Spec baru...dari Ikhwan Optometrist

Alhamdulillah, dapat juga mengenakan spec baru hari ni, setelah 3 tahun lebih dengan bingkai yang lama dan 2 tahun lebih dengan kanta yang lama. Bingkai yang lama tu saya buat di Taiping, kemudian tukar kanta lepas bersalinkan Sofiy sebab power naik terlalu banyak. Banyak urat putus akibat bersalin agaknya.

Kemudian dalam 2 bulan lepas, tangkai spec lama tu dah patah + senget lepas diprojekkan dek Sofiy. Dipakaikannya spec saya ke bear dia yang muka gebu dan gemok tu. Memanglah spec tu terkangkang kiat jadinya. Masa tu nangis juga sebab dah patah sebelah tangkai, bajet pulak takde nak buat spec baru. Mujurlah ayah Sofiy pandai pasangkan bingkai rayband dia ke spec saya tu. Alhamdulillah muat dan boleh masuk pulak skrunya. Walaupun nampak pelik dan rasa pun pelik sikit, tapi masih boleh bertahan. Pakai tudung takde sapa nampak macam mana rupanya tangkai spec kita kan?

Ni la rupa spec lama dengan tangkai yang tak matching..hehe. Terima kasih suamiku atas pengorbanan rayband mu.

Kemudian, semenjak dua menjak ni bila naik tengahari je rasa pening, sakit kat bahagian kening, mata rasa letih dan kalau tak rehat akan rasa nak muntah. Mula-mula ingatkan sebab apa, tapi bila dah 2,3 kali ambik ponstan, rasa macam tak bestlah pulak. Kebetulan pulak ada optemetrist dekat bangunan belakang ofis ni. Terjah je la. Check-check tengok, memang dah naik pun power. Power rabun naik 50 dua-dua belah, power silau naik 25 dua-dua belah. Silau tinggi. Tanya kat optometrist tu, kalau guna kanta transition bagus ke untuk silau, dia kata memang bagus rasa sejuk je mata. Tapi, transition tu untuk penggunaan di luar bangunan dan di bawah cahaya matahari. Saya ni jarang-jarang sangat dok bawah cahaya matahari kecuali nak keluar pegi makan je. Tak jadi ambik transition, cuma mintak kat dia kanta dengan computer protection. Katanya multicoted pun dah cukup, tapi kalau nak ok lagi, kacanya tu namanya EMI. emi pun emi la, yang pasti saya ngadap pc hari-hari. 

Kat Ikhwan Optometrist ni ada pakej dan diskaun. Harga dia memang rendahlah kalau nak banding dengan kedai-kedai spec mata yang famous tu. Sebab tu sejak kenal kedai ni dari tahun 2008 lagi saya dan suami buat kat sini. Hak milik orang Melayu Islam, sambil membeli sambil membantu saudara seagama. Oh ya, harga pakej dia serendah RM95 (bingkai + kanta) hingga RM150 (bingkai + kanta). Kalau kita pilih bingkai yang bukan dalam pakej pun boleh dapat 40% -50% diskaun. Saya punya, power normal (tak lebih 400), multicoted, emi, dapat RM170. Bingkai forest lepas diskaun dapat RM120. Jumlahnya RM270. Oklah, saya puas hati, tapi dapat rasalah kos untuk spec ni makin lama makin mahal. Haiiila mata. Dah Allah tarik sedikit nikmatNya.

Ni pulak spec baru yang bersinar-sinar sampai rasa macam segan pulak nak pakai mula-mula

Alkisahnya nak memilih bingkai ni punyalah lama. Konon nak puas hati sebab cadangnya lamaaaaa lagi baru nak tukar pulak. Mula-mula hajat di hati nak frameless. Dah cuba-cuba, alahaiii rasa ringannya dan nipisnya la kaca dia. Rasa macam rapuh sangat, dengan keadaan diri yang ada anak tengah nak membesar ni. Memikirkan risikonya, batal. Pilih punya pilih punya pilih, terberkenan kat bingkai pakej warna maroon. Dah best dah tapi rasa bingkai berat la pulak. Sekali kawan ambik yang forest warna pink terang, pakai-pakai rasa sedap je terletak dan rasa kukuh, tak berat sangat. Tapi warna dia...ish kalau pakai tudung hijau ok ke? Masa cuba tu pakai tudung hitam. Kawan yang sorang lagi kata tu bukan warna saya. Ok, memang betul saya tak minat warna terang-terang sangat ni. Dah la kulit kelam je kan. Akhirnya pembantu kedai tu hulur yang kat atas ni. Nampak macam silver nak ke purple sikit. Masa cuba tu agaknya dah rambang mata banyak sangat spec, takde la nampak bersinar sangat. Sekali ambik tadi, wah..tenggelam habis mata dan kening. Mujur half frame saja. Kalau frame penuh macam mana agaknya ye. Apapun, bersyukur dengan rezekinya. Nanti lama-lama sesuai la tu dengan muka kita bila orang dah selalu selalu nampak macam tu.

Tadi sempat rembat spec lens cleaner. Saya ni takleh pakai spec kalau ada habuk-habuk atau cap jari kat cermin, rasa terganggu sangat dan cleaner ni memang sangat membantu. RM5 je sebotol.



Anda di luar sana, apa kriteria anda pilih spec?

1 comments:

Syazwana Ramli said...

Tumpang tanya, kedai ni kat mana ye. Sebab na tukar bingkai. spek tu baru lagi. Tapi ntah macam mana sebelah tangkai tu patah.