Sakit Bahu, Leher dan Belakang: Pengalaman Saya dan Fisioterapi

Dah lama nak buat entri pasal sakit ni. Sakit yang membelenggu saya sejak sekian lama. Hari ni mudah-mudahan siap entri ini ditulis. 

Saya menghidap atau menderita sakit ini seingat saya sejak tahun 2002. Masa tu masih di matriks. Entah apa puncanya saya tak pasti, apa yang saya sedar saya tak boleh pegang handphone lama-lama mesti tangan saya lenguh. Masa tu hanya tangan kiri saja. Saya pernah berurut tradisional dan sapu minyak, dah macam-macam jenis minyak la saya sapu. Dah pergi klinik, masa tu klinik universiti la. Doc tanya saya minum susu tak, exercise tak, kebetulan masa tu memang saya jogging hampir setiap hari dan saya memang suka minum susu pun. Doc sarankan saya ambil B-Complex, tapi tak pulak klinik bekalkan. Saya ni pun naif sangat tak pandai mintak. Saya pergi farmasi dan jurujual sarankan saya satu jenama yang pada masa tu saya rasa sangatlah mahal. Bayangkan sebotol ada 30biji sahaja dan kena makan 2 biji sehari. Kalau kira-kira balik, B-Complex Shaklee jauh lebih murah. Memang saya rasa perubahannya, tapi saya tak boleh nak maintain, saya hanya pelajar dengan pinjaman PTPTN masa tu.

Tanpa saya ambil kisah, sakit itu berlarutan dan saya terasa sangat kesannya selepas bersalinkan Sofiy anak sulung saya. (Macamla dah ada anak kedua ketiga.hehe). Menyusu kan anak waktu malam, dan sentiasa dukung anak buat keadaan tambah teruk agaknya. Saya tak larat nak dukung dia lama-lama, lenguh sangat tangan ni. Dah la saya jenis dukung budak belah kiri. Badan Sofiy masa tu pulak memanglah gebu hasil susu ibu. Mahu tak mahu saya terpaksa pakai baby carrier walaupun dia dah semakin besar dan tak berapa nak muat dah dalam carrier tu. Bila dah pakai carrier, pinggang dan belakang pulak sakit. Sofiy boleh je berjalan tegap, terus saya heret dia jalan kaki je ke kedai. Orang yang tengok pakat dok kagum dengan anak saya sebab umur setahun lebih dah jalan hampir 1km. Masa tu saya ada jugak ke klinik universiti (maklumlah tak habis-habis belajar), doc cuma suruh gerakkan tangan ikut arahan dia, bila pergerakan saya semua ok takde yang terhad..doc cuma bagi suplemen je..dan semestinya B-Complex lagi. Lepas tu doc tanya juga pasal senaman, katanya saya kena buat senaman secara rutin. Masa tu anak kecik lagi memang susah sikit nak buat senaman secara regular. Ada juga saya buat, tapi lebih banyak Sofiy mengacau, naik atas perut la naik atas belakang la.

Dah tak mendukung anak, kurang sikit rasa sakit jadi saya abaikan lagi. Tapi sakit ni makin lama makin tak terkawal. Tambah pulak bila saya mengadap komputer lama, kena pulak menaip atau banyak pegang mouse. Sampai satu tahap tangan saya kebas dan mouse pun saya tak dapat pegang betul-betul. Tangan yang sakit pun bukan kiri je tapi dah sekejap kanan sekejap kiri. Bangun pagi memang sakit sangat, kadang-kadang bahu macam cramp..kena buat regangan sikit...pastu dah bunyi 'keletup' baru la rasa lega. Sofiy pun dah faham kalau umi tak boleh mengiring mengadap dia waktu tido, sebab saya dah tak boleh mengiring di sebelah yang sakit. Lenguh tu memang boleh dikatakan sentiasa. Sakitnya bahu dan leher ni bawak sampai ke belakang badan malah sampai ke mata! 

Tak tahan lagi, tahun 2013 ni saya ke klinik dan kali ni klinik kesihatan. Masa check tu sama jugakla..doc kata biasa je, akibat aktiviti harian kita. Tapi berkali-kali saya kata tangan saya lenguh dan kebas. Doc balas, kalau kebas tu sekali-sekala tak apa. Mana boleh tak apa? Terganggu aktiviti dan mood saya juga sering terganggu akibat sakit. Boleh dikatakan saya ni dah jadi peminat tegar Ammeltz Yoko-yoko dan Salonpas tau. Kemana pergi mesti ada dua benda tu. Kadang-kadang kalau sakit sangat dan saya ada aktiviti yang penting misalnya conference atau kena buat pembentangan, saya akan telan ponstan supaya saya dapat fokus. Tak ke tu dikira kritikal? Doc kata dia bagi saya ubat tahan sakit dan B-Complex. Lepas doc tengok saya macam taknak bangun je daripada kerusi, dia pun bagi saya sehelai pamphlet yang menunjukkan cara-cara buat regangan badan dan cara-cara aktiviti harian dilakukan contohnya cara angkat barang, cara duduk, cara gosok baju. Saya takmau bangun jugak. Barulah doc tu tanya, nak saya refer awak pada fisioterapist? Saya nak je la, asalkan ada rawatan untuk saya. Saya tahu B-Complex memang bagus sangat untuk saraf. Tapi, untuk kes saya yang dah makan tahun ni...saya sebagai pengedar suplemen pun masih memerlukan rawatan lain. Alhamdulillah akhirnya kedegilan saya membawa saya kepada sesi fisioterapi.


Inilah basikal tangan, salah satu peralatan waktu rawatan fisioterapi saya

Masa sesi pertama tu memang buat senaman simple je, lepas tu fisio letak ais dan alat getaran pada bahu dan leher. Kemudian dia tekan-tekan sikit lepas tu siap. Sesi saya awal pagi. Bila naik petang saya rasa makin sakit, rasa macam nak demam, nak muntah semua ada. Saya SMS semula fisio tu. Dia kata itu memang kesan awal selepas buat fisio. Kiranya macam healing crisis la. Tapi dia tak bagi saya makan ubat tahan sakit (painkiller) yang doktor bekalkan. Dia juga tak bagi saya sapu minyak atau yoko-yoko. Dia cuma suruh saya tuam dengan ais. Mujurlah ada lagi icepack yang guna untuk coolerbag masa pam susu Sofiy dulu. Lepas tuam tu memang rasa kurang. Kata fisio tu, bila sakit jangan sapu minyak panas nanti lagi berdenyut. Kalau nak icepack yang lebih comfort, ada jual di kedai-kedai Cosway. Tak mahal pun.

Selain fisio sebagai ikhtiar supaya sakit ni tak berlarutan dan mudah-mudahan sembuh, saya juga amalkan suplemen. Sebagaimana doktor dok bagi, saya memang amalkan Shaklee B-Complex. Cuma, dosnya tak sama dengan dos orang yang tak sakit. Orang yang tak sakit ambil untuk maintain dan elakkan terkena sakit...jadi bagi kes saya..untuk pulih saya ambil dos lain, saya ikut berdasarkan dos B-Compleks yang klinik bagi. Selain tu, saya juga ambil OsteMatrix (kalsium magnesium) dan susu secara konsisten. Untuk kesihatan secara menyeluruh juga saya ambil Vita-lea Iron Formula(multivitamin). Alhamdulillah, selepas 4 kali buat fisioterapi sakit tu dah berkurangan lebih kurang 70%. Sakit belakang, sakit pinggang malah dulu sudah melarat sampai ke kaki dah tak ada lagi. Alhamdulillah, syukur sangat. Saya rasa hidup saya lebih berkualiti dan tentunya suami pun tak berbulu telinga asyik dengar saya mengeluh sakit-sakit badan. Sesekali bila buat kerja-kerja depan komputer lebih sikit, ada la lenguh tangan dan bahu tu. Tapi saya dah tau apa yang perlu dilakukan. Buat regangan, dan tuam dengan ais. Senaman memang sangat membantu sebab bila kita senaman, badan kita akan jadi lebih lentur dan otot-otot serta sendi kita tidak mudah kaku. Selain itu, jangan duduk terlalu lama dalam satu-satu posisi. Bangun daripada kerusi dan berjalan setiap 1/2 jam adalah sangat baik untuk mengelakkan kecederaan otot.

Nak tau lebih lanjut tentang sakit bau. leher dan belakang akibat penggunaan komputer? Lihat entri INI.

