Mengumpat, menghina, menuduh...membuat kita muflis di akhirat

Di hari Jumaat ni, saya nak kongsikan hadith yang saya dengar ustaz terangkan dalam ruangan Tanyalah Ustaz di TV9 pagi tadi. 


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)


Saya sengaja memilih hadith ni kerana sangat sinonim dengan kita kaum perempuan ni. Memang dah popular sangat kaum perempuan ni suka bawa mulut, senang kata, mengumpat. Sampai ada filem Anak Mami dan yang seumpamanya.  Sapa tak pernah mengumpat selama hidupnya, alhamdulillah. Tapi kadang-kadang kita ni alpa, leka, seronok sangat bercerita tentang orang lain. Macam kata ustazah saya, sedap makan daging saudara sendiri. Kadang-kadang tu siap cakap macam ni ha " Eh, aku bukan nak mengumpat tau, tapi si anu si anu tu bla bla bla..." hahahaha. Tak ke mengumpat namanya tu, walaupun dah tau mengumpat tu berdosa.

Jika kita hayati hadith di atas, maka tentu saja kita akan rasa gerun dan ngeri mengenangkan segala perbuatan kita. Sudahlah amal ibadah pun tak sebanyak mana, yang fardhu pun belum lagi tentu diterima, yang sunat-sunat tu boleh dibilang dengan jari gamaknya. Lepas tu banyak pula menjaja cerita orang lain ke sana ke sini. Manalah tak muflis? Sebab pahala yang ada sikit-sikit tu dah dibagi pada orang yang diumpat dan dikeji, lepas tu dah banyak sangat mengata, tak cukup lagi nak tampung dengan pahala tu...dosa dia pulak kita tolong tanggung. Nauzubillah. Sama-samalah kita renungkan, kita istighfar dan bertaubat. 

Kadang-kadang, suasana sekeliling kita ni dah tak sensitif dengan dosa-dosa kering macam ni. Mengumpat mengata tu macam dah jadi perkara biasa,kan. Saya pun tak terkecuali, kadang-kadang tu kita tak mulakan, tapi bila ada orang mulakan dan kita tak menjauhkan diri, maka kita dah tumpang saham. Lepas tu kita pulak mengiakan. Astaghfirullah. Paling parah, daripada umpatan ni la boleh timbul fitnah. Dan fitnah itu adalah sesuatu yang sangat berbahaya.

1 comments:

.........cP~ said...

Sama pulak entry kita hari ni, dan dicetuskan oleh rancangan yang sama jugak :)

Harap2nya, kita beringat lah kan?