Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Ni musim anak-anak kita 'kaya' dengan duit rayakan? Pakat dok bukak sampul raya dan kira duit je:)

Kalau anak-anak tanya, gambar siapa pada duit kertas RM tu? Gambar-gambar yang lain pulak apa maksudnya? Meh acik tolong bagi jawapan. 


Sumber: Bank Negara Malaysia.

WANG KERTAS MALAYSIA 
SIRI BAHARU

Keunikan Malaysia

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.

Wang kertas RM20
Hidupan Laut

Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Wang kertas RM10
Flora

Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang polimer RM5
Hidupan Liar

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang polimer RM1
Sukan Tradisional

Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.

Haaa...entah-entah mak ayah pun baru tau kot ni? Hehehe.

SATU SOALAN: Macam mana orang kelainan upaya penglihatan nak kenal duit kertas RM?


Selalu kita dengar istilah 'tidur sebantal', yang menunjukkan suami isteri. Tapi, hakikatnya, berapa ramai pasangan suami isteri yang masih tidur sebantal? hehehe. Mungkin di awal perkahwinan ada la kot. Tapi bila dah lama-lama, dah ada anak lagi la pulak, tak kena gaya suami tidur di bawah atau lari ke bilik lain.

Apapun alasan, sebenarnya tidur sekatil dan tidur berpelukan antara suami isteri punya banyak manfaat yang kita sering terlepas pandang.
Artikel ini saya copy daripada status facebook salah seorang kawan saya, jadi saya pun tak tahu siapa penulis asalnya. Semoga bermanfaat dan penulisnya juga mendapat manfaat. 
*****************************************************************************************************
Copy and Paste
Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.
Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;
1. Mencegah Stress
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.
Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 . Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.
Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Alhamdulillah, dah pun 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1438H ni. Macam mana, badan dan perut dah mula biasa dengan rutin lapar dan dahaga di waktu siang? Kalau budak-budak pun termasuk anak saya yang umur 8 tahun ni nampaknya dah tak merungut lagi lapar ke, tak larat ke, malah tambah-tambah aktif pulak di hari yang dia berpuasa. Ada hari yang tak puasa tu nampak macam letih sangat. 

Di bawah ni sajalah saya share rumusan fisiologi puasa yang viral kat Facebook awal-awal Ramadhan hari tu. Menarik juga pada saya. Sekarang kita berada di fasa yang ke-3, iaitu:

- Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak dikeluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Dalam fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas. 



Walaupun badan dah rasa ok, dan dah mula malas bangun sahur...no no no ye..bangunlah sahur kerana pada sahur itu ada keberkatan. Memang..ngantuknya..letihnya..sebelah malam dah terawih, tidur beberapa jam dah kena bangun pulak. Tapi, apa kata kita jadikan rutin sahur ini sebagai peluang untuk kita laksanakan solat sunat malam (qiamullail), dan kita teruskan pada bulan-bulan yang akan datang. Ramadhan kan bulan tarbiyah?

Baiklah, dah Asar ni...saya nak beransur dulu. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah. 


WAKTU DHUHA
Seawalnya boleh dilakukan 1/2 jam selepas terbit matahari, anggaran 8 pagi (waktu ini dinamakan sebagai waktu Isyrak iaitu waktu yang awal Dhuha). Sebaik matahari terbit adalah waktu di mana agama Majusi dan Nasrani menyembah matahari, justeru kita dilarang melakukan solat sunat selepas terbit matahari sehingga matahari telah naik anggaran tinggi segalah.
.
Waktu yang terbaik, ketika terik matahari mula terpancar iaitu sekitar 10 pagi ~ 11.30 pagi. Pada waktu yang terik ini digambarkan menyebabkan unta di padang pasir mengalihkan tempat duduknya dan berteduh.
.
Waktu berakhir, 1/2 jam sebelum masuk waktu Zuhur kerana 1/2 jam sebelum Zuhur itu keadaan matahari akan terpacar tegak di langit, keadaan ini ada disebut di dalam hadis matahari berada di antara 2 tanduk syaitan.
.
Semoga bermanfaat. Kredit : MRJ

SELAMAT MENDAFTAR!





