Showing posts with label Santapan Hati. Show all posts
Showing posts with label Santapan Hati. Show all posts

 


IBADAH KERANA REDHA

❝ Jangan beribadah kepada Allah agar Dia memberi. Tapi beribadahlah pada Allah agar Dia redha. Kerana, ketika Dia redha, kamu akan terkejut dengan pemberian-NYA. ❞


[Syeikh Mutawalli As Sya'rawi]



Patutlah bos merangkap ibu kami Bonda Nor sering kali berpesan, kita perempuan ni kena banyak bersedekah.Sejak join Dropshipper Bonda Nor (DBN), Bonda selalu berpesan supaya banyak-banyak bersedekah dan memberi. Beri dalam pelbagai cara. Beri..beri..beri. Inilah alasannya kenapa wanita mesti banyak bersedekah.

CARA WANITA BERSEDEKAH

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin.... (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...

Siapa baca sampai habis komen 'Aamiin'

Kredit Ustaz Iqbal Zain.


Salam 4 Ramadan

“Barang siapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”
(HR Nasa’i dan Tarmizi)

*moga tiada satu hari pun dalam Ramadhan berlalu tanpa sedekah*


Surah Ad-Dhuha yang amat powerful untuk hamba-hamba yang sedang berdukacita. Bila kita terasa kecil dan tercabar. Sedih dan hampa dengan masalah dunia yang tak putus-putus.

Ingatlah Allah itu lebih dekat dari urat leher kita. Lebih menyayangi kita dari kedua ibu bapa kita sendiri.

Surah ini diturunkan setelah 6 bulan Rasul terasa seperti ‘ditinggalkan’ oleh Allah tanpa seberang wahyu. Diperli dan dihina oleh kaum musyrikin. Antara saat paling sedih dalam hidup Rasul yang mulia. 😢

Dan sekarang surah ini untuk kita. Lazimi lah saat rasa rendah dalam hidup. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar dan maha melihat akan hamba-hambanya dan tidak akan meninggalkan hamba- hambanya yang ikhlas.


Bila kita mahukan sesuatu, siapa atau apa yang kita ingat dulu? 
Usaha kita atau Pemilik sesuatu tersebut?
Apabila kita tidak sukakan sesuatu, apa atau siapa hati kita terdetik dulu?

Ya...di lidah kita lafazkan yakin dan beriman. Tapi dalam realitilah kita tahu setakat mana iman kita. Kalau sakit, kita cari Allah dulu atau ubat dulu? Kalau nakkan duit misalannya kita mintak pada Allah dulu atau kita usaha dulu habis-habisan dan sampai dah tak ada daya upaya baru kita mintak pada Allah? Bila negara terkena wabak HFMD, dah angka berapa kes baru diadakan solat hajat?

Jom ubah!
Apa-apa pun Allah DULU. 
Saya pun sedang cuba, cuba dan terus usaha meletakkan Allah yang PERTAMA dalam segala aspek. Memang tak senang..benda dah biasa. Contohnya, rasa mengantuk tapi kita sedang bekerja. Kita bercakap dengan Allah dulu, ucapkan ta'awuz (A'uzubillahi minassyaitonirrajim), baca ayat Kursi dan tekankan pada ayat 'La ta' khuzuhu...(ila akhir)'.  Dan kita doa "Ya Allah, Tuhan yang tidak mengantuk dan tidak tidur, bebaskan aku daripada rasa mengantuk ni kerana aku sedang bekerja, aku sedang punya komitmen dan tanggungjawab, Ya Allah". Sekadar contoh. Lepas tu barulah kita bangun basuh muka ke, ambil wudhu' atau bancuh kopi. 

Nampak tak...nampak tak?
Untuk muhasabah diri sendiri, jika baik ambillah sebagai pedoman. 
Doa Mempercepat Penyelesaian Masalah

Zikir:
Ya Awwal (Yang Maha Mempercepatkan)
Ya Akhir (Yang Maha Mengakhirkan)
Ya Baasit (Yang Maha Melapangkan)

Ya Allah, sesuangguhnya daku sudah tidak berdaya lagi menanggung masalah ini, Ya Allah Ya Awwal, Ya Akhir, percepatkan penyelesaian masalah hamba-Mu ini dan akhirilah masalah ini dengan sebaik-baik penyelesaian. Ya Allah Ya Baasit, lapangkanlah jalan penyelesaian bagiku. Sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahan daripadaMu.

*godek-godek document tadi jumpa doa ni. Share di sini, semoga bermanfaat untuk semua. Inilah kelebihan dan khasiat Asmaul Husna. 




#asmaulhusna


SABAR PADA HENTAMAN PERTAMA
Sesuatu berlaku. Tidak juga hal yang terlalu besar, tetapi sangat tidak disangka dan sangat tiba-tiba. Air mata bergenang juga sebentar tadi. Syukur, cepat-cepat bertenang. 

Teringat kata-kata Ustaz Zul Ramli dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi. Bukan mudah sebenarnya untuk kita sabar pada hentaman pertama. Maksudnya, di saat-saat terawal kita dapat tahu atau terkena sesuatu yang kita anggap musibah (yang kita tak suka, yang menyakitkan) itu, apakah reaksi dan respons kita? Adakah pada waktu itu kita mampu mengawal emosi kita. Adakah pada ketika itu kita berdaya mengunci mulut kita daripada berkata sesuatu yang buruk dan merugikan. Paling penting, adakah tatkala itu kita mampu mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Yang ketiga tu, saya sendiri memang payah nak buat, belum terlatih nak tune minda supaya melihat bala sebagai nikmat dalam kadar segera. At least perlu juga tempoh bertenang baru boleh berfikir waras. Paling tenang saya hadapi sesuatu keadaan genting itu, dengan menyebut LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH. Mintak Allah tolong bagi kekuatan dan kesabaran. Yang pertama dan kedua tu sedang mujahadah. In sha Allah. Kadang-kadang failed, kadang-kadang lulus.
Hakikat bala di sisi Allah bukanlah bertujuan untuk menyusahkan dan menyempitkan hambaNya, tetapi sekadar membawa hambaNya ingat kepadaNya dan kembali ke jalan yang lurus.
Tenangkan jiwaku Ya Salam, bukakan minda dan hatiku untuk redha atas peristiwa-peristiwa ini Ya Allah Ya Fattah, Ya Sabur, Ya Qadir, Ya Muqtadir, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, masukkan rasa nikmat dan lazat ketika melalui peristiwa-peristiwa ini kerana sesungguhnya semakin Engkau cinta pada hambaMu, semakin Engkau uji dengan ujian demi ujian bagi memastikan hambaMu sentiasa ingat dan datang dekat kepadaMu.
Kredit doa: Prof Madya Dr. Wan Maseri

#santapanhati
#muhasabah
#energiasmaulhusna
Terketik (klik) satu folder dalam pc, mata terus tertangkap pada gambar ni. Share lah di sini, mana tahu ada jiwa yang memerlukan kata-kata ini. Hakikatnya, kita semua memerlukan Allah S.W.T kerana setiap 'jalan' yang kita lalui ada Allah sebagai Perancangnya.



Pengalaman hidup banyak mengajar saya tentang situasi ini, yang seakannya sudah tiada cara dan tiada jalan lagi. Jalan mati kekdahnya. Maka menangislah kita, buntu. Normal tu. Kita manusia biasa. Kita percaya, sentiasa percaya pada Allah, tetapi kita manusia selalu mahu yang konkrit, selalu mahu ada sebelum masa kita benar-benar memerlukannya. Selalu juga mahu sesuatu itu walaupun mungkin tidak baik untuk kita. Sedang Allah MAHA TAHU bila dan bagaimana Dia mahu memberinya kepada kita, atau mungkin memang kita tidak perlukan pun sesuatu itu, atau jika diberi, sesuatu itu tidak baik untuk kita. 

Maka percayalah! dan teruskan berdoa dan meminta...bersama amalan yang boleh menarik kasih sayang Allah kepada kita. 


Bismillah
Ya Allah, rahmatilah orang yang membaca doa ini.
Saat dia ada hutang atau mempunyai masalah kewangan, ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi daripada masalah kewangannya. Ya Allah ya Razzaq ya Ghaniy ya Mughniy, kurniakanlah dia rezeki dan kekayaan-Mu yang berlimpah ruah yang tidak pernah habis supaya hutangnya dapat dilunaskan.
Saat dia dalam kesulitan, senangkanlah dia. Ya Allah ya Mukmin, tenangkanlah hatinya dengan keyakinan, bahawanya semuanya akan baik-baik sahaja kerana ada Kau di sisinya.
Saat dia dalam kesedihan, gembirakanlah hatinya.
Saat dia sedang berasa kecewa, kurniakanlah dia semangat-Mu ya Baits Yang Maha Membangkitkan.
Saat dia sedang rasa lemah, ya Aziz ya Qawiy ya Matin kuatkanlah dia. Ya Baits, bangkitkanlah semangatnya.
Saat dia sedang jiwa kacau, tenangkanlah hatinya, selesaikan masalahnya. Berikanlah dia jalan keluar, jalan penyelesaian ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi. Lapangkanlah hatinya.
Ampunilah dosa-dosanya ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab. Ya Allah ya Quddus ya Jalil, bersihkan dan sucikanlah hatinya daripada dosa, berhala dunia, penyakit hati.
Ya Allah ya Awwal, aku mohon percepatkanlah pemakbulan doa ini sesungguhnya Engkau Yang Mempercepatkan lagi Yang Maha Memakbulkan Hajat ya Mujib.
Doa yang sama, aku mohon untuk diriku dan yang menghantar doa ini kepadaku. La hawla wala quwwata illa billah.
p/s: Anda akan didoakan selagi doa ini menjadi viral kepada orang lain.
@sumberilmu

Alhamdulillah, di hari Jumaat yang berkat hujan turun sejak pagi di Bangi, dan mungkin juga sekitar Lembah Klang. Petang ni pun hujan lagi sampailah menjelang Maghrib ni. Tertarik dengan status seorang sahaba di Facebook tadi.

Tup. Tup. Tup. Damainya bunyian rintik hujan yang bertemu atap. Bunyi yang menenangkan setiap telinga yang mendengar.
Dalam istilah ilmu teknologi minda, irama alam semulajadi memudahkan turunnya gelombang minda dari beta ke alfa. Iaitu keadaan minda yang cenderung diprogramkan.
Kaitannya dengan waktu mustajab doa semasa hujan - kerana minda berada dalam state alpha. Bonusnya hujan turun di pagi Sayyidul Ayyam yang barakah.
Ya Allah Ya Syafi, berilah kesembuhan buat sahabatku yang sakit.
Ya Allah Ya Fattah Ya Razzaq Ya Wasi', bukakan dan lapangkan jalan rezeki kewangan buat sahabatku yang diuji kesempitan duit.
Ya Allah Ya Halim Ya Qowiy Ya Matin, kurniakan ketenangan dan ketabahan buat sahabatku yang sedang menempuhi liku hidup yang perit.
Ya Allah, sesungguhNya dengan zatMu Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' Ya Mujiib, perkenankan doa-doa sahabatku yang berhajat.
Aamiin Ya Mujiib.

Cubalah berdoa di waktu hujan lebat, saya pernah buat..sambil memandang titis-titis hujan itu..ya Allah..terasa getarannya sampai meremang roma. 

Allahumma Salli 'ala Saiyyidina Muhammad





"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Wahai orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.

                                                                                            (Al-Ahzab: 56)

" Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, digugurkan sepuluh kesalahannya serta ditinggikan sepuluh darjat"
                            
                                                                                     (hadith riwayat An-Nasa'i dan Ahmad)


- Jika rezeki anda tersekat, berselawatlah. Nanti Allah akan datangkan rezeki sepuluh kali ganda, confirm.

- Jika hidup anda tersekat sana-sini, rajinlah berselawat. Nanti Dia akan fix hidup anda dengan barakahnya sepuluh kali ganda, PASTI.

- Andai anda berasa terbeban kerana dosa masa silam, bertaubat dan rajinlah berselawat, kerana Dia akan sucikan anda daripada dosa-dosa itu. Kali ini, lebih putih dari putih kerana pengampunanNya didatangkan 10 kali ganda.

- Jika anda inginkan semua anak menjadi dan hidup dihormati, basahkanlah mulut dengan selawat. Pasti Dia akan selubungi hidup anda sekeluarga dengan rahmatNya, sepuluh kali ganda. 

Ketika berdoa, mulakannya dengan selawat kerana ia merupakan kunci untuk memudahkan Allah menerima segala doa yang dihajatkan.

(Kredit: Ustaz Asraff Ayob)

Jom, target selawat lebih hari ni. Sekurang-kurangnya 100x, kalau dapat 1000x cuba bayangkan berapa kali Allah berselawat kepada kita, dan berapa banyak dosa-dosa kta digugurkan.

#thepowerofselawat
#selawatkeatasnabi
#salamjumaat
#bukumaia


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu :)

Saya doakan hari minggu anda semua ceria dan penuh kasih sayang. Amin.



Pernah tak, tiba-tiba je datang lintasan dalam hati untuk buat sesuatu yang baik? Kadang-kadang, kebaikan yang kecil-kecil saja. Contohnya;

~ Di wall facebook  kita lalu satu pos meminta derma untuk sebuah keluarga yang daif dan memerlukan. Hati rasa nak menyumbang sedikit.

~ Rasa nak telefon ibu ayah hari ni.

~ Ternampak seorang kanak-kanak di klinik, dan rasa nak beri sesuatu lalu teringat dalam beg kita ada biskut / roti.

~ Rasa nak belanja seseorang makan hari ni

~ Masuk masjid (bukan waktu solat) dengan tujuan nak tumpang guna tandas je, terfikir nak sedekah dalam tabung masjid.

~ Teringat nak baca semula satu tajuk buku yang dah lama beli di @bukumaia tapi belum habis baca (ini contoh ye. hehe)

~ Ada orang share doa ringkas di media sosial, dan rasa nak amalkan.

dan baaaaanyak lagi kebaikan-kebaikan yang lain.


Jika terlintas untuk buat baik, maka teruskan. Tak perlu fikir 2-3 kali. Buat saja. Seboleh-bolehnya jangan bertangguh..terus je buat. Sebab kalau bertangguh ni nanti boleh jadi lupa, boleh jadi juga kita diwaswaskan oleh syaitan supaya tak jadi buat. 

Contohnya, niat nak sedekah tapi kita bertangguh dengan fikiran..sekejap lagi la nak skrol facebook dulu...akhirnya kita terlupa. Atau, nak bagi biskut / roti tapi teragak-agak. Syaitan bisik di telinga, "ala..malu la apa kata orang yang nampak? Nanti diorang ingat kau nak tunjuk baik. Lagipun biskut tu kau nak makan bila kau rasa lapar bila-bila masa dalam perjalanan nanti " Lalu, kita terikut nasihat syaitan itu. Tak dapatlah kita satu pahala amal kebaikan. Kan rugi? Lebih rugi, jikalah kebaikan yang Allah lintaskan di hati kita itu sebenarnya dapat membuka lebih banyak pintu-pintu kebaikan. 

Satu perkara yang mungkin boleh jadi motivasi pada kita ialah, Allah sudah janji bahawa setiap amalan yang baik sama ada fardhu atau sunat, asalkan namanya kebaikan dan kebajikan, sebenarnya KITA BUAT UNTUK KEBAIKAN DIRI KITA SENDIRI. Allah tak perlu pun segala amal kebaikan kita tu...Allah tetap Maha Berkuasa, Maha Kaya dan kekal dengan sifat-sifat Allah yang agung. Malah Allah yang Memberi Rezeki kepada hamba-hambaNya.



Jadi, apa yang kita ragui lagi. Buat saja perkara baik-baik...itu tandanya Allah mahu beri kita lebih. Janji Allah, tentu Allah tunaikan. Kita mesti yakin.

#muhasabah
#jomcaripahala
#mudahnyamenjemputrezeki



Alhamdulillah, kami dapat balik ke kampung pada cuti Hari Raya Aildil Adha baru-baru ini. 
Sebenarnya..saya suka sangat balik balik kampung. Anak-anak pun excited yang amat. Tapiiii..saya memang tak suka nak bersiap balik kampung tu. Persiapan yang sangatlah meletihkan, bagi saya. Nak balik 3 hari macam nak balik sebulan. Semua nak kena kemas, bersih, ready, selamat. Ini memang fe'el suami saya...jadi mahu tak mahu buat jugalah sampai menepati spesifikasi dia. Karang takde orang nak drive balik kampung pulak kan? hahahaha.

Ok, terbaca coretan pengasas Pertubuhan Sedekah Subuh di dinding Facebook miliknya. Dan ye..terkena batang hidung sendiri. Bagaiman persiapan kita untuk PULANG KE KAMPUNG AKHIRAT?

BALIK KAMPUNG DUNIA & BALIK KAMPUNG AKHIRAT...
Penat sungguh berkemas...2 malam longgok barang nak balik kampung tepi pintu supaya tak lupa & tak tertinggal.
Buang sampah
Tutup tingkap
Kunci pintu
Angkat baju
Kemas baju
Cuci pinggan
Adoiiiii penatnya.
Tiba-tiba....semasa lalu di longgokkan barang nak bawak balik ke kampung
Hati terdetik!
Ni baru nak balik kampung dunia
Persiapan bukan main lagi
2 hari berkemas
Siap segala bagai
Nak balik kampung akhirat?
Confirm punya lagi lama
1 hari di dunia sama dengan 1000 tahun akhirat
Tapi tak lah ready macam nak balik kampung dunia.
Solat malam selalu tercicir
Puasa sunat pun terkucil
zikir-zikir tasbih-tasbih pun terpinggir
Itu baru cerita yang sunat-sunat
Yang wajib-wajib
Rasanya belum dapat A+++
kalau B++ pun kira ok dah tu
Hmmmm....
Mana lebih kekal?
Kampung dunia atau kampung akhirat?
Tentulah kampung akhirat...
Soalan bodoh
Tapi kenapa tak ready bersungguh-sungguh untuk kampung akhirat?
Ni lagi bodoh!
ALLAH..
ampun ya Rabb


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...... SIAPAKAH ANDA?

SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata: "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." 
Lalu sambil berkata, 
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.






Lama ke baca Yaasin?


Dulu saya pun fikir macam tu. Agaknya terpengaruh dengan bisikan syaitan.


Bila dah cuba baca Yaasin di waktu senggang, alahai 10 minit dah selesai. (Kelajuan sederhana dengan bacaan lancar tanpa tadabbur makna).

Jom luangkan kurang 15 minit masa kita untuk baca Al-Qur'an.


Sedikit tips, saya turunkan kepada anda pembaca yang saya kasihi sekalian.
Tips ini saya dapat daripada Dr.Umar Kassim, salah seorang pemegang PhD yang saya kagumi. Saya dapat sendiri tips ini one to one (online) daripada beliau. Inilah salah satu amalan yang beliau lakukan, dan ajar saya untuk amalkan dalam usaha keluar daripada kesempitan.

1- Buat solat dhuha 6-8 rakaat (dua rakaat satu salam), setiap hari. 
2- Selepas itu, baca surah Yaasin sehingga habis dalam sekali bacaan.

Saya sudah amalkan sejak awal tahun 2016, cuma saya tidak ada kesempatan membaca Yaasin selepas solat dhuha kerana kelas saya penuh. Cuma ada senggang waktu setengah jam (saya luangkan untuk solat dhuha). Jadi, saya baca Yaasin masa dalam perjalanan ke tempat kerja (dalam tren, masa tunggu bas, dalam bas) ikut mana yang sempat asalkan masih dalam waktu dhuha. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah banyak perubahan yang saya nampak, banyak kelapangan yang Allah beri pada saya. Jadi, jom lah amalkan. Tak lama pun nak baca Yaasin. Kalau tak dapat pun dalam waktu dhuha, bacalah pada waktu yang lain dalam hari yang sama. In sha Allah ada kesan yang kita akan rasai.



**saya suka Yaasin mini ni, mudah dibawa, mudah dibaca, tahan lasak tak mudah rosak.

Nak iklan sikit:)

Jika anda berminat membuat pembelian surah Yaasin sebagai wakaf, doorgift dan seumpamanya, saya merupakan pengedar Yaasin, Buku Mini Asmaul Husna dan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki serta surah Al-Kahfi.





Jika anda juga berminat nak dapatkan buku-buku mini dan Yaasin ini, dipersilakan hubungi kami melalui medium-medium di bawah.


Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia
*Sedikit tazkirah utk renungan buat sahabat dan utk diri sendiri*..

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.
*Tkasih kerana meluangkan sedikit masa utk membaca*
.
.
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
.
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
.
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
.
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
.
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...
.
Saya catat & mahu kongsikan..
.
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
.
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
.
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
.
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
.
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
.
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
.
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
.
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
.
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
.
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2...

Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.

*****Mungkin anda sudah pernah membaca tulisan ini berkali-kali sebelum ini. Tetapi, bila anda baca kali ini, adakah anda masih dapat sesuatu yang baik? Alhamdulillah******