Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
MAKANAN TAMBAHAN SIHAT UNTUK WANITA HAMIL

Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berposes.
Pertama: KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.


Kedua: BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga: MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi 'essential fatty acid' yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.


Keempat: BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. D
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahem.

Kelima: MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.



Keenam: SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahem.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Semoga bermanfaat.
Kredit:fb Dr. Zubaidi
********

Saya amalkan minyak zaitun Tursina, Madu Quad (madu tualang asli), kurma mariami jenama Mikkae, kurma safawi, susu kambing, minyak kelapa dara Living Active semasa hamil anak ketiga. Alhamdulillah, selepas fasa mabuk mengandung, saya sihat dan cergas. Mengandung anak ketiga paling banyak travel. Hehe.
Untuk maklumat lanjut, boleh whatsapp




Live di Radio IKIM. fm bersama Prof Dato' Dr Hamid Arshat, pakar perunding dalam bidang kesuburan, kemandulan dan kesihatan wanita yang cukup dikenali. Siapa tak kenal Prof Hamid Arshat, pengalamannya dalam bidang ini sangat-sangat luas. Sehingga ke usia senja pun, khidmat dan kepakaran beliau masih sangat diperlukan. Masih lagi bekerja dari pagi santak ke malam. 
Nantikan bual bicara bersama beliau petang ini.

Masih belum miliki buku berjudul Nasihat Pak Bidan untuk Wanita ini?
Pelabagai nasihat, tips dan panduan dikongsi oleh Prof. dalam buku ini. Memang wanita digalakkan ada buku ini. Kalau ada masalah berkaitan sakit puan atau mengandung dan bersalin lebih-lebih lagi perlu. 
Harganya cuma RM25/naskhah sahaja. Sangat berbaloi nak banding ilmu yang kita dapat di dalamnya. 

#nasihatpakbidanuntukwanita

Nak beli senaskhah?

Boleh beli melalui kami @bukumaia. Senang je, klik link Whatsapp di bawah ini, dan beritahu anda nak order buku Pak Bidan berapa naskhah. Buat pembayaran dan kami poskan. 
ORDER:
www.wasap.my/60123302067
atau boleh juga SMS/Telegram ke nombor di atas. 


Alhamdulillah, kandungan saya dah pun berusia 37 minggu pada hari Ahad yang lalu. Syukur, mengandung kali ni saya sihat-sihat sahaja selepas fasa alahan yang agak teruk sehingga 5 bulan. Takde tekanan darah tinggi, takde anemia, takde asthma, kencing kotor, batuk selesema pun tak sempat singgah...tapi nak masuk 37 minggu ni Allah uji sikit. 

Saya mula sakit tekak selepas berjangkit dengan anak-anak. Sakit tekak je, belum batuk lagi tapi badan sakit sangat-sangat. Suhu badan tak tinggi pun, tak sampai paras demam tapi sakit badan ni Allah saja yang tahu....sakit macam demam 39 darjah. Sampai saya terpaksa ambil Paracetamol juga untuk menahan rasa sakit tu, kalau tak memang mengerekot sakit tak boleh buat apa-apa pun. 

Dua hari macam tu, hari Sabtu saya mula demam yang betul-betul suhu demam. 37.8 darjah celsius. Saya dah cuak..huhu. Bukanlah sebab tak biasa demam, tapi demam di akhir-akhir kehamilan ni memang cuaklah. Bila kita dah boleh bersalin bila-bila masa sahaja, dan masa tu la kita demam dan sangat-sangat tak larat. Andai ditakdirkan saya nak bersalin masa tu...macam mana nak push? Larat ke? Huhu.

Saya mesej kawan sekolah saya, dia doktor di klinik kesihatan dan biasa rawat ibu mengandung ni. Pesanan dia, pantau suhu badan sebaik mungkin. 38 C dah consider suhu yang tinggi dan sangat tak bagus untuk ibu mengandung. Boleh effect baby. Ok, walaupun saya sebolehnya tak nak makan PCM (Paracetamol), tapi itulah je lah cara nak turunkan suhu badan dan dalam masa sama boleh bantu kita relax dan kurang rasa sakit. Saya juga bertanya beberapa orang doktor, Paracetamol selamat diambil oleh ibu mengandung dengan dos 1g (dua biji paracetamol 500mg) maksimum 12 biji dalam 24 jam, Tapi biasanya kalau kita demam sepanjang hari pun, kita hanya perlukan 8 biji sahaja...iaitu 2 biji setiap kali makan, 4 kali sehari (sela 6 jam). Jadi usahlah risau ye. Kawan saya yang pharmacist pun pernah cakap, PCM lah ubat yang paling selamat. 



Kalau anda hadapi demam masa mengandung ni, segeralah jumpa doktor ya. Sebab demam ni bukan penyakit, tapi simptom yang menunjukkan badan kita sedang melawan sesuatu jangkitan / kuman. Jadi kita kena jumpa doktor untuk tahu daripada mana sumber jangkitan tu. Kadang-kadang demam boleh sembuh sendiri kalau badan kita kuat melawan kuman tu. Tapi masa mengandung ni badan kita memang agak lemah berbanding masa tak mengandung.  Jadi pagi Isnin tu sebab demam belum kebah, saya pun ke klinik. Doc minta buat ujian darah, FBC. Daripada result darah tu confirmlah ada jangkitan kuman, sel darah putih saya agak tinggi, bacaannya 15.5. Jadi doc pun start antibiotik, doc bagi Amoxicilin je, sebab ini antara antibiotik yang selamat untuk ibu mengandung. 

Sebenarnya masa menunggu tu, saya dah rasa tak selesa di bahagian bawah, miss V maksud saya. Ada rasa menyucuk yang sangat sangat haluuusss kat situ. Ngilu dan sakit sangat. Memang buat saya tak senang duduk. Sekejap sekejap sakit tu datang. Masa jumpa doc, saya dah mengadu tapi doc kata mungkin 'laluan' baby tengah nak buka. Tapi serius saya tak pernah rasa sakit yang sama masa mengandung dua orang anak sebelum ni. Bali rumah, sampailah esoknya..sakitnya semakin kuat, dah tak halus dah tapi ngilu dan rasa macam terbakar. Dah la esoknya saya mula sakit mata pulak. Allah....semua sakit tu datang serentak. Memang saya tak leh buat apa. Macam kemurungan pun ada dibuatnya. Rasa sunyi, rasa sedih, rasa takut...yang sebenarnya disebabkan rasa sakit di merata-rata. Atas bawah sakit. Mata kabur, pedih, gatal, bila batuk perut sakit, selesema buat tak selesa, miss v pun nyut nyut nyut. 

Malamnya, saya teringat tentang UTI atau bahasa biasanya kencing kotor. Saya pernah kena dulu, dan rasanya lebih kurang sama...sebenarnya jauh lebih sakit masa kena kencing kotor tu sebab dah tahap demam. So saya pesan pada suami belikan air barli. Air barli sangat berkesan untuk rawat kencing kotor secara natural. Alhamdulillah, pagi tadi sakit tu dah hilang, Syukur sangat-sangat. Tak kisahlah sama ada sebab antibiotik atau sebab air barli, yang penting dah tak sakit lagi. Demam memang dah tak de sejak semalam. Tinggal batuk masih bersisa. Sakit mata masih ada, tapi dah tak mengganggu sangat. 

Alhamdulillah, saya berharap sangat cepat sembuh semuanya sebelum melahirkan. Saya perlukan kesihatan yang tip top sebelum deliver. Semoga Allah al-Mujib kabulkan.
Alhamdulillah, sedar tak sedar (sebenarnya sedar tapi takmau kira sebab kalau boleh nak biar masa lambat berlalu), kandungan saya dah pun 8 bulan++. Adeii...bukanlah tak gembira, tapi ada baaaaanyak benda yang sepatutnya diselesaikan sebelum bersalin, terutama tesis. Ok, yang ni kita bebel lain kali ok?

Apa yang saya nak cerita kali ni adalah tentang keperitan atau masalah biasa yang dihadapi oleh ibu mengandung, iaitu pedih ulu hati atau heartburn. Siapa tak pernah rasa heartburn tu macam mana? Untunglaaaa...hehe.

Untuk kandungan kali ni, tak silap saya mula kena masa raya haji hari tu...maknanya awal bulan Sept, bersamaan 28 minggu (7 bulan la lebih kurang). Dia attack waktu malam bila saya dah nak tidur, atau bila terjaga daripada tidur. Adoiii sangatlah perit dan tak selesa sampaikan susah sangat nak tidur semula. Masa tu saya dok la minum air masak sebab dok rasa macam tercekik gitu kat dada. Tapiii..tak kurang pun,lagi rasa tercekik ada la. hahaha. Kalau sendawa lagi la sakit. 

What causes heartburn during pregnancy? ...Heartburn and indigestion are more common duringthe third trimester because the growing uterus puts pressure on the intestines and the stomach. The pressure on the stomach may also push contents back up into the esophagus.



Sebenarnya, pedih ulu hati sewaktu mengandung terutama di hujung-hujung kehamilan adalah perkara yang normal. Masa anak sulung saya rasa macam tak kena, masa anak kedua saya kena agak teruk sampai doktor bekalkan ubat gastrik. Yang kali ni, ada kena tak tidaklah berpanjangan...sesekali dia datang, ada harinya takde. On Off gitu la. 

Jadi, tips yang saya nak bagi buat-buat ibu-ibu semua...

1- Bertenang dan usah stres. Macam saya cakap, asid reflux atau heartburn ni normal. Tak membahayakan tapi sangatlah tak selesa. Kalau kita stres, lagi-lagi bertambahlah asid reflux tu. Buat biasa je, feeeeellll je ketidakselesaan itu tanpa merungut keterlaluan, tak perlu tepuk atau tumbuk dada, atau marah-marah. Sabar saja menghadapinya. Biasanya sampai satu masa rasa tu akan hilang sendiri. 

2- Kalau sangat-sangat mengganggu dan berterusan, masa check up kandungan tu boleh beritahu nurse / doktor. Kalau perlu, doktor akan beri ubat. Biasanya doktor akan bagi magnesium trisilicate, ala ubat yang macam kapur, rasa manis dan berangin tu sama ada kunyah atau dalam bentuk cecair. Sama je macam Gaviscon tu. Ubat ni membantu menyalut / melapik saluran esofagus kita tu jadi kuranglah pedih. 

3- Saya sendiri, spare gaviscon tu dalam 2-3 sachet untuk masa-masa kecemasan. Contohnya nak travel ke, atau pergi kerja ke, bawak je la bekal. Kalau agak-agak boleh tahan, saya tahan. Kalau rasa tak boleh tahan, ada hal yang nak diuruskan dan saya perlukan keselesaan, saya akan ambil gaviscon tu. Selain tu, saya jugak beli ubat gastrik Histac di farmasi. Ubat ni la yang doktor bagi masa saya mengandung anak kedua dulu. Kawan saya yang doktor pun cakap ubat ni ok untuk diambil semasa mengandung. Cuma saya ambil bila perlu sahaja. 

4- Jangan biar perut kosong terlalu lama. Ini rasanya semua pun maklum sejak awal mengandung lagi. Jadi sediakanlah bekal makanan yang boleh alas perut macam biskut, kurma, susu atau roti. Makan di antara sela waktu makan berat.

5- Elakkan makan terlalu kenyang. Tak boleh lapar sangat dan jangan sampai kenyang sangat. Bila kenyang sangat, saluran kita tu dah la sempit dihimpit dek baby, pastu memang pergerakan makanan pun lambat berbanding orang tak mengandung, makan pulak banyak maka lagi la mudah kena serang asid ni. 

6- Elakkan makanan yang boleh memburukkan lagi tahap asid, antaranya yang paling saya terasa ialah makanan pedas macam sambal-sambal tu sebab dah la pedas, berminyak pulak. Tapiiii..hahaha...saya tak la sentiasa pantang pun. Kalau tengah sakit mungkinlah pantang sekejap, bila dah ok saya bedal je. Sebab memikirkan nanti nak pantang lagi 2-3 bulankan. Ada orang tak tahan makanan yang bersifat asidik misalnya limau / oren. Jadi, kenalah kenal badan sendiri. Kalau tak tahan angin, elakkan makanan yang berangin contohnya pulut dan ubi. 

7- Kalau anda jenis mudah diserang angin, kembung perut dan lain-lain simptom angin, selalu-selalulah makan makanan yang boleh buang angin misalnya halia. Boleh buat susu halia, sup yang halianya lebih, serunding halia takpun goreng je halia tu makan dengan nasi. Ambil dalam kuantiti berpadalah ye. Bawang putih pun bagus tapi saya tak recommend sangat sebab bawang putih pun boleh menyebabkan asid. Selain tu, boleh dah mula ambil habbatussawda' masa trimester ketiga. Macam saya ada kapsul habbatussawda Habasyi keluaran As-Syifa' Health. Alhamdulillah, membantu buang angin dalam badan. 




Itulah sedikit sebanyak perkongsian saya di sini. Kehamilan memang mengujakan, tetapi penuh dengan pelbagai dugaan yang hanya ibu mampu menghadapinya dengan penuh kasih sayang. 

Oh ya, kalau ada yang berminat nak dapatkan kapsul minyak habbatussawda' macam dalam gambar di atas, ataupun kapsul minyak zaitun, madu Quad, madu Quad berherba, minyak kelapa dara, boleh hubungi saya ye. Atau lawat dulu Instagram saya khusus untuk produk-produk kesihatan ini di @maiasihat. 

Boleh juga terus Whatsapp saya di:

www.wasap.my/60123302067

#minyakhabbatussawda
#minyakkelapadara
#vco
#maduquad
Fasa pertama shopping barang baby (anak ke-3 dah ni).

Alhamdulillah, hari ni genap 28 minggu baby menghuni rahim umi ni. Semakin aktif rasanya di dalam. Tapi sekarang umi dah tak terkejut dah, sebaliknya jadi seronok pulak melayan tendangan-tendangan comel dari dalam.

Memandangkan tak lama lagi nak sambut hari raya Aidil Adha, dan kami plan nak balik kampung, jadi saya terfikirlah pasal beg hospital. Bukanlah beg besar lengkap semua, tapi beg kecik yang isi barang-barang penting kalau-kalau sesuatu berlaku. Yelah, tak salah bersedia untuk saat-saat kecemasan walaupun kita minta sangat-sangat perlindungan daripada Allah supaya dipermudahkan semua urusan, anak pun biarlah lahir on due atau setelah matang la harapannya. 

Makanya, sembang-sembang dengan suami dan suami pun galakkan beli barang awal. "Mana tau nanti harga naik lagi" katanya. Haha. Ke situ yang difikirnya. Jadi, saya pun mulalah buat senarai barang yang dah ada, barang yang perlu dibeli sekarang, dan barang yang perlu dibeli kemudian nanti. Dah alang-alang buat senarai, kita buatlah belanjawan sekali. 

Masa anak sulung, saya tak buat bajet pun sebab memang taktau sangat harga barang-barang keperluan bersalin dan barang baby ni. Masa tu suami ajak pergi butik bayi, dan saya main ambik je. Tak buat research pun brand apa ok, set berpantang mana yang bagus, main taram je. Ada tak ada pun saya buat senarai je ikut yang bloggers di internet cadangkan. 

Masa anak kedua, dah pandai sikit...barang pun dah banyak yang ada, top up sikit-sikit mana yang perlu saja. Kena pulak masa tu keadaan kewangan kami tak begitu memberangsangkan, jadi apa yang penting ialah bajet paling ekonomi. 

Kali ni pun rasanya tak banyak barang yang perlu dibeli baru terutama baju. Baju anak sulung dulu pun masih boleh pakai. Baju abang no 2 pun dah ada bertambah (banyaknya yang orang bagi), jadi rasanya memang tak perlu beli dah. Saya cuma cadang  nak beli sepasang je khas untuk dia pakai selepas lahir nanti. Baju pertama. Biar special sikit. Abang yang no 2 pun saya beli juga baju untuk pakai sebaik lahir, tapi sudahnya pakai baju abangnya jugak sebab besar. 

Jadi, kelmarin kami shopping. Pergi tak bawak list pun, mana yang ingat je. Kena pulak shopping dengan kanak-kanak ribena berdua tu,  memang tak concentrate dibuat dek deme. Berlari celah-celah rak, menyusup bawah baju, semua benda nak cuit, nak capai, pastu jatuh menangis.

Sudahnya umi main ambik je apa yang dekat. Dah balik baru perasan hampir semua jenama Fiffy hahaha.


Drypers saiz new born beli 1 pek je yang 64 pcs sebab risau saiz baby cepat berubah ke saiz S. Lagipun diaper ni senang ayah dia pun boleh beli kemudian nanti. Harga RM26.90. Saya tengok di 99Speedmart lagi murah harga Drypers Newborn ni. 

Beg nursery tu sebenarnya bukan untuk baby, untuk abang Farhan (anak no 2) sebab beg abang Farhan dan uzur sangat dah. Maklumlah pakai sejak abang Sofiy (anak sulung) habis pantang. Tahun 2009 tu...dah nak 8 tahun usia beg tu. Bagi chance la abg Farhan pun nak beg sendiri jugak. RM26.90. Besar beg ni. 
Tuala tu ada 2 helai RM13.90 sahaja, takde la lembut sangat bak baldu gitu..tapi basuh nanti ok la. 
Maternity pad jenama Madame ni saya suka sebab lebar dan panjang, lembut dan yang penting ada pelekat. Takmolah yang guna tali-tali tu. Pengalaman bersalin anak ke2, memang saya guna sampai habis. Harganya RM15.50. 

Bantal berlekuk di tengah tu RM8.50 sahaja. Permukaan atasnya macam kain tuala. 

Baju NB tu sepasang RM13.90. Sengaja saya pilih yang lengan pendek dan seluar pendek jugak sebab baby NB ni kecik je. Kalau pakaikan seluar panjang, separuh seluar tu terkulai-kulai je. Jenuh lipat pulak. Lagipun baby akan dibedung nanti, tak sejuk pun pakai lengan pendek. 

Tisu basah tu memang tak cukup ye kalau banyak tu. Tambah-tambah kalau lama kat hospital. Tu beli sebab nak prepare beg hospital je. Nanti kita top up lagi. Masa dalam pantang awal-awal memang saya guna wet tissue juga untuk bersihkan baby bila dia membuang, sebab diorang ni kejap-kejap membuangnya. Mak tang mana larat nak bangkit duduk selalukan. Bila dah sihat sikit, biasa saya akan guna semburan air, rasa lebih bersih dan selesa. Dah tambah sihat lagi, kat sinki je kita bersihkan baby :)

Minyak kelapa dara brand Living Active tu untuk kegunaan masa mengandung ni. Yang ini tak beli di butik bayi, tapi saya memang jual. Kebetulan saya top up stok masa hari shopping tu, jadi kita snap la gambar dia sekali. VCO atau minyak kelapa dara ni memang terkenal la sangat-sangat bagus untuk ibu mengandung. Ada banyak khasiatnya termasuklah melawan jangkitan, memudahkan bersalin, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal berat badan, mencantikkan kulit bayi dan lain-lain manfaat. Ini botol untuk kuantiti 150ml, harganya RM35 sahaja. Saya minum begitu saja, VCO jenama ni tak rasa weird pun, sedap je. Bau kelapa (macam hapak sikit tu) mild sangat, dan tak rasa pun berminyak di tekak lepas telan. Saya boleh bandingkan sebab pernah minum VCO jenama lain masa mengandung anak pertama. Oh ye, VCO ni boleh diambil seisi keluarga. Saya bagi pada anak kedua saya juga sebab nak tingkatkan imun badan dia. Alhamdulillah dia ok, mau minum VCO ni dengan mudah.

Begitulah cerita pasal shopping barangan bersalin anak ke-3. In sha Allah kalau sempat saya akan update lagi pasal barang-barang persediaan bersalin dan berpantang nanti. 

Kalau berminat dengan minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (vco) tu boleh hubungi saya. 

Mai,
www.whatsapp.my/60123302067
atau pm di
Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @maiasihat

Mimpi. Dikenali sebagai mainan tidur. Semua orang pun rasanya pernah bermimpi. Ada mimpi bahagia, ada mimpi merepek, ada mimpi menakutkan, ada mimpi yang ingat dan ada mimpi yang tak ingat pun selepas bangun tidur. 

Biasanya, kalau kita terlalu fikirkan tentang sesuatu hal...kita mudah mimpikan perkara tu. Contohnya, orang yang tengah struggle tulis tesis, selalu laaa mimpikan supervisor dia. Ye tak? Hehehe. 

Ok, tapi ni nak cerita sikit tentang mimpi yang dialami oleh ibu mengandung. Saya perasan tentang mimpi ni dah seminggu macam tu. Memang setiap malam akan mimpi yang tak berapa nak best. Pastu tido siang pun mimpi jugak. Saya tak la mimpi hantu, tapi mimpi tu agak menyeramkan. Contohnya, macam gambar di atas tu. Bukanlah sebijik, tapi lebih kurang. Saya mimpi menyewa hotel, dan hotel tu suram, gelap, tepi laut nampak pantai tapi sunyi dan menyeramkan. Macam takde cahaya. Ada juga mimpi kat bangunan yang tak pernah-pernah saya pergi, parking kereta kat situ, dan bila datang balik kereta dah hilang. Mimpi kemalangan pun ada. Bukan saya yang kemalangan, tapi orang yang saya kenal, suami saya siap angkat dukung baby dia dari jalan raya tu. Ada juga mimpi ular yang cantikkkk...tapi tak la macam ular sangat, macam berlian bersambung panjang. Tapi dia ular. Itu la antara mimpi yang memang saya ingat sangat dan lepas terjaga tu rasa penatnya badan. Macam bertarung pulak. 

Rasa musykil dengan mimpi-mimpi tu semua, saya search la di internet. Rupa-rupanya perkara tu normal. Tapi mengikut kajian barat, mereka andaikan itu semua disebabkan hormon dan juga fasa tidur ibu mengandung yang jarang dapat deep sleep. 

Saya sengaja bertanya di Facebook. Dan memang betullah, kawan-kawan saya pun mengaku alami perkara yang sama. Ni saya screen shot sebahagian je komen. 


Selepas dapat feedback daripada diorang ni, barulah kurang rasa cuak nak tidur tu. Padahal selama ni pun saya tidur mesti baca doa dulu. Tapi semalam baca lebih lagi, ayat Kursi, 3 Qul, semuanya dengan niat mendapat perlindungan dan peliharaan Allah S.W.T. Alhamdulillah, rasanya tetap ada mimpi tapi saya tak ingat. Ada ingat sikit yang sebelum terjaga Subuh tadi tapi lama-lama dah tak ingat. Ok la tu kan? 

Jadinya, ibu-ibu sekalian...andaikan alami perkara yang sama,usah rasa pelik dan telampau risau. Kita sebagai orang Islam, ada Allah tempat kita berlindung. Sememangnya ibu mengandung ni fragile, kata orang. Gangguan pun mudah kena, tapi kita sandarkan pada Allah semata-mata. Amalkan 3 Qul, dengar / baca ayat Ruqyah, banyakkan zikir, dan doa ke secara spesifik supaya Allah bagi kita tidur yang aman. 

Okeh, jangan lupa juga minu susu sebelum tidur, lagi elok kalau diminum dengan madu lebah asli. Kalau nak Madu Quad, boleh tinggalkan komen atau pm saya Mai 012-3302067 atau singgah ke IG kami @maiasihat.. hehe...promo la sikit, benda baik dan bagus untuk kesihatankan?


Alhamdulillah, usia kandungan saya dah masuk 23 minggu semalam. Syukur, baby semakin aktif gedebuk gedebak dalam perut ni. Tapi belum mula kira lagi pergerakan dia. hehe.

Cuma, saya ada musykil sikit sebab 2 hari lepas saya perasan tangan saya mula mengembang / membengkak. Itupun sedar masa bangun awal pagi, lepas solat tu cuba nak buka cincin tapi tak lepas. 2-3 kali cuba jugak la baru dapat bukak. Tak sarung dah la risau nanti tak boleh keluarkan. Masa tu juga dah rasa macam kulit kaki dan tangan ni menegang. Tapi kalau tengok, tak nampak pun macam bengkak, cuma saya je rasa. Contohnya kalau nak genggam tangan tu boleh rasa macam ketat dan tegang. Dalam dua kehamilan yang lepas pun saya memang alami edema ni, tapi taklah seawal 23 minggu. Dah hujung-hujung baru bengkak. Sebabb tu saya macam mana rasanya. 

Saya teks kawan sekolah saya yang kerja doktor. Dia tanya berat naik mendadak ke? Lepas raya hari tu ada check up, memang ada pertambahan berat dalam 1 kg tapi nurse kata tengok lagi sekali. Logik la, rayakan? Sebelum tu puasa, berat badan saya siap turun lagi. Blood pressure nampak ok je masa check up yang lepas. Harapnya bukanlah tanda darah tinggi. 

Next check up di KKIA awal bulan Ogos nanti.  Jadi sekarang ni Syawal pun dah habis, harapnya rumah-rumah terbuka yang meriah dengan makanan tu pun dah habis jugaklah. Walaupun ada a few kenduri juga hujung Julai dan awal Ogos nanti. Nampaknya kena diet sikitla. Nak kena cut minuman dan makanan manis, Banyak minum air kosong dan sayur-sayuran, makan oats, dan nak konsisten makan kapsul extra virgin olive oil Tursina 88  la ni. Minyak zaitun kan memang bagus untuk ibu hamil, untuk kuruskan badan, rendahkan kolesterol dan kawal darh tinggi.

Oh ye, dari pembacaan saya juga, cuaca panas pun menyumbang kepada pembengkakan kaki dan tangan ni. Memanglaaaa cuaca panas sangat sekarang. Ala-ala summer gitu. Aircond pun dah tak rasa, panas lit lit kalau keluar tengah hari, hangat membahang masa petang dan lencuh melekit bila malam. 

Saya buat simple search kat internet dan jumpa info mengatakan bengkak atau edema ni boleh bermula seawal 22 minggu kehamilan, jadi tak la susah hati sangat. Buat ibu-ibu yang hadapi masalah sama macam saya, harap dapat chill jugakla lalui semua perubahan ni. Beginilah nak lahirkan seorang lagi khalifah di bumi Allah ni. Kita semua maklum, tak mudah :)


WHEN DO FEET SWELL DURING PREGNANCY?
Edema affects about three quarters of pregnant women starting around week 22 to week 27 of pregnancy, and it will likely stick around until you give birth (on the bright side, pretty soon you won't be able to see anything below your belly anyway).

What are swollen hands during pregnancy?
It’s when your hands and fingers start puffing up. A sure sign this is you? Rings no longer easily slip on your fingers.
What could be causing my swollen hands during pregnancy?
During pregnancy, your body produces about 50 percent more blood and other body fluids to help baby grow. (In fact, about 25 percent of your pregnancy weight gain is from fluid retention—take that, double cheeseburger and fries!) And some of that extra fluid is going to fill up your tissues, especially in your hands, feet, legs and ankles. What do all these fluids do? They help soften your body, allowing your joints and tissues to open up and prepare for delivery. You’ll typically see more swelling around your fifth month, lasting through the third trimester.
When should I go to the doctor with my swollen hands?
If the swelling seems extremely sudden (overnight you’ve gone from slim to sausage fingers), call your doctor: This could be a sign of preeclampsia a potentially dangerous combination of high blood pressure and high levels of protein in the urine.
What should I do to treat my swollen hands?
Keep an eye on your sodium intake, which can cause even more fluid retention, and try eating foods high in potassium (like bananas). Using cold compresses and drinking plenty of water can also help.
Ada yang nak cuba Extra Virgin Olive Oil Tursina 88 atau Virgin Coconut Oil, bolehlah hubungi saya ye. Saya pengedar produk-produk semulajadi ni. Ada juga minyak habbatussawda dan maduquad. 


Puan Mai
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @maiasihat
 (Gambar Google)

Assalamualaikum w.b.t

Faham ke dengan gambar di atas ni? Apa maknanya? Hehe...isteri-isteri mesti kenal alat ni dan tahu apa maksud garisan merah tu kan? 

Dalam bahasa Inggeris, alat ini dinamakan Urine Pregnancy Test. Fungsinya adalah untuk mengenal pasti sama ada seorang wanita itu mengandung atau tidak. Boleh dapat di farmasi dalam pelbagai range harga. Ada yang mahal ada yang murah. Biasanya wanita akan mula terfikir untuk buat ujian kehamilan ni bila period / haid dah lewat datang daripada kebiasaan.

2 garisan merah di atas ni...boleh menghasilkan pelbagai perasaan terutama kepada wanita. Di sini kita hanya sebut tentang wanita yang sudah berkahwin sahaja ye. Ada yang sangaattt teruja mungkin sampai boleh mengalirkan air mata gembira. Ada yang berdebar, terkejut, dan kemudian tersenyum. Ada yang berdebar, dan kemudian sedih atau stres. Ada yang relax je...apa-apa pun boleh. hahaha.

Sebenarnya, saya baru je mengalaminya hari Ahad yang lepas. Sebenarnya saya dalam fasa 'merancang keluarga'...iaitu on birth control. Belum nak tambah anak la mudah fahamnya...atas faktor-faktor tertentu. Sebelum anak kedua saya Farhan umur 2 tahun, saya merancang guna kaedah pil kontraseptif Noriday sebab masih menyusu badan. Kemudian, selepas Farhan 2 tahun saya bertukar kepada pil herba (tradisional) yang juga fungsinya untuk merancang keluarga. Farhan pun masih menyusu badan, payah sikit nak wean-off dia ni. Jadi, 4 bulan semua berjalan lancar walaupun saya pernah miss makan pil tu, tapi ok. Haid datang ikut masanya. Yang jadi huru-hara sikit bila saya diserang demam teruk akibat jangkitan rota virus bulan Februari lepas. Haid saya lewat seminggu. Tapi itu memang dapat diagak sebab saya demam dan sakit. Kemudian haid datang..dan saya teruskan pil macam biasa. Tapi bulan Mac punya haid tak kunjung tiba. Saya tak pernah miss pil untuk cycle yang ini. Tunggu punya tunggu...ada la nampak darah sejalur yang keluar. Period saya awal-awal memang tak banyak. Tapi tunggu lagi, dah tak datang dah. Aik? 

Dipendekkan cerita, Ahad lepas suami belikan UPT kit. Saya terjaga nak buang air pukul 2.30 pagi..teruslah check sebab nakkan urin pertama selepas bangun tidur sebab masa tu HCG dalam urin tinggi. Dan...keputusannya, sama macam gambar di atas. Positif! 

