Diapers anak: dari Huggies - Petpet- Pureen - Drypers - Fitti - Huggies

Ibu-ibu dan bapak-bapak di luar sana, apa kriteria pemilihan diapers anak anda? 

A. Selesa
B. Harga
C. Jenama

Masa beli barang-barang nak sambut baby dulu, saya main cekau je diapers tanpa buat apa-apa penilaian pun. Saya pilih Huggies untuk newborn tu. Cantik coraknya, warna purple2 gitu. Habis sepeket tu, suami pulak yang pergi beli sebab saya dalam pantang kan? Suami belikan jenama Petpet. Lama jugaklah si Sofiy guna petpet ni, selesa dan saya puas hati. Tapi lama-lama dah mula rasa tak puas hati dengan harganya. Maksudnya boleh cari diapers dengan harga yang lebih murah dan boleh jimat. Masa tu Sofiy memang kerap buang air, dia menyusu badan dan kekerapan membuang air besar tu adalah sangat kerap. Boleh dikatakan tiap kali menyusu mesti membuang. 

Jadi, ayah dia tukar ke jenama Pureen. Lama juga stay dengan Pureen. Rasanya sampai tukar dari saiz S ke saiz M. Tapi bila Sofiy dah start lasak dan bergerak, Pureen ni macam dah tak sesuai pulak dengan dia. Sebabnya dia dah mula berpeluh, dan kulit dia naik rengsa dan ruam-ruam. Diapers Pureen ni macam lebih plastik sikit, jadi berkuap la agaknya peluh dia tu. Memikirkan keselesaan anak, maka tukarlah ke Drypers. Alhamdulillah lama la dengan Drypers ni. Sampai la bulan lepas, ekonomi gawat sikit sebab suami ada masalah kerja. Saya katalah kat suami, "abg survey la tengok kot ada pampers yang murah-murah, kita tukarlah. jimat sikit". Maksud saya tu, kot diaper jenama Giant, Tesco, Econsave tu lebih murah boleh la beli. Tau-tau dia beli jenama Fitti tapi saiz M. Sedangkan sebelum ni pakai L. Memang la murah, tak sampai RM30 untuk 72 keping. Tapi...kesianla budak kecik tu, muat-muat aje. Kalau lasak sikit dah merah-merah kat tepi pinggang. Dah tu ayah dia pulak beli dua pek. Haa..azab la nak mengabiskan. Sampai Sofiy pun komplen kata ketat.hehe.

Hari sabtu baru ni saya tengok Fitti tu dah tinggal separuh pek, saya pun usha-usha la kat kedai sambil-sambil buat calculation. Bila kira-kira tak jauh beza pun antara satu jenama dengan jenama yang lain, dalam RM2-3 je. Tapi RM2-3 pun kalau dah 2-3 pek kan boleh beli benda lain. Saya dok timbang-timbang antara Diapex dengan Huggies. Last-last ambik Huggies. Ambik 1 pek je dulu, cuba dulu tengok kot-kot tak serasi. Cuba pakaikan kat Sofiy sekeping petang semalam, hmmm..lembut je materialnya. Dia pun nampak selesa la pakai. Apapun, simpan dulu dan habiskan Fitti yang berbaki tu. Daripada story ni, nampaknya mak apak Sofiy memilih diaper mengikut harga, kemudian keselesaan. Jenama tu tak endah sangat pon. 

Nota hati umi: Cepat-cepatla diaperless nak oii...kenapa reject tandas je?

5 comments:

.........cP~ said...

Anak buah saya dari dulu pakai drypers dan okay je. Cuma kalau dia diarrhea je masalah sikit. Mesti kena tukar selalu pun. Sekarang dah pandai mintak tukar pampers, kalau rasa basah je dah mula la pegang pampers dan tunjuk tempat tukar. Harga? Tak tau la pulak mahal ke murah tu. hehe.

Min Aina Ila Aina said...

cP: Drypers memang ok, tambah pulak design terbaru sekarang ni cantik siap dapat baju free. Harga dia pun sebenarnya kategori mampu beli.

Ismail Fitry said...

Dah tentulah yang anak selesa. Sesetengah anak cepat kena ruam. Saya kat New Zealand ni, masa anak pakai diapers, kami gunakan brand yang 'takde' brand. Murah dan selesa.

Cik Iman said...

Ramai cakap Huggies cepat bocor? Sofiy macam mana ya?

MAT NOR said...

Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.