SILAP TAK POS SURAT SEMALAM!

Saya ada banyak surat nak pos, tapi semalam tak sempat pos sebab tak sempat beli sampul surat. Aish... Nah berita semalam sebab berita harini saya takleh copy paste pulak.

Caj baru selaras struktur gaji posmen, kerani kaunter setaraf penjawat awam

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan mengenakan tarif pos baru berkuat kuasa esok.(hari ni la tu 1 Julai 2010) Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenaikan tarif itu adalah untuk menyelaras struktur gaji posmen dan kerani kaunter, menjadi sekurang-kurangnya setara dengan tahap yang diperoleh oleh kakitangan kerajaan.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Faisal Albar, berkata ketika ini gaji posmen 19 peratus lebih rendah berbanding pekerja kerajaan pada tahap sama.

“Penyusunan semula gaji akan menjadi penaik moral positif bagi kakitangan operasi, menambah baik produktiviti dan komitmen mereka bagi menyediakan kualiti perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Tarif pos domestik bagi mel standard hingga 20 gram (gm) ialah 60 sen, manakala mel melebihi 20gm hingga 50gm dikenakan 70 sen.

Harga mel bukan standard bermula daripada 80 sen bagi sehingga 50gm kepada RM5.50 bagi mel melebihi satu kilogram dan dua kilogram. Perubahan berkala bermula daripada 50 sen (sehingga 20gm) kepada 90 sen (melebihi 100 gm – 250 gm).
Tarif PosDokumen adalah antara RM1.80 bagi sehingga 500gm dan RM4.50 bagi yang berat satu kilogram hingga dua kilogram.

Sementara itu, RM4 dikenakan bagi paket kecil sehingga 1kg, manakala yang melebihi 1kg dikenakan RM5.50. Bagi barang sehingga 2kg, harga RM7 dikenakan. Pos berdaftar domestik dikenakan kos RM2.20, manakala antarabangsa RM4.10. Bagi mel pukal, Pos Malaysia berkata, pelanggan akan terus menikmati rebat operasi sedia ada, yang mana maksimum 13 peratus mel standard dan maksimum 10 peratus bagi mel bukan standard serta PosDokumen.

Insentif berasaskan kuantiti baru bagi pelanggan akhir yang menyumbang kepada kuantiti mel tinggi juga diperkenalkan. – BERNAMA

Nota tanya: Agak-agaknya bisnes online masih rancak ke? Saya ni rajin shopping online (mod garu kepala)

0 comments: