Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts



Minggu lepas minggu yang sangat la sibuk, penuh dengan aktiviti luar bersama pelajar Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM). Walaupun lokasi aktiviti tak jauh tapi jadual yang padat dan rapat-rapat pula tarikhnya buat kami semua pancit. hehe.

Jumaat (semalam) pulak, kami berkumpul untuk sesi pemilihan lagu untuk ketiga-tiga pelajar yang sedang mendaftar sekarang. Tujuan pilih lagu ni adalah untuk penyertaan ke pertandingan nyanyian lagu bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa. Tarikh pertandingan dah dekat juga, 18 November 2015 nanti. Mulanya ingatkan mereka tak berminat, tapi bila diberitahu, masing-masing semangat pulak.

So 2-3 hari ni kami cikgu-cikgu dok fikir lagu apa yang sesuai. Ketiga-tiga pelajar ni lelaki dan berasal dari Jepun. Seorang di tahap 2 kursus, dah boleh bercakap bahasa Melayu tetapi belum betul-betul fasih. Dua orang lagi memang beginner, baru dapat beberapa perkataan dan ayat ringkas. Sebutan pun masih banyak yang perlu dibetulkan. Agak mencabar juga la nak cari lagu apa yang sesuai. Maklum sajalah lagu, mana ada yang slow sangat melainkan lagu rakyat macam Lagu Rasa Sayang atau Lagu Tiga Kupang.hehehe.

Kami senaraikan 8 buah lagu, mulanya Kohei (pelajar tahap 2) nak bawa lagu Isabella.Se jujurrkejut pada mulanya tapi manalah tahu dia boleh bawakkan. Tapi bila sekali dengar je kawan-kawan dia kata lagu tu sangat susah nak bawa, high note kot? Orang Melayu pun berapa kerat je boleh nyanyi betul-betul lagu Search tu. Kemudian Kohei tukar ke lagu Gadis Melayu. Walaupun lagu ni tak juga mudah, tapi lirik dan iramanya best. Kena pulak dengan situasi, mereka jejaka negara matahari terbit:)

Dua orang lagi dah jatuh minat dengan lagu Biasa nyanyian Zahid & Viral. Memang lagu tu menangkap, agak senang nak sebut tang korus. Mereka memang muktamad nak lagu tu. Orait, kita duetkan saja, mudah. Jadi, mulalah sesi pembelajaran hari tu iaitu memahami lirik lagu.


Lirik Lagu Gadis Melayu oleh Jamal Abdillah


Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh


Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayu anggun si dia


Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis-gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Ok, bila dah mula terang dan hurai makna..waaa..tak mudah sebenarnya nak fahamkan penutur antarabangsa dengan lirik lagu Melayu tambah-tambah pulak lagu lama macam ni. Agak payah nak terangkan 'lemah-lembut', 'ayu', 'anggun', 'halus-mulus'. Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya menterjemahkan makna lagu ni..kalaupun mereka  tak faham 100% macam kita faham, tapi asasnya mereka faham maksud secara keseluruhan. Tu yang penting. Kang nyanyi tapi tak faham susah juga nak feelkan.

Selesai lagu Gadis Melayu, kami rehat kejap lunch solat semua, sambung lagi lagu kedua..Biasa. Lagu ni lagu baru, sangat baru. Sebenarnya kami cikgu-cikgu nipun inilah kali pertama menghayati lirik lagu ni. Sebelum ni memang dengar tang korus saja di radio. 

Rasa-rasa macam mudah kot nak terang sebab simple. Tapi masuk rangkap ketiga, kami pun dah agak confuse maknanya. Ok la masih boleh predict lagi makna yang nak disampaikan. Kitorang stuck bila part rap tu...hahaha. Kami sendiri nak faham satu hal, nak fahamkan diorang satu hal lain pulak. Mujur juga ada Kohei yang dah faham bila kita terang dalam bahasa Melayu, mitak dia terangkan pulak dalam bahasa Jepun kat kawan-kawannya.


Lirik Lagu Biasa - Zahid ft Viral

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa

Bila lagi boleh rasa?
Mahu hidupku selesa
Janji bahagia
Sudah cukup sempurna

Bila lagi boleh bawa
Pusing satu dunia
Duit tak punya
Akan ku cari juga

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jangan risau aku cuba
Buat kau senyum semula
Tak seberapa
Cukup Untuk semua

Aku masih perlu masa
Selesaikan segalanya
Untuk mu

Oh bagaimanapun
Ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Mana tahu dalam terang ada jalan
Siapa cerdik tambah kuat kan bertahan
Pecut kuasa kuda tinggal yang perlahan
Jangan risau semua, pagi tadi aku sarapan

Terima kasih, kasih diterima
Belajar sampai tua, hidup beseminar
Aku buat sejarah, saksikan peristiwa
Senang lenang aku tenang, mama mia

Oh bagaimanapun
ku usahakan
Doamu buat ku bertahan
Oh bagaimanapun
Aku dapatkan
Jangan risau

Aku sudah biasa
Ku sudah biasa
Sudah biasa
Berpayah Untuk Kau
Oh sudah biasa

Jadi, apa yang dapat kami simpulkan daripada sesi semalam ialah 'LAGU LAMA VS LAGU BARU'.
Lagu lama, walaupun berseni, puitis, tapi kita boleh faham dengan mudah. Lagu lama, walaupun banyak guna perkataan yang sama makna tetapi kita boleh nampak macam mana indahnya perkataan itu digunakan. Bagaimana mendalam dan indahnya deskripsi seorang gadis Melayu dalam lagu tersebut. Secara tak langsung feeling tu datang dengan sendiri. 

Lagu baru, dalam kes ni lagu Biasa, nampak mudah..banyak ulang frasa sama, tapi flownya tak cantik malah melompat-lompat. Boleh juga dikatakan ikut sedap mulut sahaja. Terlalu surface. Mungkin tak semua lagu lama kualiti liriknya bagus dan tidak semua juga lagu baru tak berkualiti tetapi kita memang dah boleh nampak patternnya begitu. Bukan sahaja lirik tetapi juga melodinya malah tak keterlaluan kalau kita kata penyanyinya juga.

Pada saya, lagu itu ciptaan manusia. Jadi, kualiti manusia itu sendiri yang membuatkan lagu tersebut begitu. Seperti kita semua sudah maklum jati diri bangsa Melayu sekarang..memanglah ke laut. Bukan nak kata orang, saya sendiri pun tak terkecuali. Cuma, kita golongan yang sdar ni, kita akan cuba kawal diri dan keluarga kita. Tapi berapa ramai di luar sana yang tidak perasan pun akan hal ini malah berbangga pula kerana sudah tidak pure Melayu.

Belajar bahasa Melayu di Malaysia untuk Khalayak Antarabangsa




MODUL BAHASA MELAYU UNTUK KHALAYAK ANTARABANGSA DI ATMA ini merupakan satu insiatif yang dilakukan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM untuk membuka ruang kepada mereka yang ingin belajar bahasa Melayu di Malaysia. Anda mungkin datang ke Malaysia untuk tujuan-tujuan tertentu seperti internship, melancong, kursus jangka panjang, mengumpul data, program pertukaran pelajar, kajian lanjutan budaya Malaysia, atau datang untuk bekerja di sini. Namun, anda perlu menguasai bahasa Melayu, setidak-tidaknya pada atahap asas bagi membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih baik apabila bersama rakyat Malaysia.

Berikutan itu, ATMA mempelawa anda mengambil modul bahasa Melayu ini di ATMA, dan ianya merupakan satu kursus jangka pendek. Modul-modul ini terdiri daripada 5 tahap iaitu tahap asas hinggalah tahap kemahiran yang tertinggi. Tahap akan ditentukan berdasarkan temuduga dan ujian ringkas yang diadakan sebelum kelas bermula. 




Setiap tahap terdiri daripada 100 jam pembelajaran di dalam kelas dan latihan amali / aktiviti lapangan. Kelas ini dinamakan sebagai Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu. Konsep kelas ini ialah pembelajaran secara intensif, bermakna nisbah guru dan pelajar tidak melebihi 1:4. Ini bagi membolehkan pengajaran dilaksanakan dengan optimum dan perhatian dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. 

 Keita Shirono dan Kazumi yang bersemangat di hari pertama sesi tahap 1

Kohei Fujita suka sangat agar-agar santan tradisi Melayu

Riho Tanaka sedang menonton Upin Ipin dalam salah satu sesi pembelajaran

Bilik rehat pelajar

Yuran

Yuran keseluruhan kursus di setiap peribgkat berharga RM1800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan kadar RM4500.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan  pelajar. 

Visa Pelajar

Visa pelajar hendaklah diuruskan untuk pelajar yang mendaftar kursus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Visa pelajar ini memboleh pelajar memohon ID Pelajar UKM untuk menggunakan semua kemudaha yang ditawarkan Universiti.

Hubungi ATMA

Jika anda atau kenalan anda berminat untuk mendaftar kursus ini, bolehlah menghubungi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM di talian 03-89215280 atau hubungi terus penyelaras program bahasa Melayu di talian 016-9924019 (Dr. Junaini).
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu Rabbi. Lama sungguh tak menyapa para pembaca di blog ni. Memang sibuk dan kalut sesangat. Sungguh masa berlalu sangat pantas sekarang. Rasa 24 jam sehari tu memang tak cukup. Ada saja kerja yang tak selesai walaupun rasanya celik mata sampai la terlena (kadang-kadang terlena secara tak sengaja, memang TERlena) sentiasa je menguruskan sesuatu. Astaghfirullahalazim. Berilah kami kesempatan dalam beribadah..jangan lah hal dunia mengganggu masa ibadah kami.

Kekalutan ini terasa bila salah seorang dalam keluarga tak sihat. Muhammad Sofiy, anak sulung saya demam mula Rabu 4 hb Mac lepas. Pagi Rabu dia dah mengadu, "Umi, Sofiy rasa sakit tekak," My bad, aduan anak saya tak ambil berat. Bukanlah tak ambil kisah cuma ingat sakit tekak tu biasalah musim panas kan. Saya cuma pesan supaya dia minum air masa dalam kelas, saya bekalkan tumbler air masak untuk dia bawak ke sekolah. Saya ingat nak bagi dia multivitamin sebelum dia ke sekolah tapi akhirnya lupa. Balik sekolah, badan dia dah panas. Bagi dia PCM dan suruh berehat dalam bilik tidur, on aircond dan suruh buka baju. 7 malam, bagi PCM lagi tapi dok perasan lepas sejam suhu dia tak turun-turun. Chek tengok 39.1. Tinggi tu. Sudahnya kami sepakat bawak dia ke bahagian kecemasan Hospital Serdang. Risau, kawasan kami ni hot denggi, dah ada kematian pun. Wabak denggi sekarang pun dahsyat dan menakutkan. Sampai boleh merosakkan saraf otak.

