Showing posts with label KDrama. Show all posts
Showing posts with label KDrama. Show all posts
Oh...tak dapat tahan untuk tulis entri ni. Shaklee Shaklee juga..minat kat drama Korea memang tak boleh nak padamkan lagi walaupun masa sangatlah mencemburui hari-hari saya. Mana dapat layan drama Korea dah kebelakangan ni. Ye la..study pun dah sampai fasa-fasa klimaks dah ni. Apapun, saya masih mengikuti perkembangan drama Korea (yang ada kaitan dengan actor / actress) kesukaan saya je la. 

Terkini, Joo Won bakal muncul lagi mengubat rindu para peminatnya dalam drama siri terbaru: Good Doctor. Selepas Seventh Level Civil Servant rasanya Joo Won ada berlakon filem tapi saya tak ingat pulak tajuknya. Only You kalau tak silap. Tapi sebab filemkan, kureng sikitlah. Lagipun susah nak dapat filem Korea full version ni. Dramacrazy pun dah shut down, buat semua peminat drama Korea jadi crazy!! Haha..saya pun sebenarnya frust jugaklah sebab saya baru sempat tonton 1 drama je full episodes kat situ. Yela dulu-dulu takde internet kat rumah, takkan nak layan waktu kerja kat lab pulak kan.




Teaser

Petikan daripada Dramabeans

Here’s our first peek at KBS’s upcoming Monday-Tuesday medical drama Good Doctor (sigh at the on-the-nose title they chose over Green Scalpel), starring Joo-won (Gaksital) as an autistic savant surgeon. Right now it just looks like Joo-won in a suit (where’s the lab coat and pocket protector?) but I’m a happy camper whenever he’s back in dramaland so I’ll take what I can get.
The new project from the writer of God’s Quiz and the PD of Ojakkyo Brothers is being called a “warm human drama” and stars Joo-won as an autistic savant who has a childlike personality and genius skill for surgery. In the stills he’s leaving his quiet hometown for the big university teaching hospital in Seoul where the drama will take place. Moon Chae-won(Nice Guy) plays a pediatric surgical fellow in the same program as Joo-won, described as a bold and outspoken character who will share a sweet loveline with the hero.
Joo Sang-wook (TEN) co-stars as an assistant professor who has a crush on Moon Chae-won, but is also engaged to Kim Min-seo (The Moon That Embraces the Sun), manager on the hospital’s planning board, and only daughter of the board’s director. Hm, sounds like a political marriage on his part, which would explain the wandering eye. And Kim Young-kwang (Birth Secret) plays a surgical resident who’s the first to befriend Joo-won, the outsider.
The subject matter doesn’t sound overly appealing, but it’s being set up as a heartwarming underdog tale, and it’s full of actors I like. And it would be nice to see Joo-won in something good again. Here’s hoping.
Good Doctor follows Shark and premieres August 5 on KBS.

Kombinasi actor dan actress yang sesuai dan pelakon-pelakon lain pun mantap. Harap project ni sukses bagi Joo Won selepas 7L yang boleh dikategorikan gagal hari tu. Sayang bakat dia sebab dia boleh dikatakan real actor, jadi kalau salah pilih projek memang rugi. Joo Won sangat sesuai dengan watak berat, dan dia sangat handsome dalam uniform. :-)

Nak tengok video teaser? Kat SINI. Dah tengok ni memang confirm tak sabar nak tunggu. Saya memang minat drama genre begini.



Sempat juga mengkhatamkan drama ni di maadu. Saja je tak marathon dengan tengok cd, tengok je drama yang tengah tayang, jadi seminggu dapat tengok 2jam je dan kena tunggu minggu depan pulak.

Saya tengok drama ni sebab adanya Joo Won dongseng kesayangan.hehe. Walaupun agak frust dengan pemilihan heroin oleh pihak penerbit, tapi apakan daya walaupun fans Joo Won rata-ratanya tak berkenan dengan gandingan berkenaan, Choi Kang Hee tetap dipilih sebagai leading actress.