Jom kita set target kita untuk semester ini. Lakukan yang terbaik!

Oh ye..ada ke yang tau dengarnya yuran sem depan ni naik lagi?
Kalau ada yang tahu boleh komen kat bawah ni ye..tq..

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Pic Google

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.
Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
mumia ramses
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
PLEASE SHARE TO EVERYONE

Kredit: Dr. Umar Kassim Facebook

Sumber asal: Page JAKIM

Bagi yang sedang memastikan tarikh-tarikh penting dalam kalendar bulan Islam, misalnya tarikh puasa tahun 2016, tarikh hari raya dan sebagainya bolehlah rujuk di sini ya.

Puasa dah habis ganti? Jom tengok tinggal berapa hari sahaja lagi:)



SISTEM PEMENGGALAN WAKTU
(Sumber DBP)

 Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
 Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59
 Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
 Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
 Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.
'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'
Terima kasih.
ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Tips Memulakan Senaman dan Tidak Berhenti 

Separuh Jalan


Memulakan sesuatu program senaman bukanlah perkara yang mudah bagi mereka yang tidak pernah melakukannya. Tambah-tambah lagi jika punya masalah berat badan. Namun sampai bila anda mahu berpeluk tubuh dan membiarkan tubuh anda menderita?

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa tips yang nampak remeh tetapi sebenarnya memainkan peranan yang penting supaya program senaman anda akan bertahan lama seterusnya menjadi rutin dan apa yang lebih penting ialah mengelakkan kecederaan.


1- Timbang berat dan ukur ketinggian anda dan kira berapa BMI anda. Kalkulator BMI boleh dicari melalui google. Setelah anda tahu BMI anda, cari jenis senaman yang sesuai. Bagi yang berada pada tahap obesiti, elakkan terus melakukan senaman yang banyak melompat atau pergerakan yang pantas. Antara senaman yang sesuai ialah berjalan kaki dan senaman menggunakan 'exercise ball'. Bagi anda yang berada pada tahap overweight, pilihlah senaman yang menepati minat dan stamina anda. 

2- Jika anda memilih untuk melakukan senaman di dalam rumah, misalnya aerobik, pilates, zumba atau latihan bebanan berpandukan dvd...untuk permulaan tonton dahulu dvd tersebut dari awal senaman hingga akhir dan fahami arahan-arahan serta kaedah gerakan dilakukan. 

3- Pastikan ruang rumah anda cukup dan sesuai untuk aktiviti senaman. Jangan lakukan senaman di atas lantai yang beralas permaidani, ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan di lutut dan buku lali.

4- Dapatkan peralatan dan kelengkapan yang sesuai untuk aktiviti senaman anda. 
Antara peralatan yang WAJIB ada ialah kasut sukan dan stokin.

Dalam gambar ni merupakan beberapa item yang saya guna untuk aktiviti kecergasan di rumah.



Kasut sukan
Stokin
Dumbell - 2lb beli kat Avon
            - satu lagi husband punye tapi saya bukakla layer besi tu tak pasang semua.
              (dumbell ada dijual di pasaraya besar macam carrefour)
Exercise mat- beli di Carrefour (saya perlukan exercise mat ni untuk buat push up dan abs)

5- Sediakan minuman tenaga dan minuman protein untuk memulihkan tenaga dengan segera, mengelakkan penyahidratan dan keletihan melampau serta memelihara otot. Saya memilih Performance Drink Shaklee dan ESP Soy Protein Isolate Powder sebagai teman senaman saya.


 Performance Drink: sangat pantas menghilangkan keletihan dan jadi lebih cergas bertenaga

ESP: diminum sebelum atau selepas workout

6- Perlukan ketahanan mental dan fizikal. Seperti yang saya katakan di atas, memulakan senaman tidak semudah menuturkannya. Semasa bersenam, jangan berhenti selagi ritma jantung tidak rancak dan tubuh tidak berpeluh sebab anda tak akan dapat pun manfaat jika berhenti di situ. Teruskan walaupun rasa macam tak berdaya. Mental yang kuat sahaja akan bantu fizikal anda menjadi kuat. Cara saya, saya bayangkan berapa banyak lemak dah dibakar dan bayangkan saya kurus tak lama lagi. 