Keluar dari bilik air, saya pandang suami yang sedang tidur lena. Taknaklah ganggu dia..esok pun boleh bagitau. Naik semula atas katil, cuba tidur balik tapi mata tak boleh nak lelap. Ah sudah...banyak pulak yang datang dalam kepala ni. Macam-macam terfikir, pasal study, pasal kewangan, pasal berat badan yang belum sempat diet (padan muka), pasal Farhan yang masih menyusu badan, sampaikan dah terbayang macam mana nak setelkan anak-anak bila nak admit ward bersalin nanti. Hahaha. Kompleks betul fikiran mak mak kan?

Begitulah saya, yang memang tidak merancang untuk dapat anak lagi dalam masa terdekat. Tapi, bila Allah dah bagi ni...saya yakin dan percaya itulah yang terbaik buat saya dan orang di sekeliling saya. Kenapa Allah bagi sekarang? Kenapa tak Allah bagi 6 bulan yang lepas...itu semua aturan Dia. Saya tak salahkan pil herba tu, sebab PUNCA UTAMA bukanlah pil tapi ALLAH YANG MAHA BERKUASA. Cuma kalau lain kali nak merancang lagi, saya takkan ambil dah laa..gunalah kaedah lain yang lebih dipercayai.

Walaupun hanya dua line merah je sebagai bukti, saya sudah jatuh sayang pada kandungan ini. Pada anak yang entah sekecil mana di dalam rahim saya ni. Itulah naluri dan fitrah seorang ibu. Takkan sanggup untuk 'buang' begitu saja. Sebab saya yakin ini juga rezeki, dan Allah sudah aturkan rezeki yang lebih baik untuknya. Saya terus terkenang pada kawan-kawan yang dah laaaaama teringin cahaya mata, tapi sampai sekarang belum Allah kurniakan. Ada la 7-8 orang juga kawan-kawan yang sedang menanti dan terus menanti. Ada yang dah masuk 7-8 tahun kahwin pun masih berdua. Lalu, nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan? 


Saya nak kongsi sedikit tips 'memujuk' hati jika apa yang berlaku tak sama dengan apa yang kita rancang.

1- Istighfar dan ucapkan alhamdulillah. Kembalikan segalanya kepada Allah. Yakin bahawa SEGALA perancangan Allah itu baik untuk kita. Yakinlah.

2- Salurkan kasih dan sayang. Dalam kes ini, salurkan kasih sayang kepada benih yang ada di dalam rahim kita. Dia ada di situ kerana kasih sayang antara ibu dan bapanya. Maka, dia berhak menerima kasih sayang kedua-duanya. In sha Allah, bila sudah terbit rasa sayang dan kasih itu, segala yang lain tak jadi masalah lagi.

3- Doa. Kita merancang untuk tidak mengandung lagi, tentu ada sebabnya, betul? Setiap pasangan ada sebab tersendiri. Mungkin faktor suami isteri tinggal berjauhan, mungkin faktor kesihatan si ibu tidak begitu baik, mungkin faktor kelahiran anak yang kerap, dan sebagainya. Walau apapun alasannya...apabila kita sudah tahu kita mengandung, berdoalah. Berdoalah agar kita boleh menempuhi semuanya, berdoalah Allah permudahkan urusan sejak mengandung sehinggalah anak itu dilahirkan dan dibesarkan. 

4- Anak itu rezeki. Biasa kita dengar. Tapi, berapa ramai yang menghayati ungkapan ini. Percayalah bahawa setiap anak itu ada rezeki mereka masing-masing. Setiap anak juga membuka laluan-laluan rezeki buat ibu dan bapanya. Rezeki pula ada pelbagai bentuk. Mungkin seiring dengan kehamilan, kita suami isteri direzekikan dapat tinggal bersama. Mungkin, berkat mengandungkannya, kesihatan ibu bertambah baik dan macam-macam lagi yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.


Sakit Pinggang, Pinggul dan Punggung Semasa Mengandung



Salam Jumaat buat semua pembaca MAIA.

Tujuan saya berblog dan juga berShaklee adalah untuk berkongsi, berkongsi pengalaman dan juga kalau ada tips-tips tertentu pun akan saya kongsikan. Supaya lebih ramai yang mendapat kebaikan dan kesihatan. Jadi hari ni nak kongsi pengalaman saya mengalami sakit pinggang, pinggul dan punggung semasa mengandung tempohari.

Dapat berita bahawa anda mengandung memang sangat mengujakan, excited kata orang putih. Tambah-tambah yang buat UPT sendiri, mesti tahu macam mana perasaan menunggu dua garisan itu muncul. Tapi, kegembiraan tu biasanya akan disulami dengan rasa-rasa yang lain, antaranya letih, lesu, sakit, tak selesa dan bermacam-macam lagi simptom ibu mengandung. Ada yang kurang mabuk-mabuk tapi sakit badan, ada yang kena alahan kulit, dan yang paling 'best' kalau dapat semua satu pakej.hehehe.

Mengandung kali ni, saya rasa sedikit teruk berbanding anak sulung. Tak pastilah atas faktor apa, mungkin faktor umur juga. Dulu mengandung awal 20-an, kali ni dah menginjak 30. Salah satu simptom yang saya dapat kali ni ialah sakit pinggang / pinggul / punggung. Saya perasan rasa sakit ni sejak umur kandungan 3 bulan. Sakitnya di sebelah kanan je, kiri ok. Alhamdulillah lah sebelah je, kalau dua-dua..haru la jugakkan. Allah itu Maha Pengasih. 

