadang-kadang punca stres kecil pun ye juga sebab, kita nak cepat tapi dia pun nak buat. Mengacau la tu jadinya.

Gambar di atas ni, tentulah meniru umi buat kerja. Sebenarnya kalau dia ada, memang payahlah nak sentuh laptop. Sebab tu kadang-kadang cuti hujung minggu memang tak buat apa pun kerja-kerja biz dan study yang melibatkan penggunaan laptop. 

Asal dia nampak umi duduk kat kerusi ni je, dia pun datanglah mengendeng naik juga. "A'an aik". Lepas tu dah dia naik, "A'an uwat eje ni" sambil suruh umi bangun dari kerusi. Kalau berkeras nanti jadi pulak sesi guling-guling hindustan sambil banjir air mata. 

Sementara nak besar ye dik. Besar nanti cara lain pulak. 
Semoga membesar dengan comel, sihat, bijaksana dan soleh ye anakanda Muhammad Farhan.
Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli Salleh. Penulis buku bestseller Cikgu Kelas Sebelah.


~ Group Whatsapp Kelas. Antara dilema guru ~

Zaman sekarang, mudah betul nak berinteraksi dengan guru kelas anak kita. Ramai guru wujudkan group wasap. Jadi ibubapa mudah nak bertanya apa-apa.
Malah, ada sekolah yang mewajibkan guru kelas wujudkan group wasap supaya maklumat sampai jelas, tepat dan mudah. Namun bukan mudah nak urus group wasap kelas ni.
Banyak kali aku dengar rungutan para guru dengan perangai ibubapa yang pelik dalam group wasap sehingga ada yang tak nak wujudkan group wasap sebab tak mampu nak layan karenah segelintir ibubapa.
Berikut aku listkan beberapa peraturan JANGAN BUAT kalau join group wasap kelas.
1. Jangan nak berniaga.
- Kau kalau pun jual macam-macam, tak payah promote kat group wasap kelas. Semak tahu tak? Orang lain nak dapatkan info, kau sibuk upload gambar kain pasang. Bukan sehelai, berpuluh helai pula tu.
2. Dilarang berpolitik.
- Kau nak sokong parti mana sekalipun, tak payah kempen kat group wasap kelas. Ini sampai bergaduh-gaduh pasal si polan kutuk parti itu, si polin kutuk parti ini. Hoi! Itu group wasap kelas wei. Sedar sikit.
3. Isu semasa dan tazkirah.
- Tak payah la nak share pasal isu semasa kat situ. Isu minyak naik, isu culik, kes rompak. Bukan kat situ medannya. Itu hal sekolah dan kelas anak kau cukup la.
- Tazkirah, hadis, kisah teladan dan terjemahan ayat quran pun elakkan post kat wasap kelas. Benar, itu benda baik untuk dikongsi. Tapi kalau sehari 18 orang pakat post tazkirah, soalan
"Cikgu, esok anak saya kena pakai baju sukan ke baju melayu?" tenggelam terus tanpa jawapan.
Nak bertazkirah sangat, kau wujudkan 'Group wasap tazkirah dan keinsafan parent kelas 2 Syurga'.
4. Berborak sesama tentang hal tak berkaitan.
- " Eh Mira, saya nampak awak kat Giant semalam. Awak beli garam ke?" - Cik Piah.
" Tak la Cik Piah, saya saja je pergi Giant. Dengar-dengar ada pekerja baru tu hensem macam Aaron Aziz." - Mira
" Eh uols, kat Parkson lagi hensem tau. Cashier no 17. Macam Pattah Ameng tahu tak." - Jenab.
Woi... Woi... Kau buka group wasap sesama kau lah kalau nak borak macam tu. Ini group official kelas. Bukan group cari jodoh.
5. Bertanya tak kira masa.
- Yang ni satu hal juga. Tanya itu ini tak kira masa. Pukul 1-2 pagi tanya lagi. Bila cikgu tak reply dia kata cikgu sombong. Apa kau ingat cikgu duduk tercongok depan henpon tunggu nak jawab soalan kau je ke kerja dia sehari-hari?
6. Bertanya kerja sekolah.
" Cikgu, anak saya demam 2 hari. Cikgu tolong bagitahu apa kerja sekolah Sains, Maths, BM, Bi Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Muzik, Kesenian dan Pendidikan Moral ya."
Eh, kau ingat cikgu kelas tu ajar semua matapelajaran tu ke? Dia ajar mungkin B.M sahaja. Jadi kerja rumah BM boleh la dia cakap. Matapelajaran lain mana la dia tahu ada kerja ke tak. Kau tanya la parent yang lain. Confirm mereka tahu lah.
7. Luahan ketidakpuasan hati.
Tak payah luah la kau tak puas hati kat cikgu atau sekolah dalam group kelas tu. Pastu pakat mengumpat berjemaah pula. Gunakan saluran yang betul kalau ada yang tak kena.
Tapi kalau kau jenis yang minat mengkritik dan mengumpat, kau wujudlah group wasap baru. Geng Kaki Komplen dan Mengutuk Cikgu contohnya. Tapi biasanya kaki komplen ni hebat dalam wasap je, masa mesyuarat PIBG tak tunjuk muka pun. 😏
8. Jangan nak mengarah cikgu.
" Cikgu, waktu rehat nanti cikgu tengok anak saya makan ya."
" Cikgu, pastikan anak saya solat Zohor dan Asar tau."
" Cikgu, cikgu kena pantau penjual luar kawasan sekolah."
" Cikgu, cikgu tengok-tengok sikit anak saya. Kot-kot kawan dia ambil pemadam dia ke, cubit dia ke."
Ini ayat biasa. Banyak kali diterima guru. Seolah guru ni ada 28 mata, 34 kaki, 15 jantung dan 99 nyawa. Nak arah cikgu itu ini boleh. Kau datang jadi guru besar kat sekolah anak kau. Hmmmm.
9. Share resipi.
- Aku tahulah yang join group wasap ni kebanyakannya kaum ibu. Tapi tak payah la share resipi memasak dalam tu.
Habis segala resipi dia share. Yang minat 2-3 orang pakat berterima kasih kat komen. Makin dia bersemangat nak share. Yang meluat berpuluh orang lagi dia tak kira. Semak weh. Resipi ni panjang berjela-jela. Siap gambar pula tu. Hmmm. Tak payah la ya.
10. Mengayat cikgu.
- Kadang-kadang ada golongan ayah yang join group wasap kelas. Dia intai lawa je, dia pm terus. Mula-mula konon tanya pasal anak, lepas tu mula ajak tengok wayang.
Memang ada spesis menggatal tak kena tempat macam tu. Kadang cikgu tu bini orang pun berani lagi. Sekali laki dia tunggu depan rumah dengan kapak baru kau tahu.
Cukup la 10 point dulu. Penat dah aku menulis ni. Nanti kalau ada idea aku edit dan tambah lagi.
Dan kepada cikgu kelas yang ada group wasap kelas, tolong tegas sikit. Tegur sekali dia tak endah, kau remove terus parent tu dari group. Sampai dia pm kau merayu dan menyesal baru add balik.
Jangan lembut hati sangat. Kita wujudkan group wasap kelas untuk memudahkan berinteraksi. Kalau dah mengganggu tujuan asal, baik padam je group wasap tu. Senang cerita. Ye tak?
============
Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli Salleh. Penulis buku bestseller Cikgu Kelas Sebelah.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi Isnin..hari baru minggu yang baru..masih di bulan Januari:)


