Showing posts with label Panas. Show all posts
Showing posts with label Panas. Show all posts
Ni sebenarnya dah tahap menggelegak dah ni. Marah sungguh dengan TM ni tau. Sejak-sejak unifi masuk kat kawasan rumah kami ni, amboi...makin teruk streamyx punye performance. Dah makin parah, 2-3 minit je ok pastu limited access la, padam la...pendek kata memang depa kacau habis la. Nak attach kat emel langsung jgn harap la, nak hantar emel kosong pun berkali-kali cuba baru lepas. Nak update blog pun rasa hambar je....sebab dah tau takleh buh gambar punye. Entry ni pun ntah-ntah tak lepas. 

Nak call 100 dan suh repair pun, kalau kena datang umah saya asyik takde je. So masa belum sesuai, bz sesangat. Tahun depan la kot. Ada sesape penah hadapi masalah yang sama, korang buat ape. Saya tak rasa nak upgrade ke unifi sebab rumah ni 1 user je, dan saya bukan nak download bagai...RM40 sebulan tu banyak, simpan kat tabung anak lg bagus.
Setuju tak jika saya kata di Malaysia ni, orang yang berkulit gelap didiskriminasikan? Bekas pensyarah kelas Bahasa Inggeris saya di matriks dulu pernah kata, Malaysia juga macam ada sistem apartheid. Buktinya? Iklan-iklan produk mencerahkan kulit berlambak di pasaran. Kalau boleh semua orang nak jadi putih. Sebab apa, sebab orang yang berkulit gelap sering kali dianggap tidak cantik dan tidak menarik.

Saya merupakan salah seorang yang berkulit gelap itu. Saya sebenarnya tak kisah dan tak terfikir pun nak cantik putih macam orang yang dilahirkan berkulit sebegitu. Tapi, sejak saya kecik lagi, saya selalu diejek. Bukan oleh orang luar tau, family terdekat sendiri. Saya ingat lagi masa umur dalam lingkungan 6-7 tahun, kat  pekan kecil daerah rumah saya tu ada seorang perempuan india yang dah tua jugakla. India ni tak siuman dan selalu merayau-rayau kat tepi longkang antara kedai-kedai kat pekan tu. Mulut dia bising sangat cakap apa taktau la kan sebab dia cakap Tamil. Saya selalu kena ejek, kononnya saya ni anak India tu, tapi mak saya ambik bela sebagai anak angkat. Bila pergi pekan je mesti diorang suruh saya pegi kat india tu. Sampai nangis-nangis saya tau. Diorang kata tengokla kulit saya sama je macam india tu. Mungkin niatnya nak bergurau je dengan saya tapi bila selalu sangat diejek "Anak H*nd*" macam tu, saya mula rasa rendah diri. Bila ada masa-masa sensitif, saya tengok kaki saya, dalam hati dok kata "hitamnya kaki aku". Kadang-kadang saya tengok cermin lepas tu saya tanya mak saya "Wa (kata ganti nama) cantik tak?" Mak saya senyum-senyum je taktau nak jawab. Last-last bila didesak baru la mak cakap cantik anak mak ni. Itu masa kecik, zaman sekolah rendah. Mujurla di sekolah isu hitam dan gelap tu tak timbul. Agaknya sebab ramai je yang sekulit dengan saya. Budak kampungla katakan, pakat-pakat berpanas, kulit pun 80% sawo matang. Ada la yang putih-putih tu tapi tak ramai.

Ni masa 5 tahun, tengah buat persembahan kat PASTI NURUL IMAN

Jangan terpedaya dengan muka saya yang nampak sedikit cerah dalam gambar di atas, sila tengok kaki ye kalau nak tau orang tu gelap ke idak.

Masa darjah 6

Bila masuk sekolah menengah, saya dok asrama yang pelajarnya perempuan semua. Faktor takde pelajar lelaki agaknya tidak menimbulkan isu paras rupa di kalangan pelajar sekolah saya. Kalau sekolah campur tu mesti ada budak-budak perempuan yang cantik tu budak lelaki minatkan? Disebabkan tu maka saya lagi suka berjemur bawah panas matahari bila sukan. Lagi berbelak muka lagi seronok. Kulit pulak memang mudah sunburn. Mujurnya masa form 4 saya tak masuk acara kawad hari kebangsaan. Kalau tak memang nampak mata dengan gigi je la.