Sampai Kecemasan, Allahu..ramainya manusia. Kami memang dah lama tak datang ke bahagian Kecemasan tu. Ada la 2-3 tahun kot tak ke sana. Dulu taklah ramai sampai macam tu. Kali ni..dengan yang terbaring sana-sini, paling kesian dengan bayi, kanak-kanak dan warga emas,


Saya ambil gambar satu bahagian je..tak sempat nak snap sana sini maklumlah dengan dukung babynya, melayan anak demamnya...lagipun tak manis pulak orang tengokkan. 

Dipendekkan cerita, lepas jalani rawatan saringan, diberi lagi sekali ubat demam, diambil darah (sekarang kalau demam je memang check darah sebab takut denggi), dan setelah hampir 5 jam menunggu barulah kami dapat jumpa doktor. Aduhai..kesian sangat dengan anak yang demam, kesian juga si baby yang takmau tidur sebab tak selesa dan encik suami yang keletihan. Sudahlah sebelah siangnya kami memang ke sana-ke mari ada banyak urusan yang diselesaikan. 

Doktor kata, tonsil Sofiy bengkak. Ujian darah menunjukkan jangkitan bakteria, WBC dia 19.9..agak tinggi...padanlah demam dia tinggi. Denggi..negatif. Alhamdulillah. Dapat antibiotik Amoxycilin..macam biasalah dos pertama memang selalu dapat Amox ni. Sampai rumah, dah dekat 5 pagi. Bagi Sofiy makan ubat, saya dan suami pun alas perut sikit yang dah lapar. Mujurlah baby Farhan naik je kereta dia tidur dengan nyenyaknya. Dapatlah lelap dalam 2 jam. Suami sempat jugak ke masjid berjemaah Subuh, salutelah..kalau saya..haruslah di rumah je.

Mata memang terpisat-pisat, badan rasa melayang semacam sebab tak cukup tidur dan letih. Tapi, hari tu jugaklah kelas pertama saya sebagai guru bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa. Mujurlah cuma kelas aktiviti. Aktivitinya ke kilang memproses keropok lekor. Syukur lokasi pun dekat. Apalagi, Cinch Energy Tea la penyelamat saya, minum segelas Cinch Tea panas dan zass ke lokasi. Alhamdulillah, dapat habiskan 5 jam masa mengajar dengan jayanya..walaupun tak tolong gentel keropok lekor (nama pun kilang, guna mesin la kan), tapi saya sempat juga menyusun keropok lekor yang dah siap direbus masuk dalam bakul.



In sha Allah saya akan sambung cerita tentang keropok lekor dan juga Sofiy. Kesian Sofiy, demam teruk dia kali ni. Oh yaa...meh nak tunjuk sikit gambar Cinch Tea yang power itu...



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Print Sendiri Planner 2015




Siapa yang cuti panjang sempena hari wilayah dan Thaipusam? Selamat bercuti. Serius sebenarnya kalau ikutkan hati saya tak mau hari cuti. Bila banyak kerja belum siap memanglah macam tu. Walhal saya memang duduk di rumah je, tapi hari cuti biasanya tidak begitu produktif. Sudahlah hari biasa pun kadang-kadang tu tak dapat all out, hari cuti lagi la kus semangat.

Bercakap tentang produktiviti ni, memang betul la ungkapan yang mengatakan bahawa "gagal merancang bererti merancang untuk gagal'. Entah siapa pemilik ungkapan tapi tersangatlah betul. Bagi membolehkan azam 2015 direalisasikan, maka saya memang perlukan planner. Tiap-tiap tahun pun saya akan ada sebuah planner...tak dapat yang besar atau tebal, yang kecil dan nipis pun jadilah. Tapi kali ni rasa macam planner setahun tu macam tak cukup. Dalam kotak kecik tu je dah macam-macam nak jot down. Tarikh checkup Farhan, tarikh checkup Sofiy, tarikh period, tarikh anak demam, tarikh itu tarikh ini. Haii..kalah pak menteri konon! haha.

Jadi saya perlukan satu lagi planner. Yang ini khusus untuk kerja dan bukan untuk catatan peribadi. Tapi..sejak ada si kecik Farhan ni, kesempatan saya untuk ke kedai agak terhad. Pagi-pagi lepas hantar dia kat pengasuh tu ada masa, tapi kedai pulak belum buka. Nak shopping bawak anak kecik umur 3 bulan memang tidak begitu praktikal. Tambah lagi dengan beratnya yang dah 6kg. Babywearing? Saya ada sebab mengapa belum boleh berbabywearing..nanti ada kesempatan saya akan buat entri tentang tu. Jadi...alternatif lain yang ada ialah printable calendar / planner. Nak buat sendiri tak berapa rajin,  jadi kita google saja. Dipertemukan dengan blog mommy ni BUSYMOMHELPER Cantik dia design dan bagi download free saja. Yang bestnya sebab ada beberapa pilihan design dan juga ada beberapa pilihan planner. Sama ada nak yang standard sebulan, atau nak seminggu atau nak khas untuk mummy2, ada planner untuk menu lagi. Saya pilih Weekly Task planner, sebab saya nak tulis dengan detail tentang kerja saya. 


Kalau ikutkan memang saya nak yang lebih minimal, tak sebesar A4 macam ni. Kalau boleh nak 1 page (saiz A6) untuk sehari.. daily planner la kiranya. Tapi kalau setahun? Tebal la kan? Guna pocket note book atau buku 555 pun bolehkan? 1 bulan sebuah buku 555, ok ape? Tula.,.nak juga yang lawa-lawa. Jadi ambik aje la apa yang jumpa. 

Ok, saya tau sekarang dah banyak software / apps untuk planner ni..tapi saya tak berapa berminat. Saya nak yang boleh ditulis dengan pen, boleh dipegang, boleh disimpan. Takmau yang digital-digital ni. Rasa macam jauh dari hati. Ecece..

Ok, saya dah print saya punya weekly task. Anda nak juga? Bolehlah berkunjung ke rumah busymom's helper tu.

Pengalaman Pertama Kali Berniaga


Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua...

Semoga kita sudah dan sedang merebut kebaikan dan keistimewaan Jumaat yang datang hanya seminggu sekali, selawat, sedekah, bacaan al-Kahfi, dan lain-lain.

Selepas Subuh tadi, sempat berbual seketika dengan rakan niaga di group Whatsapp. Macam-macam topik berkaitan pengalaman berniaga, ada yang share tips, ada yang beri cadangan, ada yang berkongsi pengalaman, ada yang menegur secara hikmah. Terpanggil nak bercerita tentang pengalaman pertama saya berniaga.



Saya dan Berniaga

Dulu, saya macam anti dengan berniaga. Kalau ada yang ajak dah tentu cepat-cepat saya tolak. Kalau ada yang bercerita pengalaman pulak, saya tetap kata "tak minat la berniaga ni", "memang keluarga kami bukan keluarga berniaga" dan penidakan yang seangkatan dengannyalah. Sebenarnya ni semua adalah persepsi, memang saya memandang kerja berniaga itu sebagai satu kerja yang susah, leceh, tak menarik dan berisiko tinggi.

Dalam susur galur keluarga saya, bukan tidak ada yang berniaga. Ada. Arwah atuk dan opah (ayah dan emak kepada emak saya) biasa berniaga kedai runcit, berniaga kuih-muih dan juga buka gerai makanan. Emak saya pun pernah berniaga khidmatnya dengan menyulam benang emas, mengajar mengaji Al-Qur'an, berniaga kuih-muih, berniaga kerepek, berniaga pakaian sekolah dan mengambil upah menjahit. Mungkin, keluarga sebelah ayah memang tidak ada yang berniaga, semuanya berasal dengan bertani. Ayah saya sendiri seorang penoreh getah..ya..sebenarnya getah tu dijual juga..tapi tak usahlah kita golongkan sebagai peniaga. 

Kenapa Saya Tak Minat Berniaga (Dulu)

Saya melihat contoh orang sekeliling, dan juga persepsi yang ditanam oleh orang tua. Emak saya walaupun punya pelbagai bakat (pandai menjahit, masakannya sedap, punya ilmu mengaji Al-Qur'an) namun tidak pernah melihat perniagaan dalam konteks jangka masa panjang. Apa yang emak saya nampak ialah berniaga untuk menyara hidup seharian, itu sahaja. Jadi, apabila terjadi sesuatu yang tidak enak emak mudah patah semangat dan berhenti. Misalnya ada satu hari kuih banyak tak habis dijual, harga bahan mentah naik, pelanggan komplen harga, permintaan terlalu banyak dan emak tidak cukup tenaga. Semua itu pernah terjadi, dan kami tidak memandangnya sebagai satu yang positif dan perlu ditangani untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut.

Perniagaan melibatkan perkhidmatan pulak, emak lakukan hanya untuk suka-suka sahaja, hanya kerana minat. Emak menyulam benang emas sampai Sultan Perak sendiri tempah daripada emak, tapi emak setakat letak hasil sulamannya di sebuah kedai kain tauke Cina. Setakat itu sahaja. Emak pernah ajar budak-budak dan orang dewasa mengaji sampai penuh anjung rumah...ada dua sesi lagi dalam sehari. Ramai anak murid emak, juga sekadar itu sahaja. Saya tidak sekali-kali menyalahkan emak, emak buat begitu kerana emak sudah cukup bahagia hidup seadanya. Tinggal di kampung yang aman damai, cukup makan pakai, apa lagi nak dicari? Saya cuma tulis begini untuk menggambarkan bagaimana persepsi tentang berniaga itu terbina dalam diri saya.

Pengalaman Pertama Berniaga

Haaa..inilah juga antara faktor terbesar mengapa saya tidak minat berniaga. Seingat saya, masa tu umur saya 10 tahun. Abang saudara saya kerja di KL, dan bila cuti dia bawa balik sos rojak (rojak buah) dalam 2-3 dozen untuk dijual. Harganya saya dah lupa, tapi rasanya saya ingat, memang sedap. Saya pun mulalah menjual. Round satu kampung dari rumah ke rumah dan sos rojak diletak dalam bakul basikal. Mula-mula kampung saya saja..laku..habis. Seronoknya. Kemudian, jauh siikit round sampai kampung sebelah-sebelah. Tak kira masa, rajin sungguh saya masa tu. Panas-panas pun tak peduli. Habis juga...yey yey! Pelanggan pun pakat puji sedap. 

Tak lama kemudian, abang saudara saya bercuti lagi, dan bawa sos rojak tu lagi. Saya pun excited...round lagi. Tapi...tak laku keras macam mula-mula dulu. Saya dah mula frust. Paling saya terasa hati dan agak malu bila ada seorang pelanggan (saya dah lupa siapa, tapi orang tua jugalah) dia kata "Yang hari tu tak habis lagi dik, orang bukan mencicah buah hari-hari. Datanglah selang lama sikit lepas 5-6 bulan ke". Wah..sentap! Saya sentap dan terus kayuh basikal balik rumah. Takmau jual dah! Full stop! Emak pun ok saja..tak mau sudah, kata emak.hehe.Itulah pengalaman pertama saya berniaga. Saya jadi serik. Tak ada siapa pula yang nak pujuk atau betulkan persepsi saya, atau bagi semangat pada saya. 

Sos Rojak VS Rempeyek , Kuih Siput

Kali kedua saya berniaga, masa saya di matriks. Itupun emak saya yang suruh, sebab masa tu emak buat jual rempeyek dan kuih siput. Emak buat memang sedap, pelanggan order ribu-ribu keping. Jadi emak pun minta saya jual juga di kolej. Beratnya rasa hati. Malas dan malu sungguh nak round bilik ke bilik. Bersandarkan pengalaman jual sos rojak, saya andaikan orang tak suka bila saya ketuk pintu bilik mereka. Kalau saya dah round satu malam, minggu depan pulak baru saya round lagi. Itupun sebab takut emak bising jualan tak laku. Masa tu ada seorang kawan yang emak ayahnya peniaga restoran, Dialah yang terlebih rajin bawak jualan saya. Rupa-rupanya ramai yang tunggu saya, sebab sedap. Boleh tak masa tu saya tak terfikir, sos rojak dan rempeyek / kuih siput tu tak sama. Sos rojak memang lanbat habis tapi kuih siput sekali ngap je dah habis. Mai., Mai..Betullah kata Dr. Azizan Osman, berniaga perlu ada ilmu. 

Latih Anak Suka Berniaga

Kini, setelah saya terjebak secara serius dalam perniagaan...saya sudah buang persepsi negatig tentang berniaga. Malah saya respect peniaga-peniaga khasnya peniaga Melayu yang berjaya. Walaupun ada banyak sikap dan tindakan yang perlu ada pada seorang peniaga, tapi tiga sikap ini saya nampak paling perlu. ILMU, CEKAL, SABAR. Perniagaan tidak berkembang dalam masa sehari, seminggu, sebulan. Tempuh apa sahaja yang datang dengan hati terbuka dan jangan mengalah. Kini saya seronok tengok anak saya yang sudah terpengaruh untuk berniaga. Jika dia main sorang-sorang, dia suka buat dialog dia menjual barang. Kadang-kadang saya main sekali, saya cuba tawar-menawar dan test dia layan pelanggan. Not bad!


Saya, Puan Mai, pengedar sah Shaklee dan juga pengedar sah Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Anda boleh dapatkan semua produk Shaklee melalui saya dan juga Buku MMR versi penuh dan juga versi mini.

SMS/ WA/ TELEGRAM: 012-3302067
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah lebih setahun saya menjadi pengedar Buku MMR Versi Penuh dan Versi Mini. Pada asalnya saya hanya jadi tukang promo sahaja. Sudah jadi tabiat saya, kalau saya bertemu dengan sesuatu yang baik dan sesuatu itu meninggalkan kesan yang besar buat diri saya, saya akan jadi tukang promo dan tukang sampai yang paling becok.

"Beli la..bagus sangat buku ni"
"Nanti kami bagi kat hang satu" (loghat saya bercakap dengan kawan-kawan)
"Hang pinjam baca dulu"
"Nanti kami beli lebih, hang tanya sape lagi yang nak"

Lebih kurang beginilah permulaannya. Saya ada ceritakan tentang bagaimana saya 'bersua' dengan buku MMR ini DI SINI. Tapi perkenalan yang sebenar sehingga saya menjadi pengedar adalah berkat pertolongan Ustaz Fathuri sendiri, iaitu penulis Buku MMR ini. Ramadhan tahun lepas (2013), saya mengikuti fanpage Mudahnya Menjemput Rezeki secara aktif dan Ustaz juga aktif menulis di sana, dengan pelbagai aktiviti terutama aktiviti mengimarahkan bulan Ramadhan. Ustaz sangat menekankan ibadah membaca Al-Qur'an. Dengan aktiviti-aktiviti yang Ustaz anjurkan, saya yang merupakan salah seorang peserta menerima hadiah yang berupa 48 buah Buku MMR versi penuh. Alhamdulillah. Di situlah permulaannya di mana saya memberanikan diri menjual buku ini secara offline. Sebahagian buku ini saya wakaf dan sedekahkan, dan sebahagian lagi saya jual dengan harga diskaun. Ustaz sendiri yang menggalakkan kami penerima-penerima ini mula berlatih menjual buku ini. Saya memang sudah mula berniaga secara online sejak menjadi pengedar Shaklee, tetapi menjadi pengedar MMR mengajar saya kemahiran berniaga secara offline pula. Tidak mudah sebenarnya untuk orang macam saya yang tidak pernah ada pengalaman ini.



Apa yang saya belajar, untuk berniaga kita perlu buang jauh-jauh rasa malu dan segan. Jangan juga kecil hati jika orang tidak mahu beli. Apabila kita offer kepada mereka, kita sudah pun menawarkan sesuatu yang baik buat mereka, jadi mengapa mesti malu? Beli atau tidak, itu adalah rezeki mereka dan bukan lagi dalam kawalan kita. Kita harus bersyukur kerana telah pun menjadi daie kecil dalam menyampaikan kebaikan.

Alhamdulillah, alhamdulillah. Saya masih kekal sebagai pengedar buku ini hingga sekarang terutama Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki. Buku penuh juga saya masih jual namun saya lebih fokus kepada Buku Mini. Saya sendiri tidak pasti sampai bilakah kedua-dua Buku MMR ini akan terus diulang cetak. Mungkin sehingga target penulis untuk mencapai sejuta jiwa memiliki buku ini tercapai, atau mungkin lebih lagi. Jadi, harapan saya anda, anda, anda dan anda yang belum lagi memiliki buku ini direzekikan memilikinya sementara masih ada di pasaran. Jangan ragu-ragu, buku ini sememangnya buku yang sangat bagus untuk anda miliki. Harganya juga sangat-sangat berpatutan berbanding kualiti dan isi kandungannya.

Isi Kandungan Buku Penuh MMR - <---- font="" klik="" sini="">

Harga Buku Mudahnya Menjemput Rezeki:

Buku Penuh: RM18 / RM20 (SS)
Buku Mini: RM2 /RM3 (SS)

***Saya dapat berita bahawa Buku Mini akan dibuat revision dan cetak semula dengan sedikit pembaharuan, harga juga akan dinaikkan sedikit setanding kualiti dan jumlah muka surat. Namun bilakah cetakan akan dibuat belum lagi dimaklumkan kepada kami para pengedar.

Berminat mendapatkan Buku Penuh MMR atau Buku Mini MMR?


Hubungi saya melalui salah satu medium di bawah:

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
SMS / WHATSAPP: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Alhamdulillah, sebagai pengedar yang telah diamanahkan menyampaikan sumbangan wakaf Buku Mini MMR ke institusi atau sekolah, kami tumpang gembira setelah amanah ini terlaksana. Sebenarnya masih ada satu lagi institusi, in sha Allah akan disampaikan hari ini. 

Di bawah ni gambar-gambar semasa sesi penyerahan dibuat. Alhamdulillah para penerima semuanya gembira dan teruja dengan sumbangan ini. Ada yang dah pernah dengar nama MMR dan ramai juga yang masih belum tahu tentang buku fenomena ini. Maksudnya, walaupun kita anggap buku ini telah tersebar luas tetapi masih ramai yang belum direzekikan untuk mendapat ilmu daripada buku yang bagus ini.

 Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Jalan Reko


 Sesi penyerahan kepada Guru Pen Kanan SMK Jalan Reko


 Penyerahan buku mini kepada Ustaz Fairuz, timbalan. nazir Masjid Al-Azhar, KUIS


Penyerahan Buku Mini kepada Puan Zaleha, Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Bangi
(Nota: abaikan perkembangan berat badan, dalam beberapa minggu je ketara hidung semakin mengembang)

Alhamdulillah. Kami juga ingin menguar-uarkan kepada pembaca yang budiman sekalian bahawa sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, kami juga telah dilantik sekali lagi untuk menjadi penyampai amanah sumbangan wakaf Buku Mini MMR ini. Kali ini sumbangan akan diberikan kepada surau-surau dan masjid-masjid sekitar lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra, Bangi dan Kajang. Namun demikian, kemungkinan besar suasana Ramadhan ini yang 'rushing' menyebabkan gambar-gambar sesi penyerahan tidak dapat dilakukan sebagaimana dalam gambar-gambar di atas. Namun seboleh mungkin kami akan cuba dapatkan gambar yang berkenaan.

Jika tuan/puan berminat untuk menyumbang, sumbangan boleh dilakukan dengan cara tuan/puan membuat pembayaran kepada kami dan kami akan sampaikan Buku-buku Mini MMR ini kepada pihak surau dan masjid. Jumlah yang disarankan terbahagi kepada 3 kategori mengikut kuantiti:

30 buah Buku Mini MMR pada harga RM 50
65 buah Buku Mini MMR pada harga RM100
100 buah Buku Mini MMR pada harga RM150 

Jika tuan/puan ingin memberikan sendiri sumbangan Buku Mini MMR ini di surau atau masjid kawasan tuan/puan, juga boleh hubungi kami untuk proses pembelian dan kami akan poskan kepada pihak tuan/puan. Self pickup amat digalakkan untuk pelanggan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Nilai 3, Bangi Lama, Bandar Baru Bangi, Kajang.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai
Pengedar Buku MMR
MAIA Natural Resources
SMS/WA 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Ini bukan entri masuk bakul angkat sendiri. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Hari ni saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah universiti swasta. Part time saja, untuk beberapa minggu, ni special sem mereka. Pelajar kelas saya pelajar tahun 1 semester 1. Kira adik-adik yang masih fresh lagi. Saya masuk dan perkenalkan diri, bagitau nama saja. Tak lama kemudian saya perasan..lepas sorang, sorang panggil saya 'MISS'.Ada yang panggil 'akak' lagi. Wah, hati dah berbunga tapi sebab sesi pembelajaran dah mula saya biarkan aje. Sampaila saya minta mereka buat perbincangan dalam kumpulan...dan saya round kelas untuk tanya jika mereka ada masalah berbangkit. Sana miss, sini miss dok panggil saya. Barula saya buka mulut.." Saya Puan la..anak dah 4 tahun" Tau reaksi mereka macam mana? Terkejut. "Ha, dah kawin?" Ok, itu bermakna mereka memang panggil saya "Miss" sebab mereka memang ingat saya belum kahwin dan bukanlah sengaja panggil Miss sebab rasa serba-salah nak panggil puan kot kot belum kahwin lagi. Lepas dah tau status saya, mereka pun panggil saya "Mem" huhu. 

Saya pasti, kalau berat saya masih 60kg macam dulu...tentu saya dah dipanggil 'mem' sejak awal masuk ke kelas tadi. 

Saya tak ambil gambar tadi, tapi saya pakai baju ini...(saya yang di tengah).

Tahun 2006- degree

Anda juga mahu nampak lebih muda daripada usia sebenar anda? Tak suka dipanggil 'akak' oleh jurujual atau peniaga pasar malam sedangkan anda masih muda belia? Jika anda ada masalah berat badan, Shaklee ada pakej untuk menurunkan berat badan yang berkesan. Kami akan guide anda mengikut tahap diet yang anda pilih sama ada secara santai atau intensif.

