Rindu, ialah satu perkataan yang biasa didengar.
Tapi rindu ialah satu perkataan yang sebenarnya berat untuk ditanggung.
Manusia faham rindu itu bagaimana, tapi hanya yang sedang merindu yang betul-betul mengerti laranya jiwa.
Maka, rindu itu adalah tentang satu rasa, yang indah namun menyeksa.
Paling sakit, jika rindu itu merupakan sebuah rasa yang terpaksa ditahan dan disimpan sendiri.
Bukan kerana orangnya telah tiada,
Bukan kerana dia menolak kita hingga kecewa,
Bukan kerana jauh yang tidak mampu bersua,
Bukan juga kita merindu tanpa dia kenal siapa kita,
Bukan kerana dia tidak tahu kita merindukannya,
Tetapi kerana kita tidak tahu apa ada dalam hatinya, apa dalam fikirannya, apa yang dia rasa...
HANYA MAMPU BERTEKA-TEKI, TIKA INI.
Tak boleh lagi mengenang masa lalu,
Tak sesuai lagi mengenang kata-katanya yang dulu,
Tak mampu lagi menebak melalui tingkah laku,
Kerana dirinya tiba-tiba seperti seorang yang tidak pernah engkau kenali.



.png)