Habis sekolah menengah, masuk matrik, masuk U. Masa ni baru ketemu dengan ramai kawan yang cantik-cantik. Roomate merangkap kawan baik saya pun cantik orangnya dan ramai peminat. Dulu-dulu budak remaja kan suka chatting, saya pun termasuk la sekali. Kemudian pegi blind date dengan chatter. Berani betul masa tu kan. Tapi masa tu laman sosial fb , frendster semua mana ada lagi. Yang famous IRC dan YM saja. Teman-teman chat pun takde la macam orang sekarang, masa tu takde lagi keluar berita kena r*g*l ke kena kidnap dengan teman sosial. Setakat jumpa kat tempat awam, minum dan balik. Masa tu, saya akan bawak roomate saya sekali, tak berani la sorang-sorang. Yang bestnya sebelum balik kawan chat saya tu psst psst pulak minta no contact roomate saya. Hahaha..tapi saya tak kisah, saya seorang yang happy go lucky dan  memang tak niat nak serius pun dengan chatters. Saya maklum orang lelaki mesti tertarik dengan kawan saya tu yang cantik, putih dan manis.

Suami saya, saya kenal masa tengah belajar juga. Dia pun cakap saya hitam, tapi dia tambah la 'manis' kat belakang. Nak jaga hati kot.hehe. Dia penah kata dia sebenarnya kalau boleh nak yang putih merah, jari runcing (amboi taste tak kalah). Tapi kenapa dia pilih jugak saya, tu kena tanya dia.hehe.

Ok, kenapa saya cerita panjang-panjang pasal kulit hitam ni? Kata tak kisah kan? Dah tu kenapa nak sebut-sebut lagi. Haaa...bila dah ada anak ni, timbul balik pasal kulit hitam saya ni tau. Mula-mula masa lepas bersalinkan Sofiy, masih kat hospital lagi. Boleh pulak kakak ipar saya kata tertukar baby? Sebab baby saya putih, sedangkan kami suami isteri tak putih. Sentap mak tau!

Sofiy newborn

Kemudian, bila Sofiy dah 2 tahun lebih pernah la saya bawak Sofiy ke Univ. Pergilah minum kat satu restoran dengan labmate saya, Shakira. Masa saya tengah suap Sofiy makan dan minum tu, tauke kedai datang menyapa. Dia tanya pasal Sofiy, tapi dia pandang Shakira. Saya la yang jawab sebab Sofiy anak saya. Pastu dia tanya lagi, kali ni saya jawab lagi. Boleh tak dia pegi ulang tanya dekat Shakira dan pandang saya dengan pandangan tidak puas hati sebab saya yang menjawab. Eh eh? Shakira dah serba salah sebab kami berdua tau apa yang tauke kedai tu fikir. Dia ingat Sofiy anak Shakira sebab kulit Shakira putih, kenapa saya yang berkulit hitam dan tak layak jadi mak Sofiy ni sibuk menjawab pulak perihal anak orang kan? Last-last Shakira tak jawab dan tunjuk kat saya. Sofiy pulak seolah memahami "Umi, nak lagi" mintak suap lagi. Haaaa...terus sentap dan senyap mamat kedai tu! Kesian jugak kat Shakira belum kawin orang dah ingat ada anak umur 2 tahun.

Sofiy dipangku oleh Shakira (tona kulit sama)


Sofiy didukung oleh uminya (tona kulit bebeza)

Ok takpe la cerita tu kan. Saya redho je la. Bukan salah orang kedai tu pun, dia tertipu oleh warna kulit. hehe. Tapi yang saya geramnya isu yang berbangkit semalam. Merajuk jugakla saya dengan husband. Dah dia tau isteri dia ala-ala malap sikit kan, lagi dia nak sampaikan cerita yang menggores hati. Alkisahnya suami ada partner kerja yang baru. Sebelum ni budak India tu kerja shift malam. Rupanya bila dia dah kenal saya, dah tengok anak saya, dia mengumpat kat belakang. Kurang asem. Dia kata apa tau, "Isteri you macam india la, tapi anak you lain, putih" Wah! Suka hati ko je nak bercakap ye? Saya bukanlah nak timbulkan isu perkauman ke apa, tapi ce cakap berlapik sikit, cakapla saya gelap ke, hitam manis ke takde la saya nak terasa hati. Ini terus jump to INDIA kot? Kalau betul saya ada keturunan anak mami ke, Pakistan ke, Malabari ke takpe la jugak. Ini memang takde kena-mengena dengan suku-sakat dia, senang-senang je nak bagi aku masuk kaum dia. (Haa..kan dah keluar aku kat situ). Yang suami pulak, dah terlepas cakap baru la nak cover-cover...hindustan konon, ce tengok mancung ke hidung isteri awak ni bang oii. Pastu tak dapat nak cover jugak, dia cakap "Sofiy tak kata apa pun?" waa..jangan pulak nak ajar anak dia kata maknya itam ye bang.

Isu dan dilema warna kulit terlebih melanin ni sebenarnya bukan orang macam saya je rasa. Golongan retis pun sama jugak. Kita tengok apa kata Farawahida: 

"Secara jujur saya tak malu dilahirkan dengan kulit gelap. Rasa sama saja seperti wanita berkulit cerah. Cuma saya terlalu berhati-hati dalam bab memilih warna baju dan solekan. Warna merah jambu dan merah memang saya elakkan kerana warna ia menampakkan saya kelihatan pelik.- Farawahida

dan Tazzy (bekas pengacara Salam Bollywood):

Jelas anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu, kadangkala terbit rasa kesal kerana wanita berkulit gelap sepertinya sering didiskriminasi oleh sesetengah pihak. Ramai yang menyifatkan wanita berkulit gelap kurang daya penarik berbanding wanita yang memiliki kulit cerah atau sawo matang.
"Sejak di bangku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah, saya sering diejek dan dipanggil hitam. Tambahan pula wajah saya dipenuhi jerawat yang tidak terkawal dan memiliki berat badan berlebihan.
"Kadang-kadang ada juga yang tanpa segan silu memanggil saya hitam berbanding menggunakan nama. Mula-mula memang saya marah dan geram tetapi lama-kelamaan saya sudah lali. Jadi saya pergi ke sekolah seperti biasa dan tidak melayan mereka yang kerap menyindir," imbas Tazzy

sumber: Kosmo


Apa pandangan anda terhadap model di bawah:




The colour of the skin is in no way connected with strength of the mind or intellectual powers - Benjamin Banneker

Nota: Syukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.
          Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)



Woooo..kali ni mood saya memang tak boleh blah. Rasa nak marah rasa nak telan je semua orang, tak cukup orang benda-benda yang mana rasa menyusahkan memang rasa nak campak je.

Rasanya mood berputar ni ada faktor yang telah berkumpul dan menyebabkan kepala i tensen. Pertama, rutin hidup yang tiba-tiba berubah. Suami dapat keje, tak dapat hantar ke Uni lagi. Saya nak bawak motor ke uni boleh, tapi suami nak naik apa pulak bila perlukan kenderaan. Jadi saya dah kena belajar dan buat kerja di rumah. Rutin saya, pagi2 masak lepas tu hantar Sofiy. Disebabkan suami kerja dekat, belikan sarapan untuk dia, kemudian hantar kat dia. 

Saya pulak lesen motor masih L lagi sebabnya dulu dah ada P kereta jadi malas dah nak ambik P motor sebab motor pun takde masa tu. Tapi sejak2 ekonomi sempit ni, naik motor je kereta tunggu nak jual je dah. Baru la terhegeh-hegeh nak ambik P motor sebab senang nak bawak anak. Jadi saya tengah belajar motor la sekarang ni seminggu 3 hari 8-9 pagi. Ce bayangkan betapa sibuknya saya pagi2 nak uruskan semua tu, kemudian nak merempit lagi ke driving school. Pastu balik masak pulak sebab karang tengahari suami nak balik makan. Petang kang nak keluar ambik anak pulak, tu belum lagi nak pegi beli barang dapur dan sebagainya. (Untuk makluman suami kerja 8pagi -8 malam dan takleh keluar-keluar curi tulang)

Yang cik abg saya ni pulak, mentang-mentangla keje dekat dengan rumah, banyak pulak ordernya. Macam-macam la mintak bawak la mintak belikan la. Adeiii.

Kedua, internet. Saya kan kononnya nak belajar dari rumah. Tapi rumah saya takde internet. Haih, belajar apa kena mengena dengan internet? Eh, sekarang ni 2012 tau, belajar pun perlukan internet. Paling-paling cikai senang nak tanya pakcik google. Takpun nak download paper dan sebagainya. Kata belajar dari rumah, haruslah keep in touch dengan SV. Apa-apa yang ditulis kena refer SV dulu, kenalah emel. Dah emel kena tunggu respons SV pulak. Punyelah rasa terbebannya bila tiap-tiap kali nak check emel kena pegi cc. Kalau cc tu selangkah dua dah sampai takpe jugak. Pastu macam hari ni, cc yang dekat tutup, kena laaaaa pegi yang jauh. Sekarang ni nak hantar paper ke persidangan pun semua kena ada akaun kat website penganjur. Kan nak internet jugak tu. Tu belum lagi cerita tiap-tiap kali masuk cc kena bayar la kan. Sejam RM 2.50. 

Ketiga. Tak selesa. Badan sakit-sakit sebab ke hulu ke hilir bawak motor. Pastu belajar motor tupun haru jugak, nak liang-liukkan motor tu kat kon, tu yang sakit-sakit urat lengan i ni. Kemudian, tekak pulak tak selesa entah mcm nak batuk je rasa. Sofiy pun baru baik demam, haruslah kan berjangkit. Kemudian, tak selesa buat kerja kat cc. Keyboardnya pun dah hilang huruf, dan serba-serbi rasa janggal dan kekok. Nak menulis pun takde mood.

Keempat. Inilah asbab yang PALING RELEVAN. Tengah bendera merah daaaa... Baru pagi tadi. Sebab tu la rasa nak cekik orang je. Oklah, nak balik dah, setel order2 cik abg, nak bayar bil2 kat pemaju dan nak balik tido! Petang kang kena datang cc lagi, lepas dah betulkan paper kena hantar semula via emel. Dugaaan..Hai, bila la dapat masuk internet ni.Jauh sangat TM Point!
Minta maaf la sangat-sangat, setelah sekian lama tak update tiba-tiba update dengan entri tak puas hati. Entri lepas geram.

Tak puas hati dengan insiden yang berlaku jap tadi. Ada seorang tenaga pengajar berbangsa C masuk ke lab kami dan tanya tentang meja yang kosong untuk RA dia. Dia tanya pada seorang RA bangsa M yang ambik course Sastera Inggeris. Saya yang duduk di meja paling hujung tak ambil tahu perbualan mereka. Tiba-tiba dia ajukan soalan pada saya, dan saya yang tak ambil pusing hal diorang tadi, tak berapa dengar soalan dia. Kena pulak bahasa Inggeris dia tu campur loghat Cina. Lepas dia ulang soalan, saya jawabla. Kemudian dia tanya saya lagi, ada kunci extra tak, dia nak duplicate. Saya tak jawab sebabnya saya sedang berfikir kalau saya bagi kunci saya, sapa nak tutup office ni nanti sebab saya yang biasanya balik paling lambat. Yang RA seorang lagi pun tak jawab apa-apa jadi saya fikir dia pun keberatan nak bagi kunci dia. Lepas tu, boleh ke cik C tu cakap "She cannot understand English" sambil gelak-gelak. Wah wah wah..senangnya ko nak mengata, dan terus buat conclusion ye? Sakit hati, saya terus buat tak peduli je apa depa sembang. Dan yang nyatanya saya faham ye apa yang depa cakap. Saya nak mencelah dengan cakap bahasa London tu pun boleh la, tapi taknakla menjatuhkan air muka tenaga pengajarkan? 

Walaupun saya ni tak cakap orang putih berabuk berasap, tapi kalau setakat perbualan simple, nak cakap simple-simple tu boleh lagi. Saya pernah study kat U yang bahasa pengantar sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, kalau saya tak reti langsung English tu memang tak lulus la jawabnya. Dan lagi, bila saya di Malaysia, apatah lagi di institusi yang mendaulatkan bahasa kebangsaan, saya akan cakap bahasa Melayu dan saya paling alergi dengan orang Melayu yang kerja kat sini tapi tak reti cakap bahasa Melayu. Alergi tau tak? Situasi yang lagi teruk, orang Melayu Islam jumpa orang Melayu Islam dahla tak cakap bahasa Melayu, tak reti pulak nak bagi salam tapi say " Hi " dan "Hello" sebagai sapaan. Pada saya, orang macam tu tak sedar diri .Hah! melepas geram nampaknya saya kat sini.

Oklah, walau apapun orang nak pandang dan nak kata, pada pendapat saya kalau kita rakyat Malaysia gunalah bahasa Malaysia (istilah DBP), bahasa Melayu (istilah orang linguistik). Barulah 1 Malaysia kan?
Saya rasa dah lama saya bersabar. Saya request buku tulisan Robyn Carston di library sejak bulan Feb sebab buku tu dalam pinjaman orang lain. Ok, walaupun saya sangat memerlukan buku tu, tapi dah memang ada sebuah je maka saya akan tunggu. Nak tunggu ke tarikh pemulangan tu punyalah lama saya rasa, sebab kena tunggu sampai awal Mac. Awal Mac, saya tengok status request saya masih pending. Saya ke library, dan difahamkan library tak boleh panggil peminjam tu walaupun dah tamat tempoh sebab baru lagi. Ok, saya tunggu. Dalam masa yang sama, saya tengok dah ada sorang lagi request di belakang saya. Maknanya 2 orang yang berderet nak pinjam buku tu.

Semalam, saya dah tak tahan. Saya tanya lagi di library dan kali ni memang saya nak tau siapa orang tu. Librarian pun dah tak rahsiakan lagi. Ala..bukan orang jauh pun. Kampung di Johor je. Tinggal di kolej universiti je. Walaupun saya tak kenal budaknya, tapi saya pernah dengar namanya. Budak postgrad juga. Saya tau, takkan orang cos lain pulak yang pinjam buku tu, mesti cos kami jugak. Librarian telefon, dia tak angkat. Librarian hantar emel taktaulah bila dia nak respon. Saya pulak kena buat ILL, kalau ada buku tu di perpustakaan dekat-dekat bolehla pinjam. Itupun kalau tak ada orang pinjam. Nak beli boleh, tapi harganya bukanlah seratus...tapi 300++.

Tolonglah wahai si peminjam, saya tak mau hubungi anda sendiri walaupun saya rasa boleh cari no telefon anda. Buku tu dah bukan hak anda lagi tau, saya pun bayar yuran juga. Saya perlukan buku tu sekarang. Orang yang request di belakang saya pun nak pinjam juga. Sem ni dah nak habis pun. Tolonglah jangan buat harta sendiri.
Saya sedang menahan rasa terkilan dan sedikit rasa macam nak marah ketika entri ini ditaip. Perkara ini berbangkit lewat petang semalam. Saya akan cuba untuk mempertahankan sabar demi mengelakkan kekeruhan menjadi semakin likat.


Disebabkan hal ini berkaitan dengan 5,6 orang maka saya rasa biarlah tidak berterus terang akan jalan ceritanya. Saya nak tulis di sini supaya tak terluah pada orang lain yang saya rasa nak marah itu. Saya cuba membantu dia (kawan) agar tesis dia jadi lebih baik, apa yang saya sampaikan pada dia adalah hasil perbincangan di dalam kelas bersama-sama pensyarah. Masa saya sampaikan pada dia tu, memang niat saya hanyalah nak menolong dia agar proposal itu boleh diperbaiki seterusnya tesis dia akan lebih mantap. Kalau dia bukan kawan saya, memang saya tak akan sampaikan, atau senang cerita tak masuk campur. Lantak ngko la nak salah ke, nak terjun gaung ke, nak tenggelam dalam laut ke. Tapi memandangkan dia kawan, maka saya rasa ada baiknya dia tau mana-mana yang salah untuk dibetulkan, sebab kesalahan itu adalah kesalahan besar yang memungkinkan dia melencong ntah ke mana-mana. Itupun kalau dia rasa perlu dibetulkan, kalau dia rasa dia dah cukup betul, abaikan sajalah. Dan saya dah pesan banyak kali, hal ni jangan heboh-heboh demi menjaga air muka orang-orang yang terlibat.

