Review Drama Thriller + Komedi Korea: The Sweet Spy


Drama pertama bercorak aksi dan thriller + komedi yang saya tengok, ialah The Sweet Spy yang ditayangkan sekitar 2005 dan dapat ke tangan saya sekitar 2006. Saya pernah ceritakan di sini yang saya sangat jatuh hati dengan drama ni. Daripada review penonton yang lain pun, majoriti suka dengan drama ni dan mengharapkan sekuel.

Drama ni mengisahkan seorang polis wanita (Lee Sun Ae sebagai heroin) berpangkat rendah yang bertemu secara tidak sengaja dengan seorang spy antarabangsa (Han Yoo Ii sebagai hero) yang mengakibatkan sebatang pen yang mengandungi maklumat rahsia hilang dan menjadi buruan banyak pihak. Polis wanita tersebut merupakan balu kepada seorang anggota polis yang terbunuh semasa menyiasat satu kes berprofil tinggi. Kes ini kemudiannya dibuka semula oleh seorang anggota polis yang baru dinaikkan ke jawatan ketua (Kang Jun nama hero 2) selepas teringat semula akan konspirasi pembunuhan seniornya (suami Lee Sun Ae). Dalam proses Han Yoo Ii mendapatkan semula pen yang hilang, dan Lee Sun Ae yang ditugaskan menyiasat latar belakang Han Yoo Ii, mereka jatuh cinta. Saat tragis dalam drama ini berada di kemuncak apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menuduh Han Yoo Ii membunuh suami Lee Sun Ae dan memburunya di saat Han Yoo Ii ingin membawa Lee Sun Ae bertemu dengan ibunya yang sakit.

Nam Sang Mi yang cute

Drama ni dibintangi oleh Nam Sang Mi sebagai Lee Sun Ae, Dennis Oh sebagai Han Yoo Ii, Lee Joo Hyun sebagai Kang Jun, Yoo Sun sebagai Park Eun Joo. Drama ni jadi menarik walaupun hero dan heroin bercakap macam ayam dan itik, seorang speaking US dan sorang lagi cakap Korea sebab gandingan mereka sangat secocok. Ramai peminat yang mengharapkan mereka betul-betul couple di luar set. Selain tu, walaupun drama ni ada aksi dan romance, tapi masih mengekalkan komedi menyebabkan kepala tak la rasa berat sangat nak hadam cerita ni. Pengakhiran drama ni agak tergantung, tapi penonton masih boleh meramalkan endingnya. Cuma penonton rasa macam frust sikit la sebab kena main teka-teka je. Sebab tu agaknya ramai yang mengharapkan sekuel cntohnya di sini. Saya sendiri pun secara peribadi rasa peluang memang cerah kalau pihak produksi nak buat sekuel, syaratnya kena kekalkan hero dan heroin yang sama. Tapii….dah lebih 5 tahun dah. Macam harapan tinggal harapan je la.

2 comments:

lia said...

suka sgt kalau cter2 korea nih....

fisa othman said...

dah lama tak tengok drama korea...tapi sekali layan susah nak lepas kan...;)