Jangan segan hubungi saya Mai melalui SMS 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com atau Like FB Fanpage kami Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej anda di sana.
Dah lama nak tayang tempat bertapa saya ni, tapi tak juga terbuat-buat entrinya. Sampaila hari ni, hari terakhir saya datang ke makmal ni secara rutin. Start minggu depan saya dah tak dapat datang setiap hari ke uni, sebab masalah transport. Saya tak pernah cerita di sini, tapi sudah 7 bulan suami saya jobless selepas diberhentikan dengan kejamnya oleh company yang dia dah berkhidmat lebih 20tahun. Alasannya company nak tutup (in liquidation), tapi tetap jugak beroperasi sampai hari ni. Seramai 12 orang yang diberhentikan dengan notis tak sampai seminggu, dengan jumlah gantirugi yang tak pasti dan yang pentingnya tak berbayar sampai la hari ni. Sudahnya masuk court, mana tahankan? Wah, emo sekejap. Jadi, setelah bersusah-susah, mengikat perut, dikejar bank, maka insyaAllah suami akan dapat kerja baru tak lama lagi. Walaupun takkan dapat lagi kerja macam dulu atas faktor usia, tapi kami tetap bersyukur. Lepas jugalah nak bayar duit rumah,  dan belanja keperluan. Oleh itu, saya pun takde lagi la orang nak hantar nak jemput sebab suami tak kerja area uni saya. Dia keje dekat dengan rumah, kesian pulak kalau nak suruh dia hantar saya dulu, kemudian berkejar pulak ke tempat kerja dia. Saya nak bawak motor sendiri, saya seriau sebab perjalanan pun tak dekat, dan jalan bengkak-bengkok. Naik dengan suami pun dah 2-3 kali nak bergesel dengan kereta. Maklumlah motor kan kecik je, manalah orang nak perasankan kita. Agak-agak nak elak dengan orang depan, kuis aje la moto kami. Maka dengan itu, saya akan terus study menyiapkan PhD saya dari rumah saja. Sekali-sekala boleh la datang jumpa penyelia atau cari bahan di perpustakaan.

Okeh, meh tengok tempat kerja saya. Ni gambar lama, tapi keadaannya masih sama.

 Ini PC research. Saya dok sini


Pandangan keseluruhan lab yang kosong

 Ini PC saya, bawak dari rumah. Asalnya sebab nak update antivirus. Last2 biar je kat sini

PC yang saya beli guna duit ptptn masa buat degree dulu. beli basic saja, tak ori, harga RM900 dengan monitor gedabak 17"

 Tempat beg saya, sape kenal ni beg apa? Yes, ni beg pam susu sebenarnya. Tapi beg ni sangat tahan lasak ok!


Almari yang bersusun buku-buku saya. Sekarang dah sendat dah takde ruang-ruang kosong tu.

Almari ni sangat tinggi, dan sekarangs aya dah penuhkan dari tingkat atas sampai la yang bertutup kat bawah tu.


Saya sangat sayangkan makmal ni, dah rasa macam rumah kedua saya. Maklumla saya masuk sini sejak April 2008, cuba kira berapa tahun? Lama kan? Semua ada kat sini, pinggan mangkuk, cerek, tempat solat. bantal, toiletteries, baju salin kalau basah kena ujan pun ade. Nanti mesti saya rindu nak ke sini. Ingatkan dapatla terus bertapa kat sini sampai habis phd, rupanya jodoh tak panjang. Tengokla nanti mcm mana suasana belajar di rumah.


Nota: Saya sebenarnya lebih produktif di rumah, terutama di awal pagi. Adakah perlu tido siang dan berjaga malam? Nanti jadi tak normal macam orang lain pulak....
Kembalinya penyelia merangkap bos saya ke tanah air menunjukkan bahawa saya bakal tiadk cukup tanah untuk dijejak. hehe. Takdelah sampai macam tu melampau la tu kan. Tapi memang sibuk, 360% berbanding masa beliau tak ada di tanah air. Kami berdua (GRA walaupun saya GRA bersara yang masih tak pencen..macam mana tu). Segala urusan yang mana mampu kami berdua akan uruskan. Meh saya senaraikan sikit kerja-kerja yang biasa kami buat. 

Ala-ala secretary: menulis dan mengarang surat, filing segala surat-menyurat, melakar kertas kerja, mendaftar bahan penerbitan, mengemaskini CV, menghantar memo dan emel, mengambil maklum balas emel, membuat minit mesyuarat, membuat tempahan hotel, membuat tempahan jamuan, membuat tuntutan pembayaran, membuat tempahan bilik mesyuarat, mendepositkan cek, menjadi wakil untuk mengeluarkan cop tandatangan dan tandatangan digital sekiranya penyelia tidak ada, menyediakan slaid pembentangan, fotokopi segala bahan yang berkaitan, menjadi wakil penyelia sekiranya ada tetamu ingin berjumpa sewaktu ketiadaan penyelia, membuat log pinjaman bahan bacaan (nanti ingat tambah lagi)

Ala-ala despatch: menuntut cek dari jabatan bendahari, menghantar surat dan tuntutan ke jabatan bendahari dan pendaftar, mengedarkan surat bagi penerima sekitar fakulti, memeriksa pigeon hole, mengambil surat-surat berdaftar di pejabat pos, 

Ala-ala technician: install perisian, membawa dan memasang projector LCD jika ada mesyuarat, memastikan toner dan printer sedia digunakan jika ada bengkel,  menyediakan salinan lembut untuk diburn dalam cd, menyediakan perisian yang perlu digunakan

Ala-ala cleaner: memastikan bilik sentiasa kemas, tong sampah dikosongkan, memanggil cleaner untuk bersihkan bilik, mengemas dan menyusun atur bilik untuk memanfaatkan ruang, siram pokok bunga, membuang bahan-bahan terpakai ke tapak pelupusan

Ala-ala researcher: mencari bahan-bahan rujukan dan bahan penyelidikan secara online dan juga di perpustakaan, menganalisis data dengan SPSS, Wordsmith dan teori, membuat resensi, mengeluarkan data daripada teks, mencari data dari pangkalan data online, membuat rujukan dalam buku atau kamus apabila diperlukan, menghasilkan kertas kerja dan jurnal.

