Harap-harapnya Malaysia dapat meminggirkan Pakistan sekaligus mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Harap-harapnya Malaysia dapat meminggirkan Pakistan sekaligus mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.
SUSU ILHAM DENGAN TERAPI AL-QUR'AN
SUSU PENUH KRIM ILHAM Terbaca dalam surak khabar baru ni, dan rasa nak kongsi dengan kawan-kawan semua. Marilah kita sokong produk keluaran Muslim. Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Al-Quran Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik (Islamic Manufacturing Practice)...
Menurut kenyataan akhbar Masjid Negara hari ini, kem itu antara lain mengandungi program riadah berkonsep, bisikan nurani, solat, mutiara iman, anak soleh permata negara dan interaktif. Ia terbuka kepada pelajar perempuan dan lelaki, "Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu bertujuan melahirkan generasi yang taat, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran selain melahirkan generasi soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat," menurut kenyataan itu.
Pembimbing program terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi.
Yuran penyertaan adalah RM30 seorang yang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.
Mereka yang berminat diminta menghubungi urus setia program menerusi talian 03-26937784, Ustaz Naziz di talian 012-6870352 atau Ustaz Nik Reduan di talian 019-2064963. - BERNAMA
Ini pula laporan Kem Ibadah Siri 1 yang diadakan pada Jun tahun ini.
Kem Ibadah Kanak-Kanak Siri 1/2010 anjuran Masjid Negara
Sempena awal musim cuti persekolahan, Masjid Negara telah menganjurkan Kem Ibadah Kanak-Kanak siri 1/2010 pada 4-6 Jun 2010 (Jumaat – Ahad) bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seramai 90 orang peserta berumur 10-12 tahun dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang menyertai program ini.
Program ini juga adalah sebagai respon daripada cadangan Y.Bhg Dato' Ketua Pengarah JAKIM agar setiap masjid-masjid utama menyusun pelbagai program bersempena dengan musim cuti persekolahan agar musim cuti persekolahan mereka tidak sia-sia dan diisi dengan pengisian rohani dan program-program yang berfaedah. Antara objektif utama kem ini diadakan ialah memberi didikan dan kesedaran kepada peserta tentang tanggungjawab mereka terhadap kedua ibu bapa, mencorak akhlak yang mulia, penekanan solat 5 waktu dan panduan mengisi waktu cuti persekolahan dengan aktiviti dan perkara yang berfaedah.
Antara pengisian program sepanjang 3 hari 2 malam ialah Mutiara Iman, Bisikan Nurani, Riadhah Bekonsep,Qiamullail dan ceramah Anak Soleh Permata Ibunda yang disampaikan oleh Ketua Fasilitator Ustaz Haji Zulkarnain bin Itam dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Program pada tahun ini mendapat sambutan dan yang begitu memberansangkan daripada kedua-ibu bapa berdasarkan maklum balas ibu bapa dan permohonan penyertaan yang melebihi sekali ganda kuota penyertaan dibuka.
Majlis perasmiaan penutup disempurnakan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan bin Hosni. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran wakil media seperti Bernama TV, Utusan Malaysia, Berita Harian dan juga Metro.
CONTEST BAYI NANGIS
Sofiy memang suka menangis masa kecik-kecik dulu...sekarang dah kurang dah. Kalau nangis sekarang pun sebab jatuh ke, atau terhantuk, ataupun kena marah. Kalau nangis merajuk pulak sekarang ni bukan main lagi bunyinya macam kena dera. Meh tengok salah satu aksi Sofiy nangis. Rasanya boleh agak tak kenapa dia nangis.hehe. Nama...
PAPA & BABY CONTEST
Makin rajin pulak saya masuk GA dan contest akhir-akhir tahun ni, harap-harap lekat la satu kat mana-mana.hehe. Ni nak join PAPA & BABY CONTEST yang dianjurkan oleh CUTE MUM. Tarikh tutupnya tak lama dah, 14 November jadi masih sempat lagi kalau nak join. Ayah Sofiy ni memang payah sikit kalau nak suruh bergambar,...
PINK.CRAFT BIRTHDAY GA
Di saat-saat akhir nak join GA ni. Sebelum tu, nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran dan semoga berbahagia sentiasa. Jomlah join, sempat lagi ni, KLIK http://craftmerahjambu.blogspot.com/2010/10/my-birthday-giveaway.html Make your own banner at MyBannerMaker.com!...
Oklah, umi membebel panjang pulak dah. Nantilah di lain entri umi kisahkan tentang penjagaan gigi ye. Entri kali ni sebenarnya khusus untuk tayang gigi. Baru-baru ni ayah saja je snap gambar Sofiy dalam jarak dekat dan Sofiy pun beria-ia tayang gigi dia yang dah nak penuh tu. Harap-harap gambar ni akan membawa tuah buat my little Sofiy.
Contest yang dianjurkan oleh http://harlindahalim.blogspot.com/ ini menggariskan beberapa syarat, jom tengok.
Syarat-syarat untuk menyertai "SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010 ini ialah :-
1) Anda mestilah menjadi FOLLOWER blog ini. (ok)
2) Penyertaan adalah untuk bayi/kanak-kanak yang berusia seawal 1 bulan - 3 tahun.(ok)
3) Sila sertakan SATU(1) keping gambar bayi/kanak-kanak tersebut sedang tersenyum atau tersengih sambil menunjukkan giginye. The most important thing is --> They're are showing their teeth in the picture ya! =)(ok)
4) Di bahagian bawah gambar tersebut jangan lupa untuk nyatakan information seperti di bawah :(ok)
- Nama penuh bayi/kanak-kanak
- D.O.B dan umur
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut
- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang..jangan lupe kire betul-betul ye! =)
5) Letakkan LINK ENTRY PERTANDINGAN http://harlindahalim.blogspot.com/2010/11/show-your-teeth-baby-contest-2010.html di dalam entry penyertaan anda. (ok)
6) Letakkan BANNER CONTEST (seperti di bawah) di dalam ENTRY PENYERTAAN dan di bahagian SIDEBAR blog anda bersama-sama dengan permalinknya ke blog ini.(ok)
7) Selepas semuanye settle, JANGAN LUPA tinggalkan jejak/letakkan LINK ENTRY PENYERTAAN anda di bahagian COMMENT BOX kat bawah entry contest ya...(ok)
8)Tarikh tutup pertandingan ialah pada : 3 Disember 2010, Jumaat,12.00 tengah malam.
Perkara-perkara yang WAJIB ada dalam entry penyertaan anda :
http://harlindahalim.blogspot.com/2010/11/show-your-teeth-baby-contest-2010.html
BANNER CONTEST untuk diletakkan di bahagian SIDEBAR blog anda:

Pembelajaran Sofiy di rumah- menyahut galakan YatieChomeyl
Entri-entri dari YC memang mengapi-apikan semangat saya untuk menyediakan suasana belajar yang sesuai untuk Sofiy. Membaca entri Yatie yang ni memang timbul rasa cemburu dan berdoa moga-moga dalam setahun dua lagi akan berkembang majulah sistem pendidikan awal kanak-kanak di bumi bertuah ni. Kalau boleh berkembang...
Pagi-pagi kena kejar hanjing!
Huhuhu...hari ni saya nyaris-nyaris diserang sang anjing. Terbayang-bayang macam manalah daging saya dikoyak-koyaknya kalau sampai kena serang tadi. Dah seminggu rasanya anjing-anjing liar berkeliaran kat kawasan ofis saya ni. Bukan seekor, tapi satu batalion siap dengan baby lagi. Bunyinya saja dah menakutkan, kuat...