Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan blog Puan Lina Karim secara tidak sengaja tak silap saya 2 tahun lepas. Masa tu Sofiy dah lahir rasanya. Saya memang tak ingat langsung macam mana saya terjumpa blog tersebut, sama ada singgah daripada blog orang lain, atau saya cari di search engin dengan keyword tertentu. Apa yang pasti, saya memang kagum dan teruja dengan perkongsian Puan Lina tentang pengajaran Al-Qur'an untuk anak-anaknya sejak dari kecil, malah sejak dari dalam kandungan lagi. Sempat berbalas emel beberapa kali, saya rasa sangat senang dengan cara Puan Lina bercerita dan berkongsi. Tips-tips dan petuanya saya simpan untuk rujukan. Video klip Darwisya dan Darwish saya download dan Sofiy suka sangat tengok.
Dua hari lepas, saya terima emel daripada Puan Lina berkenaan kesan pengajian Al-Qur'an dan hafalan Al-Qur'an terhadap pelajaran akademik anak-anak. Puan Lina juga telah membina website terbarunya Islamic Parenting Network yang juga e-shop untuk memudahkan ibu-bapa mendapatkan bahan bantu mengajar Al-Qur'an buat anak-anak. Saya akui pertama kali Puan Lina menyenaraikan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk Darwisya, saya memang tak pernah dengar pun. Buku, CD, dan flash cards hijaiyyah tu memang saya tak pernah tengok. Bila saya cuba cari, agak susah juga nak dapat di kedai fizikal. Di kedai online ada, tapi tak banyak. Saya cari CD bacaan Al-Qur'an alunan qari cilik adik Ahmad Saud juga tak jumpa. Memang selalu dengar suaranya dialunkan di toko-toko buku, pasar malam, tapi bila ditanya tak ada stok. Tanya pada agen jualan online pun begitu juga. Sudahnya, saya download saja beberapa surah bacaan adik Ahmad Saud di Youtube, dapatlah dengar melalui komputer.
Jadi saya rasa usaha Puan Lina untuk mengumpulkan CD, VCD dan buku-buku yang berkaitan adalah satu usaha yang mulia, dan sangat saya hargai. Antara vcd dan cd yang dijual di e-shop tersebut adalah:
VCD Belajar Cepat Membaca Al-Qur'an Siri 1 dan Siri 2
(Sofiy ada vcd siri 1 ni, saya beli di Kedai Buku Syabab PKNS Bandar Baru Bangi. Masa saya beli tu, memang lama sangat saya belek, sebab taknak jadi macam sebelum ni, ayah Sofiy beli cd Alif Ba Ta dan Doa yang saya rasa tak boleh digunakan untuk mengajar anak-anak. Makhraj ustazah yang mengajar tu tak betul, dan boleh menyebabkan anak kita keliru dan sebut salah macam ustazah tu juga. Alhamdulillah, vcd Cepat Membaca Al-Qur'an ni ok, cuma ada kekurangan sikit sebab bahasanya ada telor Indonesia. Dan ada satu huruf iaitu 'dzal' disebut 'dza'. Huruf-huruf lain sebutannya betul. Sofiy suka sangat tengok vcd ni, dan dia dah boleh ikut sebut huruf-huruf tu. Dalam vcd ni juga ada nasyid huruf-huruf dengan benda dalam bahasa Arab. Contohnya 'fa' = fiilun (gajah) = elephant. Secara peribadi, saya rasa tak rugi beli vcd ni sebagai bahan bantu mengajar. Siri 2 tu dah masuk dalam wishlist saya)
VCD Al-Furqan
VCD yang baik untuk dipertontonkan kepada anak anda bagi membantu pembelajaran Flashcard (Mengenal Huruf) Kandungan Pakej: 1 Buah Buku Mewarna & 1 keping VCD lagu Al-Furqan Mengenai Produk Buku Mewarna beserta satu VCD yang mengandungi 4 lagu Al-Furqan sebagai Alat Bantu Mengajar Al-Furqan 1-4.
VCD Juz 'Amma (Adik Ahmad Saud)
Alunan Merdu yang dibaca oleh Qari cilik Ahmad Saud dari negeri Bahrain Timur Tengah.
Bacaan Khas 30 Surah Terakhir, sesuai bagi sesiapa yang ingin mentahsin bacaan Juz Amma, kanak-kanak atau orang dewasa yang baru memulakan penghafalan. Dibantu dengan visualisasi karaoke dengan rasam utsmani beserta terjemahannya.
VCD Kumpulan Ilham (Iqra')
VCD ini adalah VCD belajar AlifBata tanpa dan dengan bertanda atas dalam suasana ceria dan menyeronokkan. Kanak-kanak dalam video ini melagukan semua huruf-huruf yang tersebut di pelbagai lokasi menarik kanak-kanak. PERCUMA Audio CD dan buku.
(Komen Puan Lina: VCD kumpulan Al Ilham yang memperkenalkan huruf.. kanak-kanaknya agak gedik tapi saya pasti kanak-kanak lain seronok melihatnya menyebabkan anak saya menghafal lagu alifbata mereka.)
VCD Berdoa dan Mengenal Islam Sambil Menyanyi (Alwani)
(Ini komen Puan Lina untuk vcd ni: Untuk pengetahuan, VCD-VCD ini jugalah saya dedahkan pada kedua anak saya dan mereka memang menyukainya. Mula-mula tu saya komplen juga sendiri kenapalah budak-budak dalam video ni (VCD Alwani) di mekapkan tebal-tebal sangat. Sekarang saya dah tak mahu cakap begitu kerana pasal mereka anak saya baca doa dah berlagu.. ikut lagu merekalah tu.)
Flashcard Al-Barqiy
Kad Tunjuk yang mengandungi huruf bertanda atas, bawah dan depan. Bagi membantu aktiviti harian pembelajaran dengan flashcard.
Buku Siri Cepat Membaca Al-Qur'an (Al-Furqan)
Buku Pertama Untuk Anak Anda. Mengandungi 4 buku dan 1 CD
Bermula dari buku 1 yang memperkenalkan huruf huruf imej besar sama seperti yang diajar dengan flashcard.
Buku Siri Cepat Membaca Al-Qur'an Tajwid (Al-Furqan)
Keistimewaan Produk * Mengenal dan menguasai pelbagai bentuk kemahiran bacaan Al-Quran * Memahami dan menguasai hukum tajwid Al-Quran secara teori dan praktikal * Mengenal dan menguasai hukum tajwid berdasarkan mashaf Uthmani * Latihan dan petunjuk sepanjang jalan pembacaan Al-Quran
Sebenarnya ada banyak lagi bahan bantu mengajar yang lain, bolehlah singgah ke http://www.islamicparentingnetwork.com/e-shop.html untuk memilih bahan bantu mengajar yang diperlukan.
Nota: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Sofiy suka tengok, boleh ikut, tapi buat masa ni masih belum kenal. Kadang-kadang semuanya 'ta', kadang-kadang semuanya 'ba'. Tapi padanlah dengan 'kerajinan' umi dia.hehe. Lagi best bila kita sebut itu 'ta' dia kata "ukan, 'ba' la!" (Bukan, 'ba' lah!)
.Wah....dia pulak jadi cikgu ye. Sabo je la anak-anak ni.
.Wah....dia pulak jadi cikgu ye. Sabo je la anak-anak ni.
1 comments:
yeah, VCD Cepat Membaca Al Quran & AL Furqan mmg ramai beri feedback yg bagus, alhamdulillah dapat bantu anak-anak kecil...;)
Post a Comment