Tiba-tiba, rakan sekelas saya call petang semalam dan bagitau hal ni dah jadi isu. Isu besar pulak tu, melibatkan staf, pensyarah dan siap surat menyurat hitam putih. Wah! Dalam dok pesan-pesan tu heboh jugak jadinya. Ok, ok..saya call dia untuk tau apa yang berlaku sebenarnya. Tak angkat! Dan sebetulnya saya rasa dia Tak Nak Angkat! Last-last saya SMS saja, saya nak tau duduk letak perkara ni. Tau dibalasnya apa? Dia kata memang dia sendiri yang bagitau sifu dia. Dan isunya sekarang, saya dan kelas saya dituduh melanggar etika. Jadi sekarang dia macam nak kata "Ngko tanggunglah sendiri!" Haiii laa...ada juga kawan macam ni? Mungkin saya silap menilai. Saya ada ramai kawan, dan selama ni memang kawan-kawan saya tak pernah begini. Kami saling membantu, hal-hal sesama kami tak pernah sampai pada pensyarah. Tiba-tiba jadi macam ni, saya memang terkilan. Kalau ye pun taknak terima hasil perbincangan tu, tak perlu kot nak report. Benda kecik je sebenarnya, tapi dibesar-besarkan. Saya ambil langkah berdiam diri walaupun saya rasa macam nak balas secara sinis pada dia...tapi biarlah. Saya cuba menghayati klausa Mengalah Tak Bererti Kalah walaupun saya memang bukan nak menang. Saya cuma terkilan.

Saya harap isu ni akan ada penyelesaiannya tanpa menyakiti atau menyusahkan mana-mana pihak terutama saya (dan kepala otak saya)serta rakan-rakan sekelas saya termasuk pensyarah kami, juga staf yang berkaitan. Pengajarannya, nak buat baik berpada-pada. Tak semua orang suka kita buat baik pada dia.
Saya tengah panas...hot...bengang...geram dengan sorang pakcik yang perasan bagus!

Saya ada kekacauan perasaan sikit hari ni, maka saya mencari teman yang saya percaya untuk bercerita. Tujuan saya bercerita adalah untuk melepaskan sesak di dada. Itu saja. Kakak yang saya kenal sebagai Kak Z memang selalu jadi teman yang sudi meminjamkan telinganya bila saya dalam dilema dan sebagainya. Dalam tempat kerja Kak Z ni ada seorang lagi pekerja lelaki yang dah berpangkat pakcik tapi kami bahasakan denagn panggilan abang  L je kat dia. Saya tak bercerita pada abang L nipun, sebab saya bukan rapat pun dengan dia. Tapi dia menelingalah agaknya. Kak Z pun ada cerita sipi-sipi tentang kekacauan saya tu sebab fikirkan abg L tupun dah biasa dengan kami. Maknanya kekacauan perasaan saya tu perkara kecik je, sebab tu la Kak Z tu boleh cerita. Kalau kekacauan besar, tentulah cakap pun bisik-bisik dan rahsia-rahsia.

