Showing posts with label Daku. Show all posts
Showing posts with label Daku. Show all posts

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...kerana saya masih dapat bernafas sehingga ke hari terakhir 2017 ini...hari ini 31 Disember 2017. Sebenarnya, ada komitmen lain yang menunggu untuk dilangsaikan tapi takpe la, nak coret sikit di sini buat kenangan. Nanti kalau dah terlepas tarikh, takde feel dah. Mungkin tak jadi la nak tulis pun.

Kenapa tajuk entri kali ni 2017 yang singkat? Sungguh, itulah yang boleh saya describe dengan 2017 saya. Rasa cepat sangat, rasa singkat sangat, rasa banyak lagi yang sebenarnya nak dilakukan dalam 2017 tapi tak kesampaian. Masa yang berlalu pun tak terasa. 

2017 saya mulakan dengan fasa baru. Januari bulan terakhir saya mengajar di ATMA UKM, dan memang berjanji dengan diri sendiri untuk siapkan tesis bermula Januari tu. Alhamdulillah, bila tengok semula planner 2017, memang Januari dan Februari saya penuh dengan to do list & done. Alhamdulillah. Peluang bisnes baru pun bermula dan ada lagi peluang baru yang dirangka. Tapi...sungguh, Allah al-Baari' sebaik-baik Perancang. Kita manusia tidak terdaya. 

26 Mac 2017 - UPT saya positif! Saya hamil lagi? Ya, kehamilan kali ni memang dalam fasa 'merancang untuk tidak hamil'. Mudah kata di kalangan mak-mak, 'mengandung eksiden'. Allah...terduduk dan termenung seketika. Gembira, bukan tak gembira. Tapi mengenangkan komitmen besar yang sedang digalas, dan juga kekangan sewaktu mengandung memang buat saya down juga dalam 3-4 bulan. Mana tidaknya, saya mengalami alahan muntah dan mual yang paling teruk antara 4 kandungan ni, dan lama juga sehingga kandungan 5 bulan. Itulah sebenarnya yang buat 2017 terasa macam tak terisi. Banyak lompong rasanya. Planner saya pun kosong dari April - Julai 2017. 

Bermula Ogos, perut pun dah berat. Suami pulak dah mula asyik ajak jalan-jalan sebab hujung tahun saya dah kena berpantang. Kita turutkan saja la :)

Mak yong di Cameron, gigih lagi dukung budak ni..berat tau.



November 2017: Bulan menunggu detik kelahiran. Alhamdulillah, selamat bersalin pada 20 Nov 2017, tetapi episod selepas bersalin pula macam-macam berlaku pada baby dan tentunya beri kesan pada saya juga. Berpantang yang tak rasa macam berpantang...sedar-sedar je dan 30 hari. Dan hari ni, 31 Disember 2017, dah pun hari ke-42 berpantang. 

2017 yang singkat namun indah untuk dikenang. Semuanya kerana baby Haikal :)

Selamat jalan 2017...selamat datang 2018. Semoga 2018 baik-baik saja ya!
Jom taaruf di awal April ni😍
Four Names I go by
1. Zura
2. Maizura 
3. Mai O
4. Mai
Four Places I've Worked
1. PPBL UKM
2. SRI Al-Amin
3. Uniten
4. ATMA UKM
Four Movies / Drama I love to watch
1. Dilwale Dulhania Le Jayenge - Hindustan
2. Be Careful With My Heart - Filliphine
3. A Prince Who Turns Into A Frog - Taiwan
4. The Sweet Spy - Korean
Four Places I have been (live)
1. Lenggong, Perak
2. Ipoh, Perak
3. Gombak, Selangor
4. Bangi, Selangor
Four Things I love to eat
1. Sup
2. Gulai Tempoyak
3. Laksa
4. Nasi Goreng

😆
Favorite Drinks
1. Air suam
2. Air sirap kenduri. hehe
3. Cendol
4. Soy protein shake

Saja ja..ni status copy paste di Facebook sebenarnya. Manalah tahu ada yang nak kenal-kenal kita. hehe.
Kita selalu dengar, kalau nak stay up minum kopi / nescafe boleh membantu. Rasa segar tak mengantuk sepanjang malam. Tapi, itu tak berlaku pada saya. Ironinya, kalau saya gatal jugak minum kopi (white coffee / 3 in 1) alamatnya saya akan lagi cepat Zzzzz....sebab apa? sebab kepala saya akan pening, badan rasa melayang-layang, rasa menggeletar, jantung berdegup laju, perut memulas-mulas penuh angin. Huuu..azabnya!



Ada ke yang menghadapi keadaan sama macam saya? 
Petang semalam, saya makan kacang tanah yang berkulit tu..saja kudap-kudap. Teringat masa zaman kecik-kecik, kalau makan kacang tanah tu, mak buat Nescafe..hmmm..sedapnya. Kebetulan ada sepeket white coffee 3 in 1 kat rumah ni. Bancuh lah!

Hahaha..lebih kurang 1/2 jam lepas tu...ambik kau...rasa lantai dah tinggi rendah, melayang-layang, angin dah serang perut tapi takmau keluar, kepala pusing, jantung berdegup laju, jadi menggeligih (menggeletar) habis lutut. Memang tak senang duduk dibuatnya. Kesannya bukan setakat sejam dua tau..sampai sekarang dah nak dekat 24 jam pun masih weng lagi kepala ni. Huhu.

Google sikit tadi, katanya mungkin saya ni hypersensitive terhadap kafein. Tapikan....saya boleh je minum kopi O, boleh juga minum teh O, dan minuman coklat. Teh yang bersusu memang tak boleh, kesan yang hampir sama cuma tak seteruk kalau minum nescafe atau kopi putih. Mocha pun tak boleh (walaupun sedaaappp sangat. huhu)

hat ni boleh pulak?

Mai, ingat-ingat ye. Kerana mulut badan binasa!

Sekarang, Oktober 2016...musim konvokesyen di universiti-universiti di seluruh Malaysia. 
Dalam gembira melihat kejayaan rakan-rakan seperjuangan sama ada yang sepenyeliaan, yang berada di sekeliling mahupun yang menjadi kenalan di alam maya..hati ini menangis sendiri. Hanya di hati. 

Sesuungguhnya..jalan di hadapan nampak berbalam...seakan ada cahaya, tetapi seakan sangat jauh. Hati yakin boleh sampai, tapi laluannya nampak seperti penuh onak dan duri. Sudah lama diri ini berjalan..merangkak... berlari...tetapi tidak sampai-sampai. Memang sesekali lelah itu datang. Banyak sungguh perhentian yang memaksa langkah diperlahankan..adakala berhenti. Banyak sungguh air mata yang mengalir, banyak juga hati yang terluka. 

Ya Allah...tunjukkan aku jalan...berikan aku kelapangan...izinkan aku ya Allah..menikmati nikmat kejayaan ITU. Aku tidak menyesal ya Allah..kerana setiap ujianMu itu penuh hikmah, penuh pengajaran, untuk melatih diri dan hati ini. 


Maizura this wisdom suits your personality perfectly! 

You know exactly what you want to achieve in life and nothing and no one can stop you. If you have a specific goal you fight with passion to reach your destination.
This truly makes you one of a kind!

Ini permainan kat internet (fb). Saja suka-suka. Yang ditulis benda baik, boleh buat inspirasi:)

Astaghfirullahal Azim
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar!
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah...

Demi Masa! Sesungguhnya Manusia Dalam Kerugian, Kecuali Orang Yang Beriman dan Beramal Soleh.

2-3 hari ini hari sentap saya. Sentap dalam pelbagai segi.
Antaranya, tentang MASA.
Sungguh, seakan tak terkejar..tak seiringan segala yang mampu dilakukan dengan masa yang berjalan. Saya mahu senaraikan satu-satu:

- kerja
- belajar
- isteri
- anak-anak
- bisnes
- kesihatan

Bukti paling jelas, blog ini sudah tidak terkemaskini sekian lama. Facebook pun jengah-jengah begitu je, Alhamdulillah, mesej customer masih sempat saya balas walaupun kadang-kadang ada sedikit kelewatan. Tetapi..pengajian saya? Apa cerita? Takut sebenarnya nak fikir. Lebih takut lagi nak membayangkan. Allah...Allah...Allah Ya Bari', bantulah kami merencanakan kehidupan kami. Allah, Allah Ya Waasi' lapangkan hari-hari kami. Allah, Allah Ya A'alim bantulah kami dalam memahami hanya secebis daripada ilmu yang terlalu luas. Allah, Allah Ya Fattah, bukakanlah pintu hati kami. 

Sekian lama saya tidak mencoret cerita peribadi di sini, sesekali...ianya bagaikan terapi.

Ramadhan...kumengharap...




Semalam, hari pertama. Maknanya tinggal lagi 99 hari.

In sha Allah, jika ada kesempatan (akan cuba sempatkan diri), saya akan buat laporan progress #cabaran100hari kat sini. Laporan pendek sahaja, sekadar untuk tatapan diri sendiri, nak tengok graf progress.

Laporan Hari Pertama #cabaran100hari

Momentum:

- Baik

Semangat:

- Sangat Baik

Fokus:

- Sederhana

Pengurusan Masa:

- Lemah

Ulasan:

Permulaan yang baik kerana dapat mengatasi perasaan kurang yakin. Dapat memulakan tugas tanpa terus bertangguh. Semangat yang kuat menyahkan aura negatif. Namun, terdapat kelemahan dalam pengurusan masa terutama berkaitan media sosial dan waktu rehat.

Tindakan:

Perlu lebih disiplin, mempunyai jadual yang tetap untuk diluangkan dengan media sosial, perlu speed dalam pergerakan dan tugasan.

*******************************************************************************************************

Hehehe..macam yang menilai tu orang lain pulakkan? Sebenarnya,kita boleh menilai prestasi kita sendiri. Cuma,kita selalu tidak jujur dan tutup sebelah mata dengan kekurangan diri kita sendiri. Ok, perlu lagi ke saya bersosial di media sosial? Jawapannya...perlu. Sebab apa? Sebab itu merupakan medan saya mencari rezeki. Cuma, saya kena hadkan, dan tak boleh online sepanjang masa...kena tetapkan waktu-waktu tertentu. Mungkin saya akan kehilangan pelanggan yang mahu jawapan segera tetapi, saya yakin ALLAH akan gantikan dengan rezeki yang lain.

Baiklah, sampai di sini sahaja dulu. Time Management! haha.
15 FEBRUARI 2016

Hari ni bermula #cabaran100hari saya. 
Ia sebenarnya cabaran peribadi saya sendiri. Ada goal yang saya perlu capai. Dan saya rasa perlu letak target begini. Tentang apa? Buat masa ini biarlah rahsia. Sampai masanya saya akan sembang dan share, in sha Allah.

Semalam saya post di facebook dan hari ni ada yang bertanya serta berminat nak join.
Makanya, saya rasa bagus juga kalau cabaran ni berteman-teman. Siapa nak join, silakan bersama kami ye.

Tentang #cabaran100hari bersama MAIA

- Setiap orang bebas menentukan goal atau target masing-masing. (Cth: nak kuruskan badan, nak wajah berseri, nak lebih sihat, nak sentiasa happy, nak tulis buku, nak lipatgandakan jualan bisnes dsb)
- Target itu mestilah relevan untuk dicapai dalam masa 100 hari.
- Terpulang kepada anda sama ada mahu berkongsi goal anda bersama public atau tidak.
- Anda boleh sama-sama bantu memotivasikan antara satu sama lain sama ada di blog, facebook atau media sosial yang lain. Salah satu caranya ialah up status yang boleh membangkitkan semangat kawan-kawan.
- Dilarang share perkara yang negatif sehingga boleh membantutkan semangat kawan-kawan.
- Selesai 100 hari, masing-masing boleh share segala usaha, cabaran dan pencapaian masing-masing.

Jika ada yang nak turut serta, boleh komen di bawah entri ini atau boleh ke Facebook peribadi saya  MAIZURA OSMAN

Good Luck semua!

#cabaran100hari
#100dayschallenge
#maia

Alhamdulillah...setelah 10 hari di bulan Januari, barulah mak dapat nak update blog. Ni pun belum tentu sempat publish lagi ni..kot-kot ada siren dak Farhan dari dalam bilik tido karang, terbantut sini je la jawabnya.

2015 kami ditutup dengan insiden yang kurang ceria. Nantilah saya cerita, malam ni nak mengarang, haruslah tak tido. Dipendekkan cerita, hujung Disember 2015 yang lepas Farhan dikejarkan ke hospital dan warded. Bukan sehari dua tapi 9 hari. 9 hari tu ngam ngam la sampai 31 Disember, mujur tak sampai 1 Januari.

Makanya, Januari kami start dengan feeling gembira bila adik dah semakin sembuh. Sebenarnya masih dalam fasa rocovery lagi ni, mudah-mudahan terus-terusan sihat dan dalam peliharaan Allah.

Disebabkan kekalutan masuk hospital tanpa dirancang, lama pulak tu, yang lagi best masa tu juga tengah buat preparation abang Sofiy nak masuk darjah 1 tahun 2016, makanya umi dah macam tak cukup tangan tak cukup kaki tak cukup nafas rasanya. Belum pun selesai urusan pendaftaran dan sesi transisi persekolahan, kelas umi di UKM pun dah mula balik. Memang kaluit kata oghang utagha. Rasa-rasanya sejak masuk hospital sampai la hari ni, belum ada sehari pun lagi yang umi dapat relaks. 

Masuk 2016 macam tak rasa apa. Bukanlah kata kena ada rasa apa-apa, bukan juga nak menyambut new year orang barat ni tidak, cuma disebabkan segala sesi bermula pada Januari setiap tahun, makanya tahun baru tu jadi signifikanlah kepada jadual dan rutin kita semua. Ye dak?

Resolusi 2016

Tak sempat lagi! Planner sempat la beli, tapi baru jap tadi bukak, belum sempat tulis segala details lagi pun. Sebenarnya, memang kena ambik masa sekejap..duduk bertenang...muhasabah diri, renung ke depan...dan set resolusi 2016. Memang kena!

Tapi, untuk setakat jam ini, hari ini, saya mendambakan dan mengharapkan 2016 menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2015 dari pelbagai segi. Faktor luaran dan tentunya faktor dalaman. Saya positif, semua tu boleh dicapai dengan izin Allah S.W.T.


Saya, dengan rendah hatinya..jika ada pembaca yang sudi...tolong doakan saya agar dapat menyelesaikan pengajian saya pada tahun ini. Inilah antara harapan dan azam saya pada tahun ini. Doakan ye.. Amiin.



Saya juga doakan anda semua diberikan keteguhan iman, kesihatan yang baik dan kewangan yang stabil sepanjang tahun ini. Amiiin.

HAHAHAHAHAHAHA....!!!!

Okeh, serius gelak weh. 
Macam ni rupanya ayat-ayat saya masa mula-mula create blog. Update pun ntah berapa kali je. Masa tu, nak berblog tapi takmau orang tau serba-serbi tentang diri sendiri. Jenuh la kan. 

Terjumpa ni tadi, masa check emel lama. Tersilap bagi alamat emel pada supplier, so terpaksa la buka emel yang dah berkurun tak buka. Blogger pulak tak tutup masa tu, swith la ke blog lama. Meh nak tempek sini balik buat kenangan. 


Ok, font dan warna pun saya takmau tukar. Biar macam yang asal:)

**teman = suami

Tajuk: Sebatang Gigi Seratus Ringgit

Sudah dua minggu temanku mengadu sakit gigi. Aku juga pernah diserang sakit gigi, tetapi bila sudah baik, aku lupa bagaimana rasa sakitnya. Yang aku tahu, sakitnya berdenyut-denyut sehingga makan pun tak lalu, tidur pun tak lena. Ish, bunyi macam kena penyakit angau pula. Sebagai teman, aku hanya menjadi pendengar sambil cuba berkongsi rasa. Paling kuat yang aku boleh tolong, aku belikan aspirin untuk membuatkan temanku sedikit lega selepas menelannya.
Malam tadi, sakit gigi temanku menyerang lagi. Kali ini serangannya nampak nekad, sehingga temanku yang ceria itu tak mampu tersenyum lagi. Mood temanku juga bagai gelombang air laut pada musim tengkujuh. Kuat geloranya, semuanya bahana sakit gigi yang menyerang. Aku lihat pipinya sudah mula membengkak. Wah, sudah serius ni...fikirku lantas menyarankan temanku agar ke klinik. Temanku akhirnya setuju walaupun dia paling tidak sukakan doktor dan klinik. Kereta dipandu laju, menghala ke sebuah klinik gigi milik seorang doktor Melayu lulusan UKM. Sebaik tiba, kami kecewa. Klinik tersebut hanya dibuka pada sebelah siang. Temanku tidak mahu ke klinik lain walaupun segala nama klinik yang aku nampak dari jalan kusebut. Akhirnya temanku mengajak pulang, katanya esok datang lagi. Aku hanya menurut, mungkin kesan aspirin telah mengurangkan sakitnya hingga dia bertangguh lagi.
5.00 pagi, tidurku terganggu dengan pergerakan temanku. Hah, dia bangun bersahur? Aku maklum temanku ini sungguh rajin berpuasa sunat bulan Syaaban, tapi kan dia sakit gigi dan bercadang ke klinik esok? Ah, mungkin dia lapar dan sengaja mengisi perut.
Subuh, temanku merengek. Katanya dia mahu ambil MC hari ini. Wah, temanku yang workaholic ini ingin minta MC?Tentu saja kerana sang gigi. Aku hanya mengangguk tanda faham. Sembilan pagi, kami bertolak ke klinik yang kami kunjungi semalam. Dengan bengkak yang semakin bertambah besar, doktor tidak mahu mencabut gigi itu, nanti sakit, kata doktor. Tunggu surut dulu bengkaknya, lima hari lagi baru boleh cabut. temanku membantah, lima hari menanggung azab diserang sakit gigi, dia tidak betah. "Cabut saja," katanya. Doktor akhirnya tiada pilihan dengan kedegilan pesakit.
Darah banyak yang keluar. Kata temanku, memang sakit. Bius yang dicucuk seolah tak berkesan. Tidak lama kemudian, gadis di kaunter memanggil nama temanku. Bebarapa peket ubat diberikan. Aku memasang telinga. Ada ubat tahan sakit, makan apabila sakit sahaja. Antibiotik perlu habiskan, sebab temanku telah kena infection. Semua sekali RM100. Wah, sebatang gigi berharga seratus ringgit hanya untuk dibuang? Mungkin kerana itulah sakitnya memang benar-benar sakit. Moralnya, jagalah gigi anda, kerana walaupun saiznya kecil, penangannya boleh tahan.hehe.

