Ok, bila Yatie tulis entri tentang ni pulak, saya rasa nak coret sikitlah tentang perkembangan Sofiy bab belajar di rumah ni. Rumah kami kecik, jadi nak letak banyak-banyak barang tu tak dapatlah nampaknya. Mungkin ada rezeki nanti-nanti bolehlah sediakan satu bilik khas buat Sofiy dan adik-adiknya belajar dengan selesa. Saya ni memang jarang cerita perkembangan Sofiy kat blog ni, bukannya apa malas sungguh nak tempek gambar.
Suka buku
Majalah umi pun jadi
Buku fonologi umi ni...risaunya koyak buku Prof.
Tu dok susun buku dia kat rak buku umi
Menulis dan menconteng
Umi dah lama belikan magnetic board untuk Sofiy menulis dan menconteng. Oklah, dah pandai pegang pen tu. Tapi masalah sikit kalau bagi pen biasa atau pensil. Sofiy jadi tak berminat sebab dia malas nak tekan ke kertas. Kalau setakat layang-layangkan macam tu je, kan dakwat pen tak keluar. Last-last dia akan bagi umi balik. Nak bagi marker, risau jadi mural pulak rumah tu. Lagi satu Sofiy suka sangat masukkan benda-benda dalam mulut, dah selalu ingatkan tapi agak susah nak dikawal juga bab-bab 'makan' benda yang tak sepatutnya ni. Jadi umi rasa kena tangguh dululah aktiviti mewarna untuk Sofiy.
Meja belajar
Terpanggil dengan saranan YC, umi pun bawak keluar meja masa umi study kat kolej dulu...dengan bangku yang umi guna untuk mandi masa mengandung dulu (badan berat mandi kena duduk). Jadilah Sofiy punya stesen. Wah, bukan main suka lagi dia. Kejap-kejap duduk kat meja dia, memang seronoklah umi tengok.
Hehe...memang kejap pun, lepas tu bangunlah
Dah puas duduk atas kerusi, menyusup bawah meja pulak
Belajar mengaji Al-Qur'an
Sofiy jugak belajar mengaji sekarang, semangat ni umi ambil daripada Kak Lina mama Darwisya dan Darwisy. Main-main flashcard saja tak berapa memberangsangkan sebab Sofiy lebih suka rebut flash card daripada dengar umi ajar. Jadi kenalah pasang cd. Dulu pasang cd animasi (lupa nak ambik gambar), sekarang pasang cd Darwisy pulak.
Lagi, keletah Sofiy ni dia suka sangat masuk dalam bakul, kotak dan sebagainya. Beza sungguh bakul mainan Sofiy nak banding dengan susunan mainan Baby SN. Umi kena belajar daripada mommy baby SN ni nampaknya. Tapi Sofiy memang rajin susun mainan dia, terutamanya kalau ayah dia yang suruh kemas. Ank ayah la katakan.
Tengok tv..layannnn
Ni pulak aktiviti bakal jurutera kot.
Umi harap umi akan lebih berkemampuan dalam menyediakan persekitaran yang kondusif untuk Sofiy belajar. Berkemampuan dalam menyediakannya, mampu juga menyelianya dan mampu jadi contoh yang terbaik buat Sofiy.
2 comments:
singgah sini. salam ziarah. cutenye dul lam kotakla. lam bath tub la.:)
Fizanur...selamat berkenalan. Sofiy memang macam tu..hehe.
Post a Comment