Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
 Kenangan seorang ibu..Selamat Hari Ibu 


Selamat hari ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu. Gambar ni masa reunion tahun lepas, 2019. Umi dapat anugerah khas, anugerah 'Anak Paling Ramai'. Hahaha. Apapun terima kasih Allah atas anugerah-Mu.

Suami teman bersalin?
1- X doktor tak bagi takut dia pengsan
2- X
3- X
4&5-X

Normal / Czer?
1- Normal
2- Normal
3- Normal
4&5- Czer

Induce?
1- /
2- X
3- X
4&5- X

Tau jantina sebelum baby keluar?
1- /
2- /
3- /
4&5- /

Tarikh lahir & minggu keberapa lahir?
1- 25 April 2009 (40)
2- 29 Oct 2014 (38)
3- 20 Nov 2017 (40)
4&5- 30 Ogos 2019 (36)

Baby Masuk NICU?
1- Ya (seminggu)
2- Ya (seminggu)
3- Ya (2 minggu)
4&5- Ya (24 hari)

Morning sickness?
1-  first trimester
2-  first & second trimester
3- first & second trimester (paling teruk)
4&5- first trimester

Mengidam?
1- mangga muda & aiskrim
2- takde
3- takde
4&5- takde

Jantina baby?
1- Boy
2- Boy
3- Boy
4&5- Boy

Berapa lama tahan sakit contraction?
1- 22 jam
2- 6 jam
3- 5 jam
4&5- Takde sebab elective caesar

Berat baby?
1- 2.8 kg
2- 3.0 kg
3- 2.69 kg
4&5- 1.5 & 2.1 kg

Tempat lahir Anak?
1- Hosp Serdang
2- Hosp Kajang
3- Hosp Putrajaya
4&5- Hosp Serdang

Nama anak?
1- Muhammad Sofiy
2- Muhammad Farhan
3- Muhammad Haikal
4&5- Muhammad Amin & Muhammad Iman

Copy & paste dear mommy 
*Kenaikan berat badan takde pulak

Ibu ini kami namakan Gebu


Lebih kurang jam 6.30 petang tadi, ada sesi fogging di kawasan kediaman kami. Alhamdulillah, kami semua dah berada dalam rumah. Sofiy pun dah balik sekolah.

Tengah-tengah mereka sembur asap tu, suami teringat dalam bilik meter air sebelah pintu kami tu ada anak kucing baru umur 4 hari. Masa tu asap pun dah memutih masuk ikut celah pintu. Ya Allah, kami nak sangat tolong anak kucing tu. Kata Sofiy, dia nampak ibu kucing tu turun tadi, masa dia balik sekolah.

Suami buka je pintu, asap masuk berkepul-kepul. Anak-anak dah lari masuk bilik. Saya dah batuk-batuk, mata pedih. 2-3 kali suami cuba tapi tutup semula pintu. Saya pulak cuba, tutup hidung dengan kain, buka je pintu bushh asap serbu muka. Huhu. Tak daya. Kulit muka dah pedih. 

Akhirnya, suami redah juga. Saya tolong kipas asap. Ambil kotak anak kucing bawak masuk rumah. Tengok semua tidur tak gerak, mungkin lemah kena asap tebal tu. Allah, kesian.

Lebih kurang setengah jam, suami jenguk kat luar. Ya Allah, si ibu kucing setia duduk depan bilik meter dalam kepulan asap. Huhuhu. Cepat-cepat kami bawa masuk dan satukan dengan anak-anaknya. Ibu nipun mula-mula macam pening lalat. Kasih ibu.

Sekarang, pukul 7.30 malam. Belum habis lagi foggingnya.
Sejauh mana kamu kenal suami kamu? Copy, paste dan jawab semua soalan. Tag nama suami Muhammad Yusoff dan biar dia nilaikan jawapan
😘
1. Dia duduk di depan tv, apa yang ditonton?
- Dulu dokumentari, sejak tak langgan Astro tengok berita je la.
2. Korang keluar makan, dia order makanan apa?
- roti canai / nasi mamak / mi goreng
3. Makanan yang dia tak suka.
- yang bercengkerang, ada lada hitam
4. Korang keluar makan, dia order minuman apa?
- dulu teh tarik, sekarang air suam
5. Jenis muzik kegemaran.
- retro / al-Qur'an
6. Nama timangan kamu pada dia.
- abang ( ada rentak tersendiri)
7. Hobi atau dia suka mengumpul apa?
- belek kereta
8. Makanan yang dia sanggup makan hari-hari.
- telur mata
9. Cereal kegemaran.
- Tak suka 
10. Jenis pakaian yang dia takkan pakai.
- baju bunga-bunga atau corak-corak
11. Pasukan bola kegemaran?
- Brazil
12. Perkara yang kamu suka buat, tapi dia mengimpikan kamu stop buat benda tu.
- kumpul tipuware transparent atau bekas aiskrim. hahaha
13. Sukan kegemaran?
- Badminton dan Bola sepak (menonton sahaja)
14. Kamu nak buat kek harijadi untuk dia, kek apa yang kamu akan buat?
- kek coklat (kami ada perjanjian tunggu oven baru. hahaha)
15. Apa yang dia buat sepanjang hari kalau kat umah
- gosok baju, kemas rumah, layan anak, baca surat khabar, tengok handphone (ops)

Semoga kasih kita berpanjangan untuk saya kenali awak lebih lagi, husband:)
Tarikh: 25 April 2016..hari lahir anak sulung kami. Terpakai sedondon pulak hari tu:)

Alhamdulillah, dah 10 hari Syawal diraikan. Saya harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada para pembaca. Maaf juga kerana blog ini dah lama tak terupdate. Sungguhlkah waktu mencemburui.

Ok, macam mana puasa dan saya 1437 H ni? 
Pada pandangan saya, puasa dan raya tahun ni agak tenang berbanding tahun-tahun yang lepas. Tak pastilah kot kot saya je rasa macam tu. Tapi, memang macam tu kot. Antara faktornya mungkin kegawatan ekonomi negara dan rakyat Malaysia sendiri. Saya lihat umat Islam d Malaysia tetap menyambut Ramadhan dan Syawal dengan meriah, tetapi sedikit berhemah. Masih lagi membeli baju raya, kuih raya, namun secara terkawal. Betulkan?

Lagi satu faktor mungkin faktor cuti raya. Cuti raya kali ni, orang KL beransur-ansur balik ke kampung sebab cuti sebelum raya agak panjang. Yang cuti awal balik kampung awal, yang cuti lewat sikit balik dekat-dekat nak raya. Jadi kurang la sikit jem tu. Cuma masa nak balik ke ibu kota je ada jem dalam sehari dua.biasalah tu, tak jem bukanlah raya namanyakan?

Rumah terbuka? Ini hujung minggu pertama. Ramai la yang buat minggu ni. Tapi saya rasa hujung bulan nanti lagi ramai kot yang buat, sebab dah gaji:)

Macam mana puasa dan raya keluarga kami tahun ni?

Alhamdulillah, saya rasa puasa dan raya tahun ni antara yang paling menarik walaupun sederhana. Ada beberapa sebab, mengapa saya rasa menarik.

Pertama sekali, anak saya Sofiy dah darjah 1 dan belajar puasa tahun ni. Walaupun dia tak dapat puasa penuh, sebenarnya tak plan pun nak suruh puasa penuh..tapi alhamdulillah dia merasa la puasa yang sebetul-betulnya. Maksudnya bangun sahur sampai la berbuka sama dengan kami yang dewasa. Tahun lepas, masa umur 6 tahun,  dia sahur pukul 7 pagi..hehe..kira tak betul-betul puasa la kan.

Kedua, tahun ni juga kami ubah jadual kami dalam bulan puasa. Tahun ni, masjid sebelah rumah ni memang allocate sejumlah kewangan untuk menaja orang yang berbuka puasa setiap hari. Jadi, kami ambil peluang ni untuk berbuka di masjid. Hari pertama, suami seorang je berbuka di masjid tapi kemudian dia beritahu ramai je jemaah perempuan yang berbuka kat sana. Puasa hari kedua, kami cuba berbuka kat sana dengan anak-anak. Mula-mula agak stres jugalah sebab Farhan memang tengah ligat. Mana nak buka puasa, mana nak layan Sofiy berbuka, mana lagi nak melayan Farhan yang dok berlari sana-sini. Alhamdulillah, lama-lama anak pun dah makin biasa. Saya pun tak makan berat di masjid, makan kurma, kuih, minum air je. Lepas Maghrib baru makan malam.

Ketiga, walaupun saya tak qiamullail dan iktikaf di masjid, tapi seronok tengok suami ke masjid tiap-tiap malam untuk iktikaf dan qiamulllail. 

Keempat, kami nampak apa yang Allah aturkan, walaupun kami tak pernah merancang sesuatu itu. Contohnya, kuih raya dan baju raya. Kami memang tak plan nak shopping baju raya tahun ni. Baju raya tahun lepas-lepas pun cantik lagi. Baju anak-anak pun memang muat lagi sebab Sofiy ni tak membesar sangat pun. Tapi, Allah hantar orang yang budiman yang sedekahkan baju raya untuk anak-anak. Alhamdulillah. Sungguh, bukan kami minta. Kuih raya pun sama, saya order 2-3 jenis je tapi orang bagi berjenis-jenis. Syukur.

Sama juga halnya dengan perancangan balik beraya ke kampung. Kami terpaksa untuk tidak fikir tentang balik beraya di kampung kerana keadaan kereta kami tidak mengizinkan. Sakit teruk kereta kami tu, kena pembedahan berskala besar baru ok.hehehe..takpun beli yang baru je. Tapi belum ada rezeki lebih lagi untuk kereta. Tapi, di saat akhir, sehari lagi nak raya entah tiba-tiba je terfikir nak sewa kereta dan balik kampung. Suami pun setuju. Mula-mula macam nak putus asa dah sebab of course semua kereta sewa dah rent out. Owner pun gaknya dah balik kampung. Tapi, saya serahkan dan sandarkan hanya pada Allah S.W.T. Kami niat pulang beraya memang semata-mata untuk menghiburkan hati orang tua, menghiburkan hati anak-anak, merapatkan silaturrahim lilla hi Taala. Jadi, jika memang rezeki kami, semoga Allah mudahkan. Dan sungguh, Allah mudahkan dan beri yang lebih baik. Kawan kepada kawan saya ada kereta lebih yang boleh kami sewa. Harga pun berpatutan, kereta dalam kondisi yang sangat baik, suami saya kata macam pandu kereta baru. Paling best kereta selesa sebab ALZA. Ayah pandu kat depan, umi dengan Farhan kat tengah, Sofiy baring kat belakang. Haaa...memang selesa la kan? Alhamdulillah, dapat 3 hari di kampung saya di Taiping, lepastu balikrehat jap ka rumah kemudian beraya belah suami di Selayang..haha dekat aje.

Kami masing-masing dah kembali ke mood bekerja sekarang ni, alhamdulillah. Mood raya pun masih ada, cuma dah tak la raya blues lagi. kikiki. Okeh, buat yang belum puasa 6 hari di bulan Syawal..jom kita rebut peluang ni.

Akhir kata daripada saya...


** gambar raya tak transfer ke lappy lagi

Comey tak baju melayu dak Farhan ni.hehe


Assalamualaikum.

Harapnya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan ucapan selamat hari raya minal eid wal faizin untuk semua pembaca MAIA. Semoga Syawal ini dirai penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Tahun ni, kami diuji dengan pakej sakit menjelang raya sampailah hari raya. Mula dengan saya yang kena sciatica, demam batuk selesema, sakit mata, kemudian Farhan pulak jangkit selesema batuk, tak lama naik pulak campak, dan diikuti Sofiy yang kena demam panas sampai 39.6C. Huhuhu. Memang dugaan la untuk umi nak mengurus anak-anak yang sakit dan dalam masa sama umi pun sakit jugak. Saya pun demam agak tinggi sampai 39.3C.Jarang-jarang la kena macam tu. Agaknya panas sangat cuaca + badan tak cukup rehat.

Sekarang ni anak-anak nampaknya dah mulai beransur baik, Farhan punya ruam campak pun macam dah tak bertambah, cuma belum surut. Demam Sofiy dah kebah. Cuma umi je belum kebah-kebah dok demam lagi, batuk selesema masih teruk lagi. I need rest, tapi manakan dapat, Farhan memang merap la sejak sakit ni, nak dukung saja.

Ok la, cukup dulu buat kali ni, Selamat hari raya uolls semua. Baju raya anak-anak masih hang je tak sempat lagi nak pakai. Harap-harap ada rezeki nak pakai di musim raya ni. Gambar raya? Hmmmm...

Apapun, walau tak beraya seperti orang lain, memang tak ke mana pun dok rumah saja. Takkan nak sebar sakit mata dan campak ni kan. Tapi..kami redho dan sabar. Tentu ada aturan yang baik daripada Allah al-Bari' (yang Maha Merancang), kita mana tau apa hikmahnyakan.

Bolehkah Bersama Suami Sebelum Habis Tempoh Berpantang?




Masa mengandung, kita rajin cerita tentang hal-hal kehamilan. Bila bersalin, cerita tentang bersalin, bila berpantang kita cerita tentang pantang la pulakkan. Persoalan di atas ni, mungkin ada yang tercari-cari jawapannya. 

Sebagai Muslim, semua maklum tempoh berpantang dengan suami adalah selagi darah nifas masih ada. Tetapi, yang jadi ramai musykil ialah adat berpantang, terutamanya adat Melayu. Orang tua-tua memang menekankan berpantang 100 hari dengan suami. Tapi ada juga versi 60 hari dan 44 hari. Biasanya 44 hari adalah tempoh yang paling ramai orang tau berkenaan berpantang makan dan rutin-rutin berpantang yang lain. Tapi berpantang dengan suami? Saya google-google juga sambil mengisi masa. Saya ingatkan semua wanita di luar sana berpantang dengan suami 100 hari. Rupa-rupanya yang dah mula melayan suami masa dalam hari pun ramai. Saya bukan orang yang arif dalam bab-bab perbidanan ni..jadi kita tengok apa kata mak bidan moden tentang hal ini yang saya ambil daripada FB beliau. Puan Siti Aishah atau lebih dikenali sebagai Kak Ice

*********************************************************
Berpantang......
Berpantang suami 44 hari dianggap satu penyiksaan kebatinan.
Kalau 100 hari.....bg yg bersalin pembedahan.....di sebut dayus......

Ketahui dulu aturan berpantang. Kekangan dari menyetubuhi suami ketika tempoh berpantang setubuh bukan adat berpantang.
Ttp lebih menjaga urat2 dalaman seperti urat rangsangan, urat kemutan dan urat klimaks wanita.
Jika diganyang ketika tempoh berpantang....mana datangnya kesihatan batin seorang wanita?

Menjaga prestasi keintiman dan kepuasan seksual suami juga perlu dilihat dari pelbagai sudut.
Jika badan bergetah, kulit halus macam kulit telur, bau badan macam kasturi, mahkota rapat terjaga rapi....akn tetapi bila disentuh kaku tanpa ransangan dan keseronokan....masih mampu mengundnag kecewa dihati suami.

Berpantang hubungan kelamin...bukanlah adat atau upacara berpantang yg dibuat suka2......
Ia adalah satu bentuk tanggungjawab seorang wanita kepada diri mereka sendiri. Agar memastikan wanita sentiasa bersedia mental dan fizikal ketika melayari kenikmatan dunia bersama suami.

Rangsangan datang dari badan yg sihat....urat yg terjaga rapi.....dan mental yg gembira bila bersama. Ia tidak dpt hadir melalui kesakitan dan trauma.

*********************************************************

Soalan bagus seorang ibu.
Kak...kalau kita layan suami bkn dr tut blh x?
Jawapan ibu sy dahulu bila sy tanyakan perkara yg sama.
Boleh. Tapi jgn sampai rasa terangsang.
Sbb once korang terangsang ketika dalam tempoh penyembuhan (44 hari) bermaksud korang dh langgar pantang.
Kenapa berpantang hubungan kelamin?
Utk jaga balik urat yg tenat masa bawak bayi 40 minggu dan ketika meneran bayi keluar.
Utk jaga balik otot yang lenguh tampung budak 10 bulan dlm rahim dan juga dipotong masa pembedahan.
Otot2 dan urat2 rahim ni adalah ibu segala nikmat.
Urat gesa (rangsang)
Urat kehendak
Urat nikmat
Urat klimaks
Urat kemut.
Semua bertunjang pada urat yg dipakai masa bersalin; baik secara czer atau normal.
Urat....
Otot.....
Baru nak pulih....
Korang dh start stim2.....
Aci tak celup pun.....tetap undang bahana.
Tak berfungsi nanti...jangan tanya kenapa.
Alah.....macam dalam haji la jugak. Terangsang sikit je pun dah kena bayar dam kan.....
Sama la jugak kita ni dalam pantang.
Cuma dam dia bayar dh berumur nanti.
Suami umur 40 br nak naik.
Kita dah kendur tak larat ligan.

*****************************************************

Begitulah...dan sepanjang saya menggogle, sama ada di web, blog, forum dan fb, kebanyakan wanita hari ini memilih untuk berpantang dengan suami melebihi 44 hari tetapi tidak sampai 100 hari. Masing-masing ada sebab dan alasan tersendiri. Pada saya, tidak ada salahnya kerana hukum kata tidak salah, sekiranya luka sudah sembuh dan badan juga sudah sihat. Namun para suami pun berpada-padalah...isteri anda belum lagi pulih sepenuhnya, dan penat menjaga anak anda yang masih merah itu. 
Hari ketiga Aidil Adha dah pun beransur meninggalkan kita. Warga kota dah pun balik semula ke kediaman masing-masing, malah ramai yang dah masuk kerja pun hari ni. Anak-anak pun ada yang dah bersekolah, tapi ada juga sekolah yang belum dibuka.

Walaupun sedikit terlewat, kami sekeluarga hendak juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aildil Adha atau Selamat Hari Raya Korban untuk semua pembaca MAIA amnya dan pelanggan MAIA khasnya.

Aidil Adha 2014

Tahun ni, kami beraya di sini saja, di rumah kami. Walaupun baru 35 minggu tapi saya dah rasa tak larat nak harungi perjalanan jauh. Faham-faham sajalah ibu sarat mengandung, tak selesa duduk lama-lama, Pulak tu asyik nak ke tandas saja. Dan alhamdulillah keputusan kami tepat sekali. Kan satu Malaysia gempar dengan kemalangan besar yang berlaku berhampiran Terowong Menora? Sampaikan lebuh raya ditutup dan jammed teruk bukan saja di highway tapi jalan dalam pun jammed. 



Pagi raya, mula ingat nak pergi solat sunat Aidil Adha di masjid. Tapi pagi tu rasa sakit pulak kat perut sebelah kanan. Tak jadilah ke masjid. Suami je pergi. Kami dua beranak tengok solat Live di TV1 je la. Sofiy dah bising nak pergi tengok potong lembu. Lepas solat, suami balik rumah sarapan sate dan nasi himpit (beli sate Sahmuri je).Lepas bergambar seshot dua, keluar la kami mencari lembu.hehe. Kat surau kawasan rumah ni ada juga 4 ekor tapi semua dah tumbang. Masa tu dah pukul 10 pun. Lalu terus la kami ke Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Biasa kat situ korbannya banyak, jadi mungkin belum habis potong lagi, 

Memang betul, masa kami sampai tu lembu yang ke-9. Ada lagi 6 ekor belum sembelih. Alhamdulillah, tercapai juga hajat Sofiy nak tengok live sembelih lembu korban. Memang ayah dia bawak dekat dengan tempat sembelih tu.


Saya sangat terkesan dengan khutbah Aidil Adha pagi tersebut. Tentang perhimpunan agung di mahsyar nanti. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat pengakhiran yang baik dalam kehidupan ini. Amin.
Assalamualaikum, dan selemat pagi Isnin. Semoga para pembaca semua bersemangat dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini. Sebenarnya ingat nak up entri ni semalam, tapi lepas isya' rasa sakit pulak di bahagian bawah perut. Tambah pulak dah letih dan ngantuk, maka kita rehatlah dulu. Suami dan Sofiy pun dah pakat tido, jeles jugak tengok diorang lena.

Alhamdulillah kandungan pun dah 29 minggu. Nurse dah tanya pasal beg hospital baru teringat.  Sejak hari Jumaat lepas saya dah mula keluarkan kotak-kotak yang berisi barangan baby, Sofiy punya dulu la(of course bukan angkat sendiri, cik abang la tolong). Congak-congak, barang newborn tu dah lebih 5 tahun bersimpan. Lama dah kami takde baby kecil rupanya. Walaupun saya jenis simpan setempat-setempat ikut kategori macam baju satu kotak, mitten & booties satu beg, kasut-kasut satu kotak, peralatan breastpump dan botol satu kotak asing, tapi tetap jugak tercari-cari sebab dah ingat-ingat lupa. Bantal newborn ada sarung je, bantalnya entah ke mana agaknya tertinggal kat rumah pengasuh. Bantal apitnya ada, sarung tilam ada, tilamnya takde, pun rasanya tinggal kat rumah pengasuh sebab tilam tu dah lunyai. Sebab tulah sebelum keluar shopping barang baby yang baru, kita kena check dulu barang yang dah sedia ada. Macam barut baby, saya ingat ada sikit je rupanya dah cukup dah. Mujur tak order online lagi. Jadi, semua yang perlu (barang keperluan newborn) dah selamat dibasuh. Baju-baju saiz 6 bulan ke atas saya tak keluarkan lagi, taknak menyemak sebab rumah kami kecik. Sofiy dulu baju 0-6 bulan tu sampai umur setahun pun muat lagi. Kena stop dulu...Nanti sambung na.

Update

Wah, seminggu terbengkalai entri ni. Entah apa yang disibukkan ye. Ahad lepas kami dah pun keluar shopping baju dan keperluan baby serta uminya masa bersalin dan berpantang. Sofiy sangat teruja nak shopping barang baby. Troley langsung tak bagi umi pegang, dia yang nak tolak sana sini. Besar dah Sofiy, nak jadi abang dah kan. Kali ni memang beli barang-barang yang betul-betul perlu je sebab dah tau keperluan sendiri hasil pengalaman yang lepas. Baju newborn beli sikit je, cukup untuk pakai masa di hospital. Yelah, adik pun mesti nak baju dia sendiri at least baju pertama dia..takkan semua nak pakai yang abang punyakan. Apa lagi ye yang dibeli? Bantal, sapu tangan, tuala, tisu basah, diapers, alas getah (changing mat), materniti pad untuk umi, kapas untuk cuci luka dan tali pusat, hanger. Senang kita tengok je gambar ni. Ada yang saya dah beli awal bila masa ke kedai dan terjumpa. Ada juga yang belum beli lagi. Tilam takde yang solo, semuanya satu set macam rugi pulak sebab bantal apit dan bantal tido dah banyak. Yang beli ni pun bantal karipap, senang kalau nak jalan-jalan bawak yang ni je. Kalau rajin umi cari tilam kat tempat lain ye dik, kalau tak kita guna comforter kat rumah tu je la. Saiz dan material tilam pun saya tak berapa puas hati, budak panjang sikit nanti dah tak muat. Material pun macam panas je.


Kali ni dah cerdik sikit, saya tak shopping kat kedai barangan bayi @ butik bayi macam masa anak pertama dulu. Saya dah survey barang-barang kat sana lebih mahal. Kali ni kami pergi pasaraya biasa je. Walaupun agak melilau sebab barang-barang tak dilonggok setempat, tapi berbaloi dari segi harga. Saya juga tak beli semua barang baby di sudut yang jual barangan baby. Contohnya tuala dan sapu tangan, kalau beli kat tempat barangan baby tu, harganya 2 kali ganda lebih mahal.

Ok, sekarang ni barang-barang ni semua kena dikategorikan ikut keperluan. Ada yang nak dimasukkan dalam beg labour room, ada yang nak bubuh dalam beg hospital (kegunaan di wad) dan ada yang nak ditinggal di rumah je. Saya belum pun lagi siapkan beg-beg itu walaupun semua dah basuh. Serius dah lupa masa saya siapkan beg hospital nak bersalinkan Sofiy dulu. Rasanya macam sekitar 7 bulan saya dah shopping, tapi masa siapkan beg memang hilang ingatan.hehe. Jadi, rasanya saya kena buat senarai la kat sini biar senang nak check dah cukup ke belum. Tulis kat kertas asyik hilang je. Jom kita tengok senarainya ikut kategori. Kalau rasa-rasa membantu untuk jadi panduan, boleh la guna senarai yang sama. Setahu saya ada beza keperluan yang disediakan di hospital kerajaan dan swasta.

BEG LABOUR ROOM (nanti dah siap kita up gambar ye)

- Buku rekod mengandung (buku pink)
- IC ibu
- baju NB (baju sahaja)
- tuala
- selimut bertopi
- diaper NB(1 keping)
- pad ibu (dulu hospital Serdang sediakan, tapi nak prepare juga)
- mitten (rasa macam tak perlu tapi nak bubuh juga)
- stokin ibu (pakai lepas bersalin)
- air zamzam dan kurma ( 1-2 biji pun cukup)

BEG HOSPITAL - WAD

Keperluan Bayi
- baju baby (agak-agak 2-3 hari, tak cukup nanti suami boleh bawakan)
- mitten & booties (sikit je sebab biasa tak pakai pun)
- topi baby
- lampin kain
- tisu basah ( 2 pek)
- sapu tangan (baby kerap muntah lepas menyusu)
- bedung dan barut (barut nak bawak sikit je sebab dulu tak pakai pun)
- diapers (bawak lebih sebab baby selalu kena salin, mungkin kena tahan lama kalau ada komplikasi)
- balm / minyak bayi (saya guna minyak Jerslin dan minyak zaitun)
- mandian bayi (kadang baby tak mandi pun)
- thermometer
- hand sanitizer
- pam susu dan milk storage (in case anak masuk NICU)

Keperluan Ibu

- pakaian ibu (pakai waktu balik)
- tudung 
- materniti pad / pad biasa heavy flow
- toiletteries (berus gigi, ubat gigi, sabun - bawak yang travel size)
- getah rambut, sikat, bedak, deodorant
- minyak panas/ minyak angin  ( saya guna minyak mustajab NR)
- vitamin / set berpantang (saya guna Set Berpantang Shaklee letak dalam pill box siap-siap)
- paracetamol ( in case demam)
- stokin (2-3 pasang)
- tuala
- hanger
- kapas
- telekung & sejadah ringan (guna kalau sebelum bersalin masuk wad dulu)
- kain batik
- surah yaasin, buku doa, tasbih digital
- handphone dan charger / power bank
- disposable panties / panties / nursing bra
- beg plastik ( untuk isi baju kotor)
- selipar tandas
- pen

Makanan / Kelengkapan Makanan
- termos
- air mineral
- cawan (saya guna shaker je)
- sudu garfu
- kurma
- air zamzam
- biskut 4 segi (beli travel pek / buh dalam tupperware)
- roti (ni boleh minta suami bawak kemudian)
- lauk berpantang yang kering ( ikan bilis goreng, lada hitam tumbuk dll yang sesuai)
- susu tepung / susu kotak / ESP / minuman coklat 3 in 1 / oat 3 in 1
- bekas makanan ( mana tahu nak tapaw sebab tak sempat makan)

Wah, banyaknya...macam nak berkampung pulak kat hospital ni. Tapi kalau tak bawak pun nanti perlu. Saya cadang nak bawak beg beroda yang ala-ala easybag budak sekolah tu tapi saiz besar sikit la. Kena adjust la nanti macam mana nak susun. Senang suami nanti tarik je, berat jugak nak mengusung beg tu nanti kalau tak beroda. Kalau rumah dekat, keperluan makanan tu boleh siapkan tapi tinggal dulu kat rumah nanti suami bawakan. Tapi macam saya, saya tak suka nak susahkan suami ulang tengok saya je. Lagi satu risau ada kes transfer hospital. Mudah-mudahan takde la macam tu, serik dah kena masa Sofiy dulu. Rumah pun tak la dekat baik dengan hospital Serdang, Putrajaya mahupun Kajang. Cadangnya, lepas hantar saya, kalau tak bersalin lagi tapi masuk wad..saya nak suruh dia balik dulu. Kesian kat Sofiy yang kena tinggal. Nanti dah dekat-dekat nak bersalin baru saya panggil. Tapi kalau memang dah terus masuk labour room pun alhamdulillah, tu tandanya sakit tak lama.

Ok, dah ada senarai ni...esok bolehla mula siapkan beg. Yang penting beg labour room. Ingat nak buh siap-siap dalam kereta. Senarai untuk barang-barang kat rumah kemudian saya update ye. Senarai kat atas ni pun kalau ada penambahan atau pengurangan saya akan edit balik nanti. Buat kawan-kawan yang seangkatan, selamat membuat persediaan untuk orang baru :-)
Entri kali ni khusus tentang berita gembira + mengujakan + mencuakkan untuk kami sekeluarga terutamanya saya la. Ramadhan yang lepas, saya dapat khatam Al-Qur'an sekali dan buat pusingan kedua tapi dapat lebih sikit daripada separuh Qur'an saja. Rupa-rupanya rezeki Ramadhan bukan saja dapat khatam Al-Qur'an tapi dapat berita gembira di bulan Syawal.


Kehamilan kali ni pun dalam perancangan. Cuma tak sangka la secepat ni. Selepas lahirkan Sofiy saya memang on perancang keluarga sampai la April baru ni, tetiba rasa nak biar je tanpa apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, terima. Kalau lambat pun ok sebab study belum habis lagi. Cuma, saya memang ambil Set Vitamin Kesuburan Shaklee untuk betulkan balik hormon-hormon dalam badan. Nanti saya cerita panjang tentang set kesuburan yang saya ambil di lain entri.

Ceritanya...last period saya ialah pada awal Julai 2013. Kemudian masuk bulan puasa...dan sepanjang puasa apa yang saya perasan saya takde selera nak makan apa-apa pun. Pusingla bazar Ramadhan tu berapa kali pun, semua rasa tak teringin. Nak masak lagi la takde idea. Selalunya saya dan suami beli kat satu gerai (bukan di kawasan bazar), kitorang beli nasi putih, pastu lauknya saya pilih sama ada ayam goreng atau daging goreng, letak sambal belacan sikit. Kuah pun taknak. Itu je la menu yang buat saya terbuka sikit selera, sebab ada sambal belacan dia yang power tu. Kalau ikutkan, tak makan pun saya tak kisah cuma dah puasakan, kenalah makan.

Period saya sedikit lambat, tu yang dapat khatam Qur'an dengan jayanya. Alhamdulillah. Sepanjang bulan puasa pun perut tak berapa sedap, banyak angin. Saya dok ambil Peppermint Ginger Plus tiap kali sahur, rasa sedap sikit la perut. Akhir-akhir Ramadhan pulak muka saya naik jerawat secara berleluasa. Jerawat batu kot? Bukan satu dua biji, banyakk! dan sakittt! Rasa berdenyut-denyut terutama yang kat pipi. Sungguhla saya rasa tak selesa plus rasa nak marah-marah pun ada sebab sakit. Seingat saya, tak pernah kena macam ni. Baru saya tau macam mana azabnya orang yang ada masalah jerawat batu ni. Saya pun ambil Zinc Complex, sebab zinc sangat baik unttuk jerawat dan radang kulit. Siap buat masker guna MealShakes dan Vitamin E, padahal tak pernah-pernah saya bermasker. Punyalah nak jerawat tu cepat surut. Dah la sakit, nak raya lagikan. Nak COD barang kat customer pun masa tu segan-segan. hehe. 2 hari terakhir Ramadhan, peot! keluar darah sikit. Saya memang biasa hari pertama, hari kedua tu darah keluar sikit dan tak kena pad pun. Tapi melarat sampai hari raya pun pad tetap bersih. Saya tanya mak, mak kata tunggu la dulu mungkin period tak lancar. Betul jugak, sebab rasa macam tersekat je period ni. On the way balik dari kampung, saya dah nekad kalau bersih jugak saya nak mandi wajib. Sampai rumah, check tengok ada darah sikit macam hari tu. Tangguh dulu. Kemudian esoknya dah bersih saya mandi je la sebab nampak macam taknak keluar je darah tu. Kalau katakan keluar darah lagi takpe la saya tak solat. 

Isnin 12 Ogos saya dan suami pun mula puasa enam. Tapi saya dah rasa tak sedap badan..kaki rasa lenguh sangat dan B rasa sakit. Eh, berapa kali nak datang simptom period ni. Pasal sakit kaki tu, suami kata memang patut sakit pun sebab kami berjalan sakan sehari sebelum tu, pergi round KLCC, Alamanda, Metro Kajang sehari suntuk. Diam-diam saya keluar pergi farmasi dan beli UPT kit. Beli jenama ClearBlue, kata orang jenama ni lebih tepat keputusannya dan tak perlu test pada waktu pagi lepas bangun tidur. Lepas beli terus check...dah hasilnya seperti di atas. Alhamdulillah. Suami terlopong sekejap bila saya tunjuk.  Esoknya check sekali lagi di klinik UKM untuk confirmation, dan resultnya memang positif :-)

Sofiy pun setakat ni ok happy sangat nak dapat adik. Sikit-sikit cium perut, katanya cium adik. Tapiii..manjanya mak oooiii...kalau boleh nak melekat je dengan umi. Pastu sikit-sikit merajuk kata umi dah tak sayang Sofiy. Adei..macam mana ni abang kuat merajuk. 

Doakan mudah-mudahan baby dalam kandungan ni membesar sihat dan lahir nanti menjadi anak yang soleh. Sebenarnya rasa macam tak berapa percaya dan risau-risau juga sebab takde rasa apa-apa, simptom-simptom hari tu dah hilang. B dah tak sakit, kaki dan badan dah tak sengal-sengal, alahan takde dan mudah-mudahan takde teruslah. Apapun saya berserah pada Allah. Jika ini rezeki kami, in sha Allah ianya milik kami. 

In sha Allah, nanti saya akan kongsikan tentang:

Set Kesuburan Shaklee
Persediaan Untuk Hamil Selepas Berhenti Pil Perancang
Tanda-tanda Hamil
Suplemen Sewaktu Mengandung

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Assalamualaikum, salam petang Jumaat.

Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa ada isteri yang tidak bebas membuat pilihan walau sekadar untuk membeli vitamin untuk dirinya sendiri. Entri kali ni sekadar bersembang dan berkongsi kepelbagaian darjah kebebasan yang dimiliki oleh kaum isteri dan ibu. Tentu saja kita memiliki paling kurang sedikit nikmat kebebasan, contohnya bagi anda yang sedang baca entri ni tentu saja ada kebebasan melayari internet, ye tak.

Saya terfikir untuk tulis entri ni selepas mendengar luahan rasa seorang kenalan rapat, yang juga seorang isteri dan ibu anak empat. Bila kami bersembang panjang..terus saya rasa insaf, dan rasa bersyukur dengan keadaan saya  sekarang. Semenjak dua menjak ni, kerjaya suami saya tidak memungkinkan beliau punya banyak masa untuk handle hal rumahtangga kami, maka banyak yang beralih ke bahu saya. Jadi, kadang-kadang saya rasa sedikit terbeban, tak tercekau dek tangan dan rasa otak pun letih memikirkan A-Z hal rumahtangga, dan semestinya hal study yang belum habis dan sudah masuk zon kritikal. Memang selama ni pun saya bersyukur, sebab walaupun suami sentiasa sibuk, dia masih bersama kami pada waktu malam. Walaupun dia sibuk kami tak berjauhan, anak saya masih lagi dapat peluk cium ayahnya setiap hari, emaknya juga.hehehe. Walaupun suami sibuk, dia masih makan di rumah. Walaupun suami sibuk, dia masih sempat berjemaah di surau. Tapi sekali ni bila saya tau bagaimana berbezanya saya dan kenalan saya itu, maka saya patut lebih bersyukur.

Menjangkau usia 40-an, Kak S ini adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Dulunya dia pernah melanjutkan pelajaran hingga ke UK, tapi bila berkahwin diminta tidak bekerja oleh suaminya. Dulunya dia ke hulu ke hilir dengan motosikal (tak mampu berkereta masa tu) menunjukkan dia seorang yang lasak dan berani, tapi sejak berkahwin tak lagi dibenarkan menunggang. Dah anak tiga barulah terpaksa bawa motor semula sebab keadaan dah memaksa, suami kena kerja jarak jauh masa tu. Mula-mula bawak motor semula, dia kata dia menggigil. 

Tadi kami bercerita tentang keperluan-keperluan isteri. Kadang-kadang kita orang perempuan ni perlukan sesuatu benda yang hanya orang perempuan je faham kepentingannya, sedangkan orang lelaki memandang remeh benda tu. Contohnya supplement, vitamin. Kita isteri-isteri dan ibu-ibu ni dapat rasa kecergasan badan kita merosot, kesihatan dah semakin lemah, jadi kita rasa makanan tambahan tu satu keperluan...dengan harapan kita dapat maintain atau upgrade performance kita dalam rumahtangga. Tetapi bukan semua suami memahami. Bagi yang bekerjaya mungkin tak ada masalah, kesampingkan sikit duit gaji untuk wishlist kita tu. Tapi bagi surirumah yang takde pendapatan tetap, atau duit simpanan tidak mencukupi...macam mana ye. Kes Kak S, dia ada duit tapi dalam bank. Dia nakkan set kurus dari Shaklee, tapi dia tak dapat beli sebab tak boleh buat pembayaran sebab susah nak ke bank, ada baby umur 4 bulan. Dia tak boleh memandu, dan kereta pun memang ada sebuah je suami yang bawa. Kata saya, gunalah online banking. Tak ada, katanya. Nak buat apa-apa, nak beli apa-apa, semuanya kena ada kelulusan suami. Jadi kalau suami dia rasa benda tu tak penting, maka tak dapatlah. Kalau dekat memang saya hantar ke rumah...tapi jauh. Kesian dia. Akhirnya kami dapat satu jalan, kami guna orang tengah yang boleh sampaikan bayaran tu pada saya. Tak kisahla walaupun lambat. Tapiiii...macam mana pulak kalau suami dia tanya bila set supplement tu dah sampai kat rumah? Oh...penat saya fikir. 

Mungkin kita tak terfikir ada orang yang lebih tension, lebih stres daripada kita dalam masalah rumahtangga ni kan. Kadang-kadang kita rasa komunikasi kita dengan suami tak berapa baik, rupanya ada orang yang langsung tak boleh berkomunikasi pun. Sesekali kita rasa sunyi, suami tak faham kita, sedangkan ada orang yang sejak kahwin berasa sunyi walaupun anak dah ramai. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada, mungkin nikmat bekerja, nikmat mempunyai pendapatan sendiri, nikmat memilih dan membuat keputusan sendiri...dan bagi yang senasib dengan Kak S, anda juga harus bersyukur...dengan nikmat mengendalikan rumahtangga sendiri, membesarkan anak dengan tangan sendiri tak perlu hantar pada pengasuh, nikmat tidak membazir (orang perempuan kan suka rambang mata bila ada duit di tangan), nikmat untuk tidak perlu fikir politik tempat kerja dan banyak lagi pro dan kontranya.

Bagi anda yang memerlukan makanan tambahan atau supplement dalam bentuk vitamin tetapi mempunyai kekangan kewangan, kami di Euphoria ada menyediakan trial pack (TP) iaitu set percubaan untuk tempoh sebulan. Saya dulu pun mula-mula ambil set TP saja dulu memandangkan saya perlukan 2-3 jenis vitamin sekaligus tetapi tak mampu nak beli yang full pack. Sekiranya berminat, boleh emel saya di maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067.
Sebelum menggoreng panjang lebar, saya nak tekankan di sini bahawa ini bukanlah ruangan kongsi pengalaman atau petua. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian semata-mata. Saya hanyalah seorang isteri, ibu anak satu dan seorang pelajar. Saya menulis bukanlah untuk mengajar atau komplen rumahtangga orang lain, sekadar memberi pendapat dan panduan untuk diri sendiri, insyaAllah berhajat nak anak lebih daripada seorang.hihi.

Pernah tak korang masuk rumah yang kemas, bersih, teratur dan pernah tak masuk rumah yang berselerak, kotor dan huru-hara? Saya pernah. Bila masuk rumah yang kemas bersih tu saya pun mengharap saya akan boleh buat begitu dalam rumahtangga saya. Kalau saya masuk rumah yang satu lagi, saya berharap saya takkan jadi begitu satu hari nanti. Dalam masa yang sama saya dok fikir mengapa terjadi perbezaan yang ketara tu. Sebab tak semestinya rumah yang bersih kemas tu tak de anak-anak kecik, dan tak semestinya juga rumah yang sepah tu anak kecik berderet-deret. Jadi bila saya dah duduk dalam rumah tu, saya rasa saya dapat memikirkan beberapa faktor penyebab dan juga jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan.

1) Upah orang gaji atau maid hujung minggu 
Pilihan ini untuk orang yang berkemampuan dan dua-dua (suami isteri) tak kisah adanya campur tangan orang lain dalam rumah. Suami saya bukan jenis ini, dia tak selesa ada orang lain atau hasil tangan orang lain.

2) Kerjasama suami
Apa yang saya perhatikan, rumah akan mudah bersepah jika suami jenis tak kisah. Kalau suami pun jenis di mana bukak seluar di situ londeh, tuala tak sidai, pinggan tak basuh, di mana makan minum di situ tinggal pinggan dan cawan, kasut tak susun...semua harapkan isteri yang buat. Masa berdua ok la lagi, tapi kalau dah berempat berlima berenam..tak menang tangan la isteri. Satu hal lagi, ayah tu menjadi contoh..apa ayah buat anak buat jugak..cawan ayah sebiji, cawan 6 orang anak 6 biji, pinggan ayah sebiji, pinggan 6 orang anak 6 biji...pastu isteri @ maknye pun terkangkang nak buat semua.Jadi, buat para isteri yang baru berumahtangga tu kalau boleh jangan manjakan sangat suami anda. Biarkan dia tolong sikit-sikit kerja rumah sejak dari awal perkahwinan supaya lepas-lepas dah ada anak nanti dia tak kekok membantu. Untuk kemaslahatan rumahtangga kita juga. Tak adalah nanti dia semak kepala tengok rumah berserabut lepas tu nak lepak di luar aje.

3) Elakkan bertangguh
Yang ni adalah apa yang mak-mak macam kita boleh upgrade diri sendiri. Apa yang saya perhatikan, bila bertangguh, maka banyakla kerja yang tak siap. Contohnya, lepas masak tangguh basuh segala periuk belanga blander lesung batu pisau sudip senduk, sama ada ditinggalkan atas dapur atau dalam sinki. Nanti lepas makan bertambah pulak dengan pinggan cawan sudu garfu X (kali) berapa kepala yang ada dalam rumah. Bila dah banyak mulalah rasa letihnya nak basuh semua tu. Tangguh lagi. Sebenarnya kalau kita amalkan untuk selesaikan kerja pada satu-satu masa, sebenarnya kita dah jimat banyak masa dan tenaga. Memangla basuh periuk kuali tu nampak berat sebab besar, tapi kalau buat sekejap je. Kalau tangguh pun nanti-nanti kena buat juga, ye tak. Sama juga kekdahnya dengan menguruskan pakaian. Bila agak-agak nak penuh bakul tu silalah basuh terus jangan tunggu malam karang atau esok. Macam tu juga dengan pakaian di ampaian. Dah kering je terus angkat, daaaaannnn LIPAT! jangan angkat saja pastu renyukkan dalam bakul lain pulak. Kan dah jadi dua bakul pakaian tak terurus tu, satu bakul baju kotor dan satu bakul baju bersih. Lagi teruk kalau renyukkan dalam almari atau atas katil, kemudian datang anak atau ayahnya lenjan pulak atas baju-baju tu. Bila agaknya nak lipat tu ye. Percayalah kalau kita terus je lipat sebaik saja angkat, tak sampai 10 minit pun kain selonggok tu. Dah lipat....terus SIMPAN! Jangan biar je tersusun gitu, karang anak sepahkan sesia je masa dan tenaga melipat tu.

4) Tetapkan rutin
Ini kerap kali suami saya tekankan, dan kerap kali juga saya tak buat. hehe. Tetapkan rutin dalam hidup dan tugasan kita. Pendek kata, time management kena mantap. Tapi saya selalunya main congak-congak. Contohnya kalau agak-agak pagi tu nak masak menu yang susah sikit, nak kena defroze bahan basah ke, saya bangun awal. Tapi kalau agak-agak nak masak campak-campak aje set jam lewat sikit. Sila jangan tiru saya kalau anda nak jadi ibu dan isteri yang berdisiplin, sekaligus anak-anak yang berdisiplin jugak. Tetapkan rutin, dan patuhi jadual yang kita buat tu. Misalnya, kita bangun sekian-sekian waktu, solat sunat, kemudian buat apa-apa kerja rumah yang patut. Ada orang suka basuh baju waktu pagi sebelum pergi kerja, ada orang kena masak bekal suami dan anak, ada orang kena masak breakfast dan lauk lunch. Terpulanglah kepada agenda hidup masing-masing. 

Pukul berapa nak keluar ke tempat kerja..kalau boleh biar sama je jadual tu sebab itu memudahkan anak-anak juga set jadual mereka. Jangan disebabkan waktu kerja kita fleksible, kita bagi kelonggaran kat anak-anak. Kadang-kadang keluar pukul 8, kadang-kadang keluar dekat pukul 9, kadang-kadang nak awal pulak pukul 7 dah nak keluar sebab maknya ada meeting. Jadi anak-anak pun keliru. Kalau anak dah sekolah ok la mak yang kena ikut timetable anak.hehe.Kemudian, set masa hari apa nak gosok baju. Kalau boleh elakkan kumpul baju yang nak digosok sampai stok seminggu kalau kita dah ada anak berderet. Seminggu 3 kali atau 2 kali dah ok. Takdela sebeban nak kena gosok. Sama juga rutin-rutin lain termasuk vakum, mop, tukar cadar sarung bantal, cuci bilik air, dan tak lupa rutin mengajar anak-anak mengaji dan ulangkaji. Jangan biarkan anak take advantage atas kelemahan kita untuk menepati jadual waktu. 

Macam mana pulak kalau ada baby kecik? Mesti la lari-lari sikit timetable tu kan sebab baby kan meragam la, nak menyusu la... Pada saya, lari sikit tu ok, tapi jangan biasakan. Kalau jadual lari daripada jadual sebelum ada anak kecik, kita kena set jadual baru yang lebih sesuai.

5) Latih anak-anak dari kecil
Latih anak-anak dengan rutin, dan disiplin sejak kecil. Ini saaaaangat penting. Saya perhatikan ramai mak-mak yang akhirnya pasrah rumah bersepah sebab penangan anak-anak. Sebagai ibu dan bapa, kita kena latih mereka mengikut peringkat umur. Apa yang penting lagi adalah contoh teladan. Anak-anak ni meniru. Perkara paling simple, masuk rumah terus susun kasut di rak kasut. Nampak mudah, tapi ramai yang tak boleh buat. Sebabnya masa kecik-kecik tak ditekankan perkara yang nampak remeh tu. Nanti anak dah sekolah, dengan selipar dia sepah, kasut sekolah, stokin busuk pun semua kat depan pintu je. Lagi yang simple, bangun tidur terus lipat selimut dan susun bantal. At least bantal masing-masing. Haa..lagi satu kepantangan mak saya, lepas mandi tuala mesti sidai elok-elok jangan diperuk merata sampai masam dan bertahi lalat. 

Saya tengok part disiplin dan kelemasan ni memang payah sikit nak ajar anak-anak especially anak lelaki. Kena tegas! Lepas makan dan minum, sekurang-kurangnya bawa pinggan mangkuk ke sinki. Bila dah besar sikit, basuhlah pinggan sendiri. Lepas basuh tangan, lap tangan pada kain lap dan bukan lap pada baju. Lepas main, kemas semula mainan. Benda-benda begini perlu dipesan sentiasa dan berkali-kali sampaila jadi habit pada anak. Iaitu cara hidup dia. Jangan anggap dia kecik maka kita biarkan aje dia..nanti bila dia dah terbiasa dengan cara hidup tak berdisiplin yang peningnya kita juga. Mudah-mudahan anak saya boleh kekalkan disiplinnya sampai besar.

6) Kreatif untuk jimat masa
Yang ni saya belum aplikasikan sepenuhnya, masih belajar lagi. Ramai yang dah buat begini especially yang rajin memasak. Contohnya kisar bawang siap-siap, kisar cili siap-siap, buat sambal stok seminggu, buat stok ayam, dan macam-macam cara lagi untuk menjimatkan masa. Bab pakaian pun sama. Saya untung sebab pakaian suami dia yang tentukan sendiri dan uruskan sendiri. Saya tukang basuh aje.

7) Be organised
Hidup kena teratur. Serba-serbi. Yang ni susah sikit nak explain panjang-panjang. Setakat bagi contoh boleh la. Apa-apa aspek dalam hidup kita ni kena ada kategori. Jadi sebagai mak dan isteri, kita kena jadi organizer. Contohnya nak kelaskan pakaian dalam almari, nak kelaskan barang dapur, nak simpan dalam bekas apa. Almari ni nak letak apa, almari sana simpan apa, laci ni untuk apa, laci tu pulak nak letak apa. Semua tu kena ada kategori masing-masing supaya senang kita nak cari, nak simpan, nak guna. Kalau makanan basah pun, beli sekor ayam kita separate la siap-siap satu tuperware untuk goreng, satu tuperware dah siap potong kecik-kecik nak buat rencah, ada yang untuk buat sup misalnya. Ikan, selalu sekali masak berapa ekor, kalau masak 3 ekor jangan simpan 7 ekor satu bekas. Asingkan untuk sekali masak. Kalau cadang nak buat tomyam campur minggu tu boleh aje simpan satu bekas segala rencahnya sekali; ayam, udang, sotong.

8) Kesihatan Kena Tip Top
Saya pernah mengalami satu fasa di mana kesihatan saya terganggu dalam masa yang agak panjang iaitu 2 TAHUN. Lamakan? 2 tahun saya demam berpanjangan, sakit tekak, batuk, selesema, sakit-sakit badan. Memang terkesan serba-serbi baik pelajaran, kerja-kerja research dan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah di penghujung 2012 saya jumpa penawarnya. Saya diet dan ambil suplemen Shaklee. Alhamdulillah saya recover boleh dikatakan 100% bab demam, sakit tekak, selesema tu. Berat badan pun turun kepada berat ideal. Boleh tengok kisah diet saya di kategori DIET. Seterusnya saya jalani fisioterapi untuk sakit-sakit bahu dan leher serta sakit-sakit badan yang lain. Lebih kurang 3 bulan rawatan, dah discaj pun. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinNya dan sedikit usaha, saya beroleh kesihatan yang baik kini. Hidup rasa lebih berkualiti. 

Saya faham kebanyakan ibu-ibu di Malaysia menghadapi masalah kesihatan yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan kepada kualiti hidup. Sakitnya cuma lenguh-lenguh, sengal-sengal, sakit tekak, ulser, tapi percayalah itulah tanda-tanda bahawa kesihatan anda semakin merosot. Kebiasaannya atas faktor umur dan kekerapan melahirkan anak ditambah dengan rutin harian yang padat hingga tak dapat menjaga pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Senaman lagilah jauh sekali nak dapat buat. Jadi apa yang boleh ibu-ibu dan isteri-isteri lakukan?

Laburkan sedikit pendapatan anda untuk mengambil makanan kesihatan. Walaupun saya kini distributor Shaklee, tetapi saya tidak kata hanya suplemen Shaklee yang boleh diambil. Terpulang kepada anda, pilihan di tangan anda. Saya memilih Shaklee kerana ianya suplemen yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Shaklee sudah wujud sejak tahun 1915 malah Shaklee lah yang mula-mula mencipta vitamin di dunia.

Mungkin ada yang nak tahu, vitamin Shaklee yang mana sesuai untuk kesihatan wanita, khususnya golongan ibu dan isteri. Dalam Program Total Wellness Connection Shaklee, ada beberapa rangkaian set vitamin yang dicadangkan sesuai mengikut sasaran. Untuk kita, yang mengalami masalah kesihatan biasa (bukan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit tertentu), saya cadangkan:

Family Wellness Set
# Vita-lea Iron Formula (multivitamin)
# B- Complex
# Vita-C (500mg @ 100mg)
# ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Set ini sesuai untuk seisi keluarga kerana ianya mengandungi vitamin asas untuk kesihatan optimum. Secara ringkasnya Vita-lea menampung nutrien keseluruhan yang diperlukan oleh tubuh(27 vitamin dan mineral), B-Complex (gabungan 8 jenis vitamin B) untuk pelepasan tenaga, kesihatan saraf dan mengawal stres, Vita-C untuk sistem imun badan (sakit tekak, selesema, batuk dan demam) manakala ESP adalah sumber protein untuk membina otot, mengawal berat badan, sumber tenaga segera, mengatur hormon dan kecantikan kulit.

Ada lagi satu set yang khusus untuk wanita, iaitu:

Women's Health Set
# GLA Complex
# OsteMatrix (kalsium magnesium)
# Omega Guard (minyak ikan)

Set ini sesuai untuk mereka yang punya masalah berlebihan berat badan, hormon tidak stabil, haid tidak teratur, senggugut, sakit sendi dan otot, serta mudah lupa atau mudah hilang tumpuan. Ini biasa berlaku di kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau anak yang ramai. Betulkan?

Ini sekadar usaha kita, memang kita sayangkan keluarga maka sebab itulah kita kena sayangkan diri kita dahulu. Sebab apa? Sebab keluarga kita perlukan kita. Bagi yang tak bekerja apa kata usulkan elaun bulanan untuk set suplemen ini. Suami pun boleh makan sama. Shaklee tak mahal sebenarnya, nampak mahal sebab jenamanya dan sebab kuantitinya. Kalau dibanding-bandingkan, vitamin di farmasi banyak yang lebih mahal. Apapun, kalau bajet kecil jangan segan hubungi saya kerana saya ada cara untuk bantu anda.

9) Jaga Ibadah dan Hubungan dengan Allah
Haa..ni patutnya letak kat no. 1 tapi nanti orang ingat ni entri islamik-islamik gitukan. Seorang Ustaz pernah berkongsi tips dengan saya. Katanya, jika kita nak semua urusan kita lancar dan terancang, ibadah wajib kita kena dapat A+. Ah sudah...manalah kita tau Allah bagi markah solat kita apakan? Ok begini. Kata Ustaz, luangkan sedikit masa untuk buat satu jadual waktu. Bukan jadual masuk waktu solat itu kat kalendar pun ada. Maksudnya jadual waktu KITA solat. Boleh buat untuk sebulan punya jadual. Kita letak KPI untuk solat kita, dan kita kena jujurlah. Ala..untuk diri sendiri buat apa nak tipu, tak dapat hadiah pun (manusia tak bagi hadiah tapi Allah bagi). Caranya begini:

A+ = 5 minit sebelum masuk waktu sudah di tempat solat
A  = masuk waktu sudah siap wudhu' tapi belum bersedia
B   = dengar azan baru tergesa-gesa nak ambil wudhu'
C   = lama selepas azan berkumandang baru nak solat 
D   = dah di penghujung waktu baru nak solat
E   = sampai habis waktu tak solat-solat.


Kebanyakan kita dalam kategori mana? Saya rasa banyak yang dapat C. Ok, kalau anda dapat A atau A+ alhamdulillah, kekalkan dan improve kepada yang lebih baik. Cubalah, buat yang ini kalau dalam sebulan dapat A+ untuk sehari 5 waktu, in sha Allah urusan kita yang lain semua akan A+ jugak. Bukan pasal rumahtangga je, malah semua urusan kita. 

Rasanya cukup dulu tips yang dikongsi, semoga bermanfaat untuk anda semua. 


Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Kakak saya baru je selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 September kira-kira jam 9.00 malam. Tahniah. Mula kami ingat baby merdeka dah, sebab kakak saya start rasa tanda-tanda nak bersalin pada petang 30 Ogos tu. Rupa-rupanya dia langkau sehari. Kandungan kakak saya kali ni agak bermasalah, dua kali admit ward dan masa penghujung kandungan dia kena menahan sakit, sakit yang tak pernah dirasa masa kandungan-kandungan sebelumnya. Mungkin juga atas faktor usia. Okeh, diperkenalkan baby girl yang masih belum bernama, nanti dah ada nama akan diupdate ye...Welcome to dunya seorang lagi khalifah Allah. Semoga membesar sihat, bertaqwa dan berjaya.