Al- Qur'an Digital Giveaway Sempena Ulangtahun MIO (Edisi Terlambat Hantar Penyertaan)

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Memang dari awal pengumuman GA lagi berniat nak mencuba, tapi sibuk dengan macam-macam urusan. Sampaila jumpa sang puterinya sendiri semalam, maka melonjaklah rasa nak mencuba tu.hihi. Tapi masih memikirkan apalah sebab utama dan yang terutama sehinggakan Qur'an Digital tersebut layak saya miliki. Sehinggalah malam tadi, Sofiy memberi saya sebabnya yang tersendiri.

Saya patut menang Qur'an Digital Giveaway oleh MIO kerana saya sangat memerlukan bantuan untuk sentiasa memperdengarkan alunan bacaan Al-Qur'an kepada putera sulung saya Muhammad Sofiy. Sangat besar hajat saya untuk mendidik Sofiy menjadi seorang muslim yang  Al-Qur'an sentiasa di hatinya, menjadi petunjuk dalam keseluruhan aspek kehidupannya. Saya selalu memanggilnya dengan panggilan manja, Imam Muhammad Sofiy.

Setiap hari sebelum tidur saya dan Sofiy akan sama-sama mendengar bacaan Al-Qur'an yang saya masukkan dalam handphone saya sejak mengandungkan Sofiy lagi. Tapi, berapa banyaklah surah yang muat dimasukkan ke dalam handphone. Lagi-lagi sekarang ni handphone saya selalu meragam kerana masalah bateri.Dah tukat bateri pun makin teruk. Kadang-kadang saya rasa sedih terpaksa menolak permintaan Sofiy  "Umi, nak Keran(Qur'an)"  untuk mendengar bacaan Al-Qur'an semata-mata kerana nak simpan jangka hayat bateri untuk pastikan alarm saya berbunyi pagi-pagi esok. Kalau saya bangun lambat, takut tak sempat masak bekal Sofiy ke rumah pengasuh nanti.

Saya rasa sangat bersyukur dan senang hati kerana anak saya ni sangat sukakan Al-Qur'an. Mungkin berkat memperdengarkan bacaan Al-Qur'an sejak masih dalam kandungan. Setiap kali lepas solat, dialah yang akan ingatkan saya supaya membaca Al-Qur'an, kadang-kadang macam kena nasihat dengan anak sendiri. Impian kami, moga-moga Sofiy akan menjadi imam dan haafiz. Dan untuk itu, Al-Qur'an merupakan asas yang perlu dikuasainya.
 Mudah-mudahan suatu hari nanti Sofiy akan mengetuai saf



Saya sedang mengajar Sofiy mengenal huruf hijaiyyah melalui video klip, buku dan flash cards. Kata mama Darwish dan Darwisya, selain diajar mengenal dan membaca, anak-anak juga perlu sentiasa diperdengarkan dengan bacaan Al-Qur'an. InsyaAllah dengan adanya Qur'an Digital ini nanti maka dapatlah saya manfaatkan untuk Sofiy sebaiknya di mana-mana sahaja. Semoga hasrat kami untuk meramaikan lagi generasi Al-Qur'an di akhir zaman akan dimakbulkan dengan usaha dan bantuan Qur'an Digital pemberian Acik MIO yang baik hati. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dianugerahkan anak-anak yang soleh.



Imam Muhammad Sofiy


2 comments:

m-i-o said...

TETTTTTTTTTT!

penyertaan anda direjek :P

takpe, besok2 kita lunch kt unikeb. miahahahahah :P

Min Aina Ila Aina said...

Ha tu la...pagi-pagi ingat nak tekan butang publish je, tengok ada entri menjelang 12 mlm. Terus spoil mood, keciwa.