Alkisahnya, TV kami sekarang dah tak dapat banyak siaran. Dah lama kami berhenti langgan a*tro, mungkin dah 4-5 tahun macam tu. Tapi, sebelum ni tak ada masalah pun boleh je tengok semua siaran percuma. Taktaulah di mana silapnya aerial bangunan ni, lebih kurang setahun jugaklah siaran TV dah tak cantik. Kadang-kadang langsung tak ada gambar semua siaran. haha. Klimaksnya bulan Disember 2016 yang lepas..lepas ribut petir kilat, semua siaran keluar bintik-bintik je. hahaha.

Adalah dalam seminggu kami tak tengok tv langsung..Masa tu juga Sofiy bersunat. Kesian juga dia bosan je dah la tak boleh bergerak sangat, tak ada apa pulak nak tonton. Mujur ada laptop umi, umi tak bawak pergi kampus masa tu. Dapatlah tengok Boiboiboy, Upin, Ejen Ali dan lain-lain.

Lepas seminggu bersunat, Sofiy balik kampung. Umi ayah pulaklah rasa bosan tak tengok tv langsung. Makanya, pergilah beli aerial cabang kat Tesco tepi rumah ni. Beli pun yang paaaling murah. haha. Nampak tak kedekutnya di situ. Balik rumah, dah connect, dapat 1 siaran je yang elok -- TV9. Siaran 1, 2, 4 langsung mintak maaflah tak dapat langsung. TV3, NTV7, 8TV boleh tengok tapi kena ubah aerial tu..jadinya kalau tengah tengok TV9 nak tengok TV3, sila la ubah..pastu nak tengok pulak NTV7, kena ubah lagi kedudukan aerial. hahaha..macam zaman dolu-dolu.

Alhamdulillah, saya dah nampak hikmahnya. Sofiy mula-mula balik dari kampung mengomel jugaklah..mana taknya..rumah opah dia ada a*tro. Gambar clean & clear, nak tengok kartun tak berenti pun boleh. Balik sini...hadaplah TV9 tu. hehe. Nak betulkan sendiri aerial tak reti. Hasilnya, boleh nampak ketagihan kepada tv tu dah berkurangan. Sebab apa, balik-balik CJ W*w Shop...bosan aih. Kalau ada duit terlebih boleh juga beli, ni dengaaaar je lekca diorang tu, belinya tak dapat. Sekarang ni anak-anak layan Keluang Man, Upin Ipin je weekdays. Weekend je la umi rajinlah sikit adjust aerial bukak TV3, kalau ada kartun bolehlah tengok. 

Alhamdulillah, anak-anak dah tak de komplen apa-apa lagi. Si kecik Farhan cuma nak Upin Ipin je. Kena fahamkan dia waktu siaran Upin Ipin tu 1 kali je sehari. Sofiy pun, cukup dapat tengok Keluang Man, Upin & Ipin, Boiboiboy Galaxy hujung minggu, kadang-kadang tengok kartun Larva.

Baiklah,  entri ini tidak bermaksud saya mahu menunjuk baik, atau saya rasa saya bagus dan orang lain tidak baik. Saya menulis atas dasar melatih diri dan hati. Jika baik jadikan teladan, jika tidak setuju..kita raikan pandangan masing-masing.

...to be continue
Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh tak update blog ni...maaf sangat-sangat, komitmen seharian dah terlalu menuntut masa. Bukan tak ingat ke rumah ni, tapi tak terjenguk pun. Ini pun ada cuti berderet dan anak teruna kecik tu belum bangun. Harap dapat siaplah entri ni.

Alhamdulillah, Muhammad Sofiy dah selamat berkhatan pada 3 Disember lepas pada umurnya 7 tahun. Tahun depan masuk darjah 2. Sebenarnya kami tak rancang pun, sebab saya sendiri rasa tak yakin nak jaga anak pantang berkhatan pada umur dia 7 tahun. Mungkin tahun depan lebih sesuai saya fikir. Tapi itulah, rancangan Allah itu lebih baik. Dalam sibuk-sibuk masjid di tempat kami ni #masjidbandarseriputra iklankan pendaftaran khatan perdana, saya tak berminat pun. Apa yang saya dok fikir cuma nak hantar Sofiy balik kampung cuti sekolah ni sebab opah dia dah cop (buat teman) dan juga tak perlu nak daftar mana-mana transit / daycare sepanjang cuti sekolah. Tiba-tiba ada orang forward satu iklan yang mencari peserta khatan secara percuma. Eh, ini dah cukup baik ni. Saya fikir iklan tu daripada masjid. Mana tau ada yang sponsor. Saya pun hubungilah pihak masjid. Rupa-rupanya memang ada kuota untuk peserta secara percuma (dengan kelayakan tertentu) dan kami memenuhi kriteria tu. Saya pun tanya suami, dia kata tanyalah empunya badan. Rupanya dia memang nak sangat- sangat bersunat. Tanya pulak kat group whatsapp kelas dia..memang ada 2-3 orang yang turut serta. Jadi, kita ON aje la daftar. Jimat RM99 yuran pendaftaran.

Pada hari kejadian, Sofiy kemainlah semangat dan terujanya. Sebenarnya sejak 2 minggu sebelum sunat tu lagi dah teruja. Pengaruh Upin Ipin kot. Sebenarnya saya memang tak ada preparation mental mahupun fizikal. Takda buat research langsung, walhal ni anak pertama. Saya memang takde pengalaman langsung tengok orang yang lepas khatan sebab tak ada adik-beradik lelaki.

Saya jadi risau sejak saya cerita Sofiy nak berkhatan ni pada pelajar-pelajar Korea saya. Rupanya orang Korea berkhatan juga. Diorang la cakap "SAKIT". Kata mereka, selepas hilang ubat bius, akan sakit sangat-sangat. Yang sorang tu kata dia menjerit sampai 3 jam dan sampai dia dah tak larat jerit. Masa tu dia sebaya Sofiy, 7 tahun. Yang sorang lagi katanya khatan masa umur 13 tahun, dia kata sakit dan kesian. Huhu. Korang ni buat cikgu cuaklah. Bila saya sampaikan kegusaran hati saya pada suami, dia kata "ok la", "takda apa-apa la", " tak sakit". Ok, saya harap dia la yang akan layan Sofiy nanti. 

Ini gambar-gambar pada hari kejadian.

Bersemangat! Berani!

Dengar taklimat daripada pihak masjid dan pihak klinik

Bergambar beramai-ramai

Makan aiskrim yang diberi percuma dulu sebelum mandi


Abang bomba dah sampai..semua pakat nak bergambar

yeayyy! mandi!!


Majlis khatan perdana ini adalah hasil kerjasama pihak Masjid Bandar Seri Putra dan Poliklinik UKM. Semua peserta berjumlah 100 orang. Paling muda umur 4 tahun, paling besar umur 11 tahun. Sepanjang hari diadakan sesi pemeriksaan kesihatan percuma oleh Poliklinik UKM di pekarangan masjid. Boleh buat ujian tekanan darah dan glukos darah percuma, dan banyak pemeriksaan lain. Derma darah pun ada, jualan makanan kesihatan harga diskaun pun ada. 


tunggu giliran...main dulu dengan adik

Sofiy dapat giliran no. 38. Kata urusetia, sekitar pukul 11.50 pagi macam tu. Alhamdulillah, memang sekitar pukul 12 dipanggil masuk.

Proses sedang dilakukan. Good! Tak menangis langsung.

Umi yang masuk temankan Sofiy. Sofiy nak umi. Ayah pun nampak macam nervous je. haha. Masuk-masuk tu, nampak ada 4 katil dengan 4 doktor. Ada satu katl tu, budaknya menjerit-jerit meraung-raung. Sofiy dah nampak sedikit cuak. Umi pun cuak nak oi. Huhu. Saya bekalkan dia dengan sapu tangan untuk digigit masa doktor cucuk bius. Saya dah beritahu, cucuk bius tu agak sakit. Ok la, masa doktor cucuk tu dia gigit tuala dan tak berbunyi sikit pun. Lepas tu, ok la doktor boleh potong dengan tenangnya, jahit pun dah tak rasa sakit. Khatan kali ni guna kaedah laser (sebenarnya bukan laser, tapi potong menggunakan alat panas). Saya nampak dengan jelas proses itu walaupun tak pandang dengan fokus sebab ada sikit rasa seriau. 

Ok, episod baru bermula. Lepas je doktor kata siap, dia pun selak kain nak tengok. Masa tu la muka dia nampak pucat, nampak takut sangat. Badan dan pergerakan yang tadi relax, dah jadi kaku. Nak turun katil pun dia dah takut. Kain pelikat pun disinsing tinggi-tinggi. Nampak macam nak menangis. Oho...tadi semua puji sebagai peserta contoh, sekarang peserta contoh dah ketakutan.

Keluar dari bilik tu pun dia dah nampak tak tentu arah. Ayah cuba nak ikat kain pun susah pulak. Maklumlah kain ayah, besar. Lepas tu kami balik...nak naik tangga rumah kami ke tingkat 2 tu pun rasa kesiannya kat dia. Sampai rumah, baru saya rasa "semuanya tak sedia". Suami pun baru nampak nak fikir macam mana nak bagi 'kawasan' tu tak terkena kain. Semalamnya, saya ada cadangkan guna meja macam gambar di bawah, tapi dia kata "ish, tak pernah dibuat orang". Sekali bila anak dah kena sunat, dah taktau nak buat macam mana. Nak gantung, siling tinggi dan tak ada tempat nak gantung pun. Sudahnya, idea saya digunapakai juga. Ha...mujurla isteri ni kreatif jugak bang oi.


Dah balik rumah..selamat berpantang


Haha..sedia rotan untuk halang adik daripada datang dekat

Jadi, untuk ibu-ibu yang nak ambil idea ni silakan, Saya guna meja belajar stail meja jepun tu. Yang ni kakinya boleh dilipat, jadi kena pastikan betul-betul kukuhlah. Kalau ada meja lain yang saiz hampir sama pun ok. Saya suka penggunaan meja ni sebab permukaan keras tu lebih rasa selamat kalau pun adik menyerang ke, adik terjatuh ke, adik baling mainan ke. Lagi satu, boleh jadikan meja makan sekali macam kat hospital. Selain tu, jadi meja laptop jugak boring-boring boleh pasang Upin Ipin, Boiboiboy...atau..Barbie..haha. Abang Sofiy ni dok layan Barbie masa pantang. 

Penjagaan Selepas Berkhatan

Baiklah, saya nak kongsikan sedikit pengalaman menjaga anak bersunat..perlu diingat, ini hanyalah pengalaman saya dan sedikit info daripada pembacaan serta sedikit khidmat nasihat doktor. 

Masa proses sunat, doktor kata kulit luar kemaluan Sofiy ni ada melekat sikit, jadi perlu potong sikit sebelum dikhatan. Sofiy alami sedikit pendarahan (darah meleleh dan bertompok pada kain sekitar saiz penumbuk budak kecil). Pada saya, pendarahan tu agak lama la sebab saya expect takde darah meleleh. Proses penjagaan Si Sofiy ni agak stres sebab dia sangat sensitif. Tak boleh kena langsung, baik kena air pada kawasan hujung (tempat kencing), kawasan luka lagi laaa..bising mulutnya bila saya nak cuci. Nak letak ubat pun jenuh perang mulut. Saya tengok luka sebelah kiri dah elok tapi yang belah kanan gaya nak kering, berdarah balik, gaya nak kering, berdarah balik walaupun hanya sebab yang kecil contohnya dia cuba bangun, atau cuba duduk, atau ketawa. Hari ketiga, saya call doktor dan tanya perlu ke klinik ke untuk rawatan susulan. Doktor minta saya whatsapp gambar dan doktor kata nampak normal semuanya. Selagi darah tak mengalir tanpa henti, bukan pendarahan kata doktor. 

Ok, ibu-ibu yang tak ada pengalaman, saya nak kongsikan beberapa perkara.

