Mudahnya Menjemput Rezeki: Formula Semut Menghurung Gula




Antara kandungan buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang saya baca adalah, tentang penulisan impian.Dan benar, 101 impian itu ajaib apabila kita mula menulisnya.


Tulisan = doa.

Saya melihat cover buku itu. Semut yang mengelilingi gula.Apabila kita letakkan gula pada sesuatu tempat, pasti dengan izin Allah, semut datang daripada arah yang tidak disangka-sangka.

Letak sahaja apa yang semut suka seperti gula, pasti ia akan datang daripada arah yang tidak disangka-sangka.

"Menjemput semut lebih mudah berbanding mencari semut."

Sama seperti rezeki. Apabila kita mengakses pintu-pintu rezeki, ia akan datang daripada arah yang tidak disangka-sangka. Hakikatnya, benar sekali,

"Menjemput rezeki lebih mudah berbanding mencari rezeki."

.

.

Bagaimana menjemput rezeki?

Formula:

Gula - sesuatu yang semut suka. Dalam konteks rezeki, gula adalah pintu-pintu rezeki yang perlu kita buka.

Semut - ibarat rezeki yang kita mahu.

Andai mahu semut, berikan gula iaitu sesuatu yang semut suka.
Andai mahu rezeki, buat apa yang Allah suka.

3 'Deposit' Mudah & Ringkas Menjemput Rezeki ...



Dengan izin Allah.

#1. Istighfar

Alangkah indahnya hidup andai kita adalah manusia yang sentiasa berbuat pahala dan meninggalkan dosa.Kerana dosa adalah antara penebat rezeki terbaik.

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Namun, lumrah manusia, bertaubat hari ini, esok buat dosa lagi. Oleh sebab itu, ghaibkan dosa dengan mantra istighfar.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

#2. Solat Dhuha

Solat Dhuha ibarat kita memohon izin kepada Allah terlebih dahulu,

"Ya Allah, aku solat ini sebagai deposit agar Kau berikan aku ilham di mana dan bila boleh aku dapatkan rezeki.Sesungguhnya Kau yang lebih mengetahui lubuk rezeki untukku hari ini.Aku mohon redha-Mu terhadap rezekiku."

Adalah lebih baik, kita tanya Allah terlebih dahulu kemudian Allah lorongkan kita ke lubuk rezeki yang tepat dan betul. Gunakan formula,

D.U.I.T - Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal

Apabila Allah redha yakni Allah suka, dengan izin-Nya kita dilorongkan pintu-pintu rezeki-Nya. Seperti dengan gula yang dapat menjemput semut.Seperti itu, dengan izin-Nya, kita dapat menjemput rezeki dengan amalan yang Allah suka.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” 
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

3. Sedekah

Formulanya mudah,

"Andai ingin dapat banyak, beri banyak.Andai ingin dapat sedikit, beri sedikit."

Sinergikan cara menjemput rezeki dengan amalan yang Allah suka yang lain. Kerana ... rezeki juga ada rodanya.Andai salah satu tidak stabil, begitu juga rezeki kita.Roda rezeki cantik, insyaAllah rezeki kita juga cantik.

Contoh,

Apabila kita bersedekah sinergikan dengan solat awal waktu, syukur, istighfar dan apa sahaja amalan yang Allah suka.

Ingat kembali formula ini,

Andai mahu jemput semut, deposit dengan gula. Banyak gula, banyak semutnya.Andai mahu jemput rezeki, deposit dengan amalan-amalan yang Allah suka.Banyak amalan yang Allah redha, dengan izin-Nya, banyak rezeki Allah beri.

Di setiap amalan, tetapkan niat kerana Allah.Pesan sahabat,

"Kita masuk syurga bukan kerana banyak amalan, tetapi redha Allah terhadap amalan kita."

Penjelasan Sainstifik “Kenapa Orang Kaya Semakin Kaya” …




Berminat memiliki buku ini? Kami ada menjualnya secara online dan urusan penghantaran dibuat melalui Poslaju Malaysia. COD atau self pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, KUIS dan Bangi Lama. Difahamkan oleh penulis buku MMR, buku MMR tiada lagi dijual di kedai-kedai buku.


Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (Puan Mai)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com




0 comments: