Showing posts with label Bicara Umi. Show all posts
Showing posts with label Bicara Umi. Show all posts

"To the mom hiding in her bathroom, needing peace for just one minute, as the tears roll down her cheeks..
To the mom who is so tired she feel likes she can't function anymore and would do anything to lay down and get the rest she needs...
To the mom sitting in her car, alone, stuffing food in her face because she doesn’t want anyone else to see or know she eats that stuff…
To the mom crying on the couch after she yelled at her kids for something little and is now feeling guilty and like she is unworthy…
To the mom that is trying desperately to put those old jeans on because all she really wants is to look in the mirror and feel good about herself…
To the mom that doesn’t want to leave the house because life is just too much to handle right now…
To the mom that is calling out for pizza again because dinner just didn’t happen the way she wanted it to…
To the mom that feels alone, whether in a room by herself or standing in a crowd...
You are enough.
You are important.
You are worthy.
This is a phase of life for us. This is a really really hard, challenging, crazy phase of life.
In the end it will all be worth it. But for now it’s hard. And it's hard for so many of us in many different ways. We don't always talk about it, but it's hard and it's not just you.
You are enough.
You are doing your best.
Those little eyes that look up at you - they think you are perfect. They think you are more than enough.
Those little hands that reach out to hold you - they think you are the strongest. They think you can conquer the world.
Those little mouths eating the food you gave them - they think that you are the best because their bellies are full.
Those little hearts that reach out to touch yours - they don’t want anything more. They just want you.
Because you are enough. You are more than enough, mama.
You. Are. Amazing."
Reposted ❤️

To Do List Sebelum Bersalin Terutama Untuk Yang Mahu Berpantang Sendiri


Alhamdulillah, kira-kira sebulan sahaja lagi dengan EDD. Sebulan tu tentu-tentu saja sekejap sangat dan pantas sangat masa berlalu. So! Hari ni nak senaraikan TO DO LIST sebelum menjelang tarikh jangka. Dan sebenarnya nak kena pendekkan sikit waktu, mana tahu terbersalin awal. 

Bagi ibu-ibu yang bercadang nak berpantang sendiri, memang tahap WAJIB la persediaan-persediaan akhir sebelum bersalin ni dibuat. Kalau tak, mungkin haru-biru juga bila dah admit hospital dan dalam pantang nanti bila tenaga dan pergerakan kita dah terhad masa tu. Buat ibu-ibu yang akan dijaga oleh mak / mak mertua / maid pulak, tetap perlu selesaikan to do list ni meliputi hal-hal kerja atau persediaan baby. 


To Do List Saya Sebulan Sebelum Bersalin

Tak susun ikut yang mana paling penting / kritikal

- Siapkan beg hospital selengkapnya (beg labour room, beg wad, beg makanan)
- Tulis dan print senarai nombor telefon hospital, klinik, kawan-kawan rapat, pengasuh, tadika (supaya senang suami nak rujuk)
- Beli lauk basah dan kering untuk makan berpantang
- Tulis dan tampal resepi berpantang yang ringkas (supaya suami boleh masak dan bawa ke hospital)
- Susun dan kemas bahan-bahan masakan dalam drawer dapur dan peti ais (supaya suami senang cari)
- Masak lauk pantang dan bekukan (kalau bersalin sekitar EDD boleh la buat. Awal sangat nanti tak fresh pulak)
- Goreng siap-siap lada hitam, ikan bilis (buh dalam beg makanan hospital)
- Letak setempat barang-barang untuk kegunaan berpantang 
- Letak setempat barang-barang baby 
- Sedia beg Sofiy untuk transit rumah jiran / pengasuh masa umi di hospital
- Susun atur SOHO (supaya senang suami take over urusan biz)
- latih Sofiy hafazan surah, hadith dan doa awal-awal. Ulangkaji subjek lain juga (mana tau time dia exam la umi bersalin)
- buat schedule entry blog (tak la blog tak berupdate lepas bersalin nanti)
- book tukang urut
- fotostat buku rujukan library dan pulangkan ke library
- tulis tesis / buat kerja akademik sebanyak yang termampu
- makan apa-apa yang teringin sebelum bersalin. hehe
- sediakan pesanan (wasiat) - harta yang ditinggalkan cuma cahayamata, hutang pun ada juga.huhu.


Apa Yang Perlu Dipastikan Ready Setiap Hari Menjelang Bersalin

Ok, kalau yang kat atas tu, to do list yang perlu buat sebelum bersalin. Senarai di bawah ni pulak apa yang perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan sedia / ready dari sekarang sampailah masa bersalin. Sebabnya kita taktau bila sebenarnya kita akan bersalin, kan? Saya akan sentiasa check dan pastikan benda-benda ni dalam keadaan ready.

- tandas sentiasa bersih (kerap cuci berbanding sebelum ni)
- tiada baju kotor tidak berbasuh dalam bakul melebihi satu hari
- tiada baju tak berlipat dalam bakul
- baju sekolah Sofiy dah siap iron
- kebersihan dan kekemasan diri sentiasa dalam keadaan rapi (kaum ibu faham la)
- kredit handphone (saya masih guna prepaid) sentiasa ada
- power bank sentiasa caj penuh
- sepasang baju dan tudung untuk ke hospital siap iron (saya biasa pakai jubah / maxi)
- plastik untuk alas seat kereta kalau air ketuban pecah (dengarnya pakai pad pun boleh bocor)


Pheww..banyak juga ye..hahaha..bukan banyak juga. Memang banyak pun. Maklumlah nak berpantang sendiri, bukan anak pertama pulak. Jadi banyak yang nak kena difikir dan disediakan. Respectlah ibu-ibu yang beranak ramai, atau pun anak kecik lagi dah bersalin lagi. Saya sedaya upaya readykan apa yang patut supaya suami saya senang. Nanti bukan kita je letih nak bersalin, suami pun letih juga. Menunggu di hospital, dengan nervous lagi, nak urus anak yang kat rumah lagi, ulang-alik jenguk isteri dan baby, nak masak, membasuh semua...tak kena gaya suami yang demam nanti. Nanti dalam pantang nak jaga isteri lagi. Inilah cabaran jika memilih untuk bersalin sendiri. Jika suami-suami anda jenis ala-ala chef, biasa masuk dapur takpe. Suami saya, dapur memang masak air masak mi segera je. Tapi bab kemas rumah bagi kat dia, tip top! Jadi, buatlah persediaan ikut kemahiran dan bakat suami masing-masing.


Assalamualaikum, dan selemat pagi Isnin. Semoga para pembaca semua bersemangat dalam apa jua yang dilakukan pada hari ini. Sebenarnya ingat nak up entri ni semalam, tapi lepas isya' rasa sakit pulak di bahagian bawah perut. Tambah pulak dah letih dan ngantuk, maka kita rehatlah dulu. Suami dan Sofiy pun dah pakat tido, jeles jugak tengok diorang lena.

Alhamdulillah kandungan pun dah 29 minggu. Nurse dah tanya pasal beg hospital baru teringat.  Sejak hari Jumaat lepas saya dah mula keluarkan kotak-kotak yang berisi barangan baby, Sofiy punya dulu la(of course bukan angkat sendiri, cik abang la tolong). Congak-congak, barang newborn tu dah lebih 5 tahun bersimpan. Lama dah kami takde baby kecil rupanya. Walaupun saya jenis simpan setempat-setempat ikut kategori macam baju satu kotak, mitten & booties satu beg, kasut-kasut satu kotak, peralatan breastpump dan botol satu kotak asing, tapi tetap jugak tercari-cari sebab dah ingat-ingat lupa. Bantal newborn ada sarung je, bantalnya entah ke mana agaknya tertinggal kat rumah pengasuh. Bantal apitnya ada, sarung tilam ada, tilamnya takde, pun rasanya tinggal kat rumah pengasuh sebab tilam tu dah lunyai. Sebab tulah sebelum keluar shopping barang baby yang baru, kita kena check dulu barang yang dah sedia ada. Macam barut baby, saya ingat ada sikit je rupanya dah cukup dah. Mujur tak order online lagi. Jadi, semua yang perlu (barang keperluan newborn) dah selamat dibasuh. Baju-baju saiz 6 bulan ke atas saya tak keluarkan lagi, taknak menyemak sebab rumah kami kecik. Sofiy dulu baju 0-6 bulan tu sampai umur setahun pun muat lagi. Kena stop dulu...Nanti sambung na.

Update

Wah, seminggu terbengkalai entri ni. Entah apa yang disibukkan ye. Ahad lepas kami dah pun keluar shopping baju dan keperluan baby serta uminya masa bersalin dan berpantang. Sofiy sangat teruja nak shopping barang baby. Troley langsung tak bagi umi pegang, dia yang nak tolak sana sini. Besar dah Sofiy, nak jadi abang dah kan. Kali ni memang beli barang-barang yang betul-betul perlu je sebab dah tau keperluan sendiri hasil pengalaman yang lepas. Baju newborn beli sikit je, cukup untuk pakai masa di hospital. Yelah, adik pun mesti nak baju dia sendiri at least baju pertama dia..takkan semua nak pakai yang abang punyakan. Apa lagi ye yang dibeli? Bantal, sapu tangan, tuala, tisu basah, diapers, alas getah (changing mat), materniti pad untuk umi, kapas untuk cuci luka dan tali pusat, hanger. Senang kita tengok je gambar ni. Ada yang saya dah beli awal bila masa ke kedai dan terjumpa. Ada juga yang belum beli lagi. Tilam takde yang solo, semuanya satu set macam rugi pulak sebab bantal apit dan bantal tido dah banyak. Yang beli ni pun bantal karipap, senang kalau nak jalan-jalan bawak yang ni je. Kalau rajin umi cari tilam kat tempat lain ye dik, kalau tak kita guna comforter kat rumah tu je la. Saiz dan material tilam pun saya tak berapa puas hati, budak panjang sikit nanti dah tak muat. Material pun macam panas je.


Kali ni dah cerdik sikit, saya tak shopping kat kedai barangan bayi @ butik bayi macam masa anak pertama dulu. Saya dah survey barang-barang kat sana lebih mahal. Kali ni kami pergi pasaraya biasa je. Walaupun agak melilau sebab barang-barang tak dilonggok setempat, tapi berbaloi dari segi harga. Saya juga tak beli semua barang baby di sudut yang jual barangan baby. Contohnya tuala dan sapu tangan, kalau beli kat tempat barangan baby tu, harganya 2 kali ganda lebih mahal.

Ok, sekarang ni barang-barang ni semua kena dikategorikan ikut keperluan. Ada yang nak dimasukkan dalam beg labour room, ada yang nak bubuh dalam beg hospital (kegunaan di wad) dan ada yang nak ditinggal di rumah je. Saya belum pun lagi siapkan beg-beg itu walaupun semua dah basuh. Serius dah lupa masa saya siapkan beg hospital nak bersalinkan Sofiy dulu. Rasanya macam sekitar 7 bulan saya dah shopping, tapi masa siapkan beg memang hilang ingatan.hehe. Jadi, rasanya saya kena buat senarai la kat sini biar senang nak check dah cukup ke belum. Tulis kat kertas asyik hilang je. Jom kita tengok senarainya ikut kategori. Kalau rasa-rasa membantu untuk jadi panduan, boleh la guna senarai yang sama. Setahu saya ada beza keperluan yang disediakan di hospital kerajaan dan swasta.

BEG LABOUR ROOM (nanti dah siap kita up gambar ye)

- Buku rekod mengandung (buku pink)
- IC ibu
- baju NB (baju sahaja)
- tuala
- selimut bertopi
- diaper NB(1 keping)
- pad ibu (dulu hospital Serdang sediakan, tapi nak prepare juga)
- mitten (rasa macam tak perlu tapi nak bubuh juga)
- stokin ibu (pakai lepas bersalin)
- air zamzam dan kurma ( 1-2 biji pun cukup)

BEG HOSPITAL - WAD

Keperluan Bayi
- baju baby (agak-agak 2-3 hari, tak cukup nanti suami boleh bawakan)
- mitten & booties (sikit je sebab biasa tak pakai pun)
- topi baby
- lampin kain
- tisu basah ( 2 pek)
- sapu tangan (baby kerap muntah lepas menyusu)
- bedung dan barut (barut nak bawak sikit je sebab dulu tak pakai pun)
- diapers (bawak lebih sebab baby selalu kena salin, mungkin kena tahan lama kalau ada komplikasi)
- balm / minyak bayi (saya guna minyak Jerslin dan minyak zaitun)
- mandian bayi (kadang baby tak mandi pun)
- thermometer
- hand sanitizer
- pam susu dan milk storage (in case anak masuk NICU)

Keperluan Ibu

- pakaian ibu (pakai waktu balik)
- tudung 
- materniti pad / pad biasa heavy flow
- toiletteries (berus gigi, ubat gigi, sabun - bawak yang travel size)
- getah rambut, sikat, bedak, deodorant
- minyak panas/ minyak angin  ( saya guna minyak mustajab NR)
- vitamin / set berpantang (saya guna Set Berpantang Shaklee letak dalam pill box siap-siap)
- paracetamol ( in case demam)
- stokin (2-3 pasang)
- tuala
- hanger
- kapas
- telekung & sejadah ringan (guna kalau sebelum bersalin masuk wad dulu)
- kain batik
- surah yaasin, buku doa, tasbih digital
- handphone dan charger / power bank
- disposable panties / panties / nursing bra
- beg plastik ( untuk isi baju kotor)
- selipar tandas
- pen

Makanan / Kelengkapan Makanan
- termos
- air mineral
- cawan (saya guna shaker je)
- sudu garfu
- kurma
- air zamzam
- biskut 4 segi (beli travel pek / buh dalam tupperware)
- roti (ni boleh minta suami bawak kemudian)
- lauk berpantang yang kering ( ikan bilis goreng, lada hitam tumbuk dll yang sesuai)
- susu tepung / susu kotak / ESP / minuman coklat 3 in 1 / oat 3 in 1
- bekas makanan ( mana tahu nak tapaw sebab tak sempat makan)

Wah, banyaknya...macam nak berkampung pulak kat hospital ni. Tapi kalau tak bawak pun nanti perlu. Saya cadang nak bawak beg beroda yang ala-ala easybag budak sekolah tu tapi saiz besar sikit la. Kena adjust la nanti macam mana nak susun. Senang suami nanti tarik je, berat jugak nak mengusung beg tu nanti kalau tak beroda. Kalau rumah dekat, keperluan makanan tu boleh siapkan tapi tinggal dulu kat rumah nanti suami bawakan. Tapi macam saya, saya tak suka nak susahkan suami ulang tengok saya je. Lagi satu risau ada kes transfer hospital. Mudah-mudahan takde la macam tu, serik dah kena masa Sofiy dulu. Rumah pun tak la dekat baik dengan hospital Serdang, Putrajaya mahupun Kajang. Cadangnya, lepas hantar saya, kalau tak bersalin lagi tapi masuk wad..saya nak suruh dia balik dulu. Kesian kat Sofiy yang kena tinggal. Nanti dah dekat-dekat nak bersalin baru saya panggil. Tapi kalau memang dah terus masuk labour room pun alhamdulillah, tu tandanya sakit tak lama.

Ok, dah ada senarai ni...esok bolehla mula siapkan beg. Yang penting beg labour room. Ingat nak buh siap-siap dalam kereta. Senarai untuk barang-barang kat rumah kemudian saya update ye. Senarai kat atas ni pun kalau ada penambahan atau pengurangan saya akan edit balik nanti. Buat kawan-kawan yang seangkatan, selamat membuat persediaan untuk orang baru :-)
Di waktu saya menulis ini, janin masih lagi dalam kandungan saya. Biarlah dia berehat di dalam rahim uminya untuk beberapa ketika lagi sebelum umi terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Buat ayat sayu macam ni mula la rasa sebak :-(

Alkisahnya, pregnancy kali ni saya dapat kesan dengan adanya sedikit pendarahan, yang terlalu sikit. Mula-mula saya fikir saya period. Masa tu dah hujung Ramadhan, tak puasalah saya 2 hari terakhir Ramadhan sampailah raya. Lepas raya pun masih ada sikit-sikit lagi, kemudian dah takde. Cerita tentang berita gembira tu dah pun saya coretkan DI SINI.

Sebenarnya, mengandung kali ni sikit berbeza dengan yang pertama. Tapi, saya pun memang biasa dengar orang kata setiap kandungan, malah karakter setiap anak juga berbeza. Masa Sofiy dulu, takde setitik darah pun yang keluar sepanjang mengandung. Tapi yang ini, mula-mula lagi dah ada darah. Saya fikir itu implantation. Tapi, keluar darah ni berlarutan...boleh dikatakan setiap minggu ada sehari atau dua hari yang keluar darah. Tapi melepasi Ogos, makin kerap pulak bleedingnya. Masa mengandungkan Sofiy dulu saya tak bukak buku pink di KK pun, sebab saya susah nak pergi ke Klinik Desa Bangi Lama tu. Masa tu belum ada lagi KK BSP. Jadi saya check up di Klinik UKM saja dan pertama kali scan ialah pada umur kandungan 13minggu. Dah besar pun Sofiy kat dalam tu. Jadi kali ni pun saya taklah teruja sangat nak pegi scan ke nak bukak buku ke, ingat tunggu la 3 bulan dulu. 

9/9/2013 (ISNIN)

Tapi memandangkan makin kerap bleeding dan orang-orang sekeliling pun kata "pegilah check", jadi 9/9/13 kira-kira 9 minggu kehamilan saya pun mendaftar di KK BSP, buka buku pink dan buat ujian basiclah macam ujian air kencing, ujian darah, timbang berat dsb. Saya beritau nurse yang saya ada bleeding sikit, lepas checkup asas, saya ke bilik doktor untuk ultrasound. Doktor scan, skrin sebelah kepala saya jadi saya tak dapat nak tengok. Saya rasa patut ubah la kedudukan tu, tak mesra langsung. Saya tengok muka doktor je, nampak muka dia ada kerut-kerut sikit atau macam mencari sesuatu. Hisy, dah tak sedap hati. Doktor kemudian bagitahu yang dia tak nampak pun baby saya. Katanya "kosong je ni". Saya ok lagi, kecik lagi kot, kata dalam hati. Kemudian doktor tanya tarikh period saya. Saya memang jenis catat setiap kali saya period dalam diari jadi senang la saya bagitau doktor. Doktor kata sebab saya baru berhenti pil perancang, walaupun kitaran haid saya datang tiap-tiap bulan tapi 2 bulan yang pertama ada cycle yang pendek dan ada yang terpanjang..jadi dia tak kategorikan saya sebagai period yang regular. Jadi, mungkin usia kandungan saya tu sedikit muda berbanding tarikh LMP saya yang EDD sepatutnya 9/4/14. Jadi doktor bagi anggaran EDD baru ikut saiz kantung. EDD nya 5/5/14. Dan kalau ikut EDD ni kandungan saya baru 6 minggu. Haaa..nak sebulan jaraknya kan? Sebelum keluar tu nurse pesan, kalau ada bleeding lagi banyak ke sikit ke terus ke hospital sebab kalau pergi KK pun diorang akan refer ke hospital.

10/9/2013 (SELASA)

Semalam, Isnin masa saya ke KK tu takde keluar darah walaupun Ahad tu ada. Jadi saya relakslah sikit. Saya dah mula banyakkan rehat, banyakkan baring (ikut kata kawan saya yang pernah alami masalah rahim tak kuat). Saya fikir mungkin masalah saya pun sama. Nurse pun pesan tak bagi saya angkat barang berat, buat kerja berat, jangan dukung atau angkat anak, makan makanan berkhasiat, banyakkan minum air sebab kencing ada sikit kotor. Tapi Selasa tu walaupun saya berehat, saya tetap juga bleeding. Selalunya sekali je sehari keluar darah, ni dah 2-3kali. Petang tu ajak husband ke Hospital Serdang. Pergi ke Kecemasan dan diarah ke zon kuning kawasan separa kritikal. Bagus juga, kalau kat zon tak kritikal tu mesti lama kena tunggu. Sampai situ, menunggu jugalah sekejap sebelum doktor scan. Kat sini pun sama skrin tepi kepala, jadi saya tak nampak. Saya tanya, ada heartbeat tak doktor. Dia kata macam ada sikit, tapi nanti kita tunggu doktor sakit puan. (Jangan percaya doktor yang bukan bidangnya bab-bab scan ni). Saya dah faham dah prosedur di Kecemasan ni. Nak menunggu doktor bidang masing-masing tulah yang lambat. Masa Sofiy dulu, dari pagi sampai petang menunggu pakar paed. Dari Sofiy sakit muntah cirit sampai dah menyanyi-nyanyi anak saya dan ajak balik sebab boring. Last-last malam baru doktor datang. Kali ni pulak memang banyak kes sakit puan, yang menunggu sebelah-sebelah saya semuanya kes keguguran, bleeding, ectopic. Tak lama, ada pulak sorang perempuan kena sorong dengan katil, berdarah-darah...masa saya pergi solat baru saya tau ceritanya. Cleaner yang sembang. Rupanya dia bersalin 7 bulan, dan anaknya meninggal dunia. Bersalin di rumah rasanya sebab tali pusat dikepit dengan penyepit baju. Kesiannya dia..dah lah sakit, anak pun tiada, dan dikandung 7 bulan pulak tu. Maka saya redho pakar sakit puan Dr. Suzana attend kes dia dulu, kami yang menunggu ni semua faham. Alhamdulillah, tak lama kemudian Dr. lain datang, taktau namanya. Dia scan dan bagitau apa yang dia nampak sama je dengan doktor di KK. Kantung kosong. "Ada kemungkinan tak jadi la ye, tak nampak baby pun". Ayat doktor dengan nada tiada perasaan. Agaknya dah biasa sangat kes macam tu. Tapi kita yang mengandung ni, pertama kali pulak dengar...rasa nak luruh jantung. "Datang lagi 2 minggu kita scan balik. Kalau takde apa-apa perkembangan kira tak jadi la. Mungkin akan keluar macam daging nanti". Heartbeat ada tak doktor? Saya tanya dengan jahilnya..sebenarnya dah kantung kosong mana nak datang heartbeat kan? Tu la akibatnya kalau mengandung yang dulu tengok je skrin tapi tak faham. Doktor kata ok, kira ok lah. Saya tanya lagi, takde apa-apa ubat ke doktor? "Takde baby dan takde heartbeat kita tak boleh bagi ubat."

Saya balik dalam keadaan jiwa kacau. Serius, jiwa kacau tak puas hati macam mana boleh kosong? Tapi saya ada simptom orang mengandung. Walaupun saya tak muntah-muntah macam mengandung yang pertama, tapi saya mual sepanjang hari, jerawat naik, saya takde selera makan, breast saya sakit dan menegang, perut saya selalu tak selesa sebab angin, perut saya semakin membesar sebab kain baju kurung dah takleh kancing kalau tak saya mengah, baca Al-Qur'an pun kena stop-stop sebab semput. Haaa..tukan semua simptom orang mengandung? Akhirnya saya pun mulah mencari En. Google...google sana google sini...dan akhirnya tahulah saya apa maksud kantung kosong tersebut. Istilahnya 'Blighted Ovum'. Hanya ada kantung saja dalam rahim, tiada embryo dan tiada yolk sac (salur makanan). Ada juga kes yang ada yolk sac tapi tiada bayi. Keadaan ini berlaku disebabkan selepas persenyawaan, kromosom tidak membahagi dengan baik, pendek kata ovum dan sperma itu tak match la. Mungkin kalau jadi juga, inilah punca kejadian bayi cacat sejak dilahirkan. Dan simptom-simptom tu? Simptom mengandung memang ada sebab ibu tersebut memang mengandung, hormon dibebaskan dengan adanya placenta...jadi HCG tetap ada dalam badan si ibu.

Ooo...ok..faham dah. Tapi faham saja tidak memungkinkan saya bertenang sebab saya nak tau apa jadi dengan kandungan saya ni? Kalau betul BO ada harapan lagi tak? Tak sudah-sudah saya search sana sini baik laman orang putih, Melayu, Indonesia semua saya jengah. Rumusan yang saya dapat, lazimnya BO berakhir dengan keguguran TETAPI ada peratus yang kecil di mana ultrasound yang pertama tak nampak baby, tapi yang kedua, atau yang ketiga baby dah nampak siap dengan degup jantungnya sekali. Mungkin baby agak lambat berkembang. Jadi, buat anda yang didiagnos BO untuk kali pertama scan, masih ada harapan...jaga pemakanan, ambil makanan yang membantu mempercepatkan tumbesaran janin, mudah-mudahan scan sekali lagi doktor dah boleh nampak kehadirannya, dan yang penting DOA. Kun Fa Yakun! kata Allah. 

Satu hari menunggu pun rasa macam sebulan. Ya Allah, macam manalah nak tunggu sampai 2 minggu? Kena pulak darah masih keluar, walaupun sikit-sikit tapi masih menyebabkan saya tak boleh bertenang. Saya terus search mana-mana pusat rawatan yang ada pakar sakit puan area rumah saya. Hmmm..ada, Hospital Pakar Annur atau AzZahrah, tapi saya dah maklum kat situ raaamai orang, dan agak mahal la termasuk consultation. Mengenangkan keputusan yang dah 70-30, maknanya harapan saya ada sedikit merosot maka saya tak jadilah ke hospital pakar. Saya ingat nak pergi klinik area rumah saya je. Walaupun tak pakar, sekurang-kurangnya ada 2nd opinion. Dalam dok mencari-cari tu, kawan merangkap jiran saya datang melawat. Saya cerita hasrat saya nak dapatkan 2nd opinion. Allah nak bantu, dia terus offer untuk bawak saya ke klinik panel dia, yang masa dia mengandung dulu dia scan kat situ. Katanya klinik tu bagus, doktor perempuan yang sangat baik dan memang terkenal dengan sakit puan, dan juga kelengkapan yang lengkap serta mesin ultrasound yang clear. Kosnya pun sederhana, tak macam hospital pakar.

17/9/2013 (SELASA)

Maka saya pun ke Pusat Rawatan Mesra yang terletak di Sri Serdang. Saja tunggu seminggu selepas scan di hospital Serdang, jadi kalau ada perkembangan positif, mungkin dah dapat dikesan. Sampai kat sana tidaklah awal pagi sebab gerak pun agak lambat dan tak la dekat dari rumah. Setengah jam juga ikut highway. Sampai tu, tengok penuh dengan ibu-ibu mengandung..hampir penuh kerusi menunggu. Wah, memang betullah klinik ni jadi tumpuan untuk pemeriksaan antenatal. Kliniknya biasa je, tapi tentu ada sesuatu yang istimewa sampai pelanggan ramai macam tu. Kat tempat saya tak ada pun klinik swasta yang macam tu punya ramai pelanggannya. Lepas daftar, kami ke UPM office kawan saya, sarapan dulu dan rehat-rehat sementara menunggu masa berlalu. Hampir 2 jam baru kami ke klinik semula, dan masih kena menunggu dalam 8 nombor.

Masuk ke bilik doktor, kawan saya kata dia nak teman. Saya rasa dia pun teruja nak tengok ultrasound tu. Doktornya memang la very soft spoken, raut wajahnya dan suara pun lembut sangat. Bertudung labuh. Cerita serba sedikit dan bagi buku merah, doktor tanya cycle period dan doktor kata cantik dah period saya tu untuk orang yang baru berhenti pil perancang. Baring dan scan...sekali letak je terus nampak sesuatu. Ya..ada baby! Kawan saya kata "tu ada tu". Saya taktau apa reaksi saya, yang pasti saya sangat nervous. Debaran saya tu sampai buat doktor susah nak ukur dan cari jantung baby. Sampai doktor suruh saya tahan nafas. Perkara pertama yang doktor cakap "Daripada cerita you tadi saya rasa macam takda harapan dah, tapi tengok yolk sac nampak cantik ni" Saya sedikit terhibur dan berharap. Doktor kata nampak macam ada some movement, macam jantung berdegup tapi bila nak tangkap dan ukur detak jantungnya tak dapat. "Atau saya silap, itu mungkin blood flow. Kecik sangat, susah saya nak agak." Doktor kata elok buat transvaginal scan (scan ikut vagina) untuk lebih jelas. Dan hasilnya sama..doktor kata rasanya itu bukan jantung sebab dia tak sentiasa bergerak, jap ada jap takde. Lepas doktor dah ukur CRL baby, doktor kata "Jangan berharap. Saya rasa tak jadi. Saiz janin kecik sangat, terlalu berbeza nak dibandingkan dengan sac (kantung). Walaupun doktor cakap macam tu, tapi dengan nampaknya baby tu seolah-olah ada harapan yang bersinar. Mungkin jantung dia belum dapat detect lagi, saya masih ada masa seminggu untuk bagi dia lebih kuat dan membesar. Balik tu, saya searching pulak pasal jantung baby dalam ultrasound dan tumbesaran janin. Janin di trimester pertama boleh berkembang secepat 1mm sehari. Sesungguhnya saya pelik, kenapa minggu lepas kantung kosong (scan di dua tempat berbeza) tetapi dalam masa seminggu ni dah ada baby dengan yolk sac yang cantik? 


Si comel yang akan terus dikenang. Allah bagi umi lihat juga dirimu

Itulah hasil ultrasound di Pusat Rawatan Mesra, terang dan jelaskan? Nampak tak bulatan tu..itulah yolk sac dan dah nampak bentuk kepala dan badan si kecil. Memang terus jatuh cinta! Tapi bila tengok pada keterangan kat tepi tu..memang tak cantik la. Sepatutnya saya sudah 11 minggu tapi baby baru 6 minggu dengan CRL 0.46cm. Kantung pulak usia 8 minggu. Bila saya layari youtube dan tengok klip degupan jantung janin, memang sepatutnya besar anak saya ni dah boleh detect jantung. Ada yang lebih kecil pun dapat lihat dan dengar degupan jantungnya walaupun mesin ultrasound yang digunakan lagi kabur.

Maka saya pun pasrah, dan menyerahkannya kepada Allah. Dalam doa saya, saya baca doa bagi mengelakkan anak yang cacat. Saya juga mohon jika anak yang saya kandung ini sihat dan sempurna maka berilah kekuatan kepadanya untuk survive. Kalau baik buat dia dan buat kami untuk dia dilahirkan dan dibesarkan dan seterusnya membela agama Allah, maka sihatkan dia sehingga lahir dan membesar. Jika mengikut perkiraan Allah, tidak baik baginya dan bagi kami untuk dia dilahirkan, maka saya mohon Allah berikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menerima segala ketentuan. Alhamdulillah, hati saya sedikit tenang. Saya masih jaga pemakanan, ambil vitami, banyakkan rehat tapi saya juga tak lagi gundah gulana. Saya jalankan tugas harian seperti biasa. Kalau darah kerap keluar, saya baring. Sempat juga saya bawak Sofiy berlibur di karnival komuniti yang diadakan di area rumah saya ni. Kata kakak saya "dah malas nak menjaga la tuuu".

23/9/2013 (ISNIN)

Malam sebelum ke hospital, saya sibuk mencari info tentang D&C dan yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah adalah serba sedikit maklumat sebelum ke hospital. Tak dinafikan malam-malam sebelum ke hospital untuk repeat scan tu, saya mimpi macam-macam. Mimpi buruk, saya mimpi darah banyak kat pad sampai 3-4 keping pad. Saya taklah percaya dengan mimpi sebab saya tau sedikit sebanyak saya terpengaruh dengan cerita-cerita yang saya baca di internet, pengalaman keguguran dan sebagainya.

Pagi Isnin, saya bangun awal sebab hajat di hati nak pergi awal dan dapatkan nombor awal, kena pulak appointment saya pukul 8 pagi. Tapi....husband pulak lambat-lambat. Dia kata takyah ikut sangat masa tu..nak sarapan dululah dan sebagainya. Hangin la jugak, tapi sebab dia yang bawak ikut aje la. Sampai kat Klinik Pakar Hospital Serdang dah pukul 9. Seperti dijangka, raaaaamai sangat orang kat kaunter pendaftaran depan tu. Saya punya giliran selepas 160orang di depan saya. Dalam sejam menunggu, saya dah dapat ke Klinik O&G. Daftar pulak di sana, dan alhamdulillah sebab saya dirujuk dari Kecemasan hari tu, saya dah ada doktor yang akan ambil kes saya. Nurse kata no saya terus ke belakang, Dr Siti Sara akan periksa saya. Menunggu dalam 10 -15 minit, saya jumpa doktor dan terus scan. Huhuhu..memang nervous sangat. Saya bayangkan baby saya dah takde..dah kembali kosong sebab kembali menjadi darah. Tapi bila scan..ye, baby masih ada..keciiiiiik sangat. Scan melalui bawah pulak...dan bila doktor ukur CRL baby, saya dah tau memang tak ada harapan. Sebabnya..masih 6 minggu. Tak berkembang, tiada heart beat dan kantung saya dah nampak lain macam. Kata doktor dah macam terseparate...ada pulak kantung lain kat luar kantung yang besar tu. Doktor kata isi darah. Saya taktau la kembar tak jadi ke atau kat dalam tu dah serba cacamarba.

Bincang-bincang dengan doktor, doktor serahkan pada saya sama ada nak tunggu gugur secara natural atau nak cuci. Kalau nak tunggu, tiap 2 minggu kena datang check up. Saya tanya, tak bahaya ke biar lama-lama. Doktor kata ia takkan membusuk, tapi ikut pengalaman dia, ada yang makan sampai 2 bulan baru keluar sendiri. Saya bayangkan kalau saya dah 12 minggu..tapi baby 6 minggu..maknanya dah berapa minggu dia tak ada. Dan kemudian saya nak tunggu lagi? Taknaklah saya...saya rasa tu lebih menjerut emosi. Saya pilih untuk cuci lepas bincang dengan husband, tapi tarikh terdekat dah penuh. Di Serdang, prosedur tu dilakukan hanya pada hari Khamis. Jadi saya ambil Khamis depan 3/10/2013. Nak taknak saya kena pantang la di hari raya haji nanti. Dan alhamdulillah, saya sendiri terlupa tentang conference yang saya nak hadir di Sabah. 21/10 saya akan terbang ke Sabah dan bentang paper pada 23/10. Kalau tiada aral melintang dan dapat cuci pada 3/10 dapatlah saya completekan pantang saya iaitu selama 2 minggu. Mudah-mudahan segalanya mengikut perancangan, saya pun sihat dalam tempoh berpantang tu nanti.

Saya nangis tak? Mula-mula saya tak nangis..tapi masa bincang dengan husband pasal cuci tu..ada masalah pulak siapa nak hantar dan ambil saya sebab kekangan jadual kerja husband. Secara tiba-tiba saya rasa sayu sangat. Dah la kita kehilangan, nak uruskan itupun ada masalah juga. Rasa lonely dan rasa macam..ntahla..yang pasti sebenarnya saya sedih, tapi kalau support saya kuat, saya akan kuat. Tapi masa tu rasa macam takde orang support walhal bukan husband taknak hantar ambik pun, cuma kena susun jadual semula je. Jadi bermula dari situ saya menangis tak berhenti, tengok buku pink tu lagi la sedih. Lepas tu teringat apa yang saya dah usahakan untuk cuba selamatkan dia..saya jaga makan saya lebih daripada selalu. Saya tak keluar rumah, rehat dan tak buat kerja berat. Saya 'rehat' daripada bersama suami, tapi akhirnya dia pergi juga. Mungkin itulah naluri seorang ibu...kalau takde rasa sayu tu memang ibu yang sedikit abnormal.

Saya tanya doktor, apa pulak puncanya masalah ni. Sebab ni bukan Blighted Ovum. Doktor kata, yang pasti bukan sebab aktiviti ibu dan bukan sebab pemakanan. Tapi memang janin tu bermasalah dari peringkat awal lagi. Ada yang tak kena pada dia, Allah Lebih Mengetahui. Doktor kata "Puan jangan risau, ini tak bermakna semua baka puan dan suami akan mengalami masalah ni". Saya faham, buktinya Sofiy pun takde masalah kecuali G6PD Deficiency, yang ramai lagi orang mengalaminya sejak dulu dan Sofiy sihat macam kanak-kanak normal yang lain selagi dia tak terdedah pada benda-benda yang dia alah. Saya pun yakin bukan pemakanan menjadi punca sebab kali ni saya lebih jaga pemakanan saya berbanding masa mengandungkan Sofiy. Saya makan kurma, madu, kismis, vitamin, buah-buahan segar, susu segar, ESP dan sayur-sayuran. Dulu saya tak makan kurma, saya tak makan vitamin atau asid folik sebelum mengandung, tak minum susu segar, tak makan buah, malah masa mabuk-mabuk tu saya puasa penuh sebulan Ramadhan. Oh ye, bercakap tentang Ramadhan, ada sebab mengapa saya sayangkan kandungan ni, kerana conceptionnya berlaku di bulan Ramadhan. Tapi itulah janji Allah, Dia Muhyi wa Yumit, yang menghidupkan dan mematikan. 

Ok, sungguh panjang lebar entri kali ni. Saya mengarang dari petang sampai ke malam. Alhamdulillah saya ok, sedang fikirkan persediaan berpantang. Dah lama tak berpantang dan kena berpantang secara tiba-tiba pulak, kalut jugalah. Pantang keguguran pun dengarnya tak sama macam pantang bersalin, tapi banyak persamaannya. Berpeluh-peluh punggah stor mencari bengkung siang tadi, tak jumpa. Harus dah terbuang. Jumpa bengkukng zap yang Cosway je..kena pinjamlah jawabnya ni. Entri berpantang keguguran saya update DI SINI.

In sha Allah nanti saya update cerita cuci pulak, atau nama prosedurnya ERPOC, dah tak guna D&C dah sekarang ni. Saya taktau perasaan saya selepas prosedur, mungkin rasa kehilangan yang lebih ketara, atau saya akan lebih relaks. Saya tak berani lagi nak lasak-lasak sekarang walaupun baby dalam rahim dah tak bernyawa..sebab saya risau 'bush' banjir darah. Kalau boleh saya taknaklah, sebab dah pilih nak cuci taknak sakit sampai 2 kali. Nanti kalau gugur sendiri tapi masih ada yang tertinggal, tetap kena cuci juga. Tapi rasanya macam tak kot, sebab bersalinkan Sofiy dulu pun kena induce.

Buat anak umi, kau tetap akan kami kenang selamanya. Umi tak lupa umi pernah mengandungkan kamu walaupun kamu hanya tidak sampai 0.5 cm. B umi sudah pun membengkak, dan rasanya selepas kamu dikeluarkan, umi akan bengkak susu dan ada susu yang perlu dikeluarkan. Moga umi tabah.

Buat teman-teman, doakan prosedur berjaya dijalankan dengan teliti dan sempurna dan saya sihat seperti biasa.

Update 7 /7 /2014

Nampaknya entri ni memang ramai pengunjung. Alhamdulillah saya nak kongsi di sini, yang saya dah mengandung lagi dan kini sudah 22 minggu. Jika kawan-kawan nak baca pengalaman dan usaha saya mempermudahkan pregnant semula boleh ke entri saya YANG INI ye. Saya hanya berkongsi, namun ketentuannya adalah milik ALLAH semata-mata.




Awalnya bebudak sekarang masuk sekolahkan. Tak disekolahkan pun, dah trend nye begitu. Kawan-kawan yang sebaya kat rumah pengasuh pun dah pakat-pakat masuk play school seawal 2 tahun. Nanti lama-lama tinggal dia sorang paling besar pun dia boring juga takde geng. Maka umi pun daftar la Sofiy ke PASTI, antara tadika yang murah, tetapi dah lama ditubuhkan. Umi dulu pun belajar kat PASTI 3 tahun. PASTI sendiri seusia umi.

Semalam daftar, ambik buku dan uniform. Hari ni mula persekolahan. Kelam kabut umi alter seluar dia, mana taknya anak umi ni kecik molek. Bila berbaris tadi dok depan sekali. Gambar kat atas ni uniform tak lengkap, belum ada kopiah. Belum sampai kata cikgu. Umi beli  4 pasang uniform sebab umi la yang terlebih rajin nak basuh dan gosok baju hari-hari. Nak beli 5 pasang takut cikgu kata over pulak. hihi.


Sofiy masuk PASTI ni dengan BFF dia, Mohd Zulfikar @ Che Mat. Tu bepa baru jumpa senyum la masing-masing. Tak lama lepas tu...uwaaaaa...Che Mat sudah buat drama swasta. Mujur tak jangkit ke Sofiy. Alhamdulillah nampak dia behave la sepanjang saya tunggu kat luar tu. Siap bye-bye umi. Cuma dia agak pasif dan tak fokus pada cikgu. Kena pulak dia dok tepi...lepas tu ada pulak budak yang bawak mainan, dia dok tengok mainan tu je la. Kereta kecik siap dengan lampu. Mesti hati tu dok teringin.hehe. Apa yang saya perhatikan, dia lebih banyak memerhati je untuk hari pertama ni. 

Sofiy ambik pakej sekolah dan daycare sekali. Jadi habis kelas pukul 11.30 pagi, sambung daycare pulak. Petang baru ambik dia. Bukan tak kesian dia dok situ berdikari seharian, tapi apa nak buat, kalau dia ada kat rumah lagi la umi tak buat kerja. Umi ni bukan pandai nak multitasking. Harap petang ni jemput dia, dapat feedback yang baik. Harap sangat dia enjoy sekolah. Kalau dibuatnya takmo sekolah lagi la semak perut umi.

Akhir sekali, semoga Allah pelihara anak umi dan semoga menjadi insan yang sentiasa mencintai ilmu.


Tulis sikit di petang hari sementara menunggu fail dimuat turun. Melepasi usia 2 tahun dan bercerai susu, anak umi Muhammad Sofiy semakin manja dan sensitif. Kalau dulu taknak dipeluk, sekarang ni nak berpeluk dan melekap dengan umi je. Kalau dulu, bila dia dah lena janganla kita nak pegang-pegang sangat tentu dia marah-marah, tapi sekarang kalau dia terjaga dia yang menempel dan menyendeng dekat umi. Agaknya itulah cara dia nak bermanja, dulu nenen tu kira dah habis manja la kot. Malam tadi, dia tido atas perut umi melekap atas badan umi betul-betul sampai lena, sampai basah baju umi dengan air liur basi dia.hihi.

Sensitif. Sekarang pantang umi cakap nak buat sesuatu yang kena tinggalkan dia macam nak mandi, nak solat tentu dia jadi sebak. Kalau nak solat tu, masa ambil wudu' dia akan tunggu kat pintu bilik air, kemudia keluar je tu kenalah terus pegang tangan dia dan pimpin ke bilik solat. Tu tandanya umi tak tinggalkan dia. Kemudian dia nak solat sama dengan umi, kena bentangkan sejadah dia (sejadah kecik tu) dan dia akan solat sama-sama dengan umi sampaila umi siap, salam, doa, sidai telekung, tutup kipas. Kalau baca Qur'an dia akan tercongok atas riba. Dia jugak sensitif kalau orang tinggikan suara, atau paksa dia buat sesuatu mulalah nak nangis, macam gambar ni ha...


Ayah suruh dia pegang bunga tu, nak ambil gambar dia...langsung dia nangis. Sofiy...Sofiy... Oklah, umi nak siap-siap nak balik dah ni.
Dok bertangguh je nak buat entri ni apesal entah. Hari ni hari ke-5 dah Muhammad Sofiy bercerai susu dengan umi. Jadi umi rasa dah boleh berkekalan insyaAllah. Mula pada hari Sabtu, 2 hari sebelum birthday dia yang kedua baru ni. Alhamdulillah sekali je umi jampi dia terus reject. Hehe..takde jampi apepun, cuma ambil petua daripada Kak HanaSeman dalam forum Ratuhati.

Pagi Sabtu tu, masih bf macam biasa. Sebelum ni pun takde kurangkan biar je macam biasa dan kadang-kadang lebih kerap. Tapi Sabtu tu kuatkan juga semangat nak ceraikan susu dengan dia. Masa bf selepas Subuh tu dah cakap pada dia "Ini last nenen ye Sofiy lepas ni takde dah, Sofiy dah besar dah dua tahun,". Kemudian lepas mandi, ambil segenggam asam jawa. Saya guna asam jawa biji tu je tak sempat nak beli yang ekstra adabi tu. Lembutkan sikit dengan air dan sapu pada B. Niatkan untuk berpisah susu dan niatkan agar anak tidak teringat-ingat akan B kita, dan lebihan daripada sapuan tu masukkan dalam tandas dan flush/ simbah.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, dia dah ngantuk dan mintak nenen. Saya buat macam biasa, naik katil...baring dan sua kat dia tapi laju-laju jangan sampai dia sempat nampak apa-apa yang pelik. Masuk je mulut wooops! dan dan tu jugak dia keluarkan sambil ludah-ludah. hehe. Terus saya sorok dalam baju. Sebelum tu, dah bancuh siap-siap susu tepung dalam botol walaupun selama ni dia taknak hisap susu botol di rumah. Kemudian saya pun psiko la dia "Susu umi dah tak sedap ye, masamkan? Kalau camtu minum susu botol ni la sedaaap," Dia pun ambik dan minum sampai lena. Lega dan tersenyum la umi dia + rasa terharu dan kesian.

Petang pun macam tu, ada dia minta tapi bila saya ingatkan yang susu dah tak sedap, dia terus kata taknak siap geleng laju-laju lagi. Saya tanya jugak "Nak rasa ke, jom la?" "Nanak, nanak," hehe. Masa baring-baring gan dia tu, ada gak saya cuba selak..terus dia kata "tutup, tutup" kih kih. Kesian anak umi, kelakar pun ye jugak. Saya juga elakkan salin baju depan dia, nak elakkan dia teringat atau teringin.

Sebelah malam, agak mencabar emosi la. Umi rasa kesian la sangat-sangat kat dia sebab memang dia takkan dapat tido tanpa menyusu sebelum ni. Tiba-tiba je dah tak boleh, tentu dia rasa sedih dan kehilangan. Tapi saya kuatkan semangat sebab dia pun kena kuat semangat untuk menghadapi perpisahan ni. Sebelum tido tu memang saya sapu siap-siap asa jawa sebab tau anytime dia akan mintak tapi rupanya dia tak mintak pun. Jenuh juga uh eh uh eh tak dapat tido dan menahan sebak. Saya buat taktau je, cuma saya baring sebelah dia macam biasa menyusu tu, cium dan belai-belai dia macam biasa. Cuma tak menyusu je. Bagi susu botol dia taknak. Lama-lama tido juga akhirnya. Tengah malam, dia bangun mintak, agaknya lupa kot pasal susu tak sedap tu. Saya ingatkan dia yang susu dah tak sedap lepas tu saya tanya nak juga ke? Dia kata taknak. Saya pujuk minum air masak, alhamdulillah dia nak.

Hari-hari seterusnya makin senang. Dah tak mintak langsung dah, cuma waktu nak tido je la perasaan sayu tu terasa. Dia rela baring gitu je tunggu mata ngantuk, dia taknak susu botol. Tapi mudah pulak dia lena, agaknya sebab mind set dia memang dah takde agenda menyusu, yang ada cuma agenda nak tido. Sampai malam tadi, nak tido cuma ulitkan dia dengan zikir, bacakan Al-Qur'an, tepuk-tepuk dan peluk-peluk terus dia lena. Tengah malam pun dah tak jaga dah.

Walaupun mudah, tapi sebenarnya dalamannya tak mudah. Saya cekalkan hati sebab dah sampai masanya. Tapi kadang-kadang datang perasaan dan pertanyaan dalam diri sendiri. Kenapa nak berhentikan sekarang sedangkan tak haram pun kalau lebih 2 tahun. Kena pulak dengar anak-anak orang lain pun belum berhenti lagi. Memandangkan saya dah janji dengan diri sendiri dan dengan suami nak susukan sampai 2 tahun, jadi biarlah cukup 2 tahun. Kena buang perasaan bersalah yang datang sesekali tu. Rasa kehilangan sebenarnya, tapi mujurlah semenjak bercerai susu ni dia jadi makin manja. Nak berkepit je dengan umi. Kalau dulu dia tak suka dipeluk-peluk ni. Masa menyusu pun dia taknak dipeluk. Mungkin sekarang dia rasa pelukan tulah menggantikan feel menyusu tu. Suka la umi...hehe. Lagi satu, ada satu perasaan macam nak gembirakan dia dengan benda lain contohnya makanan yang dia suka, mainan yang dia suka, sebab rasa macam sesuatu yang berharga kita dah ambil daripada dia, jadi rasa nak kena gembirakan dia sentiasa. Aduhai beratnya perasaan seorang ibu ni ye. Sampai suami saya kata, bila saya cakap kesian kat Sofiy "Dia ok je," Hmm..ayah apalah yang dia tahu kan, mana pernah dia alami perasaan itu.

Semalam saya kena bengkak susu setelah 4 hari tak menyusukan. Kembalilah pada petua lama, letak kelopak kobis. Berdenyut-denyut dan berat sangat rasa. Mana taknya susu saya rasanya banyak lagi sebab masa Sofiy nenen masih lagi terasa let down. Kakak saya pun bekalkan dengan sepotong doa untuk meredakan sakit, alhamdulillah bangun pagi tadi dah ok. Mujur tak perlu berkobis sampai ke tempat kerja hari ni.wakakakaka.

Alhamdulillah, selesai sudah satu tanggungjawab dengan izin Allah kami berjaya sempurnakan sampai 2 tahun. Dan dengan izin Allah juga senang pulak nak ceraikan susu. Sepanjang menyusukan Sofiy, takdela sangat cabaran yang teruk-teruk. Susu tak pernah sampai tak cukup stok. stok tak pernah rosak, tak pernah kena mastitis atau jangkitan, cuma pernah Sofiy reject EBM dan ada juga reject menyusu beberapa kali. Ada yang sebab dia taknak puting silikon, dan yang lain-lain tu sebab ulser di tekak. Kemudian naik umur setahun dia reject EBM dan nak direct feeding saja. Tapi saya tetap juga mengepam sebab EBM dia tu buat sarapan, makan dengan roti, biskut, nestum, corn flakes dll. Pam susu spectra memang dah lama jual, pam Avent manual pun dah masuk kotak dalam stor. Ice pack yang masih elok je simpan tupun dah keluarkan dari fridge. EBM dia yang last saya bagi masa birthday dia baru ni, tupun yang bulan Februari punya. Nanti ada masa nak simpan botol-botol pulak masuk kotak. Rasa macam nak buang pun ada sebab dah lama juga jangka hayat botol tu walaupun BPA free. Tapi takpela, simpan dulu sampaila ada gantinya. Kita tak dapat jangka masa depan,kan. Walaupun kita berdoa sentiasa dicukupkan dengan rezeki mana tau ujian Allah. Jadi biarlah dulu dalam simpanan.


Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Sofiy,
Happy Birthday To You...

Sengil Chukka Hamnida,
Sengil Chukka Hamnida,
Chigueso Ujueso Sengil Saranghamnida...ada lagi, tapi umi tak reti nak tulis liriknya..kita layan je video ni boleh?


Nak menyambut ulangtahun yang kedua ni umi rasa sangat teruja, lebih daripada ulangtahun pertama Sofiy. Kenapa ye? Haaa..umi tau kenapa. Sebab dua tahun ni juga maknanya tamatlah sudah tempoh penyusuan Sofiy. Alhamdulillah, Sofiy pun dah berhenti menyusu secara sepenuhnya dua hari sebelum birthday yang kedua ni. Nanti umi akan cerita dalam entri yang lain.

Birthday Sofiy kali ni pun tak buat apa-apa majlis, sebab umi ni bukanlah ramai sangat kenalan sekitar sini. Lagipun nak organise majlis ni perlukan bajet yang besar, tak gitu? Dengan kemahiram memasak umi yang ke laut merah sana, maka semuanya nak kena tempah..tak sesuailah dengan status sengkek umi dan ayah sekarang ni.

Makanya, moga doa umi dan ayah sudah cukup untuk mengiringi hari-hari Sofiy yang seterusnya. Umi doakan Sofiy menjadi hamba Allah yang bertaqwa, menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal. Jadilah manusia yang berguna di dunia dan berjaya di akhirat ye sayang.

Umi juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ibu-ibu angkat Sofiy (tok, maklong dan umi ita) kerana menjaga Sofiy dengan penuh kasih sayang sepanjang peninggalan umi ke tempat kerja. Siang hari Sofiy memang dihabiskan bersama mereka. Tak lupa juga buat kawan-kawan sepermainan Sofiy yang menceriakan hari-hari anak umi ni. Kalau cuti 2-3 hari kat rumah je Sofiy dah mula sebut-sebut nama kawan-kawan. Tapi sayangnya tak ada gambar Sofiy dengan kawan-kawan dia la. Yang ada cuma dengan makwe sorang ni je, tupun Sofiy punya baju spoil.hahaha. Baju pinjam abg Qayyim sebab baju Sofiy dalam beg semua basah sebab bekal Sofiy tumpah masa dalam perjalanan.


Tahun lepas umi edarkan goodies untuk kawan-kawan Sofiy, pening juga memikirkan nak bagi apa masa tu. Sebabnya kawan-kawan Sofiy ni lebih kurang seusia je dengan Sofiy. Umur setahun, apa sangatlah yang boleh diorang makan. Umi memang taknak bagi jajan-jajan yang tak berkhasiat ni. Fikir punya fikir umi belikan kismis sorang sekotak, belon, sapu tangan (masa tu kan masing-masing dok meleleh air liur lagi), dan  kek cap tiger. Untuk mummies umi bagi tuala tangan yang besar sikit. Ini gambarnya, tahun lepas tak buat entri hari lahir, simpan ke tahun ni.

Cenderamata Birthday 1 tahun (25 April 2010)

Tahun ni, mula-mula umi cadang nak beli kek yang bulat tu sebiji. Dah usha-usha kat kedai depan tu. Tapi tiba-tiba plan berubah di saat akhir bila umi selalu nampak Kak As (Ummi RH) selalu pos kat fb pasal masak memasak. hihi. bila lagi nak rasa air tangan Kak As ni kan. Maka umi pun order la dengan Kak As cupcake. Memang umi hajatkan cupcake yang simple je, tak perlu topping atau hiasan pun takpe. Tengok-tengok pagi tadi (memang fresh cupcakenya, pagi-pagi sebelum pergi kerja tadi Kak As bagi) comelnya Kak As buat. Siap bekas untuk sebiji-sebiji, ada biskut oreo lagi. Oreo Cupcake. Tak sempat nak ambil gambar dengan beg kertas yang comel, sebab terus hantar ke pengasuh. Ambil gambar kek yang habuan umi dan ayah je la. Gambar pun snap dengan kamera handphone je sebab kamera tak bawak hari ni. Sedaap!


Air tangan Kak As

Ok, sebelum tutup entri ni...letaklah gambar anak bujang sorang ni. Tapi ni bukan gambar terbaru, yang baru ada dalam laptop, tak bawak hari ni.



Sofiy dengan Kak Jannah (2 pupu)


Waaa..saya rasa hati saya sangat terjerut, rasa sangat simpati dengan tangisan anak kesayangan saya yang nak nenen tapi tak dapat. Sebenarnya saya tak penah pun reject lagi bila Sofiy minta nenen, cuma setakat ni saya duka buat lambat-lambat. Kalau dia mintak masa balik dari kerja, saya lewatkan sampai lepas maghrib. Bila dia mintak masa lepas maghrib saya tunggu sampai dia nak tido. Kadang-kadang dah dapat sebelah, saya tangguhkan dulu yang sebelah lagi. Macam tu la setakat ni, belum sampai hati nak reject lagi.

Tapi, apa yang saya perasan Sofiy jadi sangat sensitif berkenaan n*n*n sejak akhir-akhir ni. Mungkin dia dah faham dan tau masa untuk bercerai susu dah semakin hampir. Bila dia nampak katil, bantal dia, dia akan mudah jadi sebak. Baru je mintak n*n*n sekali dah sedu-sedu nak nangis. Malam pun, laaaaaama sangat memerap sampai sakit-sakit pinggang, belakang dan leher umi ni. Kalau umi tarik juga, dipanjatnya badan umi.huhu.

Pagi tadi, lepas bangun tido dia tak mintak sebab saya terus solat subuh. Kemudian dia ralit main kereta dia. Dia mintak pulak bola ping pong, ralit main bola pulak. Bila saya angkat dia masuk bilik air untuk salin diaper dan letak dia atas katil untuk pakaikan diaper baru, dia dah mula merengek. Hihi. Saya terus potong rengekan dia. "Tu, ayah nak turun dah...dah ikut ayah tak? Cepat" Dia pun kelam kabut turun katil sebab nak ikut ayah turun bawah. Memang biasanya suami bawak Sofiy turun dulu sementara saya bersiap. Dapatlah dia jalan-jalan ambil angin pagi kat bawah, tu yang dia suka nak ikut ayah.

Dalam perjalanan ke rumah pengasuh, dia duduk di depan, saya di belakang. Tengah sedap-sedap dia main angin ikut tingkap, tetiba dia pusing belakang dan nampak bantal. Dan dan tu la merengek. Nak dibagi pun dah dekat sangat dengan rumah pengasuh. Saya pujuk la, kata nanti maklong bagi susu..hmm, lagi kuat dia nangis. Bila saya dukung dari kereta nak bawak ke rumah pengasuh, sampai je ke pintu tangisan hiba dia pun pecah..sebab dia tau takde chance dah la nak n*n*n bila dah sampai.hehe. Saya tinggalkan juga dia yang menangis hiba dan air mata berjurai-jurai. Sampai kat keje, saya sms pengasuh. Katanya masih hiba lagi walaupun dah pujuk. Mulut tak lepas-lepas sebut n*n*n, last-last tok (perempuan) bagi dia vitagen barulah terubat hatinya..huhu.


Kak Kamariah dan Kak Rita di TV3





Dah lama sebenarnya saya tertanya-tanya ke mana hilangnya TVIQ di astro? Secara tiba-tiba bila saya tekan saluran biasa TVQI (tak silap 552) dah takde, channel not found. Rasa macam kehilangan, sebab itu la channel kegemaran Sofiy. Sebenarnya umi dia yang memang buka saluran tu untu dia sebab rasa macam saluran lain tak sesuai untuk dia. Mujurlah Sofiy ni tak jenis addicted dengan siri kartun atau rancangan tertentu. Jadi, bila tak de saluran tu, dia tak minta pun nak tengok. Hari ni barulah saya teringat nak cari di internet, rupanya dah ditukar ke no 610 ye? Nanti balik nak cuba. Saya sendiri pun suka dengan rancangan-rancangan di saluran ni, antaranya slot kreative kraftangan, slot bersama daniel cook, dan juga penyiasatan yang dilakukan oleh kanak-kanak ala-ala asas forensik gitu. Agaknya saya memang suka cerita penyiasatan kot, sebab tu saya boleh melekat di saluran 701 AXN tu berjam-jam kalau saya seorang di rumah.hehe.

Ok, berbalik pada Sofiy saya tau saya dah memperkenalkan TV pada dia awal. Sebabnya, sepanjang dalam pantang saya takada benda lain nak buat. Intenet tak ada di rumah, buku atau novel pun tak beli untuk persediaan dalam pantang. Nak dok saja memang saya rasa tak best, entah..saya rasa sunyi. Jadi masa dalam pantang saya ngadap tv je kerjanya. Sampai dah hafal dah intisari rancangan.hehe. Walaupun macam tu, saya rasa Sofiy ni jenis tak minat sangat dengan TV. Dia jarang beri tumpuan pada satu-satu rancangan walaupun rancangan kanak-kanak, ataupun kartun.

Kalau dia tertarik pun, zikir dan azan sampai dia boleh ikut cara solat dan cara ambil wudhu' macam yang dalam tv tu tunjuk. Kalau buka dokumentari binatang pun ok, dia suka juga tengok fish, burung, itik, meow (sebenarnya harimau atau singa) dan moo. Kadang-kadang saya cuba umpan Sofiy dengan kartun yang berwarna-warni, tapi dia tak minat sangat. Dari satu segi, baguslah taklah nanti tak boleh handle bila nak tengok tv je. Dari satu segi, rasa macam dia berbeza sikit daripada kanak-kanak lain.

Ada sekali saya biarkan dia tengok Doraemon dan saya pegi buat kerja dalam bilik. Saya dengar dia panggil "umi, umi". Saya biarkan je sebab dia memang suka panggil umi berkali-kali. Tiba-tiba saya dengar dia dah menangis...tangisannya macam saya gitu. Bila saya pegi dekat, dia tengah tengok kartun tu. Rupa-rupanya kartun tu menunjukkan gambar dalam gelap. Ada macam lembaga la, warna hitam. Dia takut rupanya.Alahaii anak umi. Terus saya tukar saluran lain. Baru saya teringat sebelum ni pernah juga dia belek-belek buku yang saya pinjam daripada library. Buku tu tentang mitos China. Dalamnya ada lukisan juga. Tengah dia asyik selak-selak buku tu, tiba-tiba dia menangis ketakutan pastu lari laju peluk saya sambil tunjuk-tunjuk buku tu. Saya pun pergilah tengok helaian yang dia bukak tadi. Rupa-rupanya lukisan patung China. Memanglah agak menggerunkan, tapi macam mana pulak dia tau takut kat gambar tu ye sedangkan tak pernah pun dimomok-momokkan dengan hantu ataupun rupa yang buruk-buruk. Lupa pulak nak snap gambar patung tu..nanti ada masa saya masukkan.