Selepas kali pertama atau kedua bersenam, anda akan mengalami sakit otot (muscle ache) yang rasa-rasanya boleh buat anda 'taubat' nak senaman lagi. Nak turun dan naik tangga memanglah azab. TAPI! Anda perlu teruskan senaman dan abaikan rasa sakit itu. Kalau perlukan rehat juga, rehatlah sehari, tapi jangan tunggu hingga sakit itu hilang baru nak mulakan semula sebab ia akan berulang atau anda akan berhenti di situ saja.

Sedikit perkongsian daripada Mayo Clinic:

Step 1: Assess your fitness level

You probably have some idea of how fit you are. But assessing and recording baseline fitness scores can give you benchmarks against which to measure your progress. To assess your aerobic and muscular fitness, flexibility and body composition, consider recording:
  • Your pulse rate before and after you walk 1 mile (1.6 kilometers)
  • How long it takes you to walk 1 mile (1.6 kilometers)
  • How many push-ups you can do at a time
  • How far you can reach forward while seated on the floor with your legs in front of you
  • Your waist circumference as measured around your bare abdomen just above your hipbone
  • Your body mass index

Step 2: Design your fitness program

It's easy to say that you'll exercise every day. But you'll need a plan. As you design your fitness program, keep these points in mind:
  • Consider your fitness goals. Are you starting a fitness program to help lose weight? Or do you have another motivation, such as preparing for a marathon? Having clear goals can help you gauge your progress.
  • Create a balanced routine. Most adults should aim for at least 150 minutes of moderate-intensity aerobic activity — or 75 minutes of vigorous aerobic activity — a week. Adults also need two or more days of strength training a week.
  • Go at your own pace. If you're just beginning to exercise, start cautiously and progress slowly. If you have an injury or a medical condition, consult your doctor or a physical therapist for help designing a fitness program that gradually improves your range of motion, strength and endurance.
  • Build activity into your daily routine. Finding time to exercise can be a challenge. To make it easier, schedule time to exercise as you would any other appointment. Plan to watch your favorite show while walking on the treadmill, or read while riding a stationary bike.
  • Plan to include different activities. Different activities (cross-training) can keep exercise boredom at bay. Cross-training also reduces your chances of injuring or overusing one specific muscle or joint. Plan to alternate among activities that emphasize different parts of your body, such as walking, swimming and strength training.
  • Allow time for recovery. Many people start exercising with frenzied zeal — working out too long or too intensely — and give up when their muscles and joints become sore or injured. Plan time between sessions for your body to rest and recover.
  • Put it on paper. A written plan may encourage you to stay on track.
  • Step 3: Assemble your equipment

    You'll probably start with athletic shoes. Be sure to pick shoes designed for the activity you have in mind.
    If you're planning to invest in exercise equipment, choose something that's practical, enjoyable and easy to use. You may want to try out certain types of equipment at a fitness center before investing in your own equipment. To stretch your exercise dollars, consider buying used equipment. Or get creative. Make your own weights by filling old socks with beans or pennies, or by partially filling a half-gallon milk jug with water or sand and securing the tops with duct tape.

    Step 4: Get started

    Now you're ready for action. As you begin your fitness program, keep these tips in mind:
    • Start slowly and build up gradually. Give yourself plenty of time to warm up and cool down with easy walking or gentle stretching. Then speed up to a pace you can continue for five to 10 minutes without getting overly tired. As your stamina improves, gradually increase the amount of time you exercise. Work your way up to 30 to 60 minutes of exercise most days of the week.
    • Break things up if you have to. You don't have to do all your exercise at one time. Shorter but more-frequent sessions have aerobic benefits, too. Fifteen minutes of exercise a couple of times a day may fit into your schedule better than a single 30-minute session.
    • Be creative. Maybe your workout routine includes various activities, such as walking, bicycling or rowing. But don't stop there. Take a weekend hike with your family or spend an evening ballroom dancing.
    • Listen to your body. If you feel pain, shortness of breath, dizziness or nausea, take a break. You may be pushing yourself too hard.
    • Be flexible. If you're not feeling good, give yourself permission to take a day or two off.