1- Selepas je bersunat, sila beri anak makan ubat tahan sakit yang doktor bekalkan. Selepas kesan ubat bius hilang...memang sangat sakit. Kena potong kot? Sofiy dapat ibuprofen, tapi doktor kata boleh tambah paracetamol jika sakit sangat. Jadi, saya beri ibuprofen dulu dan selepas 2 jam saya top up paracetamol setengah dos. Contohnya dia perlu makan 12 ml pcm, saya beri 6ml sahaja. Kalau nampak sakit sangat, sela 4 jam saya ulang bagi. Bila nampak dah kurang sakit, saya jarakkan ke 6 jam , 8 jam , 12 jam sampailah dah tak perlu ubat tahan sakit. 

2- Sofiy mengalami sedikit kemurungan selepas bersunat. Saya pasti, perasaan itu datang kerana dia tak sangka kemaluan dia akan jadi macam tu. Rupanya, selama ini dia salah faham, dia ingat 'laser' yang dimaksudkan macam cashier scan barkod barangan yang nak dibayar tu...dan siap. Silap saya, saya tak terangkan apa yang bakal dia lalui, mungkin faktor kami tak bersedia, saya sibuk sebenarnya seminggu dua sebelum anak bersunat. Tapi, ada juga pro dan kontra. Bagusnya, bila dia tak tahu apa akan jadi, masa nak bersunat tu mudah..dia tak nervous. haha. 

3- Selepas bersunat perlu berpantang makan. Jadi, sediakanlah makanan yang boleh dimakan secukupnya. Kena terangkan dari awal yang dia perlu berpantang, apa makanan yang dia tak boleh makan supaya anak bersedia. Yang ini saya tak lupa pulak, mungkin sebab saya sendiri pernah berpantang bersalin...jadi Sofiy pun faham. Alhamdulillah, walaupun Sofiy ni memilih makan orangnya, masa pantang dia sangat ok. Tak banyak bunyi. Alasan dia, nak cepat baik dan takut luka makin teruk.

4- Pada saya, keadaan kemaluan anak selepas bersunat adalah agak mengerikan. Saya tak pernah dapat bayangkan sebelum ini. Saya bayangkan lukanya cantik je. Rupanya tidak sama sekali. Pertama sekali, bengkak. Bengkak mungkin 3-4 hari baru surut. Kedua, darah. Darah luka tu kena biarkan kering di situ dan membentuk kuping. Silap saya pada hari pertama, saya nak lap dan terkupil darah yang baru je membeku tu..akibatnya, darah meleleh semula dan anak menjerit-jerit sakit. Ketiga, kulit. Pada muncung (batang) yang telah dibuang kulitnya tu...akan timbul seakan kulat warna kuning dan seterusnya menjadi lapisan kulit yang akan menjadi kuping. Saya memang stres tengok sebab saya taktau warna kuning tu normal atau jangkitan. Sampailah doktor kata itu normal, itu adalah ubat bius.

5- Mandi- saya pakaikan tuperware lutsinar yang biasa isi taufufah kat pasar malam tu. Lekat kat badan anak guna selotape kertas macam kat hospital tu. Alhamdulillah, anak tak bising dan kena percikan air je.  Luka tak basah.

6- Kencing - selepas berkhatan, kencing tak sakit. Jadi yakinkan anak ye supaya jangan tahan kencing. Tapiii...selepas kencing kena cuci, itu yang anak saya takutkan. Saya cairkan antiseptik dettol (setitik dettol dicampur air suam satu tuperware taufufah tu), dan saya lapkan guna kapas muka. Mula-mula saya guna kain gauze yang dibekalkan tapi dia menjerit sakit sebab kain tu kasar. Saya tak guna kapas biasa sebab taknak serat kapas tu lekat. Kapas muka lebih padat tetapi lebih lembut. 

7- Buang Air Besar - Sepatutnya tak sakitlah kan, sebab tempat berbeza. Tapi, bila anak meneran, ada potensi luka tu terkesan. Macam Sofiy, jadi berdarah semula tapi tak sakit dia kata.

8- Makan vitamin dan makanan berkhasiat yang membantu memulihkan luka. Saya tumbuk zinc tablet Shaklee dan campur dengan suplemen vitamin sirap untuk dia minum. Zinc mempercepat pemulihan luka. Saya bagi juga multivitamin dan vitamin C. 

9- Tempoh pemulihan. Jangan bandingkan anak kita dengan orang lain. Rezeki masing-masing. Macam Sofiy, kawan dia Fikri hari ke-4 dah boleh pakai seluar. Maknya kata, Fikri takde darah pun. Rezeki dia. Selain tu, kalau boleh jangan biar anak stres. Lagi dia gembira dan ceria, lagi mudah luka sembuh. Sofiy, hari ke-6 kami pos ke kampung (melalui pakteh dia). Pada mulanya saya tak yakin, sebab dia masih belum boleh pakai seluar. Tapi saya fikir mungkin duduk di rumah ni boring dan tak motivate dia untuk cepat baik. Kat kampung banyak benda nak explore, lambat baik rugilaaa..Jadi saya pakaikan cup polisterine tu, guna selotape. Cup tu cover kemaluan dia, lepas tu sarung seluar yang agak besar. Kengkang-kengkang jalan. Sehari je di kampung, kata kakak saya dia dah mula curi-curi naik basikal. haha. 


Alhamdulillah, itulah serba sedikit pengalaman saya menjaga anak yang berkhatan. Setiap anak berbeza karakter, semangat dan fizikal. Apapun, kita ibu bapalah yang perlu sokong anak kita. 


Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang

Haha..ini kucing berbaring ni setelah penat berlari. 

Alkisahnya, tetiba topeng ni umi buat sebab si abang ni nak periksa akhir tahun subjek Dunia Seni Visual. Salah satu soalan (cikgu bagi pilihan siap-siap), kena buat topeng. Tapi dalam group Whatsapp cikgu kata mak boleh print siap-siap di rumah, nanti anak tekap. Makanya, malam sebelum hari peperiksaan, umi pun menggoogle la mencari template topeng. Sofiy kata nak topeng harimau. Alhamdulillah, ada template topeng harimau ni, cantik dan saiz pun sesuai. Pastu terfikir jugak kot susah ke pulak nak lukis harimau, nak guntingnya lagi. Lalu umi pun cari lagi gambar lain, jumpa la yang lebih mudah: Ninja Turtle dan arnab. 



Letak dua pilihan dalam beg lukisan dia. Dia pilih harimau. Yang kertas contoh ni umi lekat dengan manila kad supaya jadi keras, nanti boleh pakai dan main. Untuk adik, umi pilih topeng karakter kucing sebab adik suka sangat 'meow'. Maka bertukarlah anak-anak syurga ni menjadi haiwan-haiwan ni hujung minggu hari tu. Seronok kemain. Sekejap mengaum, sekejap mengiau. 

Kita snap satu gambar di atas tu buat kenangan. Abang dah pandai warna, dia warna topeng dia. Adik punya..kemudiannya dia warnakan pink. Cantik pulak umi tengok kucing warna pink, lembut je karakternya. Yang Ninja Turtle deme suruh umi pakai..sebabnya depa takmau yg tu..sebab bila pakai topeng tu nampak kelakar macam tengah sengih. hahaha.

1 tahun 1 bulan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa.
2-3 hari ni Farhan praktis dengan penuh tekun dan gigih. Daripada berdiri, melangkah setapak..kejap je dia dah dapat tawaf satu rumah. Memang pantas. Sofiy dulu 11 bulan dah jalan, tapi nak dapat satu-satu step tu slow. Farhan ni siap dah boleh berlari kalau kita agah macam nak kejar dia. Cumanya, bedebab le jatuh tersungkur. hahaha.


Sebenarnya, bila tengok dia dah boleh menapak cantik, stabil walaupun masih jatuh-jatuh lagi, hanya Allah yang tahu macam mana rasanya bila mengenangkan saat-saat diberitahu yang Farhan ni mengalami masalah bilateral CTEV (Clubfoot). Masih di wad bersalin, masa tau tu saya sorang..suami tak ada sebab bukan waktu melawat. huhu...betapalah saya menahan perasaan..cuak + sedih + khuatir + stres + cuba bawak bertenang. Nak tenangkan hati sendiri, satu hal. Nak bagitau suami, satu hal pulak. Suami saya bukan boleh dengar benda-benda macam ni, dia cepat panik. Bila masuk NICU (Farhan G6PD Deficient) tengok anak orang lain normal, anak kita ada masalah..sayu rasa. Dah la doktor pun macam-macam pandangan, ada yang kata congenital ada yang kata habitual. 

Takmo cerita panjang-panjang, sebab masa tempoh awal rawatan kaki dia dulu memang tempoh yang stres sangat-sangat. Stres sebab Malaysia tak ada pakar Ponsetti, dan tak ada method spesifik yang diguna secara standard untuk manipulate clubfoot di Malaysia. Nak jumpa Dr. Amnuay, pakar di Thailand..tak la pulak berkemampuan sebab proses rawatan bukan sehari tetapi berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Apapun, setelah mencuba yang terbaik..Allah berikan kami kelegaan bila Farhan dah pun boleh berdiri tegak, stabil, menapak setapak dua dan sekarang dan boleh tawaf satu rumah dengan kaki comelnya. Sedikit 'pengkar' tak jadi masalah buat kami. Pemain bola sepak yang handal-handal pun ramai yang pengkar.hehehe.

Sayangnya belum ada video yang boleh ditempek kat sini sebab semua video pakai diaper je. hehe. Dia berlenggeng berpeluh-peluh sebab pulun praktis berjalan..kesian nak bagi pakai baju.



Bayangkan daripada macam ni kaki Farhan dulu, masa manipulate, salah manipulate la, berkat kesabaran, alhamdulillah dah ok...dan kena terus sabar nak pantau kaki dia sampai la betul-betul stabil.

Jadi, untuk ibu bapa yang sama macam kami, ada baby clubfoot..jangan patah hati, jangan putus asa. Biar pun lambat sedikit berbanding bayi yang lain..tetapi anak-anak cf tetap dapat berjalan dengan baik sekiranya kaki mereka dirawat dan dipantau dengan betul. Plus, doalah kerana hanya Allah Yang Maha Berkuasa yang mampu berkata Kun Fa Yakun!

#clubfoot

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni dah pun bulan Oktober. Tak lama lagi dah nak habis sesi persekolahan tahun 2015. Tahniah buat ibu-ibu yang berjaya bekalkan anak-anak dengan bento sepanjang tahun. Bukan senang tau..

Ok, tadi ternampak status seorang sahabat di Facebook yang sekarang dah gigih training masak dan decorate makanan. Tahun depan anaknya darjah 1, dan akan bersekolah di SJKC. Jadi bab makan ni memang kena jaga lebih lah. Mahu tak mahu, mesti rajin bekalkan anak setiap hari. Kalau tak, jawabnya kena tapaw awal-awal pagi la dan menu pun menu sarapan. Kesian kat anak. 

So, mak-mak yang sedang mencari buku panduan menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, dua buah buku ini sangat-sangat sesuai untuk anda miliki. Kadang-kadang mati akal juga nak fikir apa menu sesuai untuk anak-anak ni. Budak-budak biasalah, mudah jemu, mudah tertark dengan makanan yang dijual di kantin atau dimakan oleh kawan-kawan..jadi bekal diorang mestilah kena SUPERB CUTE! Kan? Barulah anak bangga dan berselera nak makan air tangan ibu:)

a) Idea Bekal ke Sekolah Menu Asia
b) Idea Bekal ke Sekolah Menu Ala Barat

Mungkin ada yang nak tau macam mana kandungan dalam buku ini. Terima kasih buat sist Nur Zuraini kerana berkongsi.

Tips penyediaan bento



 Cara memasak step by step




Aduuuh..comelnya! Memang berselera la anak nak makan. 

Saya dulu, mak buat juga bekal. Tapi bekal cara kampung la. Zaman saya dulu, bekas makanan tu yang dok bersaing sesama kawan especially bekal air. Macam-macam bentuk, ada yang bentuk telefon la, ada yang minum cara togok, yang ada straw panjang, yang straw muncung. Hehehe. Tapi kami orang kampung takde la guna brand Tu**erware. Makanan pun takde dirias dideko sebegini cantik, tak da masanya mak nak mendeko. Ko taknak lapar, ko makan. Haha. Dan sebenarnya anak-anak memang kelaparan pun. Tapi budak-budak sekarang lain sikit, ada yang cerewet ada yang memilih dan ada juga yang nak fast food je memanjang. Ini yang bikin mak mak zaman moden susah hati dan pening kepala memikirkan apa yang anak-anak makan. Saya dapat tahu juadah di kantin pun, tak sihat macam dulu. Dulu mana ada bebola2, nugget, sosej dan burger macam sekarang. Kalau ke kantin, menu biasa nasi lemak, nasi goreng, laksa, mihun, mi. Lepas tu kuih-muih yang memang dimasak segar bukan frozen. Harga? Saya tak pasti di tempat lain, Di tempat saya yang agak pedalaman, sepiring nasi lemak dan menu seangkatan RM0.20 untuk piring kecil dan RM0.30 piring besar, RM0.50 kalau dalam pinggan.Jarang-jarang sangat budak makan yang dalam pinggan. Kuih pulak 2 biji RM0.10. Ini harga tahun 1991-1995. Tahun 1996 saya dapat RMT jadi saya tak pasti kot harga dah naik. Ok la..tutup cerita alkisah zaman dahulu.

Bonus! Buku panduan untuk bento mak ayah pun ada tau:)

Ini dia buku bertajuk Idea Bekal ke Pejabat. Alang-alang masak tu, masak untuk satu family kan bagus. Suami dapat makan air tangan isteri, anak-anak dapat makan air tangan mak, isteri pun boleh tolong suami jimatkan belanja di musim ekonomi tak berapa nak meriah ni. 


Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku-buku di atas ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia

#bukubento
#ideabento
#ideabekalkesekolah
#ideabekalkepejabat
#bukuonline
#bukumaia
#chefazian
#siriideabento

Anak asyik nak berdukung saja? Berapa kilogram dah berat anak? My lil Farhan 8.1 kg. Memang pantang nampak umi, merengek nak dukung. Separation anxiety dia agak mengharukan jugaklah, rasanya masa Sofiy dulu takda la sampai macam ni. Sindrom anak no 2 kot? Heee.

Paling teruk saya rasa masa umur dia pertengahan 9 bulan. Masa tu kalau duduk pun mudah nak terlentang, berdiri sambil berpaut pun mudah jatuh. Aduuuhh..mungkin faktor ketidakmampuan dia untuk explore aktiviti baru tu yang buat dia jadi macam tu. Kena pulak ayah dia tak sihat masa tu, jadi memang umi je la tempat mengadu dan bermanja, cewah. Serius rasa macam nak patah tangan tau. Try buh dalam Boba Air dia mengamuk. Sudahnya dukung sebelah, sebelah tangan lagi buat kerja. huhu.