Macam mana ye nak describe sakitnya tu...sakitnya macam lenguh tapi lenguh yang sangat kuat dan tertumpu kat satu tempat saja. Bila dah sakit, tak boleh gerak pun,kalau bergerak lagi la bertambah sakit. Saya perasan saya akan kena sakit ni bila sebelah siang / paginya saya banyak berjalan. Lepas tu sebelah petang / malam tu...bila dah duduk atau baring dan nak bangun semula..ya Allah..Tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya. Sampai merangkak-rangkak dan berpaut kat dindinglah usaha juga untuk bergerak dan berjalan. Serius memang sakit yang tak dapat dikawal. Biasanya kalau sakit saya akan bertenang dulu..tarik nafas, hembus..lepas tu barulah berjuang untuk bangun perlahan-lahan. Jangan sekali-kali bingkas bangun, maunya jatuh terjelepuk tau!

Saya tanya kakak saya, yang dah ada 4 orang anak...rupanya diapun dah merasa masa mengandung anak yang bongsu. Sampaikan nak angkat kaki masa ambil wudhu' sikit punya siksa. Saya tanya lagi, ada ubat tak. Katanya, "Ada, beranak!" Huhuhu. Saya ada juga sapu-sapu losyen halia kat tempat sakit tu, tapi macam tak berkesan je. Masa checkup antenatal, saya ajukan masalah ni pada nurse dan doktor. Doktor check, katanya saya takde masalah saraf atau otot, semua ok. Doktor cuma suruh bertahan sebab ini semua mungkin faktor hormon. Doktor suruh minum susu dan ambil pil kalsium. Saya tanya fisio pulak, dia suruh saya ambil kelas senaman khas untuk masalah tu sebab fisioterapi tak boleh dilakukan untuk ibu mengandung. Saya mintaklah rujukan daripada nurse untuk jumpa fisio, tapi nurse kata tak perlu. Hmmm..

Saya pun ikut je la saranan doktor, walaupun saya memang dah amalkan Set Kehamilan Shaklee yang mengandungi Ostematrix dari awal mengandung lagi. Cumanya mungkin dos tak cukup. Jadi, saya up kan dos kepada 1000mg sehari dan amalkan secara konsisten. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...saya dapat rasa kelegaan yang ketara. Boleh dikatakan takde dah sakit yang terlampau tu, nak bangun daripada duduk atau baring pun dah laju..cuma faktor berat badan bertambah sajalah. Tu laa...makan suplemen ni kena konsisten. 

OSTEMATRIX (RETAIL PRICE): RM61

Nampak sangat badan ibu mengandung ni sangat-sangat perlukan bekalan kalsium yang mencukupi. Sebab apa? Sebab kalau tak cukup, kalsium yang ada pada tubuh ibu akan diserap oleh bayi dalam kandungan untuk tumbesarannya yang pesat dan ibulah yang akan hadapi kesan kekurangan kalsium tersebut. Sama ada kesan jangka pendek macam sakit-sakit badan, lenguh, sakit gigi dan sakit urat, ataupun kesan di kemudian hari iaitu sakit badan dan tulang rapuh. Nauzubillah.

Postur badan yang betul sewaktu mengandung berupaya mengurangkan kesakitan

Inilah rupanya Ostematrix (kalsium magnesium) Shaklee yang saya ambil tu. Apa yang bagusnya Ostematrix, selain sumber suplemen semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh, Oste juga hadir dalam pecahan tablet dengan kandungan 250mg kalsium per tablet. Maka, mudahlah kita nak anggarkan keperluan kita. Misalnya saya dah minum segelas susu (bersamaan 250mg kalsium), jadi saya hanya perlu tambah 3 tablet Ostematrix sahaja lagi untuk keperluan 1000mg sehari. Tabletnya juga tak besar dan mudah ditelan. Saya biasa telan 2 biji sekaligus, laju je masuk.

Ostematrix Shaklee juga istimewa sebab bukan kalsium semata-mata tapi dilengkapi dengan magnesium, vitamin D dan zinc. Magnesium sangat penting diambil sekali dengan kalsium sebab kalau ambil kalsium sahaja, kita mudah sembelit. Tambah-tambah ibu mengandung memanglah lagi mudah sembelit, kena pulak ambil pil iron yang membuatkan buangan (tinja) pun jadi warna gelap kehitaman. In sha Allah ibu-ibu mengandung yang ambil Ostematrix tidak akan susah hati dengan masalah sembelit. Ambil Oste malam sebelum tidur, esok pagi automatik akan ke tandas tanpa rasa memulas. Rasa proses yang sangat natural.

Anda mengandung dan mengalami masalah yang sama? Jangan biarkan berbadan dua jadi punca pergerakan dan aktiviti kita terbatas. Cepat-cepat cari solusinya. Boleh dapatkan Ostematrix ni daripada saya, saya boleh pos ke seluruh Malaysia. In sha Allah stok sentiasa ada sebab saya dan suami memang amalkan Oste ni walaupun saya dah melahirkan anak. Masa menyusu ni pun kalsium sangat penting. Eh, tak mengandung tak menyusu pun tetap penting. 

Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.