Ala-ala anak: sentiasa ada buah tangan, selalu dibelanja makan, selalu dipelawa ke rumah, jadi rakan untuk mendengar, teman sewaktu ambil ubat, teman shopping, baju tak muat bagi kat kami.

Bila disenaraikan macam banyak je kerja kena buatkan, serba-serbi pulak tu. Apapun saya bersyukur kerana dengan adanya dana untuk melantik saya sebagai GRA ni la saya berjaya menanggung yuran dan perbelanjaan saya selama buat masters dulu. Saya dapat peluang sambung PhD pun dengan dana ni juga. Dengan tugas-tugas GRA ni la juga saya banyak belajar, walaupun bukan secara formal tetapi pengalaman buat tugas-tugas ni semua mengajar saya bagaimana untuk deal dengan orang, macam mana nak bahagikan masa antara tugas dan belajar, bagaimana bekerja secara berkumpulan, bagaimana untuk menjaga perhubungan antara penyelia-pelajar-majikan dan macam-macam lagi.

Tamat je tahun 2011 ni bermakna saya pun bersara. Sekarang ni saya masih membantu penyelia dan rakan seorang lagi tu sehingga akhir tahun ini memandangkan lambakan kerja yang terlalu banyak di akhir-akhir tahun begini. Masa ni la ada persidangan peringkat antarabangsa, masa ni juga la peruntukan kewangan kena dihabiskan, masa ni juga la nak buat bengkel untuk projek dan masa ni juga nak buat segala laporan perjalanan projek. Segala kenangan sepanjang 4 tahun bergelar GRA (2 tahun 1/2 dengan penyelia terdahulu dan seterusnya dengan penyelia sekarang ) akan terus dalam kenangan. Saya akan rindu suasana di sini, sebab sayalah antara orang yang paling setia, jarang cuti kecuali sakit, datang seawal 7.30 pagi dan balik sekitar 6.30 malam. 
Huhuhu...hari ni saya nyaris-nyaris diserang sang anjing. Terbayang-bayang macam manalah daging saya dikoyak-koyaknya kalau sampai kena serang tadi.

Dah seminggu rasanya anjing-anjing liar berkeliaran kat kawasan ofis saya ni. Bukan seekor, tapi satu batalion siap dengan baby lagi. Bunyinya saja dah menakutkan, kuat betul suara anjing liar ni. Kalau anjing-anjing ni main-main kat sekitar ofis ni, saya memang tak keluar dah sampai la yakin yang diorang dah takde.Semalam kawan hampir kena kejar jugak, tapi sempat lari masuk ofis semula.Dah tiga kali buat report ke pengawal, tapi masih tak ada tindakan apa-apa pun.


pic: google

Pagi tadi, saya pergi kerja macam biasa. Nak masuk bangunan ofis saya tu, saya nampak la macam telinga anjing...nampak telinga je sebab badan terlindung. Saya pun ingat nak pusing ikut jalan lain, belum sempat saya belok beberapa anjing lain datang dari arah yang saya nak pergi tu. Rupanya banyak diorang lepak dan tidur kat situ. Ada seekor anjing yang paling besar terus berlari menghadap saya sambil menyalak sekuat-kuatnya.Jarak dalam selangkah je daripada saya. 5-6 ekor yang lain ready kat belakang dia, semuanya menyalak. Memang panik sebab kena serang ramai-ramai macam tu. Saya dah rasa nak menangis sebab taktau nak buat apa. Diorang punya muka memang takde belas kasihan langsung. Saya terundur sikit, tapi sempat lagi teringat orang pesan, kalau kena kejar anjing jangan lari nanti lagi dia kejar. Saya dah la takde pegang kayu ke batu ke. Tawakkal je, saya lompat tinggi-tinggi sambil takbir kuat-kuat "Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!". Alhamdulillah, dengan kuasaNya, anjing-anjing tu beredar menjauh dari saya. Masa tu baru badan saya mengigil-gigil. Huhuhu...tak dapat nak bayangkan kalau sampai kena gigit.Anjing liar tau!

Saya dah call pengawal lagi sekali dan dapat bercakap dengan person incharge, harap cepatlah diambil tindakan.Ni saya kat bilik Prof, tak berani nak masuk ofis sebab tadi saya jenguk dari tingkat atas, anjing-anjing tu masih ada lagi. Diorang perasan saya kat atas, terus menyalak mengamuk-ngamuk. Macam nak buat territori pulak kat kawasan tu. Ada seorang pensyarah yang bilik dia kat tingkat atas tu, sampai tutup gril sebab takut. Saya call dia tadi, dia kata nak keluar meeting tapi tak berani.

Tak salahkan anjing-anjing ni pun, manusia yang kacau kawasan dia...dibuat pembangunan. Jadi dia datanglah kacau manusia pulak. Tempat tinggal dia diceroboh, mestilah dia marah. Tapi yang kesiannya kat kami yang tak de kena mengena ni la.