Entri kali ni khusus tentang berita gembira + mengujakan + mencuakkan untuk kami sekeluarga terutamanya saya la. Ramadhan yang lepas, saya dapat khatam Al-Qur'an sekali dan buat pusingan kedua tapi dapat lebih sikit daripada separuh Qur'an saja. Rupa-rupanya rezeki Ramadhan bukan saja dapat khatam Al-Qur'an tapi dapat berita gembira di bulan Syawal.
Kehamilan kali ni pun dalam perancangan. Cuma tak sangka la secepat ni. Selepas lahirkan Sofiy saya memang on perancang keluarga sampai la April baru ni, tetiba rasa nak biar je tanpa apa-apa perancangan. Kalau ada rezeki, terima. Kalau lambat pun ok sebab study belum habis lagi. Cuma, saya memang ambil Set Vitamin Kesuburan Shaklee untuk betulkan balik hormon-hormon dalam badan. Nanti saya cerita panjang tentang set kesuburan yang saya ambil di lain entri.
Ceritanya...last period saya ialah pada awal Julai 2013. Kemudian masuk bulan puasa...dan sepanjang puasa apa yang saya perasan saya takde selera nak makan apa-apa pun. Pusingla bazar Ramadhan tu berapa kali pun, semua rasa tak teringin. Nak masak lagi la takde idea. Selalunya saya dan suami beli kat satu gerai (bukan di kawasan bazar), kitorang beli nasi putih, pastu lauknya saya pilih sama ada ayam goreng atau daging goreng, letak sambal belacan sikit. Kuah pun taknak. Itu je la menu yang buat saya terbuka sikit selera, sebab ada sambal belacan dia yang power tu. Kalau ikutkan, tak makan pun saya tak kisah cuma dah puasakan, kenalah makan.
Period saya sedikit lambat, tu yang dapat khatam Qur'an dengan jayanya. Alhamdulillah. Sepanjang bulan puasa pun perut tak berapa sedap, banyak angin. Saya dok ambil Peppermint Ginger Plus tiap kali sahur, rasa sedap sikit la perut. Akhir-akhir Ramadhan pulak muka saya naik jerawat secara berleluasa. Jerawat batu kot? Bukan satu dua biji, banyakk! dan sakittt! Rasa berdenyut-denyut terutama yang kat pipi. Sungguhla saya rasa tak selesa plus rasa nak marah-marah pun ada sebab sakit. Seingat saya, tak pernah kena macam ni. Baru saya tau macam mana azabnya orang yang ada masalah jerawat batu ni. Saya pun ambil Zinc Complex, sebab zinc sangat baik unttuk jerawat dan radang kulit. Siap buat masker guna MealShakes dan Vitamin E, padahal tak pernah-pernah saya bermasker. Punyalah nak jerawat tu cepat surut. Dah la sakit, nak raya lagikan. Nak COD barang kat customer pun masa tu segan-segan. hehe. 2 hari terakhir Ramadhan, peot! keluar darah sikit. Saya memang biasa hari pertama, hari kedua tu darah keluar sikit dan tak kena pad pun. Tapi melarat sampai hari raya pun pad tetap bersih. Saya tanya mak, mak kata tunggu la dulu mungkin period tak lancar. Betul jugak, sebab rasa macam tersekat je period ni. On the way balik dari kampung, saya dah nekad kalau bersih jugak saya nak mandi wajib. Sampai rumah, check tengok ada darah sikit macam hari tu. Tangguh dulu. Kemudian esoknya dah bersih saya mandi je la sebab nampak macam taknak keluar je darah tu. Kalau katakan keluar darah lagi takpe la saya tak solat.
Isnin 12 Ogos saya dan suami pun mula puasa enam. Tapi saya dah rasa tak sedap badan..kaki rasa lenguh sangat dan B rasa sakit. Eh, berapa kali nak datang simptom period ni. Pasal sakit kaki tu, suami kata memang patut sakit pun sebab kami berjalan sakan sehari sebelum tu, pergi round KLCC, Alamanda, Metro Kajang sehari suntuk. Diam-diam saya keluar pergi farmasi dan beli UPT kit. Beli jenama ClearBlue, kata orang jenama ni lebih tepat keputusannya dan tak perlu test pada waktu pagi lepas bangun tidur. Lepas beli terus check...dah hasilnya seperti di atas. Alhamdulillah. Suami terlopong sekejap bila saya tunjuk. Esoknya check sekali lagi di klinik UKM untuk confirmation, dan resultnya memang positif :-)
Sofiy pun setakat ni ok happy sangat nak dapat adik. Sikit-sikit cium perut, katanya cium adik. Tapiii..manjanya mak oooiii...kalau boleh nak melekat je dengan umi. Pastu sikit-sikit merajuk kata umi dah tak sayang Sofiy. Adei..macam mana ni abang kuat merajuk.
Doakan mudah-mudahan baby dalam kandungan ni membesar sihat dan lahir nanti menjadi anak yang soleh. Sebenarnya rasa macam tak berapa percaya dan risau-risau juga sebab takde rasa apa-apa, simptom-simptom hari tu dah hilang. B dah tak sakit, kaki dan badan dah tak sengal-sengal, alahan takde dan mudah-mudahan takde teruslah. Apapun saya berserah pada Allah. Jika ini rezeki kami, in sha Allah ianya milik kami.
In sha Allah, nanti saya akan kongsikan tentang:
Set Kesuburan Shaklee
Persediaan Untuk Hamil Selepas Berhenti Pil Perancang
Tanda-tanda Hamil
Suplemen Sewaktu Mengandung
Pertanyaan? Hubungi:
MAIA
(SID 918631)
SMS:
012 3302067
EMEL:
minaina_ilaaina@yahoo.com
FB
FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee
yang sah dan menerima pembelian secara Cash
on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar
Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj
penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui
pos boleh dibuat ke seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
2 comments:
Assalamualaikum kak mai
wah... happynye dgr.. tqh pas operate buang kandungan hr tu, Doc suh start merancang..stop pregnant utk 6bulan.. huhu..tp sgt mengharapkan dpt pregnant skrg ni..huhu
W'salam..tikah.
Lamanya tak jumpa. Masih RA ke. takpe Tikah, ikut nasihat doktor dulu untuk bagi badan betul2 sedia mengandung lagi. 6 bulan tak lama. Makan makanan berkhasiat sepanjang masa rehat ni k.
Post a Comment