Alhamdulillah, sudah pun masuk suku abad yang kedua saya hidup di dunia yang fana lagi mencabar iman, mental dan fizikal ini. 25 Julai, tanggal saya dilahirkan ke dunia ini. Saya lahir di rumah kami, di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Mak kata saya kena sawan tangis selama setahun sejak hari saya dilahirkan.huhuhu...

Terima kasih buat mak atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Juga ampunkan segala kesalahan anakmu ini sama ada yang disedari ataupun tidak.Buat allahyarham ayah, semoga berada dalam kesejahteraan di alam sana.

Bersempena dengan pertambahan umur ini, saya rasa kena semak semula azam tahun 2010 saya. Dah lebih separuh tahun 2010 berlalu, berapa peratuskah azam tersebut telah tertunai dan terlaksana?

Nota: Abang, terima kasih atas cenderahati dan makan-makan. Kak Ah,tak sabar nak tunggu posmen hantar hadiah tu. Buat semua yang memberi ucapan dan doa, terima kasih.

Apa menariknya drama Korea

Saya baru je habiskan satu siri drama Korea. Kadang-kadang terfikir apa menariknya drama korea ni sampaikan orang sanggup menghadap berpuluh-puluh episod. Lepas tu ada yang bertangis-tangisan sambil layan cerita ni padahal latar budaya, bahasa dan agama sangatlah berbeza. Saya pun suka layan drama Korea ni, tapi kalau...

Cuba kita hitung-hitung dan kenang-kenangkan, berapa banyak perbuatan kita setiap hari yang sebenar-benarnya KERANA ALLAH TAALA? Masing-masing ada jawapannya.

Semalam saya terdengar satu ucapan yang penuh semangat dan bertujuan memberi semangat kepada khalayak pendengar. Bertujuan membina motivasi, membuang sikap tidak jujur, tidak amanah dan segala keburukan yang terpalit pada niat murni yang asal. Saya pun jadi teruja nak dengar, sebab nak tau apakah kata kunci atau niat murni yang sebenar-benarnya patut ada dalam diri setiap pendengar. Tapi akhirnya saya kecewa. Kecewa kerana niat murni itu bukanlah benar-benar murni, lebih kecewa kerana lahir pula daripada mulut seorang Muslim. Niatnya hanya kerana 'kasih dan sayang' tetapi bukan KERANA ALLAH TA'ALA. Maka tak hairanlah kalau perjuangan yang dilaung-laungkan tu banyak melencong, kerana niat yang asal sudah miring.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku KERANA ALLAH TUHAN sekelian alam.
Semasa dilahirkan, secara purata bayi bersaiz satu kaki lapan inci dan dalam masa 20 tahun berikutnya, manusia berkembang tiga kali ganda dari dan mencapai ketinggian sekitar lima kaki lapan inci.

Mengapa manusia tidak terus tinggi? Apa yang membuat tubuh berhenti meninggi? Dalam tubuh manusia, terdapat sistem kelenjar yang dinamakan kelenjar endokrin yang mengendalikan tumbesaran tubuh manusia.

Kelenjar endokrin terdiri daripada kelenjar tiroid di leher, kelenjar di bawah otak yang menempel pada otak, kelenjar timus yang terdapat di dalam dada dan kelenjar kelamin.

Kelenjar di bawah otak adalah kelenjar yang merangsang pertumbuhan tulang pada manusia.

Jika kelenjar terlalu banyak bekerja, lengan dan kaki tumbuh menajdi terlalu panjang dan besar. Jika kelenjar tidak bekerja, kita mungkin akan menjadi manusia kerdil. Seorang anak dilahirkan dengan kelenjar timus yang besar dan kelenjar itu tetap semakin besar selama masa kanak-kanak.

Ketika seorang anak mencapai usia 13 atau 14 tahun, kelenjar timus mulai menyusut. Kelenjar timus dan kelenjar kelamin mempunyai hubungan tertentu. Selama kelenjar timus bekerja, kelenjar-kelenjar kelamin tetap kecil. Pada waktu kelenjar-kelenjar kelamin berkembang, kelenjar timus berhenti bekerja.

Inilah sebabnya mengapa ketika seseorang menjadi dewasa secara seksual pada usia kira-kira 22 tahun, ia akan berhenti membesar!

Setelah itu tubuh kita menyusut kira-kira setengah inci setiap 10 tahun sekali! Ini kerana tulang rawan semakin mengering dan pada masa yang sama manusia bertambah tua.

Sumber: Estidotmy
Perasan tak tanda soal pada tajuk di atas tu. Ya...saya nak bertanya pendapat sesiapa yang baca entri ni.Saya bukanlah tak bersetuju dengan pepatah di atas, tapi saya juga ada rasa sedikit musykil dalam pelaksanaannya.

Ada dua kisah yang menyebabkan saya menulis entri ini. Pertama, kisah saya. Sebelum tu, saya nak mohon ampun pada kedua ibu bapa saya, saya tiada niat hendak mempertikaikan didikan arwah ayah dan mak pada saya. Saya hari ini adalah hasil didikan itu. Terima kasih yang tidak terhingga.Semasa saya dilahirkan, ayah saya telah pun tua, ye saya sebut tua sebab umur ayah masa tu dah 60an. Emak pula 30an. Ayah saya lembut. Seingat saya, ayah tak pernah marah saya. Paling kuat pun tinggi suara sikit je...tupun dah berderai air mata saya. Pukul memang tak pernah. Emak saya pulak garang, masa kecik-kecik dulu saya cakap mak saya 'jahat'. Sebenarnya saya nak sebut garang, tapi masa tu kurang vocab agaknya. Saya selalu kena marah dengan mak, kena cubit, kena pukul, kena rotan,kena lepuk. Kesalahan-kesalahan saya adalah pelbagai, dari yang kecik contohnya ambil kain berlipat sampai herot susunannya, tak sidai tuala lepas mandi, sampaila yang besar macam main tak ingat nak balik rumah, salah masa mengaji Qur'an dan periksa dapat nombor 8.(sekadar menyebut beberapa contoh).

Apa yang saya perasan, saya sangat takutkan mak. Manja, manja juga...mak memang rajin belikan itu dan ini untuk saya, apa saya nak seboleh-bolehnya mak akan cuba dapatkan.Apa saya nak makan, biasanya taklah saya kempunan.Tapi sebenarnya saya tak sabar-sabar nak jauh daripada mak. Saya berusaha sungguh-sungguh nak masuk asrama, bila dah masuk asrama, saya jarang balik kecuali cuti wajib, kalau cuti bulanan tu biasanya saya tak balik.Mula-mula dulu saya ingatkan sebab saya tak ada kawan di rumah, dan di sekolah pulak ramai kawan.Tapi entahla, semakin menginjak dewasa, saya rasa saya semakin jauh dengan mak.Tapi saya sayang mak saya.(Oh, sedih la...)Bila saya dah menjadi ibu, saya ada satu azam, saya taknak selalu pukul anak saya. Seboleh mungkin saya nak elakkan memukul dan memarahi anak.

Tapi...

Kisah kedua. Hujung minggu baru ni, Sofiy tak ada mood pulak, meragam tak tentu pasal. Kemudian dia dah pandai pukul ayah dan umi dia, suka main kaki. Saya marah bila dia kurang adab, saya lepuk jugalah kaki dia tapi takla kuat...dia menangis, hiba la kena pukul. Sabtu petang, kami keluar jalan-jalan. Dalam kereta dia buat perangai. Merengek tak tentu pasal. Nak bagi susu, dia taknak. Nak kata lapar, dah makan. Sihat walafiat je. Dah asyik meragam je sampai baling-baling botol air kat saya, hempas-hempas kaki, ayah dia berhenti tepi jalan...bukak pintu belakang...gedebuk, gedebuk kena kat kaki. Aduh, masa tu B saya yang sakit, serius tak tahan tengok. Berjurai-jurai air mata dia, kuat ayah dia pukul.Kena pulak masa tu dia pakai seluar pendek.

Pagi tadi saya tanya pada pengasuh dia, ada tak dia pukul-pukul kawan-kawan dia ataupun pengasuh-pengasuh dia. Diorang kata tak ada, malah dialah yang paling baik di kalangan semua budak-budak. Sensitif, cuma tegur sikit dan nangis. Saya cerita la kes dia kena pukul tu, dan dan tu tok perempuan (pengasuh)dia bergenang air mata.Dia kata tok tak pernah pukul anak. Tok ni memang lembut orangnya, dengan anak-anak dan cucu dia pun cakap lembut je. Hubungan kekeluargaan diorang sangatlah rapat, anak-anak senang duduk dekat dengan mama diorang walaupun masing-masing dah berkeluarga.

Bila saya bandingkan dua keluarga (keluarga saya dah keluarga tok), saya rasa keliru.Saya nak yang terbaik untuk anak saya, tapi didikan yang bagaimana saya nak guna? Nak lembut sangat saya takut naik lemak mengada-ngada sampai tak terajar pulak nanti. Nak dimarah-marah, dipukul rasa-rasanya makin besar makin keraplah kena sebab dah makin panjang akal. Saya pernah baca, Rasulullah tak suka pada orang yang memukul anak-anak kecil kurang dari 2tahun.Yelah, umur 10 tahun kalau taknak solat baru disuruh pukul,kan? Bagaimana nak aplikasikan cara Rasulullah mendidik anak dengan kerenah anak-anak zaman sekarang ye?Kalau ada sesiapa yang tahu buku-buku yang bagus dalam keibubapaan ni, rekomenlah. Saya hargai segala pandangan anda, tak kisah nak koemn positif atau negatif.

Nota: Kenapa ye Sofiy buat perangai dengan umi dan ayah je, dengan pengasuh dia baik pulak?
Saya ada banyak surat nak pos, tapi semalam tak sempat pos sebab tak sempat beli sampul surat. Aish... Nah berita semalam sebab berita harini saya takleh copy paste pulak.

Caj baru selaras struktur gaji posmen, kerani kaunter setaraf penjawat awam

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan mengenakan tarif pos baru berkuat kuasa esok.(hari ni la tu 1 Julai 2010) Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenaikan tarif itu adalah untuk menyelaras struktur gaji posmen dan kerani kaunter, menjadi sekurang-kurangnya setara dengan tahap yang diperoleh oleh kakitangan kerajaan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Faisal Albar, berkata ketika ini gaji posmen 19 peratus lebih rendah berbanding pekerja kerajaan pada tahap sama.

“Penyusunan semula gaji akan menjadi penaik moral positif bagi kakitangan operasi, menambah baik produktiviti dan komitmen mereka bagi menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Tarif pos domestik bagi mel standard hingga 20 gram (gm) ialah 60 sen, manakala mel melebihi 20gm hingga 50gm dikenakan 70 sen.

Harga mel bukan standard bermula daripada 80 sen bagi sehingga 50gm kepada RM5.50 bagi mel melebihi satu kilogram dan dua kilogram. Perubahan berkala bermula daripada 50 sen (sehingga 20gm) kepada 90 sen (melebihi 100 gm – 250 gm).
Tarif PosDokumen adalah antara RM1.80 bagi sehingga 500gm dan RM4.50 bagi yang berat satu kilogram hingga dua kilogram.

Sementara itu, RM4 dikenakan bagi paket kecil sehingga 1kg, manakala yang melebihi 1kg dikenakan RM5.50. Bagi barang sehingga 2kg, harga RM7 dikenakan. Pos berdaftar domestik dikenakan kos RM2.20, manakala antarabangsa RM4.10. Bagi mel pukal, Pos Malaysia berkata, pelanggan akan terus menikmati rebat operasi sedia ada, yang mana maksimum 13 peratus mel standard dan maksimum 10 peratus bagi mel bukan standard serta PosDokumen.

Insentif berasaskan kuantiti baru bagi pelanggan akhir yang menyumbang kepada kuantiti mel tinggi juga diperkenalkan. – BERNAMA

Nota tanya: Agak-agaknya bisnes online masih rancak ke? Saya ni rajin shopping online (mod garu kepala)