Showing posts with label Hebahan. Show all posts
Showing posts with label Hebahan. Show all posts


Satu sejarah penyiaran televisyen di Malaysia apabila TVAlhijrah bersama-sama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bakal menyiarkan MyQuranTime

604 hari bersamaan dengan
604 episod juga bersamaan dengan
604 helaian muka surat Al Quran yg akan mengambil masa hampir 2 tahun,
setiap hari jam 12-1 tghari.

Inilah program signature TVAlHijrah.

114 surah Al Quran di Saluran TV 114.
114 surah akan ditadabburkan serta dibaca disaluran 114, saluran TVAlHijrah.
Bermula Isnin depan, 8hb Jun 2020.

Satu komitmen ‘unprecedented’ daripada kami di TVAlHijrah dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk semua.

#MyQuranTime



PENGUMUMAN PENANGGUHAN PENGANJURAN PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2020
====================================

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBAKL 2020 bertarikh 6 Mac 2020 sebulat suara memutuskan perkara-perkara yang berikut:

1. PBAKL 2020 di World Trade Centre Kuala Lumpur DITANGGUHKAN sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak;

2. PBAKL 2020 ATAS TALIAN akan dilancarkan dan berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 27 Mac- 5 April 2020.

Sekian, dimaklumkan.

MOHD KHAIR BIN NGADIRON
Pengerusi JK Induk
Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2020


********************************************************************************************************

Begitulah yang telah ditakdirkan, kita manusia hanya merancang tetapi Allah jua punya perancangan-Nya tersendiri. Tentu itulah yang terbaik. Ramai yang telah berhabis untuk persediaan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Namun bak kata Bonda Nor, yang juga sangat sinonim dengan PBAKL. Bagi beliau, pilihlah kemudharatan yang paling ringan. Kesihatan dna nyawa lebih bernilai. Kita tahu Covid19 bukan virus biasa  ini virus ganas yang telah membunuh puluhan ribu nyawa! Dan sekarang wabak ini sedang melanda negara kita Malaysia. Setiap hari bilangan yang positif semakin bertambah dan bertambah. Semoga Allah memelihara kita. In sya Allah. 

Assalamualaikum wbt.

Saya terpanggil untuk up entri ni untuk bantu jelaskan apa yang berlaku sekiranya wang BSH daripada kerajaan Malaysia tak masuk-masuk ke akaun anda. 

Saya pun sebenarnya tak perasan yang pihak kerajaan ada buat pengumuman BSH Fasa 2 telah mula diagihkan kepada para penerima. Saja terklik web Hasil dan nampak notis bahawa pembayaran dah mula pada 28 Mei 2019. 

"Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei 2019 (Selasa)berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai BSH 2019 yang akan diterima."

Check akaun suami sebagai ketua keluarga, belum masuk lagi. Takpela, mungkin lepas raya la kot. 
Lepas tu, balik kampung berhari raya. Mak saya mintak tolong check duit BSH dia dalam akaun. Alhamdulillah, dah masuk dah. Sebelum ni, ada pengumuman supaya kemaskini butiran di web atau di pejabat hasil. Tapi untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, tak perlu. Saya fikir mungkin sebab tu la kot takde masalah dengan mak saya. 

Balik cuti raya, check lagi akaun suami, pun takde. Saya terfikir nak masuk ke akaun MyBSH dia di portal. Sesambil tu, search juga di Google dan barulah dapat baca di Berita Harian, ramai tak terima lagi BSH Fasa 2 sebab salah no akaun. Aik? Macam mana pulak tu? Meh sini saya tampal sikit apa kata BH tu. 

PUTRAJAYA: Penyaluran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 tidak dapat dikreditkan ke akaun kira-kira 300,000 penerima berikutan nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Bagi BSH 2019, pembayaran bagi penerima berumur 59 tahun ke bawah adalah melalui akaun bank isteri. Perkara ini telah diumumkan kepada setiap penerima BSH melalui surat makluman dan turut dipaparkan di dalam portal BSH https://bsh.hasil.gov.my untuk makluman umum.
“Namun demikian, sebilangan penerima BSH 2019 telah mendaftarkan nombor akaun bank suami dan ini menggagalkan pengkreditan akaun kerana nombor akaun itu bukan di bawah nama isteri.
“Sehubungan itu, bagi memastikan penerima yang gagal dikreditkan menerima pembayaran berkenaan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mewujudkan akaun bank baharu secara automatik untuk penerima yang berkenaan.
–– ADVERTISEMENT ––

“Maklumat akaun bank baharu boleh diketahui melalui surat makluman yang akan dikeluarkan atau dengan melayari portal BSH. Pembayaran bagi golongan itu akan dikreditkan terus ke akaun berkenaan mulai 14 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ooo...barulah faham. Masuk akaun isteri rupanya. Memang saya taktau langsung, tak pernah dengar pengumuman pun. Yelah, semenjak dua menjak ni memang jarang tengok berita atau baca surat khabar. Saya rasa masa kemas kini BSH hari tu memang tak letak akaun saya, takde ubah apa-apa kecuali bilangan anak je. 
Jadi saya pun masuk ke portal BSH, masuk akaun MyBSH suami. Kena ada TAC la untuk masuk tu. Saya klik klik je menu kat atas tu untuk semak. Saya tengok bahagian profile dan tengok pula bahagian no akaun, taraa..no akaun BSN. Sedangkan akaun yang didaftarkan dulu akaun CIMB suami. Tapi kat situ takde tulis akaun BSN siapa. Saya masuk pula kat menu semakan, dan semak bahagian bayaran. Kat situ la saya tau bayaran BSH fasa 2 dah pun dikreditkan ke akaun BSN tersebut pada 1 Jun yang lepas. Akaun tu pulak nama saya, isteri. Amaun semua ada dinyatakan di situ. Alhamdulillah. 
Semalam, ada kelapangan sikit, kami ke BSN. Saya dah snap siap-siap no akaun kot kot la perlu. Tapi jangan risau, di BSN nanti staf akan minta kad pengenalan untuk semak. Lepas tu isi borang keluarkan duit yang warna merah dan staf akan bagi la duit kita tu. Cumanya, disebabkan akaun baru dan tak pernah ada duit dalam tu, jadi tak dapatlah keluarkan jumlah penuh. Kena tinggalkan RM20 dalam tu. 
Saya harap, penerangan saya ni mudah difahami dan dapat membantu tuan/puan yang masih tertunggu-tunggu duit BSH Fasa 2. Kalau susah dapat kemudahan internet, boleh je pergi terus ke BSN dan bagi tau nak check BSH. Bagi je IC. Pastikan cip pada IC tak rosak. 
Berapa jumlah bayaran Fasa 2 ni? Itu bergantung pada pendapatan dan juga bilangan anak yang masih di bawah umur. Kalau masuk portal BSH tu, boleh check juga di sana. Setiap anak (sehingga 4 anak) akan dapat RM120 seorang. Saya rasa ini juga faktor mengapa kerajaan menukar corak pembayaran ke akaun isteri. Bukanlah tidak percayakan para bapa, tapi ada banyak juga kes bila hak anak dinafikan oleh ketua keluarga. Kalau bagi terus pada ibu, insya Allah hak anak lebih selamat. Pendekatan ni saya rasa dah semakin biasa digunakan dalam agihan sumbangan atau bantuan, misalnya KISS di Selangor.




KIAMAT HAMPIR TIBA!!!
.

Allahu, risau betul bila tengok perkembangan dunia sekarang ni. Apa taknya, gempa bumi sana, gempa bumi sini. Gunung berapi tak semena-mena meletus. Perang pun tak habis-habis...! Apa yang berlaku di negara jiran dan juga tragedi-tragedi kecil di negara tercinta ini sendiri, sepatutnya mengajak kita beristighfar.

Sungguh... sesuatu yang berlaku perlu dilihat dengan mata hati. Bukan sekadar mengaitkan ia sebagai fenomena alam semata-mata.
Benar, bumi kita semakin tua dan sebelum berlakunya kiamat, akan berlaku peristiwa demi peristiwa yang menggugat keimanan. Antaranya kedatangan Imam Mahdi, Dajjal dan Isa al-Masih.
Siapakah mereka?

Adakah kita masih terus berleka-leka dan menunggu-menunggu tanpa apa-apa persediaan...?




Buku KIAMAT HAMPIR TIBA karangan ulama Nusantara, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam ini memberi jawapan dan mengupas secara terperinci peristiwa yang berlaku di akhir zaman.
Buku ini membawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecil kiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini.
Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkan ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar.


Cuba baca ni...baca sub topik dalam kandungan ni sahaja dah buat kita bergetar, terasa dekatnya, dan terasa takutnya. Allah Ya Samad, Ya Salam.



Pertanyaan/Tempahan:

Whatsapp 0123302067 (Mai)

Facebook Page: BukuMaia

Instagram: @bukumaia

Atau klik link whatsapp di bawah:



CONDOMINIUM SAUJANA ASTER PRESINT 11- FOR RENT

Build Up: 1126 sqf Bedrooms: 4 Toilets:2 Partially furnished Kitchen cabinet Balcony and yard End lot with excellent views of Putrajaya Fully grill Private garden



FACILITIES 24H security Access Card 1 Reserved Covered Parking Swimming Pool Wading Pool Badminton Hall BBQ Pit Surau Playground AMENITIES Public Transport - ERL, Nadi Putrajaya, Putrajaya Sentral Education- Primary and Secondary School Putrajaya Presint 9,11, INSPEN, UPM, UNITEN, Lim Kok Wing, CUCMS,Nexus International School Shopping Mall- Alamanda, IOI Mal, Mydins, The Mines Petrol Station-Shell, Petronas Banks -CIMB, Maybank, RHB, Tabung Haji Hospital - Hospital Putrajaya, National Cancer Institute (NCI), Hospital Serdang Goverment Offices and Ministries ACCESSIBILITY MEX LDP PLUS highway LEKAS highway 5 min to Cyberjaya 10 min to Bangi 15 min Kajang 15 min to Serdang 15 min to Seri Kembangan 15 min to Puchong 30min to Semenyih

Rental price: RM1500
Depo 1 plus 1 installment accepted For serious rental only Whatsapp: 012-3302067 or click link below

www.wasap.my/60123302067


Salam semua. Menjelang Hari Bertukar Buku pada 14 Februari nanti saya ingin mengajak semua pencinta buku menyertai aktiviti menarik ini dalam skala yang besar. Ayuh!
Apa yang perlu dilakukan ialah menghantar senaskhah buku kepada seseorang yang tidak anda kenali.
Saya akan terangkan caranya. Anda boleh klik LINK FACEBOOK saya ini dan cari status saya pada 1 Februari 2018 berkenaan Hari Bertukar Buku dan komen 'NAK JOIN' supaya saya boleh pm anda. Oh ya, boleh add fren saya dulu supaya mesej anda masuk lebih cepat. 
Hasilnya anda akan menerima lebih banyak buku lain daripada seseorang yang tidak anda kenali dari seluruh dunia.
Ingat syaratnya: 
Kirim buku yang baik dan bermanfaat supaya anda juga menerima buku-buku yang bagus.
Selamat membaca dan berkasih sayang dengan buku.
* PERHATIAN: Saya tamatkan rantaian saya ini jam 12 tengah hari 12 Februari 2018. Buku-buku boleh dikirim terus. Tidak semestinya menanti 14hb Februari.
Terima kasih.
@bukumaia
#ProjekTukarBuku2018

UNIT RUMAH UNTUK DISEWA

Studio unit Galleria Equine Park


Partly furnish
• Aircond
• Wardrobe
• Kitchen Cabinet
• Water Heater
• Curtain
• Grill
• 1 or 2 Carpark **
• 24 hours Security
Lampu akan ditukar.
2 + 1 Deposit
0.5 Utility
Rental RM900~1000 (1 carpark)
+RM200 for 2nd park. (Negotiable)






Berminat / Pertanyaan:

#rumahuntukdisewa
#rumahsewaserikembangan


Bismillah
Ya Allah, rahmatilah orang yang membaca doa ini.
Saat dia ada hutang atau mempunyai masalah kewangan, ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi daripada masalah kewangannya. Ya Allah ya Razzaq ya Ghaniy ya Mughniy, kurniakanlah dia rezeki dan kekayaan-Mu yang berlimpah ruah yang tidak pernah habis supaya hutangnya dapat dilunaskan.
Saat dia dalam kesulitan, senangkanlah dia. Ya Allah ya Mukmin, tenangkanlah hatinya dengan keyakinan, bahawanya semuanya akan baik-baik sahaja kerana ada Kau di sisinya.
Saat dia dalam kesedihan, gembirakanlah hatinya.
Saat dia sedang berasa kecewa, kurniakanlah dia semangat-Mu ya Baits Yang Maha Membangkitkan.
Saat dia sedang rasa lemah, ya Aziz ya Qawiy ya Matin kuatkanlah dia. Ya Baits, bangkitkanlah semangatnya.
Saat dia sedang jiwa kacau, tenangkanlah hatinya, selesaikan masalahnya. Berikanlah dia jalan keluar, jalan penyelesaian ya Baasith, ya Waasi', ya Fattah, bukakanlah jalan keluar seluas langit dan bumi. Lapangkanlah hatinya.
Ampunilah dosa-dosanya ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab. Ya Allah ya Quddus ya Jalil, bersihkan dan sucikanlah hatinya daripada dosa, berhala dunia, penyakit hati.
Ya Allah ya Awwal, aku mohon percepatkanlah pemakbulan doa ini sesungguhnya Engkau Yang Mempercepatkan lagi Yang Maha Memakbulkan Hajat ya Mujib.
Doa yang sama, aku mohon untuk diriku dan yang menghantar doa ini kepadaku. La hawla wala quwwata illa billah.
p/s: Anda akan didoakan selagi doa ini menjadi viral kepada orang lain.
@sumberilmu
Walaupun program berlangsung hari ini dan esok, tapi sempat lagi kot nak hebahkan. Bagi yang berada di sekitar Lembah Klang dan berminat, masih sempat lagi turut serta, in sha Allah. 

Panel yang terlibat pun bukan calang-calang, jadi jom baca maklumat Persidangan Antarabangsa Perubatan Melayu 2017 ni ye. Oh ya, ada info yang tertinggal dalam poster ini, tapi sebab poster yang lengkap saya tak download, saya tulis di sini.

Lokasi persidangan: Dewan Semarak, 
Akademi Pengajian Melayu (APM) 
Universiti Malaya.
Tarikh: 15 & 16 November 2017
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang.



Pernah tengok permainan ni? 

Perkongsian geng #puakabersekutu Cikgu Mohd Fadli Salleh. Serius kena hadamkan. Hal anak-anak kita. Baca-Lah
===========================================
Ini SERIUS. 

Gambar ini gambar mainan. Tapi artikel ini bukan main-main. Kau baca elok-elok dan ambil pengajaran. 

Ini sejumlah hasil rampasan 'perang' hari ini. Ni baru rampas dari 3 kelas. Sesi petang sekolah aku ada 12 kelas semuanya. Memang berguni-guni aku rampas tadi.

Ini bukan pistol air yang biasa. Yang ini sangat bahaya. Apa yang bahayanya?

1. Air dalam tu. Pistol ini bila dibeli ada air manis, masin, dan masam. Bergantung pada kaler pistol kau beli.

2. Air itu aku sangat ragui banyak hal. Pertama sekali banyak sangat bahan kimia. Lupa aku nak snap dekat-dekat apa 'ingredients' air tu.

3. Lepas tu logo halal dia memang cap ayam lah. Halal betul atau haram entahlah. Tapi aku syak logo tipu.

4. Tiada tarikh luput. Barang makanan mesti ada tarikh luput kan? Yang ni yilekk. Beli hari ni, 7 tahun lagi kau nak minum pun boleh.

5. Tiada tercatat alamat dan pengilang pistol air ini. Misteri sungguh pengilang ini. Kau tak sangsi? Kalau disebabkan air ini ada murid keracunan, bahkan membawa maut, siapa kita nak persalahkan? Nak saman siapa?

Baik. Kau dengar sini. Dua atau tiga tahun lepas, murid aku umur lapan tahun tidak sedarkan diri berhari-hari. Senang kata, koma.

Puas doktor cari punca, setelah kajian dibuat, mereka percaya punca utama adalah dari air minuman jenis 'spray' dalam mulut.

Hal ini aku pernah berkongsi dua atau tiga tahun lepas kat wall aku. Dapat beribu share jugalah sebab benda tu tengah viral dan budak-budak suka. Lagi pun harganya murah. Sekitar 50sen hingga seringgit sahaja.

Kandungan air yang tidak tahu bila lagi dibuat, bahan kimia di dalam air, bahan kimia pada bekas plastik yang rendah kualiti, spring untuk sembur air yang berkarat dan bakteria-bakteria jahat yang banyak dalam minuman air jenis 'spray' itu dipercayai meracuni sistem badan murid aku dulu.

Aku nak ulas lanjut pasal keracunan pun, bukan bidang aku. Karang nampak sangat aku buat-buat bijak padahal jahil dalam bab ini. Jadi aku cuma tulis apa yang disampaikan kat aku dulu dan tulis semula.

Hari ini aku kesan pistol air pula dijual diluar pagar sekolah. Harganya cukup murah, RM1 untuk dua pistol air ini. Memang murid mampu beli lah.

Pistol itu tiada masalah kalau diisi air dan buat main tembak-tembak. Yang jadi masalah ialah 'air minuman' dalam pistol tu.

Murid beli dan tembak dalam mulut untuk merasai air tu. Itu yang bahaya. Itu yang boleh mengundang maut jika silap gaya.

Peniaga kat luar pagar ni, sekolah tak boleh halau. Luar pagar sekolah beb. Bukan bidang kuasa guru lah.

Aku cuma boleh pesan kat murid supaya tidak membeli diluar pagar sekolah. Itu sahaja.

Mereka peniaga pun tak tahu juga benda ni bahaya. Esok aku akan jumpa peniaga kat luar sekolah aku dan slow talk suruh dia jangan jual lagi benda ni.

Stok yang ada aku nak borong semua dengan dia. Ye lah, takkan nak suruh dia buang gitu je kan? Kena fikir periuk nasi orang juga. Peniaga luar pagar pun bukan orang senang juga. Harap mereka bagi harga modal dah la kat aku esok.

Kau kalau jumpa pistol macam ni, tolong pesan kat peniaga jangan jual lagi. Kalau kau ada duit, kau borong semua. Lepas tu kau isi air paip, kau jual la semula. Dapat la modal kau balik. Silap-silap untung lagi. 😁

Buat main tembak-tembak cukuplah. Jangan bagi budak-budak minum. Tambah-tambah anak-anak kita.

Dan aku tak kata kandungan air tu boleh membawa maut. Karang tak pasal-pasal aku kena saman.

Tapi aku sangsi dan sangat meragui. Lagipun kes beberapa tahun lalu masih terbayang di mata aku. Mujur murid aku akhirnya stabil setelah beberapa hari. 3-4 minggu jugalah dia cuti sebab kes ni.

Sebelum benda sama berulang, baik kita beringat. Sebelum ada kejadian yang bakal kita kesali datang lagi, baik kita hati-hati. Sama-sama kita berpesan.

#puakabersekutu
#MFS
Pagi ni dapat mesej ni forward di Whatsapp. Saya rasa bagus juga untuk dikongsi sebab di Malaysia ni sambutan Hari Raya Aidil Adha agak kurang meriah. Sebenarnya, inilah sebahagian daripada cara kita meraikan hari raya korban ini, walaupun kita tidak mengerjakan Haji. 

Sumber: Al-Uyeah

👆29 Zulkaedah 1438 - SELASA 22 Ogos: Hari Terakhir Potong Rambut & Kuku Bagi Mereka Yang Niat Berqurban

👆1 Dzulhijjah - RABU, 23 OGOS (mulalah puasa sunat)
***Kalau boleh puasa hingga 9 Dzulhijjah 

👆9 Dzulhijjah - 31 OGOS 🇲🇾 - Khamis - 🌼 Hari Arafah (puasa sunat)

👍🏼10 Dzulhijjah - 1 SEPTEMBER - Jumaat - Aidil Adha - korban

Hari Tasyriq - 2,3,4 SEPTEMBER - hari2 korban, sunat Takbir setiap kali lepas solat fardhu.
 والله أعلم. .🌼
SELAMAT MENYAMBUT BULAN DZULHIJJAH 1438.

Selain itu, bermulanya 1 Zulhijjah, kita disunatkan berzikir dan memuji Allah sebanyak yang mungkin. Bila 1 Zulhijjah? Esok, 23 Ogos 2017. 

Alhamdulillah, suami diberi rezeki masuk korban tahun ini, tapi dia pilih korban di Kemboja. Jadi, in sha Allah kami balik kampung macam biasa. Buat sahabat yang mengerjakan ibadah korban juga, tahniah dan selamat beribadah. Semoga ibadah ini diterima Allah. 
Alhamdulillah, hari ini sudah 23 Ramadhan 1438H.

Ramai yang sudah terasa cepatnya masa berlalu. Sungguh, masa berlalu pada zaman sekarang ni terasa terlalu cepat, apatah lagi bulan istimewa ini, memang rasa macam nak tahan je supaya masa tidak berlalu terlalu pantas. 

Biasanya, bila semakin hampir berakhirnya Ramadhan, soalan yang biasa ditanya tak kisahlah sesama kawan-kawan, di media sosial, di corong radio, berbunyi begini: "Macam mana persediaan raya? Baju raya dah ada? Berapa pasang?" 

Secara peribadi, pada saya...soalan pertama tu ok, sebab persediaan raya tu general, macam-macam. Kemas rumah pun persediaan raya, plan balik kampung pun persediaan raya, beli bahan mentah nak masak pun persediaan raya. Tapi semacam tak lengkapkan kalau tak termasuk pakaian baru untuk dipakai pada hari raya. Saya rasa, sudah sampai masanya masyarakat kita refresh dan fahami semula tentang 'baju raya'. Usah dijadikan trend turun-temurun diikut tanpa kita memahami mengapa kita berbuat demikian, paling penting bagaimana pandangannya menurut Islam. 

Saya terkesan dengan status seorang sahabat di Facebook, yang berbaur sedih tidak ada baju raya baru tahun ini. Ya, semua maklum tahun 2017 ialah tahun ekonomi Malaysia gawat. Gawat sungguh-sungguh sehingga memberi kesan langsung yang hebat kepada rakyat. Jadi, memang ada antara kita yang tidak memperuntukkan belanjawan untuk 'baju raya', terutamanya emak-emak dan ayah-ayah. Mungkin baju raya anak-anak tetap ada, sehelai dua atas faktor saiz anak yang semakin membesar, dan juga untuk menggembirakan anak-anak. 


Usah bersedih, dan usah malu jika tidak berbaju raya baru. Usah segan kalau baju raya kita tahun ini tak sama fesyen mengikut trend semasa. Tahun inikan trend Saloma, lip lap lip lap dan juga bulu-bulu :) Tudung pula macam-macam dah sekarang, yang saya memang tak ikut pun perkembangannya. Saya petik sedikit daripada artikel tulisan Ustaz Zaharuddin tentang amalan yang digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri. Salah satunya ialah; 

"Memakai pakaian terbaik yang ada. Perlu mengikut kemampuan dan tidak dibenarkan berlaku pembaziran. Jangan sampai membazir, dan jangan sampai menghina pakaian orang lain"

Jadi, berbaju raya baru itu tidak sampai tahap wajib pun sebenarnya. Yang digalakkan ialah memakai pakaian yang bersih dan baik. Mungkin baju yang dibeli awal tahun hari tu ialah pakaian terbaik kita. Atau, baju raya haji tahun lepas, boleh jadi baju 3 tahun lepas? Baju kan benda yang tahan lama, kecuali saiz badan kita berubah. hehe.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, suka saya ajak sahabat semua berjimat-cermat, dan bersederhana. Dahulukan apa yang lebih penting. Misalnya, membayar zakat fitrah ah dan infak di bulan Ramadhan itu lebih dituntut. Servis kereta untuk kegunaan balik ke kampung itu lebih penting sebab melibatkan nyawa dan keselesaan kita sekeluarga. Pulang berhari raya menziarahi ibu bapa dan sanak saudara itu lebih dituntut kerana tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim. Membeli makanan tuk dijamu seadanya itu juga lebih baik kerana meraikan tetamu. Kita sendiri tahu apa yang priority untuk kita dan keluarga. Kalau memang berkemampuan, apa salahnya...silalah beli sekadarnya, tak perlu sampai 20 pasangkan. Kerana menurut Islam sambutan Aidilfitri hanya sehari. Selebihnya adalah sambutan Aidilfitri 'gaya Malaysia'. Risau berlaku pembaziran. 

Akhir kata (kena stop tulis, anak dah merengek nak tengok Didi..haiila), beraya secara bersederhana itu lebih nikmat. Tak percaya, cubalah :)

HIDUP INI PENUH DENGAN KEJUTAN
Dapat surat cinta!
Oh, ku tak relaaa...
Sesungguhnya akak taktau yang parkir kat lokasi ni berbayar. Takda pun mesin ka, tiang duit syiling ka. Rupa-rupanya depa pun pakai ejen jugak la ni.
Mula-mula tengok amaun rasa nak teghiak jugak tau. Sebab memang taktau. Boleh makan tengah hari kat kedai 4-5 kali. Tapi kalau lambat bayar denda jadi berganda-ganda. Sedekah jugak la.
Semoga Allah ganti dengan perkhabaran dan rezeki yang lebih baik.









Ini cerita tengah hari tadi. 

Saya dan suami pergi ke Hentian Kajang, ada urusan sikit di sana. Sekejap je urusannya. Tahun 2017 ni rasanya dah dua kali ke sini, tapi nasib baik agaknya tak pernah 'KENA'. Tadi, jumpa parkir yang agak jauh juga daripada pejabat yang kami nak pergi tu. Memang confirm parkir halal (maksudnya bukan parkir OKU ke, atau parkir khas). Masa tengah jalan tu nampak la petugas MPKJ dok menyelit surat cinta (saman) kat sebuah kereta. Memang kereta tu parkir senget dan parkir di tempat parkir motor. Jadi kami fikir kena saman sebab tu la. Mulut saya berbunyi juga "Alahai, tak pasal-pasal kena bayar,"...takde niat mengejek di situ..cuma rasa macam kesian. Belum tau nasib diri sendiri pun sama rupanya.

Selesai urusan, suami yang nampak dulu surat cinta berkepala merah tu. Aik? Kami dok heran ape pasal pulak kena saman ni? Saya pun ambik surat di tangan suami..baca..baca..kesalahan :GAGAL MEMPAMERKAN KUPON LETAK KERETA. Laaaa..parkir berbayar rupanya kawasan ni! Barulah mata melangut ke atas dan nampak la sign board EJEN KUPON LETAK KERETA warna kuning tu. Serius, kita jadi tak perasan sebab ada banyak sangat papan tanda dan papan iklan kat kawasan kedai. Kita dah ada urusan kita, memang tak kisah sangatlah dengan kedai-kedai yang ada. 

Dalam fikiran saya, kalau parkir berbayar ni akan ada signboard besar kat pintu masuk mengatakan tu kawasan parkir berbayar. Takpun, ada la tiang syiling tu, atau mesin-mesin tiket automatik, takpun kaunter / pondok tiket. Rupanya sekarang guna sistem ejen la pulak. Tadi jenuh la cari di mana ejennya? Langut sana langut sini, suami siap pegi kejar petugas MPKJ tu. Rupa-rupanya, ejen diorang ialah kedai-kedai yang daftar jadi ejen. Manalah nak perasan. 

Tengok amaun saman tu boleh tahan la..ye la sesaje nak bayar rasa banyak la jugak. RM3O. Kalau lebih 14 hari, berganda jadi RM50, kalau lebih 30 hari jadi RM80. Amboiiii..macam ahlong pulak? Pergi kaunter, (mujur tak jauh, bawah hentian tu je), kalau nak buat rayuan kena pg HQ di Kajang. Ermm..takpe laaa..duit minyak je dah berapa, jem lagi, diskaun taktau berapa je dapat. Jadi sedekah je la untuk negaraku tercinta.

Masa kena tu..memang rasa ralat di hati. Di tengah bulan ni....angka 30 tu besaaarr maknanya. Sampai husband seloroh "ni jadi ke pegi makan tengah hari ni?" hahaha..Makan tetap makan, bang. Alhamdulillah pas makan ok sikit emosi. Pelan-pelan belajar redha. Bukan rezeki kami RM30 tu...walaupun kami MEMANG taktau, tapi duit itu juga MEMANG bukan rezeki kami. Mudah-mudahan Allah ganti dengan yang lebih baik. Amiin.

Jadi warga Kajang, Bangi...sila berhati-hati ye...nak selamat beli je la kad gores dan menang (kupon tu) dan pamerkan kat dalam kereta tiap kali anda park kereta.


Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan berita yang disampaikan oleh sahabat saya ini, Salwa Saleh. Jom kita kongsi apa yang gembira sangat tu? Yes, dan ianya berita gembira untuk anda juga wahai peniaga-peniaga online semua..terutama yang tidak mempunyai bajet / kewangan untuk menyertai bengkel-bengkel pemasaran online. Hati teringin, tapi belum ada rezeki. Jadi, sekarang ni dah dipelawa kelas PERCUMA...GRATIS...FREE...Jadi rebutlah peluang ini ye! Jangan bertangguh lagi!

Ini untuk orang Kota Bharu

Saya copy daripada facebook beliau


Pepagi lagi dapat good news
I'm officially a CERTIFIED eUsahawan trainer!

Oh em geeeeeeeeeee
Setelah berpenat bepanas beribut besabung kilat dan air di tepian kali, akhirnya terbalas usaha ini. (drama dan Emak berpisah tiada)

Well,

Untuk meluas lebarkan jajahan takluk beta, makanya dengan senang hati dan happynya saya nak announce ade bengkel-bengkel eUsahawan yg FREE bakal di jalan di tempat-tempat berikut in sya Allah

Cyberjaya - pendaftaran dibuka
Kota Bahru - pendaftaran dibuka
Ipoh - pendaftaran dibuka
JB - tunggu pengumuman
Batu Pahat - tunggu pengumuman
Sarawak - tunggu pengumuman

Ate, camne nk daftarnya? Sila la contact PIC bagi setiap lokasi. PIC tersebut ada nombor nya di sini:https://goo.gl/AUroxb

FREE okeh, FREE
Tapi kalau tak datang, hangpa memang tak rock sebab dah amik seat orang lain yang nak datang.

Satu sesi i amik 40 orang aje ye. Ni bukan ayat pancing, ini memang betul-betul.

Lai lai lai laaaai


Ada berita baik buat anda yang ada kelayakan Sarjana Muda (Degree) dalam Bahasa Inggeris dan masih mencari peluang pekerjaan. Ada kekosongan jawatan sebagai Guru Bahasa Inggeris di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 

Keperluan adalah dalam kadar segera ya. Jika berminat, sila email permohonan kepada kufatahiyah@kuis.edu.my selewatnya 11 Ogos 2016. 

Mungkin ada yang tak pernah dengar atau hanya pernah dengar nama KUIS ni. Lokasinya terletak di Bandar Seri Putra, Bangi. Selalunya orang mudah tahu kalau sebut berdekatan Bandar Bukit Mahkota, berdekatan dengan Nilai 3 kawasan membeli-belah secara borong tu. 





Ok, kalau ada rezeki anda nanti, berjiranlah kita ye..hehe..

Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan “Syarahan Umum Siri 12/2016: Pengurusan Masa Di Alam Pascasiswazah”.

Untuk makluman Tuan/Puan, Syarahan Umum ini akan sampaikan oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin , Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Pendaftaran: SILA KLIK DI SINI


Tarikh
:
28 JULAI 2016 (Khamis)
Masa
:
9.00 a.m. – 12.00 p.m.
Tempat
:
Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, UKM



Sinopsis

Syarahan ini bertujuan untuk membantu pelajar pascasiswazah mengurus masa dengan baik dalam pengajian mereka disamping mendepani cabaran yang dihadapi sebagai seorang pelajar pascasiswazah. 

Antara laluan pengajian yang menjadi igauan pelajar pascasiswazah adalah;

- Tidak serasi dengan penyelia
- Pasangan lebih berkuasa daripada penyelia
- Tajuk yang tidak digemari
- Data yang tidak mencukupi
- Salah strategi pembelajaran
- Sistem sokongan yang rapuh
 - MASA YANG TIDAK MENCUKUPI

Kemampuan mencari jawapan APA, MENGAPA, BILA, BAGAIMANA mampu membantu meringankan beban perjalanan penulisan tesis di alam pascasiswazah.

Latarbelakang penceramah:



Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin merupakan Pengarah, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA). Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM) pada tahun 1985, MA (London) pada tahun 1988 dan PhD (UM) 1995. Beliau berjaya menyiapkan penulisan tesis PhD dalam masa 1 tahun 4 bulan.

Hadiah/Anugerah yang beliau terima:-

2011 Anugerah Inovasi Penerbitan (Makalah/ Jurnal)

2012 Anugerah Penerbitan Cemerlang (Makalah/ Jurnal)

2012 Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kongres Pengajaran UKM

2013 Anugerah Kertas Kerja Terbaik (tmpt ke 3) di World Congress on Educational Sciences, Rome Italy.

2013 Anugerah Penyelidik Cemerlang

2014 Anugerah Penyelidik Terbilang

2014 Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014

2016 Anugerah Prestasi Tahunan Cemerlang
Antara Bidang Kepakaran beliau adalah: 

1. Sejarah Intelektual Melayu: Kajian Teks Melayu Tradisional Zaman Pra Kolonial
2. Pemetaan Isoglos Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System (GIS)
3. Teori dan Praktis dalam Leksikografi: Pendekatan Pengajaran Eklektik
4.  Kognitif Minda Melayu dalam Simpulan Bahasa
5.  Geolinguistik dan Geospatial Dialek Melayu di Perak
6.  Khazanah Alam, Pantun dan Permainan Bahasa Kiasan di KL East Ecopark (Melawati)
7. Akal Budi Melayu dan Elemen Sains dalam Peribahasa Melayu
8. Pelestarian Tamadun Melayu di Langkawi dan Satun, Thailand