Ok, ada yang muntah ijo? hihihi

Pertama Kali Puasa Selepas Bersalin


1 Rejab. 

Sudah hampir kita ke Ramadhan al-Mubarak. Bagi ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya, Ramadhan disambut dengan sedikit nervous. Itu logik. Sebabnya, berpuasa dan menyusukan anak mememrlukan double kekuatan fizikal dan mental. Nampak mudah, macam tak ada apa-apa. Macam relaks saja. Tapi, hanya ibu yang menyusu saja yang tau. 

Berpuasa sewaktu menyusukan anak, boleh menyebabkan seseorang ibu itu cepat rasa letih akibat kurang air dalam badan. Kena pulak anak yang masih menyusu sepenuhnya dan belum makan makanan pejal lagi. Boleh ketar lutut dibuatnya. Kalau tak, tidaklah ibu mengandung dan berpuasa tergolong dalam golongan orang yang mendapat rukhsah untuk berbuka puasa.



Alhamdulillah, alhamdulillah.

Hari ni hari pertama saya berpuasa selepas melahirkan Muhammad Farhan. Masa abang dia dulu pun sempat juga puasa sewaktu menyusu, yelah menyusu dua tahun kan. Mula-mula cuak juga. Tapi memandangkan Ramadhan dah dekat, hutang puasa pun ada 3 hari penangan batuk teruk di bulan Ramadhan lepas (masa tu mengandung), 1 Rejab juga hari yang disunatkan berpuasa. Jomlah kita puasa.

Dengan izin Allah..hari saya berpuasa dengan sangat ceria. Tak ada langsung rasa letih mahupun lapar. Kalau biasa tak menyusu pun naik pukul 11 perut dah berbunyi, kali ni tak. Sampai petang pun happy dan bersemangat je. Alahamdulillah.

Tipsnya:

1- Tidur cukup malam sebelumnya.
2- Bangun sahur dan makan berat. Saya makan nasi.
3- Minum banyak air masak. Saya gantikan dengan minum Performance Drink Shaklee satu tumbler. 
4- Makan lebih protein. Saya minum ESP Soy Protein Shaklee. Ini buat rasa lambat lapar.
5- Elakkan berpanas atau keluar rumah tanpa urusan penting.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu.


Dar-al-Hikmah Library, UIAM

Ini cerita zaman degree ye. Saya adalah graduan ijazah di UIAM. Dulu, library bukanlah tempat yang boleh menarik saya untuk duduk lama-lama. Library hanyalah tempat untuk saya pinjam buku, atau fotostat bahan, dan kemudian balik. Pendek kata library takda chemistry dengan saya. Ada beberapa sebab kenapa saya tak berlama-lama di library. 

Satu, sebab bilik hostel saya adalah sangat best, selesa dan tak ada gangguan. Jadi baiklah study di bilik saja, lagi selesa, tak perlu pakai tudung dan kalau dah lenguh-lenguh boleh baring-baring pulak. Dahaga, boleh bancuh air. Nak tukar mood, on je radio atau on winamp kat pc. hehehe. Nampak sangat study main-main kan Mai. 

Kedua, saya mengaku saya ni jarang sangatlah nak study kalau tak bukan musim exam. Selain waktu exam saya cuma datang kelas, tulis nota (by hand), buat assignment saja. Kalau ada subjek yang perlukan ujian hafazan barulah menghafal. Nak exam baru sibuk nak study. Waktu tu library adalah bising, panas, dan agak kelam-kabut. Ramai. Mungkin masing-masing nak datang study untuk exam kat library. 

Ketiga, dulu saya tak ada laptop. Sape-sape yang ada laptop masa tu kira orang kaya berada la. Jadi, untuk siapkan assignment mahu tak mahu kena buat di bilik sebab pc 17inci (bukan flat screen) hanya ada di bilik. Itupun masa awal-awal takde pc sendiri, kenalah buat assignment di computer lab yang sentiasa penuh sebab hanya di lab dan cc sahaja ada capaian internet. Tak pun..kena tumpang pc kawan sebab nakkan pc yang boleh taip Arab. Huhu...baru teringat susahnya nak belajar dulu. Tapi orang-orang sebelum zaman computer lagi susahkan..kena guna typewriter :-)

Keempat, jauh dan tak menariklah library. hehehe. ok, ini semata-mata alasan.

Ok, cukuplah 3 sebab mengapa saya tak suka lepak di library semasa saya belajar di peringkat degree dulu. Tapi manusia semakin matang, dan keperluan serta kehendak manusia juga berubah seiring kematangan. Jadi saya akan tulis pula tentang aura library dalam entri yang lain ye.

Oh ya..sebelum terlupa. Tak suka tak suka pun, saya pernah kerja part time kat library tau. Kerjanya key in data. Jadilah buat timba pengalaman. Bagi adik-adik yang nak cari duit poket di zaman gst ni, cubalah apply kerja sambilan di library. Mungkin bukan key in data tapi susun buku ke, jawab telefon ke, kerja di kiosk fotostat pun ok juga. Belum cuba belum tahu. Kalau sejam RM4 pun, 3 jam dah RM12. Dapat juga duit makan 2kali.  Siapa nak bagi ye tak? 

Print Sendiri Planner 2015




Siapa yang cuti panjang sempena hari wilayah dan Thaipusam? Selamat bercuti. Serius sebenarnya kalau ikutkan hati saya tak mau hari cuti. Bila banyak kerja belum siap memanglah macam tu. Walhal saya memang duduk di rumah je, tapi hari cuti biasanya tidak begitu produktif. Sudahlah hari biasa pun kadang-kadang tu tak dapat all out, hari cuti lagi la kus semangat.

Bercakap tentang produktiviti ni, memang betul la ungkapan yang mengatakan bahawa "gagal merancang bererti merancang untuk gagal'. Entah siapa pemilik ungkapan tapi tersangatlah betul. Bagi membolehkan azam 2015 direalisasikan, maka saya memang perlukan planner. Tiap-tiap tahun pun saya akan ada sebuah planner...tak dapat yang besar atau tebal, yang kecil dan nipis pun jadilah. Tapi kali ni rasa macam planner setahun tu macam tak cukup. Dalam kotak kecik tu je dah macam-macam nak jot down. Tarikh checkup Farhan, tarikh checkup Sofiy, tarikh period, tarikh anak demam, tarikh itu tarikh ini. Haii..kalah pak menteri konon! haha.

Jadi saya perlukan satu lagi planner. Yang ini khusus untuk kerja dan bukan untuk catatan peribadi. Tapi..sejak ada si kecik Farhan ni, kesempatan saya untuk ke kedai agak terhad. Pagi-pagi lepas hantar dia kat pengasuh tu ada masa, tapi kedai pulak belum buka. Nak shopping bawak anak kecik umur 3 bulan memang tidak begitu praktikal. Tambah lagi dengan beratnya yang dah 6kg. Babywearing? Saya ada sebab mengapa belum boleh berbabywearing..nanti ada kesempatan saya akan buat entri tentang tu. Jadi...alternatif lain yang ada ialah printable calendar / planner. Nak buat sendiri tak berapa rajin,  jadi kita google saja. Dipertemukan dengan blog mommy ni BUSYMOMHELPER Cantik dia design dan bagi download free saja. Yang bestnya sebab ada beberapa pilihan design dan juga ada beberapa pilihan planner. Sama ada nak yang standard sebulan, atau nak seminggu atau nak khas untuk mummy2, ada planner untuk menu lagi. Saya pilih Weekly Task planner, sebab saya nak tulis dengan detail tentang kerja saya. 


Kalau ikutkan memang saya nak yang lebih minimal, tak sebesar A4 macam ni. Kalau boleh nak 1 page (saiz A6) untuk sehari.. daily planner la kiranya. Tapi kalau setahun? Tebal la kan? Guna pocket note book atau buku 555 pun bolehkan? 1 bulan sebuah buku 555, ok ape? Tula.,.nak juga yang lawa-lawa. Jadi ambik aje la apa yang jumpa. 

Ok, saya tau sekarang dah banyak software / apps untuk planner ni..tapi saya tak berapa berminat. Saya nak yang boleh ditulis dengan pen, boleh dipegang, boleh disimpan. Takmau yang digital-digital ni. Rasa macam jauh dari hati. Ecece..

Ok, saya dah print saya punya weekly task. Anda nak juga? Bolehlah berkunjung ke rumah busymom's helper tu.
Saja gatal tangan nak mencoret juga..kikiki.

Malam tadi Anugerah Juara Lagu berlangsung. Saya tahu AJL dah nak dekat tapi saya memang tak tengok pun tarikhnya. Lepas Isya' suami bersuara " Kalau orang tu nak tengok Juara Lagu tengok le..." Ceee..bunyi macam bagi tak bagi je kan? Suami saya tahu saya layan jugak anugerah-anugerah ni dulu..especially masa zaman degree. 


" Malam ni ye? Takmau laa..ada banyak kerja nak buat. AJL sekarang dah tak best dah". 

Jawapan saya tu, tulus ikhlas ok..bukan lakonan bukan drama.

Masa iklan / teaser AJL pun saya dah tak rasa tertarik. Rasa-rasanya dah 2-3 tahun juga saya tak layan AJL ni...ataupun start AJL ubah konsep dan tak ada lagi kategori. Dulu saya suka kategori etnik kreatif. Saya sempat bukak sekejap juga la semalam masa iron baju, tupun dengar Alyah nyanyi pun separuh je. Sofiy keluar dari bilik SOHO lepas main lego, dia sound, "Umi, jangan tengoklah cerita tu nyanyi-nyanyi tak elok. Sofiy tukar tv lain ye". "Ok, tukar la channel lain". Lalu kami pun tengok la rancangan Makan Angin. Kemudian masa Dayang nyanyi dengar sekejap via tonton sambil buat keje. Dah tersekat-sekat je baiklah tutup.

Tau-tau kawan-kawan FB pakat dok meroyan pasal pemenang dan penaja AJL. Hihi. Fikir-fikir balik, memanglah umur saya ni dah tak minat kot nak layan rancangan hiburan macam tu. Tengok tu tengok juga kalau dah terbuka tv tapi tak la macam dulu siap book tempat duduk kat bilik tv..kahkahkah. Sebenarnya lagu-lagu yang diorang nyanyi tupun banyak yang saya tak pernah dengar. Dulu-dulu, rajin dengar radio masa kat hostel. Jadi tau la juga sikit sebanyak lagu-lagu terkini. Kenal jugaklah nama-nama penyanyi. Sekarang, dalam kereta pun dah tak buka saluran radio..pasang cd je. Ada tak ada pun tau lagu latar drama je la kot? Surat khabar pun dah jarang beli. Kalau beli pun tak dan nak baca...dengar je la laporan suami yang baca. Tau hal ehwal semasa hanya melalui berita tv dan internet (pun yang orang share je). Adakah saya semakin tua dan kolot? Atau saya terlalu sibuk? Hahaha..sibuk tu, ada orang yang lagi sibuk. Tapi sungguh 24 jam sehari sekarang ni macam tak cukup je. Tau-tau dah pukul 11 malam sedangkan banyak lagi kerja tak settle. 

Ok, bagi yang klik entri ni nak baca tentang AJL...saya minta maaf. Entri ni hanya tentang 'saya tak tengok AJL'. Bukan nak kata saya bagus sangat, saya layan jugak hiburan..cuma apa yang saya suka je la. Drama Melayu masih tengok lagi tapi tak la semua..Upin Ipin pun tengok jugak...filem Hindustan kalau tak merepek dan seksi sangat saya tengok je..dvd drama Korea memang dah tak sempat nak layan tapi drama kat tv ikut juga kadang-kadang. Saya harap suatu hari nanti saya dah tak pandang lagi hiburan-hiburan begini secara total. Dan mudah-mudahan anak-anak saya pun tak la minat hiburan-hiburan ni sangat.

Dunia semakin tua.

Azam Tahun Baru 2015


Assalamualaikum.

3 Januari 2015. Baru sempat nak update tentang azam. Saya skrol balik entri tahun lepas, macam tak letak azam di blog walaupun azam tu ada, salah satunya ialah nak dapat baby baru.hehe.. Ada orang kata boringnya cerita pasal azam tahun baru. Ada orang kata tak perlu tunggu tahun baru nak buat azam. Ada pulak yang kata baik tak payah set azam, nanti tak terlaksana kita yang frust. Ada juga yang kata, baik set azam masa tahun baru Hijrah. Saya hormat pandangan masing-masing. 

Tak dapat dinafikan bahawa kehidupan di Malaysia masih signifikan dengan perubahan tahun Masehi. Walau tidak meraikan, tapi tetap satu lembaran baru dibuka. Yelah, sistem negara kita kan ikut tahun Masehi. Sesi persekolahan, bajet tahunan, malah kalendar sendirikan? 

Saya memilih untuk set azam tahun ni, dan berusaha sehabis baik melaksanakannya. Saya banyak baca tulisan orang-orang yang sudah berjaya, azam itu perlu. Tak kisah azam jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia boleh bermula dengan impian. Dream Big! Dan....ia PERLU DITULIS DAN DILIHAT SENTIASA.



Apa azam tahun 2015 saya?

Saya bahagikan ikut kategori, ini secara general. Yang spesifiknya tulis dalam diari/planner saja la:

KEROHANIAN

- Ibadah wajib = tingkatkan kualiti
- Solat sunat di 1/3 malam = buat secara rutin
- Selawat minima 100 x sehari
- Istighfar minima 100x sehari
- Sedekah = teruskan, konsisten, tingkatkan

RUMAHTANGGA

- Bahagi masa dan urus keluarga dengan lebih efisyen
- Disiplin ajar Sofiy mengaji (target habis mengeja Muqaddam)
- Berjimat-cermat dalam perbelanjaan keluarga
- Kesihatan sekeluarga yang lebih baik

PELAJARAN

- Siapkan PhD yang tertangguh (gugur, pregnant, bersalin) - NO MORE EXCUSE!
- Penuhi syarat wajib grad
- Fokus ketika menulis

BISNES

- Usaha luar biasa
- Tingkatkan pendapatan 1, 2, 3 kali ganda
- Belajar ilmu kewangan dan perniagaan
- Luaskan empayar



Dalam banyak-banyak ni, ada 1 yang jadi AZAM WAJIB TERLAKSANA iaitu SIAPKAN PhD.
Anda pulak, apa AZAM WAJIB TERLAKSANA anda? Jom la kongsi.

Pengalaman Pertama Kali Berniaga


Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua...

Semoga kita sudah dan sedang merebut kebaikan dan keistimewaan Jumaat yang datang hanya seminggu sekali, selawat, sedekah, bacaan al-Kahfi, dan lain-lain.

Selepas Subuh tadi, sempat berbual seketika dengan rakan niaga di group Whatsapp. Macam-macam topik berkaitan pengalaman berniaga, ada yang share tips, ada yang beri cadangan, ada yang berkongsi pengalaman, ada yang menegur secara hikmah. Terpanggil nak bercerita tentang pengalaman pertama saya berniaga.



Saya dan Berniaga

Dulu, saya macam anti dengan berniaga. Kalau ada yang ajak dah tentu cepat-cepat saya tolak. Kalau ada yang bercerita pengalaman pulak, saya tetap kata "tak minat la berniaga ni", "memang keluarga kami bukan keluarga berniaga" dan penidakan yang seangkatan dengannyalah. Sebenarnya ni semua adalah persepsi, memang saya memandang kerja berniaga itu sebagai satu kerja yang susah, leceh, tak menarik dan berisiko tinggi.

Dalam susur galur keluarga saya, bukan tidak ada yang berniaga. Ada. Arwah atuk dan opah (ayah dan emak kepada emak saya) biasa berniaga kedai runcit, berniaga kuih-muih dan juga buka gerai makanan. Emak saya pun pernah berniaga khidmatnya dengan menyulam benang emas, mengajar mengaji Al-Qur'an, berniaga kuih-muih, berniaga kerepek, berniaga pakaian sekolah dan mengambil upah menjahit. Mungkin, keluarga sebelah ayah memang tidak ada yang berniaga, semuanya berasal dengan bertani. Ayah saya sendiri seorang penoreh getah..ya..sebenarnya getah tu dijual juga..tapi tak usahlah kita golongkan sebagai peniaga. 

Kenapa Saya Tak Minat Berniaga (Dulu)

Saya melihat contoh orang sekeliling, dan juga persepsi yang ditanam oleh orang tua. Emak saya walaupun punya pelbagai bakat (pandai menjahit, masakannya sedap, punya ilmu mengaji Al-Qur'an) namun tidak pernah melihat perniagaan dalam konteks jangka masa panjang. Apa yang emak saya nampak ialah berniaga untuk menyara hidup seharian, itu sahaja. Jadi, apabila terjadi sesuatu yang tidak enak emak mudah patah semangat dan berhenti. Misalnya ada satu hari kuih banyak tak habis dijual, harga bahan mentah naik, pelanggan komplen harga, permintaan terlalu banyak dan emak tidak cukup tenaga. Semua itu pernah terjadi, dan kami tidak memandangnya sebagai satu yang positif dan perlu ditangani untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut.

Perniagaan melibatkan perkhidmatan pulak, emak lakukan hanya untuk suka-suka sahaja, hanya kerana minat. Emak menyulam benang emas sampai Sultan Perak sendiri tempah daripada emak, tapi emak setakat letak hasil sulamannya di sebuah kedai kain tauke Cina. Setakat itu sahaja. Emak pernah ajar budak-budak dan orang dewasa mengaji sampai penuh anjung rumah...ada dua sesi lagi dalam sehari. Ramai anak murid emak, juga sekadar itu sahaja. Saya tidak sekali-kali menyalahkan emak, emak buat begitu kerana emak sudah cukup bahagia hidup seadanya. Tinggal di kampung yang aman damai, cukup makan pakai, apa lagi nak dicari? Saya cuma tulis begini untuk menggambarkan bagaimana persepsi tentang berniaga itu terbina dalam diri saya.

Pengalaman Pertama Berniaga

Haaa..inilah juga antara faktor terbesar mengapa saya tidak minat berniaga. Seingat saya, masa tu umur saya 10 tahun. Abang saudara saya kerja di KL, dan bila cuti dia bawa balik sos rojak (rojak buah) dalam 2-3 dozen untuk dijual. Harganya saya dah lupa, tapi rasanya saya ingat, memang sedap. Saya pun mulalah menjual. Round satu kampung dari rumah ke rumah dan sos rojak diletak dalam bakul basikal. Mula-mula kampung saya saja..laku..habis. Seronoknya. Kemudian, jauh siikit round sampai kampung sebelah-sebelah. Tak kira masa, rajin sungguh saya masa tu. Panas-panas pun tak peduli. Habis juga...yey yey! Pelanggan pun pakat puji sedap. 

Tak lama kemudian, abang saudara saya bercuti lagi, dan bawa sos rojak tu lagi. Saya pun excited...round lagi. Tapi...tak laku keras macam mula-mula dulu. Saya dah mula frust. Paling saya terasa hati dan agak malu bila ada seorang pelanggan (saya dah lupa siapa, tapi orang tua jugalah) dia kata "Yang hari tu tak habis lagi dik, orang bukan mencicah buah hari-hari. Datanglah selang lama sikit lepas 5-6 bulan ke". Wah..sentap! Saya sentap dan terus kayuh basikal balik rumah. Takmau jual dah! Full stop! Emak pun ok saja..tak mau sudah, kata emak.hehe.Itulah pengalaman pertama saya berniaga. Saya jadi serik. Tak ada siapa pula yang nak pujuk atau betulkan persepsi saya, atau bagi semangat pada saya. 

Sos Rojak VS Rempeyek , Kuih Siput

Kali kedua saya berniaga, masa saya di matriks. Itupun emak saya yang suruh, sebab masa tu emak buat jual rempeyek dan kuih siput. Emak buat memang sedap, pelanggan order ribu-ribu keping. Jadi emak pun minta saya jual juga di kolej. Beratnya rasa hati. Malas dan malu sungguh nak round bilik ke bilik. Bersandarkan pengalaman jual sos rojak, saya andaikan orang tak suka bila saya ketuk pintu bilik mereka. Kalau saya dah round satu malam, minggu depan pulak baru saya round lagi. Itupun sebab takut emak bising jualan tak laku. Masa tu ada seorang kawan yang emak ayahnya peniaga restoran, Dialah yang terlebih rajin bawak jualan saya. Rupa-rupanya ramai yang tunggu saya, sebab sedap. Boleh tak masa tu saya tak terfikir, sos rojak dan rempeyek / kuih siput tu tak sama. Sos rojak memang lanbat habis tapi kuih siput sekali ngap je dah habis. Mai., Mai..Betullah kata Dr. Azizan Osman, berniaga perlu ada ilmu. 

Latih Anak Suka Berniaga

Kini, setelah saya terjebak secara serius dalam perniagaan...saya sudah buang persepsi negatig tentang berniaga. Malah saya respect peniaga-peniaga khasnya peniaga Melayu yang berjaya. Walaupun ada banyak sikap dan tindakan yang perlu ada pada seorang peniaga, tapi tiga sikap ini saya nampak paling perlu. ILMU, CEKAL, SABAR. Perniagaan tidak berkembang dalam masa sehari, seminggu, sebulan. Tempuh apa sahaja yang datang dengan hati terbuka dan jangan mengalah. Kini saya seronok tengok anak saya yang sudah terpengaruh untuk berniaga. Jika dia main sorang-sorang, dia suka buat dialog dia menjual barang. Kadang-kadang saya main sekali, saya cuba tawar-menawar dan test dia layan pelanggan. Not bad!


Saya, Puan Mai, pengedar sah Shaklee dan juga pengedar sah Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Anda boleh dapatkan semua produk Shaklee melalui saya dan juga Buku MMR versi penuh dan juga versi mini.

SMS/ WA/ TELEGRAM: 012-3302067




Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.

Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak dijangka. Walaupun cuma hadiah ketujuh @ saguhati, tapi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Memberi sebab saya seakan tidak percaya. Dalam berjuta orang, no unit saya terpilih. Dan yang lebih buat saya tak jangka ialah saya cuma ada 10 unit SSP saja..berjumlah RM100 semuanya. Kalau ada beribu tu kira logik juga nak kena. Sebelum ni penah ada kawan saya beli SSP ni berharga RM20k ++ tapi sekali pun tak pernah terpilih. Ada juga yang dah simpan berpuluh tahun pun tak pernah menang apa-apa walaupun hadiah saguhati.