Tup...tup...dia dengan suara yang cukup konfiden dan penuh wibawanya memberi pendapat. Saya tak kisah kalau pendapat je, tapi ni siap dengan penilaian tentang diri saya sedangkan DIA TU SIAPA? Dia kenal ke saya ni secara peribadi? Setakat say 'hai' dan bersembang sekali-sekala tak bermakna dia dah boleh menilai saya. Siap cakap lagi yang dengan karakter saya ni, saya takkan habis dan grad dengan PhD! Apa hang penah tengok macam mana aku buat kerja ke? Hang penah tengok aku belajar ke? HANG SAPA? Saya akui PhD itu bukan senang tapi hang jangan senang-senang nak cakap orang tu boleh gagal ke, boleh lulus ke. Eleh, konon nak CABAR saya supaya saya siap PhD dalam masa 3 tahun. Wei, aku tak perlukan cabaran hang pun sebab aku tak suka cabar-mancabar dengan orang ni. Aku sendiri akan mencabar diri aku supaya dapat apa yang aku usahakan. Dan lagi yang peliknya, kekacauan saya adalah tak bersangkutan pun dengan PhD, tiba-tiba pulak nak judge lulus gagal orang. Musykil betul la.

Saya memang bukan seorang pemendam. Sebab saya rasa memendam masalah itu boleh menyebabkan saya tambah pening. Cara saya menyingkirkan rasa yang tak sedap dalam hati adalah dengan bercerita, tapi bukan dengan semua orang ye. Saya bercerita pada orang yang saya percaya. Biasanya kakak saya, ataupun kawan baik saya. Bercerita bukan bermakna saya tak boleh handle masalah tu, cuma lepas bercerita saya akan rasa lebih lega. Orang lain memang takkan boleh menyelesaikan masalah kita, kita yang kena selesaikan sendiri.

Setiap orang ada karakternya, ada kelebihan dan ada kekurangannya. Saya tak suka dinilai, dan saya pun tak suka menilai orang. Kalau saya berkawan, baik buruk orang tu saya terima. Mana yang perlu kita support, kita support. Mana yang perlu kita tegur kita tegurlah secara berhemah dan cakap biarlah beralas. Perasaan orang kena jaga weh!

Nota 1: Abg L tu kononnya bidang komunikasi, ntah apa jenis komunikasi yang dia belajar pun saya taktaulah. Komunikasi mengata, mengutuk dan menghentam orang agaknya.

Nota 2: Kak Z pun penah kena hentam dengan Abg L tu sampai menangis. Macam manalah bini dia ye?
Mengapalah manusia yang dianugerahkan akal fikiran yang waras tak boleh berfikir, dan tak berperikemanusiaan? Adakah manusia menganggap bahawa binatang tidak ada perasaan? Binatang tak ada rasakah? Rasa sakit, rasa sejuk, rasa panas, rasa sedih, rasa takut? Mungkin binatang tidak dikurniakan akal, tetapi binatang juga berfikir dan berperasaan. Memanglah itu fitrah makhluk, tapi kalau binatang tak ada perasaan,tidaklah mereka rasa takut apabila terancam, sayangkan anak-anak, sayangkan manusia juga sekiranya manusia baik kepada mereka. Kadang-kadang saya rasa manusia sekarang ni lebih teruk daripada binatanglah (bukan semua tentunya).

Kenapa saya merungut begini? Tengoklah gambar di bawah.





Entah bila, ada orang letak perangkap monyet kat sini. Saya perasan petang Selasa masa saya balik dari KLCC dan lalu tepi tu. Saya nampak seekor monyet di dalam perangkap dan seekor lagi berlegar-legar di luar. Mungkin baru terperangkap masa tu, dan yang diluar tu cuba membantu yang di dalam. Monyet yang terperangkap tu kecil, entah yang diluar tu emaknya, bapaknya atau pun saudaranya. Kesian. Tapi masa tu saya cuma fikir mungkin pihak-pihak tertentu nak tangkap dan letak monyet-monyet ni di tempat yang lebih sesuai daripada mengganggu ketenteraman manusia di sini. Tapi tanggapan saya mula berubah jadi bengang bila hari Rabu petang saya tengok monyet tu masih terkurung di situ.

Kalau dah perangkap tu, selalu-selalulah datang jenguk. Ini tidak, dibiarkan je monyet tu terkurung dengan tak ada makanan, air, berhujan berpanas. Sekarangkan panas terik, apalah rasa monyet tu. Kesiannya...Saya takut nak pergi sendiri ke situ, jadi saya panggil kakak cleaner. Kakak tu bagi biskut pada monyet tu, laju dia makan tanda dia sangat lapar. Tapi macam mana nak bagi air, lubang-lubang dawai tu tak muat nak dimasukkan botol ke mangkuk ke.

Hari Khamis, kawan saya datang bagitau monyet tu dah termenung je. Dah tak agresif lagi. Saya ke kafe beli buah dan masukkan air dalam plastik dan ikat dengan getah, selitkan straw dengan harapan monyet tu pandai menyedut. Bila saya bagi buah-buah tu, lahap betul dia makan. Tapi air tu kami cuma dapat letak di luar dawai. Rupanya dia tak pandai sedut, tapi ditariknya straw langsung tercabut. Fikir-fikir, kami nampak ada kotak air kotak yang dah terkoyak separuh. Kami masukkan kotak tu dan tuang air ke dalamnya. Dapatlah dia minum sikit. Rasa nak menangis tau tengok keadaan monyet tu yang kelaparan dan kehausan. Bayangkanlah kalau kita yang terperangkap di situ. Kejam sungguhlah siapa yang pasang perangkap tapi tak jenguk tu.

Hari ni saya cadang nak belikan pisang. Kemudian saya nak adukan pada pejabat atau sekuriti. Kesian kalau cuti hujung minggu ni monyet tu kelaparan di situ.
Tapi saya sedang makan waffle rasa apa entah. Adik yang selalu jual waffle kat wisma bawah ni bercuti, tapi gerainya bukak, orang lain jaga. Saya pun pergilah order, petang-petang ni rasa nak makan pulak. Saya suka waffle coklat campur blueberry. Saya pun order, adik tu kata ok dan angguk. Saya pun pergi kedai runcit sebelah tu. Bila saya pergi semula kat gerai tu, tengok waffle masih dalam acuan dia. Saya pun tunggu. Ada 5 minit saya melangut depan tu baru la dia tanya.

Akak ye yang order blueberry chocolate tadi? Coklat dah habislah kak.

Masa tu saya dah rasa panas dah muka ni. Kalau dah habis, kenapa tadi tak cakap masa saya order, kan.

Tadi kenapa tak cakap?

Dia diam je. Saya tengok-tengok bekas-bekas tu, ada peanut, ada macam butter. Saya pun tanya la..

Yang tu apa? (tunjuk pada bekas butter/ planta)

Adik tu boleh gelak-gelak...

Ni planta la kak.

Amboi? bukan aku yang meniaga sini, mana aku tau tu benda apa,kan. Tengok peanut pun dah habis. Ada blueberry, strawberry dan planta tu je. Saya pun bebel lagi la.

Peanut pun habis. Tadi awak tak cakap masa saya order. Bubuhlah semua sekali. (Boleh je saya nak cancel order tu, tapi kesian pulak tepungnya dah masak).

Saya dah bengang, dan malas dah nak pandang muka adik tu. Lepas bayar saya terus naik ofis. Tengok-tengok rupa waffle tu memang la menyakitkan hati. Lain sangat-sangat dengan yang tauke gerai tu biasa masak. Pucat lesi. Dahla dia letak blueberry saja, sikit pulak tu. Kalau tauke dulu, dia letak sampai meleleh-leleh. Nak tengok?



dah makan sikit tu.

Cuba tengok yang saya google ni..lainkan?


Saya menulis ni dengan hati yang membara.

Saya tak suka didesak. Apatah lagi kalau yang mendesak tu adalah orang yang tak berhak pun mendesak. Walaupun saya boleh berfikiran positif, mungkin orang tu sibuk mendesak sebagai peringatan pada saya, tapi saya tak suka! Dah saya tak suka nak buat macam mana,kan. Tugas saya, kerja saya, taulah saya selesaikan. Saya nak mula lambat ke, cepat ke, ikut suka sayalah. Kenapa orang lain nak sibuk-sibuk? Kalau sesekali ingatkan ok la, saya tak kisah pun. Tapi kalau tiap-tiap hari, dalam sehari berkali-kali pulak tanya itu je, muak la! Macamlah awak tu bagus sangat. Bos pun tak bising, dia pulak sibuk. Menyibuk! Kalau saya bengang saya tak akan buat langsung tahu?