Saya rasa sekarang ni Sofiy sedang develope perasaan takut, sebab dia juga dah mula takutkan gelap. Stor kat rumah tu lampunya dah blow. Bila sebelah malam, dia nak ambil mainan mesti ajak umi atau ayah temankan. Padahal dulu-dulu dia dok dalam tu gelap-gelap pun takpe, siap main sampai kena gigit nyamuk lagi. Saya memang tak pernah takut-takutkan dia macam takutkan gelap, atau takutkan hantu atau binatang. Cuma saya nak dia takut kalau ditinggalkan supaya dia sentiasa alert dengan saya bila kami keluar. Saya juga selalu mintak dia hati-hati kalau berada di tempat tinggi supaya dia tak excited lebih-lebih kemudian jatuh. Hati-hati bila di jalan raya, da hati-hati dengan lantai bilik air yang licin.
Hari ni kepala weng sikit...sebabnya malam tadi Sofiy tak lena tido. Tido lepas Maghrib, nak sampai ke Isya' tu 2-3 kali dia terjaga dan meragam. Mulanya umi ingat Sofiy panas, ayah sejukkan lagi suhu aircond. Tapi macam tu jugaklah, baru je umi menaip 2-3 patah perkataan kat proposal, dah hek..hek..hek. Umi pun bagi Sofiy nenen lagi dan sedaya upaya menahan mata ni agar tak mengantuk sama bila dah cecah bantal. Hanya ibu yang menyusu anak sambil baring je tau.kih kih.

Saya tido lebih kurang pukul satu. Walaupun proposal tak siap sepenuhnya tapi ada penambahan dibuat malam tadi, alhamdulillah. Masa nak tido tu pandang muka polos Sofiy, alahai kesian anak umi. Saya tau Sofiy sebenarnya meragam sebab dia tak puas nenen. Susu saya semakin kering sejak saya tukar pil perancang daripada Noriday kepada Mercilon. Saya memang dah tau Mercilon akan keringkan susu, dan saya ambil kesempatan tu untuk cerai susu dengan Sofiy. Walaupun sayangkan momen-momen bersama sambil peluk-peluk, cium-cium dan belek-belek tapi...saya rasa cukuplah 2 tahun sebagaimana saranan Al-Qur'an. Lagi sebulan Sofiy akan mencecah 2 tahun, jadi nak tak nak saya kena mula kurangkan memerap dia. Sebenarnya anak saya ni taklah suka memerap sangat pun, cuma bila nak tido tu memang tahap wajib la. Lepas tu sepanjang malam dia akan bangun lazimnya 3 kali, atau setidak-tidaknya sekali untuk menyusu. Yang tulah sebenarnya yang saya tak larat, sebab saya sakit belakang,leher, selalu kurang tidur dan akibatnya badan rasa lesu je esoknya.

Ada budak yang memang tak bangun langsung tengah malam sejak umur-umur tertentu, tapi Sofiy memang bukan macam tu. Dia konsisten dari baby sampai la ni. Mungkin juga, sebab dia tak minum susu waktu siang di rumah pengasuh. Sofiy mula reject minum susu guna botol, atau guna cawan, atau guna syringe sejak usia setahun. Memang direct saja. EBM yang berlambak masa tu guna buat cecah roti, biskut atau bancuh dengan nestum dan cornflakes je. Jadi saya pun kurangkan sesi mengepam jadi 2x je sehari memandangkan EBM tak laku.hehe.

Berbotol Semula

Minggu lepas Sofiy ada checkup di KK. Berat Sofiy menurun, baru 9kg untuk umur 23bulan. Dah masuk line kuning. Saya tau ni kesan demam panjang haritu, dia tak selera makan. Masak sup sup je yang dia lalu, sedangkan nurse suruh bagi dia lebih lemak. Memang ada bagi vitamin dengan lysine, alhamdulillah nampak bertambahlah selera dia sekarang. Apa orang makan semua dia nak tak kira pedas ke apa.

Pengasuh Sofiy pulak, bila tau Sofiy kurang berat badan..cuba bagi FM yang saya bekalkan untuk minum sarapan Sofiy tu dalam botol. Wah...habis sebotol. Jadi lepas tu pengasuh tanya saya, nak teruskan ke. Saya mulanya tak setuju sangat sebab fikirkan susah pulak nanti nak cerai botol. Saya kata cuba bagi dalam cawan straw atau sippy cup. Saya cuba di rumah, tapi lebih banyak main daripada minumnya. Cuba juga bagi dalam botol, bubuh puting ortodontik NUK yang dulu tak guna (kecik-kecik dulu dia nak puting latex). Nampak botol tu kemain lagi sukanya dia. Terus cari bantal dan bum...minum sambil baring. Tapi kejap je minum, pastu main je lebih. Kelek botol ke sana ke sini. Bila suruh habiskan dia geleng sambil cakap "nanak". Rasa sayangnya tengok susu terbazir. Maklumlah selama ni susu free kan? Bila dah beli ni terasa la..hehehe.

Pagi tadi la kesian sangat. Disebabkan dia rasa tak puas nenen agaknya..dia meragam. Hentak-hentak badan. Dahla saya tido tak dapat nak lena jap jap terjaga dek rengekan dia tu. Dah bagi nenen kiri kanan kiri kanan pun melenting-lenting lagi..haiii..panas la umi. Sudahnya dia kena marah. Ayah dia terpaksa cool kan umi, tepuk Sofiy yang dah nangis. Huhu.

Subuh-subuh dia ikut umi ke dapur.."nak cucu", "nak cucu", "nak air", "nak air". Haus agaknya. Saya masak air, dalam tempoh tunggu air masak tu je jenuh nak pujuk. Jap jap nangis guling-guling.hiba bunyinya. Mula-mula susu dia yang dah siap bancuh tu saya letak dalam sippy cup, lepas tu teringat pulak yang dia suka buat tumpah jadi saya buh la dalam botol. Kot dia rasa puas sikit minum dengan puting tu. Sengih-sengih bila sua botol. Cari bantal, konon-konon minum la..tapi kejap je. 2-3 teguk je kot. Selebihnya main.Sembang-sembang dengan ayah dia, kitorang buat keputusan bagi je la dia minum guna botol di rumah pengasuh. Sebabnya kat sana ada kawan-kawan jadi mungkin dia akan minum habis. Dia tak biasa berbotol, nanti lama-lama ok kot.

Kat rumah pengasuh tadi, diorang cerita. Semalam kawan-kawan dia semua beratur masa time minum susu. Sorang-sorang akan ambil botol susu daripada 'tok' (Diorang ada 3 pengasuh: tok perempuan, mak long dan ummi) sambil cakap "mekasih tok" Lepas semua dah dapat botol susu, tinggallah Sofiy sorang dan takde botol susu untuk dia. Nanti dia akan baring sama-sama dengan kawan-kawan dia, pastu cuit botol orang ni, cuit pulak botol kawan sebelah sini..sampaila dia lena. Kesian je dengar. Rasa macam umi ni strict sangat pulak. Jadi hari ni umi dah bagi green light kat Sofiy untuk berbotol susu semula. Sebabnya, umi fikir Sofiy memang tak cukup sumber kalsium dah sekarang memandangkan susu umi dah kering. Nak bagi bahan makanan lain yang ada kalsium boleh, tapi mungkin tak konsisten. Lagi satu, memikirkan berat badan dia yang dah masuk line kuning maka umi harap FM dapat membantu selain makanan pejal lain yang umi bekalkan. Kat rumah umi bagi juga susu segar untuk Sofiy sebab umi memang minum susu kotak di rumah.

Semoga Sofiy membesar dengan sihat walafiat, dianugerahkan kecergasan dan kecerdasan serta kebijaksanaan. Umi harap proses bercerai susu ni bukanlah momen pahit dan menyedihkan buat Sofiy. Umi akan cuba, cuba, dan cuba untuk bersabar dengan ragam Sofiy. Umi tau bukan senang, sebab inilah makanan Sofiy sejak Sofiy mengenal dunia. Ada orang kata bagai putus nyawa. Umi pun sedih juga sebenarnya, tapi umi rasa keputusan umi ni adalah yang terbaik untuk kita...Sofiy, umi dan ayah. Kesian ayah, sejak Sofiy lahir ayah banyak korbankan masa untuk kita, dan banyak kerja rumah ayah buat waktu kita berdua-duaan. Anak umi dah besar dan perlu lebih berdikari ye sayang...















Nota: Baru survey botol susu, dah lama tak shopping barang bayi sampai dah lupa alamat kedai online. Botol yang ada tu walaupun pp tapi dah lama sangat usianya. Mungkin nak beli Dr. Brown, Nuby atau Tommy Tippee...bentuk dan warnanya macam menarik;-)