Saya beli SSP nipun suka-suka. Sebenarnya bukan duit saya pun, duit raya Sofiy tahun lepas tak silap saya. Saya sebenarnya simpan duit Sofiy dalam Akaun Nuri Bank Rakyat, tapi masa tu Sofiy dapat duit lambat kot dan saya dah malas nak pegi masukkan sekali lagi. Teringat pasal SSP ni, kebetulan BSN depan rumah je..singgah la kejap dan beli unit sebanyak duit tu, RM100 = 10 unit. Kalau nak guna senang nak tebus sebab dekat. Dan duduklah unit-unit tu di situ saya tak tebus pun sebab belum ada keperluan. 

Bulan Jun 2014 yang lepas, nampaklah BSN tu dok letak segala replika hadiah SSP...saya dah agak mesti ada cabutan negeri Selangor. Check mybsn dan tengok hadiah utama Produa Myvi. Hahaha..diam-diam ada jugak berangan kot dapat Myvi sebiji, dapatlah balik kampung raya dengan kereta baru konon. Hahahaha..berangan tak salahkan? Dan saya juga ada berdoa jika baik untuk saya, dengan keizinanNya, maka pilihlah saya. Tapi idakla bertuah pun.hehehe.

Tapi Allah itu Maha Mengetahui...dan Maha Pemberi. Rezeki tidak pernah salah alamat, rezeki tidak pernah lambat atau cepat sebaliknya tepat pada masanya. Rupanya Allah nak bagi masa cabutan bulan Julai 2014 walaupun hanya hadiah saguhati, tentu saja hadiah tu yang terbaik buat saya. Mungkin juga hadiah birthday saya yang ke-30 25 Julai yang lalu :-)
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih setahun saya menjadi pengedar Buku MMR Versi Penuh dan Versi Mini. Pada asalnya saya hanya jadi tukang promo sahaja. Sudah jadi tabiat saya, kalau saya bertemu dengan sesuatu yang baik dan sesuatu itu meninggalkan kesan yang besar buat diri saya, saya akan jadi tukang promo dan tukang sampai yang paling becok.

"Beli la..bagus sangat buku ni"
"Nanti kami bagi kat hang satu" (loghat saya bercakap dengan kawan-kawan)
"Hang pinjam baca dulu"
"Nanti kami beli lebih, hang tanya sape lagi yang nak"

Lebih kurang beginilah permulaannya. Saya ada ceritakan tentang bagaimana saya 'bersua' dengan buku MMR ini DI SINI. Tapi perkenalan yang sebenar sehingga saya menjadi pengedar adalah berkat pertolongan Ustaz Fathuri sendiri, iaitu penulis Buku MMR ini. Ramadhan tahun lepas (2013), saya mengikuti fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki secara aktif dan Ustaz juga aktif menulis di sana, dengan pelbagai aktiviti terutama aktiviti mengimarahkan bulan Ramadhan. Ustaz sangat menekankan ibadah membaca Al-Qur'an. Dengan aktiviti-aktiviti yang Ustaz anjurkan, saya yang merupakan salah seorang peserta menerima hadiah yang berupa 48 buah Buku MMR versi penuh. Alhamdulillah. Di situlah permulaannya di mana saya memberanikan diri menjual buku ini secara offline. Sebahagian buku ini saya wakaf dan sedekahkan, dan sebahagian lagi saya jual dengan harga diskaun. Ustaz sendiri yang menggalakkan kami penerima-penerima ini mula berlatih menjual buku ini. Saya memang sudah mula berniaga secara online sejak menjadi pengedar Shaklee, tetapi menjadi pengedar MMR mengajar saya kemahiran berniaga secara offline pula. Tidak mudah sebenarnya untuk orang macam saya yang tidak pernah ada pengalaman ini.



Apa yang saya belajar, untuk berniaga kita perlu buang jauh-jauh rasa malu dan segan. Jangan juga kecil hati jika orang tidak mahu beli. Apabila kita offer kepada mereka, kita sudah pun menawarkan sesuatu yang baik buat mereka, jadi mengapa mesti malu? Beli atau tidak, itu adalah rezeki mereka dan bukan lagi dalam kawalan kita. Kita harus bersyukur kerana telah pun menjadi daie kecil dalam menyampaikan kebaikan.

Alhamdulillah, alhamdulillah. Saya masih kekal sebagai pengedar buku ini hingga sekarang terutama Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Buku penuh juga saya masih jual namun saya lebih fokus kepada Buku Mini. Saya sendiri tidak pasti sampai bilakah kedua-dua Buku MMR ini akan terus diulang cetak. Mungkin sehingga target penulis untuk mencapai sejuta jiwa memiliki buku ini tercapai, atau mungkin lebih lagi. Jadi, harapan saya anda, anda, anda dan anda yang belum lagi memiliki buku ini direzekikan memilikinya sementara masih ada di pasaran. Jangan ragu-ragu, buku ini sememangnya buku yang sangat bagus untuk anda miliki. Harganya juga sangat-sangat berpatutan berbanding kualiti dan isi kandungannya.

Isi Kandungan Buku Penuh MMR - <---- font="" klik="" sini="">

Harga Buku Mudahnya Menjemput Rezeki:

Buku Penuh: RM18 / RM20 (SS)
Buku Mini: RM2 /RM3 (SS)

***Saya dapat berita bahawa Buku Mini akan dibuat revision dan cetak semula dengan sedikit pembaharuan, harga juga akan dinaikkan sedikit setanding kualiti dan jumlah muka surat. Namun bilakah cetakan akan dibuat belum lagi dimaklumkan kepada kami para pengedar.

Berminat mendapatkan Buku Penuh MMR atau Buku Mini MMR?


Hubungi saya melalui salah satu medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
SMS / WHATSAPP: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.