Rupa-rupanya ia beri kesan pada badan. Kebetulan saya memang ada masalah Sciatica, yang jadi masa pregnantkan Farhan hari tu, tapi masa di akhir pregnant sampai la umur dia 6 bulan ok takde pulak sakit tu menyerang. Agaknya bila anak dah berat dan kerap pulak dukung, sakit tu menyerang balik. Saya dah jumpa doktor, dan refer ke Ortopedik pun. X-ray tulang semua ok, jadi saya cuma jalani latihan fisioterapi saja. Alhamdulillah.

Fisio saya kata, otot-otot saya sudah terlalu penat akibat proses mengandung, bersalin, study dan bekerja (duduk lama mengadap laptop), dukung anak, postur badan sewaktu menyusu, postur tubuh sewaktu duduk dan aktiviti harian. Jadi fisio banyak ajar saya strethcing, yang dulu memang saya buat pun semua tu masa buat workout. Tapi sekarang stretching pun tak dapat buat semua dalam satu masa. Mana taknya, kita baru mula nak buat, datanglah si kecik tu naik atas perut la, atas belakang la.hahaha.

BabyCenter pun ada mention pasal ni. Terkejut juga saya, ingatkan saya sorang je hadapi masalah ni,kalau dah masuk BabyCenter maknanya ini masalah ibu-ibu sejagat la kiranya.

Apa kata BabyCenter tentang ibu-ibu yang menderita sakit disebabkan dukung dan take care baby ni.

Avoiding baby-toting injuries

A growing baby means more to carry and a greater potential for muscle strain. But by being vigilant, you can reduce your risk of pain and injury:
  • When you lift your baby, always bend your knees and crouch, rather than folding over from the waist.
  • To properly hold your baby when you're seated, sit up straight in a comfortable, supportive chair with armrests. Consider using pillows for extra back support.
  • For times when you want to carry your baby on the move, invest in a good baby backpack or front carrier that distributes your baby's weight evenly and doesn't strain your neck or back. Look for one with wide, padded straps.
  • To prevent wrist pain, alternate which arm you use to hold and feed your baby and use a splint if you have a tendency toward wrist pain or any history of wrist injury.
  • This is also a good time in your life to build your back muscles. Look into daily stretches and strengthening exercises designed specifically for the back.
If you do strain yourself, a warm bath or shower can offer relief. So can massage. You might also try an over-the-counter pain reliever to reduce inflammation.

Kurangkan Sakit Belakang Dengan Suplemen


Suplemen / vitamin boleh membantu kita untuk mengurangkan gejala sakit belakang ni. Tapi pastikan dulu yang memang sakit belakang kita bukan disebabkan masalah tulang retak ke patah ke dan masalah-masalah serius yang lain. Ini kerana masalah yang serius memerlukan nasihat pakar perubatan. Jadi, kalau rasa sakit sangat belakang ke pinggang ke punggung ke, better jumpa doktor dulu mintak doktor check, buat xray dan sebagainya barulah kita berikhtiar dengan suplemen.

B-Complex

Ini memang vitamin saraf dan otot. Vitamin B sangat-sangat penting untuk mengurangkan tekanan pada urat saraf dan otot. Eh, tekanan emosi pun B-Complex boleh bantu tau.

Kalsium Magnesium

Kalsium semua orang maklum, bagus untuk kesihatan tulang. Magnesium pula menenangkan saraf dan otot serta emosi. Jadi gabungan keduanya sangat;ah perfect untuk mengurangkan masalah sakit saraf dan otot ni. Saya ambil #Ostematrix #Shaklee untuk bekalan kalsium magnesium saya. Memang rasa berbeza kalau termissed makan satu hari.

Minyak Ikan

Minyak ikan (fish oil) pula merupakan suplemen yang membantu keradangan otot dan saraf. Selain tu, bagus juga untuk kesihatan otak ibu dan bayi yang menyusu susu ibunya. Maklumlah lepas bersalin kan banyak lupa. haha. Fish oil di rumah kami tentulah daripada Shaklee juga, yang Sofiy suka sangat-sangat. "Sofiy sayang sangat Omega ni Umi". Nama fish oil Shaklee ni #OmegaGuard.


In sha Allah, gabungan 3 vitamin ini akan membantu mengurangkan ketidakselesaan yang ibu-ibu hadapi. Namun ingin saya tekankan bahawa pengambilan suplemen / vitamin tidak berkesan jika skip skip. Mesti ambil secara konsisten sekurang-kurangnya 30 -60 hari untuk nampak kesan positif. Sebab suplemen / vitamin tiada unsur dadah sebagaimana ubat-ubat hospital macam Paracetamol yang kita makan sejam dah rasa hilang sakit. 

#sakitbelakang
#setsendi
#setsendishaklee
#shakleebandarseriputra
#shakleeputramahkota
#anaknakberdukung
#minyakikan
#bcomplex

* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:



Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri PutraBandar Bukit Mahkota, Bangi LamaKUISUKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.