Anda boleh dapatkan Set Sendi Shaklee ini melalui dua cara iaitu membuat sendiri pembelian secara online melalui ESell Shaklee dengan klik butang Esell di bawah. Anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit, klik klik saja item yang anda perlukan dan pihak Shaklee akan poskan sehingga ke pintu rumah anda. Mudah bukan? Jangan bimbang untuk membuat pembelian dengan Shaklee kerana Shaklee merupakan syarikat yang diiktiraf dan berdaftar. Kami pengedar juga membuat pembelian secara online melalui kaedah yang sama.

Beli Set Sendi Di Sini ^

Atau, anda juga boleh dapatkan Set Sendi ini daripada kami dengan menghubungi kami melalui salah satu medium di bawah:

MAIA (Shaklee ID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE:Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

15 comments:

Fuziah Idris said...

Tq info menarik...betul tu, boleh dapatkan 13 tips atasi masalah sakit belakang

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih singgah, jemput datang lagi ya:)

Huda Zulkifli said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi and this story really help me.

Huda Zulkifli said...

Boleh tak sis terangkan kalau macam saya lenguh pada bahu kiri ni.. perlu tuam dngn ais sejuk ke ?

Min Aina Ila Aina said...

Huda Zulkifli,

Ya boleh cuba tuam ais, dan buat exercise secara konsisten.

Nazaruddin Miswan said...

berapa kos fisio tu ye?? ada contact no x sy perlukn fisio utk bahu dan tengkuk

Nazaruddin Miswan said...

berapa kos fisio tu ye?? ada contact no x sy perlukn fisio utk bahu dan tengkuk

Nazaruddin Miswan said...

berapa kos fisio tu ye?? ada contact no x sy perlukn fisio utk bahu dan tengkuk

Min Aina Ila Aina said...

En Nazaruddin, maaf ye kerana saya jarang-jarang ke sini dan lihat komen. Fisio yang saya buat ni di klinik kesihatan kerajaan sahaja. Jadi setiap rawatan RM1 sahaja.

En Muhaimin, saya menulis di blog saya..saya berkongsi kisah benar dan telah banyak membantu orang lain. Terpulang kepada Encik untuk baca atau tidak..dan saya tidak bertanggungjawab atas apa yang Encik rasa, bengang atau suka. Terima kasih.

Anonymous said...

Urutan tradisional untuk wanita dan ibu bersalin.
area sekitar sentul dan cover seluruh kawasan kuala lumpur.
hubungi 013-2096836.

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MATSIRAT said...

saya alami sakit bahu yang puan nyatakan . terima kasih atas perkongsian.

rinloveslicious said...

Salam... Sy pun sakit bahu dan sakit belakang... Tgn selalu kebas... Klu pndang sesuatu rasa nk pitam... Tp xde, rasa pening... Blh x puan bg tau puan pun rasa nk pitam bila pndabf sesuatu ke

Min Aina Ila Aina said...

rinloveslicious,

Setakat yang saya hadapi, tak pernah ada rasa nak pitam bila pandang sesuatu atau bila-bila pun. Cuma saya akan rasa sangat sakit, penat, nak marah sebab terlampau sakit, kebas tak rasa tangan tu ada.

Dah jumpa doktor ke? Sebaiknya dapatkan nasihat doktor dulu untuk pemeriksaan menyeluruh contohnya tekanan darah, hemoglobin, gula, jantung dan lain-lain. Kita risaukan petanda kepada penyakit-penyakit tertentu.

Raycershanne Radam said...

Saya rasa sakit saya dengan aina lebih kurang ni, sendi kiri bhgian bahu pastu naik ke tengkuk kekadang tu jadi migrain... memula sakit2 biasa je, lama2 nak angkat jadi macam cramp, tinggi skit memang x bleh la... sakit sangat bahu nj macam ada org dudum atas bahu kita.

Pengamalan shaklee ni boleh membantu ke?
Harap2 dpt info secepat mngkin.

Terima kasih.

Min Aina Ila Aina said...

Raycershanne Radam,

Ya, saya pun rasa Tuan/ Puan hadapi masalah yang hampir sama. Rasa ketat dan sakitkan. Kalau dibiar risau melarat. Tuan/Puan boleh cuba Shaklee, sebab memang ramai pembaca kat sini hubungi saya untuk cuba.

Boleh Whatsapp saya di 012 3302067 ye.