    Step 5: Monitor your progress

    Retake your personal fitness assessment six weeks after you start your program and then again every three to six months. You may notice that you need to increase the amount of time you exercise in order to continue improving. Or you may be pleasantly surprised to find that you're exercising just the right amount to meet your fitness goals.
    If you lose motivation, set new goals or try a new activity. Exercising with a friend or taking a class at a fitness center may help, too.
    Starting an exercise program is an important decision. But it doesn't have to be an overwhelming one. By planning carefully and pacing yourself, you can establish a healthy habit that lasts a lifetime.
Selamat memulakan rutin senaman anda. Ingat, hanya anda dapat mengubah diri anda menjadi lebih sihat dan menawan. Usah mudah mengalah!

Ingin dapatkan produk Shaklee atau mendaftar keahlian Shaklee;

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Oktober 2014 dan Kaifiyah Solat Sunat Gerhana


Sumber maklumat: falakonline.net

Pada waktu Maghrib, Selasa, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini sebentar nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan gerhana dari Kota Kinabalu.

Fasa-fasa Gerhana

Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.

Kaifiyah Solat Sunat Gerhana Bulan

Klik imej untuk paparan lebih jelas
Assalamualaikum w.b.t
Ehem...sejak dua menjak ni, banyak betul kontroversi tentang suplemen Shaklee dan syarikat Shaklee sendiri. Kadang-kadang isunya berulang tahun demi tahun, asal saja ada promosi. Hihi. Macam-macam isu yang jadi viral penangan laman sosial. Saya? Baiklah diam saja. Saya memang tidak suka kontroversi baik melibatkan pihak saya mahupun hal pihak lain. Saya ialah orang yang tidak suka SHARE perkara yang tidak tahu hujung pangkalnya, yang belum tahu kesahihannya, apatah lagi jika melibatkan air muka, maruah lebih-lebih lagi sumber rezeki orang lain. Namun jika ada yang bertanya, saya akan jawab mengikut sejauh mana ilmu dan pengetahuan saya.
Ok, entri kali inipun tidak bermaksud mencari perbalahan dengan viral yang sedang menular. Saya hanya ingin kongsikan penjelasan daripada mereka yang ada 'lesen' atau iktiraf mengikut ilmu dan kelulusan yang mereka perolehi dalam bidang profesional. Inilah penerangan Dr. Malinda Ali berkenaan isu BENGKAK RAHIM dan kaitannya dengan suplemen, atau lebih khusus lagi yang dikaitkan di sini ialah ESP dan GLA Shaklee.
Jemput baca ya;

Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.
Ok.

Basically,
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.
So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.
Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)


-racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.
Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?
Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.
Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.
Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.
Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant
GLA boleh ke?
- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Take care of your health.
Wanita - Anda Istimewa 

Luv,

Terima kasih kepada Dr. Malinda kerana menghuraikan dan menjelaskan isu ini dengan panjang lebar beserta rujukan ilmiah sekali. Saya harap serba-sedikit dapat menjawab soalan-soalan yang berlegar di alam maya kebelakangan ini. Shaklee merupakan satu produk yang dihasilkan setelah menjalani ujian-ujian dan kajian-kajian klinikal serta saintifik yang kukuh, terbukti SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan SENTIASA MESRA ALAM.


TERJEMAHAN:

Banyak syarikay mendakwa yang produk mereka berkesan. Tetapi di Shaklee, kami punyai bukti. Anda boleh dapati lebih daripada 100 bahan saintifik, yang 90 daripadanya diterbitkan dalam jurnal peer-review yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee bercetak. Bahkan, lebih daripada $300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan. Dan dalam satu Kajian Unggul pada 2007 yang dikendalikan oleh kerjasama dengan penyelidik-penyelidik dari U.C Berkeley School of Public Health menunjukkan orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin jenama lain.

Dan bukti paling menyerlah adalah sebahagian besar daripada jutaan orang hidup lebih sihat, lebih produktif kerana mendapat manfaat Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee berada di tangan anda, kami telah memastikan yang ia benar-benar seperti apa yang kami katakan.

Sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ataupun keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.