Hero dan Heroin

Drama ni pada awalnya mendapat ranking yang agak baik, mungkin sebab populariti Joo Won dalam Gaksital, tapi menghampiri episod ke10 dah mula kedengaran suara-suara yang tak puas hati dengan drama ni..terutama jalan ceritanya. Pada saya, kekurangan itu datangnya daripada genre cerita ini, iaitu romantik komedi..tapi tema cerita adalah penyiasatan atau kepolisan. Memang susah sikit nak ngam. Selalunya kalau cerita-cerita thriller, tembak-tembak, penyiasatan ni genre serius baru la bestkan. Bila dah dijadikan komedi, macam hilangla taringnya. Tapi, kalau penulis dan pengarah pandai adun, menjadi juga. Antara contoh drama genre begini The Sweet Spy...ada bodoh-bodoh alang tapi part thrill tetap thrill. Dan dari segi plot cerita memang drama ni macam boleh diteka, takde suspens, antagonis pun takde sangat. Kalau nak tengok santai-santai ok la. Ataupun peminat-peminat Joo Won yang rindukan aksi terbaru beliau dalam genre yang berbeza..(macam saya). Atau nak tengok debut Chansung dalam lakonan..pertama kali dia berlakon, not bad.

Sinopsis drama boleh la google, drama adaptasi daripada filem My Girlfriend is An Agent. Disebabkan saya tak tengok filem tu jadi tak dapatla nak ulas tentang adaptasi. 

Secara keseluruhan, saya bagi 2.5 bintang je untuk drama ni. Serba-serbi kurang membuatkan drama ni sekadar boleh tengok je la. OST pun biasa-biasa je. Saya prefer IRIS 2 yang ditayangkan hampir serentak dengan drama ni. Tak hairanlah ranking jatuh merudum, kena pulak masa episod-episod last drama The Wind That Winter pulak ditayangkan. Sebenarnya pelakon-pelakon drama ni ok, boleh berlakon, tapi mungkin salah skrip la kot. Saya harap Joo Won tak silap buat percaturan dalam memilih projek lagi lepas ni. Kalaupun tak dapat drama sehebat Gaksital, tapi biarlah yang berkualiti dan pasangannya serasi dari segi lakonan dan juga paras rupa dan umur. Dengarnya Joo Won akan berlakon filem lepas ni, tajuk lupa la pulak. Pun dengan noona jugak..hmmm :-(

Disebabkan saya ni kalau review drama kalah nak buat paper jurnal, diap search bagai...maka eloklah kiranya tulis entri ni dulu sebelum entri azam tahun baru 2013. Hehehe.



Prosecutor Princess ni bukanlah cerita baru, mungkin sekitar 2010 la kot. Betlkan kalau salah. Penting ke pun? hehe. Mula-mula dulu saya tak tertarik dengan drama ni walaupun dalam reviewnya Kak Zel kata best. Tapi last-last saya order jugak sebab adanya Kim Seo Yeon jadi heroin. Rasa teringin pulak nak tengok Seo Yeon berlakon genre lain selain thriller dan action. Memang puas hati tengok cerita ni. Sikit-sikit ada kureng tu biasala..nama pun drama bikinan manusia. Drama real kehidupan je yang perfect.

Dalam cerita ni, Kim Seo Yeon pegang watak heroin bernama Ma Hye Ri. Heronya...Park Shi Hoo yang memegang watak sebagai Seo In Woo. Mengisahkan heroin ni seorang law student yang baru grad dan berjaya jadi pendakwaraya. Tapi dia ni terpaksa je ambik cos law tu atas arahan ayah dia. Sebenarnya dia minat fesyen. Hero pulak seorang peguam yang dibesarkan dan belajar di Amerika, tetapi balik bekerja di Korea. Heroin ingat perkenalan mereka adalah secara tak sengaja dan seterusnya jadi kawan, tapi rupanya hero ada misi tersendiri mendekati dia.

Saya suka jalan cerita ni kecuali part yang hujung-hujung, flow pun ok tak laju sangat tak lembap sangat. Ada jugak babak-babak yang tidak dijangka. Pendek kata tak boring tengok. Lagi part yang saya suka adalah part main perasaan bila hero terpaksa tahan perasaan cinta dia pada heroin sebab nak capai misi asalnya. Cerita ni jugak takde watak antagonis, walaupun dua perempuan sukakan lelaki yang sama tapi dua-dua macam profesional gitu.

Selain tu, best jugak sebab boleh cuci mata tengok rumah, bilik, baju, aksesori cantik-cantik dan mewah. Maklumla cerita orang kaya, suka fesyen tentula ada benda-benda sampingan gitu. Tapii...rambut heroin tak lawa la dalam cerita ni. Serabai dan serabut. Body , rupa dah mengancam..tapi tang rambut..fesyennya saya takleh bla. hehehe.


Cuba bandingkan gambar Seo Yeon kat atas ni, rambut yang baju pink tu pelikkan? hihihi.

dan ini sape?


Kalau nak tau macam mana dia boleh kurus dan jadi prosecutor yang cantik jelita, tengokla drama ni..hehe.

Ye, petang-petang sabtu yang dibasahi hujan renyai. Anak tido, emaknya mencari drama Korea yang sedap untuk dilayan sambil makan maggi cup (eh, tak diet dah ke?). Ada dua lagi judul dalam simpanan yang belum tengok, tapi dua-dua cerita zaman joseon. Belum ada mood nak tengok. Rasa nak tengok drama yang ringan-ringan je. Tetiba teringat tak review lagi drama yang baru lepas khatam; The King 2 Hearts dan Ghost. Review Ghost dulu la.


Drama ni memang dalam kategori genre action kegemaran saya. Drama ni lain sikit daripada biasa. Biasa drama action thriller ada geng samseng/penjenayah dan ada skuad elite/ perisik. Aksinya pulak mesti lawan-lawan tembak-tembak. Tapi drama ni berkisarkan jenayah siber. Walaupun masih polis vs penjenayah, tapi lawan tu lebih dalam bidang digital dan elektronik, melibatkan hacker dan juga cyber crime investigation squad. Sepanjang yang saya perasan, takde tembak-menembak atau lawan fizikal. Rasa macam ada lompong sikit sebab polis senang-senang je tangkap penjenayah, penjenayah tak lawan balik, polis pun acu je pistol tak pernah keluar peluru. Pada saya la, at least biarlah ada scene lawan-lawan sikit. Penjenayah tu biarlah ada pegang pistol, takkan main lari je bila polis datang kan.

Bunuh-membunuh memang ada la, sebab cerita ni pasal pembunuh. Tapi bunuh semua belakang tabir, sama ada baling ikut tingkap, letak racun, atau dibunuh oleh pembunuh upahan. Hero dan heroin pulak, pada saya so so aje. Ramai yang suka lakonan So Ji Sub dalam drama ni tapi bagi saya boleh la..muka dia macam orang yang sentiasa dirundung malang, tak de daya tarikan. Cuma bila ada scene dia hack atau tunjuk skill komputer dia tu nampak smart la. Heroin langsung la tak menonjol, tak gaya macam polis pun. Walaupun muka sweet, tapi body language dan penampilan serabai. Heroin yang kat tengah-tengah dalam gambar atas tu.

Ni  hero

Saya rasa drama ni ada perisa sikit sebab ada 'mad bull' ni. Dia nye lakonan pada saya bagus, mencuit hati dan ada roh sikit la. 


Secara keseluruhannya, saya bagi 3 bintang aje la kat drama ni. Ost pun tak sedap, pelakon so so, action takdak, cuma lebihnya adalah kelainan dalam jenayah dan jalan cerita. Jalan cerita ok, saya suka. Dan, bagi sesiapa yang nak tengok action romance ni bukan drama yang anda cari. No romance at all. Takde dating, takde kata cinta atau sayang, no kiss la of course. Mungkin jugak ni faktornya drama ni kurang perisa sebab tak bermain dengan perasaan. Bukanla saya hadap nak tengok kiss aih..cuma bila dalam satu-satu cerita tu tak melibatkan perasaan, kita tengok pun macam gitu je la. 

Apa moral yang saya dapat daripada cerita ni adalah COPY, iaitu apa saja data digital kita sila buat salinan. Tambah-tambah la yang penting. Lagi-lagi bila buat tesis ni kan. Dan yang kedua DON'T GIVE UP. Dalam cerita ni hero tak pernah give up untuk menangkap penjenayah tu walaupun baaaanyak kali gagal. Cuma, ending tak berapa umph walaupun penjenayah tu terhapus. Sebab apa..tengok la sendiri. Sorry, saya tak buh sinopsis, sila google untuk tau jalan cerita. Satu pesan saya, tengok drama ni tak la sampai mengantuk, dan tak juga rasa menyesal. Maknanya takde la teruk sangat kan.

Nota: Diet ke laut hari ni sebab tadi ayah Sofiy bawak balik durian. Larat nak tengok aje?