Sakit atau Lenguh Leher dan Bahu: Penyakit Bawaan Komputer

Selamat berhujung minggu. Siapa yang hujung minggunya tak sentuh komputer langsung? Bagus, anda betul-betul cuti dan rehat di hujung minggu. Tapi berapa ramai pula yang terpaksa atau memang suka melekat depan komputer di hujung minggu? Tidak kiralah apapun tujuan anda, jom kita ketahui bahaya penyakit bawaan komputer.

Dalam ENTRI YANG INI dan YANG INI saya kongsikan kisah-kisah saya yang menderita sakit atau lenguh leher, bahu dan belakang, kali ini saya nak kongsikan fakta berkenaan penyakit ini. Dalam era teknologi hari ini, terlalu ramai yang menghidap penyakit-penyakit bawaan komputer seperti masalah penglihatan, pendengaran, kecederaan otot dan penyakit psikososial.

KECEDERAAN RANGKA OTOT

Penggunaan komputer dalam jangka masa yang lama boleh mengakibatkan kecederaan pada rangka otot. Penyakit yang berkaitan dengan gangguan rangka otot dikenal sebagai kecederaan rangka otot (musculoskeletal disorders, MSD) atau cedera regang berulangan (repetitive strain injury, RSI).

RSI atau MSD ialah gangguan terhadap otot, saraf, tendon, ligamen dan sendi. Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan di negara membangun membuktikan bahawa prevalen MSD meningkat disebabkan oleh penggunaan komputer dalam tempoh yang lama dengan postur kedudukan yang tidak betul. Penyakit yang dikaitkan dengan MSD ialah tendonitis, Sindrom Terowong Karpus (Carpal Tunnel Syndrom, CTS) dan sakit belakang.

TENDONITIS DAN SINDROM TEROWONG KARPUS


Tendonitis ialah bengkak dan sakit pada tendon. Tendon ialah tisu yang menghubungkan otot dengan tulang. Keadaan ini berlaku kerana tendon telah terlebih guna. Sindrom Terowong Karpus (CTS) ialah keadaan sakit yang berlaku pada saraf tengah dan tendon fleksor di bahagian pergelangan tangan. Semasa tangan dan jari bergerak, tendon fleksor bergesel hingga ke bahagian lengan bawah pada tepi terowong. Geselan ini menyebabkan kerengsaan tendon dan tendon boleh menjadi bengkak. Bengkakan tendon pula boleh menyebabkan tekanan pada saraf tengah.

GEJALA SINDROM TEROWONG KARPUS
 (i) Kebas pada tangan dan jari, terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini menjadi lebih teruk terutamanya ketika memandu, memegang objek seperti telefon atau surat khabar dan bangun daripada tidur.

(ii) Sakit pada sendi pergelangan tangan hingga lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

(iii) Lemah pada tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang terlepas dan jatuh.

Sekiranya tidaki dirawat pada peringkat awal, keadaan ini boleh menyebabkan sakit menjadi teruk pada bahagian tangan sehingga memerlukan pembedahan.


ANDA MENGALAMINYA? BAGAIMANA MENGATASINYA

Jika anda rasa anda telah pun mengalami tanda-tanda awal penyakit bawaan komputer ini, tentu anda terpanggil untuk mencari penyelesaiannya. Tapi, aktiviti menghadap komputer tidak boleh tidak tetap perlu diteruskan demi kelangsungan kerjaya dan aktiviti harian kita, betul tak? Samalah juga dengan saya..yang merupakan pelajar sepenuh masa dan berniaga secara online secara sambilan. Hari-hari kena menaip. Apa yang saya boleh sarankan kepada anda ialah:

1- Elakkan duduk di hadapan komputer terlalu lama
2- Duduk dalam posisi yang betul - boleh google
3- Berdiri, buat regangan dan berjalan setiap setengah jam berada di hadapan komputer. Nampak remeh, tetapi ianya sangat penting untuk mengelakkan masalah kesihatan otot anda semakin serius.
4- Buat pemeriksaan di klinik, jika perlu jalani rawatan fisioterapi
5- Lakukan senaman secara rutin kerana senaman boleh melenturkan tubuh anda
6- Minum susu, ambil serat dan protein yang mencukupi dalam diet harian
7- Ambil suplemen kalsium dan magnesium serta B-Complex untuk menjaga sistem saraf dan aliran darah dalam tubuh. (Jika anda memilih Shaklee, suplemen yang ditawarkan ialah OsteMatrix dan B-Complex)

Walau apapun penyakit yang kita hadapi, semasa di peringkat awal inilah harus dirawat. Jangan anggap ianya ringan kerana yang ringan itu jika dibiarkan akan menjadi serius lalu mengganggu kehidupan berkualiti anda.

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

0 comments: